CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 10-10-2012 11:58 AM | Show all posts
UsuFie posted on 10-10-2012 11:18 AM
Shark nak cari fifi pasai apa la pulak..

tp takpe..ada bodiguard - fandi si penyelamat ...

Usu lamanya tak nampak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 03:02 PM | Show all posts
freddianza posted on 10-10-2012 11:58 AM
Usu lamanya tak nampak



usu ada jer ni...tiap2 ketika kat sini..tp malas nak nyampuk..asik2 nyampuk meraban..kang momod marah

hehe..  mana plak tuan rumah ni yer.. tak nak ke dia nyambung cepat2...

kesian nnt bila dah start fenin2 tu..mmg payah nak tegak depan pc..





Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 05:02 PM | Show all posts

dimanakah ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 11:51 PM | Show all posts
mamajiah posted on 6-10-2012 09:56 AM
ha..ha...
nicky tanyala bonda dulu..
entah2 sama2 menjadi..time yg sama, hari yg sama..

Takde maknanya mama oi. Walaupun bonda cheq masih anggun dan menawan (mak sendiri, harus di puji ), dari sudut biologinya, bonda cheq dah boleh berpuasa sepanjang bulan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 11:52 PM | Show all posts
UsuFie posted on 10-10-2012 03:02 PM
usu ada jer ni...tiap2 ketika kat sini..tp malas nak nyampuk..asik2 nyampuk meraban..kang momo ...

Memang dah start fenin2 pun Usu. Tu yg rasa lemau je nak mengarang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2012 11:53 PM | Show all posts
Salam semua,

Sorry sebab lama tak hapdet. Masih dalam keadaan tak berapa 'sihat'. Sambung satu episode malam ni...

@awanjingga  Thanks for the wish

@freddianza Busy ke? Lama tak nampak? Menjawab soalan hang di rumah Lady - yesiammydear

@cutter Thanks for reading.



Last edited by Nicki_Meow on 11-10-2012 12:28 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2012 12:00 AM | Show all posts
Episode 68

“You betul ke mahu resign?”

“Betullah Mr. Leong. Kan saya sudah bagi one month notice”

“Tapi apa pasal? Sini tak cukup staff tau. Kalau you resign, susahlah ini macam”

“Saya dapat better offer” Pendek Fandi menerangkan.

“Mana tempat?”

“Adalah” Fandi menjawab sambil tersengih. Encik Leong mengeluh. Fandi adalah salah seorang mekanik yang mahir. Bukan tidak ada perantis yang baru tetapi sebagai seorang yang telah lama bekerja dengan syarikat ini, kehilangan pekerja seperti Fandi adalah satu kerugian.

“I kasi you naik pangkatlah. You mahu?”

“Pangkat apa? I sudah naik jadi Mechanic Grade A tahun lepas”

“Supervisor, you mau?” Kening Fandi terangkat.

“Apalah Mr. Leong. I nak resign baru you nak offer naik pangkatlah, gajilah. Kenapa awal-awal you tak mahu offer?” Chief Mechanic nya hanya tersenyum.

“You balik, you fikir dulu. You punya last day pun lagi dua minggu. Kalau you change you punya mind, you kasi tau sama saya. Mesti boleh bincang punya” Tanpa menjawab soalan Fandi, Encik Leong memberi cadangan. Dia yakin, tidak banyak sedikit, Fandi pasti akan memikirkan tentang tawaran itu.

“See how lah Mr. Leong” Perbualan di matikan.


Fandi menghela nafas dan di lepaskan perlahan. Mengingatkan perbualannya dengan Encik Leong seminggu lepas membuatnya serba salah. Pandai sungguh Encik Leong memancingnya supaya tidak berhenti. Sekiranya dia tidak meneruskan niatnya untuk berhenti, maka dia akan di tawarkan dengan kenaikan pangkat serta kenaikan gaji. Encik Leong sanggup memberikan masa hingga ke hari terakhirnya untuk dia berfikir tentang itu. Nampak begitu prihatin sekali Encik Leong kepada pekerja. Walhal, bukan Fandi tak tahu, Chief Mehcanic nya itu malas mahu memeningkan kepala melatih pekerja atau pun perantis yang baru. Kerja itu selalunya di serahkan kepada pekerja yang berpengalaman sepertinya.

Fandi melepaskan keluhan. Surat tawaran yang di terima dari Encik Bahar sebulan lalu di baca lagi. Isinya sudah dapat di hafal. Antara rasa teruja dan serba salah, Fandi benar-benar tersepit di antara dua. Seandainya tawaran itu di terima, dia bukan saja akan menerima kenaikan pangkat dan gaji, malah dia juga akan dapat mengutip lebih banyak pengalaman baru. Memang rugi sekiranya di lepaskan begitu sahaja.

Pada mulanya, Fandi sudah nekad untuk berhenti. Tetapi sekarang, dia perlu memikirkan tentang itu sekali lagi. Setelah berbincang dengan Encik Bahar, barulah Fandi tahu yang dia perlu berpergian beberapa ketika untuk menjalani latihan kemahiran. Maksudnya, dia dan Sofea terpaksa berjauhan. Walaupun tidak lama, tetapi Fandi masih mempunyai rasa berbelah bahagi. Apatah lagi, waktu itu Sofea sudah bersalin. Tidak sampai hati pula rasanya untuk membiarkan Sofea berpantang seorang diri.

Tapi, mertuanya kan ada?

Fandi menggosok rambutnya yang sudah mula panjang. Fikirannya masih berbolak-balik. Fandi juga masih belum memberitahu Sofea tentang perkara ini. Bukan sengaja mahu berbuat begitu, tetapi dia masih tidak tahu bagaimana caranya. Rasanya, Sofea pasti tidak bersetuju.

“Kalau kamu buntu, kamu buatlah solat istikharah. Solat Isthikarah ni bukan untuk cari jodoh je, lebih dari tu. Isthikarah tu maksudnya memohon dan meminta yang terbaik. Serahkan semuanya pada Allah. Kalau kamu rasa masih tak jumpa jawapan, buat lagi. Tawakkal pada Allah dan berdoa supaya kamu dapat buat keputusan. Tapi, kalau apa yang kamu pilih tu bukanlah seperti apa yang kamu harapkan, jangan pulak kamu menyesal. InsyaAllah ada hikmah dan kebaikan pada masa akan datang”  Nasihat abah pula terngiang-ngiang di telinga.

“Lagi satu. Apa pun keputusan kamu, jangan sekali-kali kamu membelakangkan Sofea. Bawa berbincang dengan dia. Yang penting, kamu suami isteri harus bersepakat. Barulah rukun rumahtangga”

Fandi akui kata-kata abah benar belaka. Bersolat isthikarah agar di berikan panduan dan menyerahkan semuanya pada Ilahi. Mungkin dia harus megulangi agar hatinya benar-benar dapat membuat keputusan yang terbaik bukan saja untuk dirinya, tapi untuk keluarganya juga. Doa dan tawakal. Yang lain-lain, serahkan saja pada yang Esa. Last edited by Nicki_Meow on 11-10-2012 08:38 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 12:10 AM | Show all posts
“Fandi” Datuk Yusuf menegur. Fandi menoleh. Dengan segera dia menyelitkan surat tawaran ke dalam buku yang terletak di atas meja. Datuk Yusuf tersenyum.

“Papa” Fandi mengangukkan kepalanya sedikit. Badannya di tegakkan.

“Duduklah pa..” Datuk Yusuf mengangguk. Kerusi di sebelah Fandi di tarik lalu dia mengambil tempatnya di situ.

“Papa tengok kamu ni termenung je. Kenapa?”

“Tak ada apa-apalah papa” Fandi menjawab sambil tersengih, berdalih. Datuk Yusuf tersenyum.

“Kalau ada masalah, beritahulah. Mana tau papa boleh tolong” Datuk Yusuf berkata lagi.

“Betul papa, tak ada apa-apa” Datuk Yusuf tersenyum lagi mendengar jawapan menantunya dan tidak mendesak lagi. Kalau menantunya tidak mahu bercerita, takkan pula dia hendak memaksa.

“Nah” Sekeping sampul surat di serahkan kepada Fandi lalu di sambut.

“Apa ni pa?”

“Bukalah” Kening Fandi berkerut namun jarinya pantas membuka sampul surat itu.

“Nabilah….” Fandi berkata perlahan. Satu demi satu gambar Nabilah di perhatikan. Satu keluhan berat terkeluar dari mulutnya.

“Betulkan itu Nabilah?” Fandi mengambil masa seketika sebelum mengangguk. Memang itu Nabilah, tidak dapat di nafikan lagi.

“Papa dah selidik semuanya” Datuk Yusuf berkata. Setelah itu, dia menerangkan maklumat yang diperolehi secara ringkas. Fandi hanya mendiamkan diri sehingga Datuk Yusuf habis berkata.

“Sekarang, terpulang pada kamu sama ada kamu nak bawa Nabilah balik atau tidak”

“Banyak ke kos nya papa?”

“Itu papa tak tahu. Pada papa, kosnya tak penting. Cuma mungkin kita terpaksa hadapi beberapa masalah. Tapi tak apa, papa akan minta tolong kawan papa supaya Nabilah dapat balik dengan selamat” Fandi mengangguk, masih mendiamkan diri.

“Tapi Fandi, kalau Nabilah tak mahu balik, papa pun tak boleh buat apa-apa” Datuk Yusuf menyambung kata. Fandi menarik nafas dan mengangguk lagi. Gambar-gambar di atas meja di masukkan kembali ke dalam sampul surat dan di biarkan di atas meja.

“Saya faham papa. Apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih sebab tolong saya” Fandi berkata.

“Papa pun nak ucap terima kasih pada Fandi. Fandi sanggup kahwin dengan Fifi walaupun kamu tahu yang Fifi tu…dah terlanjur sampai berbadan dua…” Datuk Yusuf berkata perlahan. Ada nada kesalan dalam suaranya. Fandi tetap mendiamkan diri, tidak mahu membalas kata-kata Datuk Yusuf. Dia sebenarnya tidak suka perkara itu di bangkitkan. Dia tidak suka perkara buruk tentang Sofea di ungkit lagi walaupun itu adalah realiti. Biarlah perkara itu berlalu tanpa perlu di ungkapkan lagi. Sofea juga berhak untuk bahagia seperti orang lain.

“InsyaAllah, semuanya selamat papa” Hanya itu yang mampu di balas. Datuk Yusuf mengangguk.

“Papa nak jadi atuk tak lama lagi…” Tiba-tiba kata-kata itu terkeluar dari mulutnya. Fandi hanya tersenyum.

“Papa ada perkara nak tanya kamu…”

“Apa dia?” Kening Fandi terangkat.

“Kamu betul-betul sayangkan Fifi?” Serius soalan yang di utarakan.

“Sayang...papa...” Fandi teragak-agak menjawab. Bukan serba salah dengan jawapannya, tetapi dia agak segan untuk berbicara tentang perasaan dengan bapa mertuanya. Pelik pula di rasakan.

“Boleh kamu terima anak dia?” Sekali lagi Datuk Yusuf bertanya. Wajah menantunya di renung lama membuatkan Fandi semakin tidak senang duduk. Fandi terdiam.

“Kamu ikhlas sayangkan Fifi? Bukan sebab kontrak atau duit? Ataupun sebab kamu nak cari Nabilah?” Di asak dengan pelbagai soalan secara tiba-tiba, Fandi merasa agak panas hati. Dahinya berkerut membalas pandangan Datuk Yusuf.

"Kenapa papa tanya macam tu?" Fandi bertanya. Nada suaranya cuba di kawal. Bukan Fandi mahu bersikap kurang ajar tetapi soalan dari Datuk Yusuf membuatkan dia kurang senang.

"Don't you think I have the right to know?" Datuk Yusuf menjawab dengan soalan. Matanya masih tidak lepas memandang Fandi.

“Saya mengaku, dulu saya tak ada perasaan pun pada Sofea" Fandi menjawab.

"Tapi itu dulu. Sekarang saya ikhlas sayangkan Sofea, papa. Macam mana saya sayangkan Sofea, macam tu juga saya sayangkan bayi dalam kandungan Sofea. Saya suami Sofea, anak tu anak saya. InsyaAllah saya akan jaga Sofea dan anak saya sebaik mungkin” Nada suara Fandi kali ini lebih tegas. Agak terasa juga di soal jawab begitu, seolah-olah Datuk Yusuf mempertikaikan keikhlasannya. Memang benar dulu dia menikahi Sofea disebabkan duit dan perlukan bantuan untuk mencari Nabilah. Tapi itu dulu. Saat ini, Fandi tidak lagi memikirkan tentang duit. Duit tidak bermakna apa-apa lagi padanya. Sofea lebih penting dan dia sepenuh hati menyayangi isterinya.   

“Saya dah tak peduli pasal duit ataupun kontrak. Sofea segala-galanya buat saya. Saya…saya memang betul-betul sayangkan dia” Fandi berkata lagi, bagai menghamburkan segala isi hatinya. Dia mahu Datuk Yusuf percaya yang dia benar-benar maksudkannya. Dia tidak mahu ada lagi keraguan ataupun kekhuatiran dalam fikiran Datuk Yusuf dan mungkin juga, Datin Haryati. Last edited by Nicki_Meow on 11-10-2012 08:42 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2012 12:15 AM | Show all posts
“Fandi..,” Datuk Yusuf segera berkata sebelum Fandi meneruskan bicaranya. Fandi diam.

“Pertama kali papa kenal dengan kamu, papa yakin yang kamu seorang yang baik Fandi. Papa yakin yang kamu boleh jaga Fifi. Alhamdulillah, gerak hati papa tepat” Ujar Datuk Yusuf.

“Papa bukan nak mempertikaikan keikhlasan kamu. Papa cuma nak dengar dari mulut kamu sendiri.  Kalaupun kamu tak sayangkan Fifi, papa tak boleh nak memaksa. Itu perasaan kamu. Tapi, sekarang papa rasa lega. Sekurang-kurangnya, papa yakin masa depan Fifi lebih terjamin. Papa betul-betul terharu yang kamu sanggup terima Fifi seadanya”

“Saya tak tahu macam mana lagi nak yakinkan papa. Saya cintakan Sofea” Tiada lagi segan, tiada lagi malu. Fandi meluahkan semuanya dengan lancar. Datuk Yusuf tersenyum.

“Papa yakin yang kamu betul-betul ikhlas. Bukan sebab kontrak ataupun semata-mata kamu nak cari Nabilah…jadi..”

“Kontrak? Kontrak apa papa?” Tiba-tiba terdengar suara menyampuk. Segera Fandi dan Datuk Yusuf berpaling ke belakang. Fifi sedang berdiri di belakang mereka dengan kening berkerut. Terdapat segelas air minuman kegemaran Fandi di tangannya. Fandi dan Datuk Yusuf saling memandang.

“Abang...air” Gelas di tangan di letakkan di atas meja. Fandi menarik kerusi untuk Fifi lalu dia duduk.

“Papa cakap pasal kontrak apa?” Fifi bertanya lagi, ingin tahu. Fandi menelan air liur manakala Datuk Yusuf masih mendiamkan diri.

“Sebenarnya….”

“Satu aje ke air tu? Papa punya mana?” Datuk Yusuf segera menukar tajuk, memintas pantas kata-kata Fandi. Dia sengaja mengukir senyuman  namun anak mata Fandi di pandang tepat, memberikan isyarat supaya Fandi tidak berkata apa-apa tentang kontrak perkahwinannya dengan Fifi. Fandi menarik nafas.

”Ala…papa punya suruhlah mama buat. Ini abang punya…” Fifi menjawab manja. Datuk Yusuf tersenyum.

“Papa cakap pasal apa tadi? Kontrak? Nabilah?” Sekali lagi Fifi bertanya soalan.

“Abang dah cerita pasal Nabilah pada papa. Papa janji nak tolong abang cari Nabilah” Fandi menjawab. Walaupun dia tidak dapat bercakap benar mengenai kontrak, sekurang-kurangnya dia tidak perlu berdolak-dalik tentang Nabilah pada Fifi.

“Oh…” Fifi terangguk-angguk.

“Yang papa sebut pasal kontrak tu?”

“Pasal company…” Sekali lagi Datuk Yusuf berdalih. Fifi hanya mencebik.

“Mama mana?” Datuk Yusuf bertanya.

“Tadi ada kat dapur” Fifi menjawab.

“Kalau macam tu, papa masuk dululah” Datuk Yusuf segera mencari alasan untuk meminta diri. Fifi senyum. Datuk Yusuf bangun dari kerusi. Bahu Fandi di tepuk beberapa kali lalu dia melangkah meninggalkan anak dan menantunya berduaan di halaman. Sampul surat di atas meja juga di capai. Last edited by Nicki_Meow on 11-10-2012 08:46 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 12:26 AM | Show all posts
“Seriusnya awak dengan papa berbual…” Fifi berkata lagi. Fandi senyum.

“Papa tu..biasalah…” Jawapan ringkas Fandi berikan.

“Awak minta tolong papa cari Nabilah?” Fandi angguk.

“Papa cakap apa?”

“Papa setuju nak tolong”

“Baguslah” Fandi angguk lagi. Mengangkat muka memandang wajah Fifi. Mata Fifi di renung dalam-dalam.

“Ada yang tak kena dengan saya ke?” Fifi bertanya apabila Fandi merenungnya.

“Tak adalah”

“Kalau tak ada, kenapa tengok saya macam tu?”

“Nak tahu sebab dia?”

“Nak” Fifi pula terangguk-angguk.

“Dekat sikit” Arah Fandi.

“Cakap ajelah” Fifi membalas, masih tidak bergerak.

“Tak boleh. Kena cakap pelan-pelan. Nanti orang dengar”

"Ngada-ngadalah awak ni..."

"Dekatlah sikit..." Sekali lagi Fandi mengarah.

“Yalah..yalah” Fifi muncung. Tapi dia mendekatkan juga badannya pada Fandi. Fandi pula mendekatkan bibirnya ke telinga Fifi.

“It’s because, I love you so much and I feel like I want to kiss you now…”

“Gatal!” Perut Fandi di cubit sekuat hati.

“Sakit!” Fandi berkata kuat. Fifi tergelak.

“Sorry…” Fifi berkata sambil menggigit bibir. Rasa bersalah pula. Fandi hanya menggelengkan kepala. Bukan sekali, sudah berkali-kali menjadi mangsa cubitan jari Fifi. Kalau tak perut, di lengan.

“Lain kali tak buat lagi”

“Yalah tu…” Fandi mencebik, meniru gaya Fifi. Fifi tergelak lagi.

“Awak” Fifi memanggil.

“Iya”

“Betul awak sayang saya?”

“Betul... sayang…”

“Kalau abang sayang Sofea, buatkan Sofea susu...” Fifi meminta manja, sambil tersengih. Sekali lagi Fandi menggelengkan kepala.

“Kelakarlah awak ni…” Fandi membalas. Fifi masih tersengih.

“Nak susu, jom masuk” Fandi mengajak lalu mencapai gelas dan buku di atas meja. Fifi turut bangun, mengikuti langkah Fandi masuk ke dalam rumah dengan girang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:36 AM | Show all posts
Bukan fifi je perlu kan susu sekarang ni. Nicki dah minum susu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:55 AM | Show all posts
fifi ke nicki yg beranak dulu nih

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 09:59 AM | Show all posts
sarizu posted on 11-10-2012 09:55 AM
fifi ke nicki yg beranak dulu nih

haruslah fifi... fifi kan dah sarat?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 10:04 AM | Show all posts
sarizu posted on 11-10-2012 09:55 AM
fifi ke nicki yg beranak dulu nih

Iols kot? Meaning that SAK cuma akan di habiskan lepas iols bersalin + pantang 100 hari....boleh?



@ladyFinger12 Minum susu tapi tak lalu... rasa macam nak mengendeng kat Fandi je suh buatkan susu...  





Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 10:05 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-10-2012 09:59 AM
haruslah fifi... fifi kan dah sarat?

den takut nicki yg tgh pening2 ni asyik ghaib je dr rumah ni karang dia yg teberanak dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 10:07 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-10-2012 10:04 AM
Iols kot? Meaning that SAK cuma akan di habiskan lepas iols bersalin + pantang 100 hari....boleh?
...

Oh Nooo!  Kesian anak fifi. Tua dlm perut nanti. Keluar-keluar je udah tumbuh gigi

Makan hati lah fandi. Itulah... pasai apa nak tunggu sampai meletup?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2012 10:08 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-10-2012 10:04 AM
Iols kot? Meaning that SAK cuma akan di habiskan lepas iols bersalin + pantang 100 hari....boleh?
...

ha kan...?
ngeri seh kalu gini



kalu nk ngendeng kt abe fandi nicki msti bygkn abe fandi tu yg hnsem2 tau!
cek tak tau plk cmna ropa abe fandi tuh.
cek luv abe bernard jah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 10:22 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-10-2012 10:07 AM
Oh Nooo!  Kesian anak fifi. Tua dlm perut nanti. Keluar-keluar je udah tumbuh gigi

Makan hat ...

Takpun terus berlari.....

Bukan Fandi je makan hati.... orang lain pun makan hati tunggu Fandi tak goal-goal sampai ke sudah....











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2012 10:24 AM | Show all posts
sarizu posted on 11-10-2012 10:08 AM
ha kan...?
ngeri seh kalu gini

Hero mestilah handsome.....Hehehehe

Tapikan, cheq pun sampai ke sudah tak jumpa "Fandi' yang sesuai.... camna nak imagine?



Lee Chong Wei nak kahwin bulan depan..... tetibaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 10:37 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-10-2012 10:22 AM
Takpun terus berlari.....

Bukan Fandi je makan hati.... orang lain pun makan hati tungg ...

Kalau x mahu semua makan hati, pelan pelan update n3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 276515 Replies : 6848
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 4110 Replies : 36
Miza Ozawa dijel 2 bulan
mojarean_XMiza Ozawa dijel 2 bulan
Views : 13395 Replies : 21
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15284 Replies : 40
Gambar iklan produknya pun.. Iklan Produk Wanita Keluaran Nilofa Guna Foto "Double-Meaning" Buat Ramai Kurang Senang
akido_kidoGambar iklan produknya pun.. Iklan Produ
Views : 27600 Replies : 337
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77910 Replies : 3230
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 34069 Replies : 274
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26999 Replies : 101
Husband korang macam ni kan?
VictorioussssHusband korang macam ni kan?
Views : 21891 Replies : 93
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 77430 Replies : 262

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.089496 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list