CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 15-10-2012 10:27 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 14-10-2012 11:57 PM
Dua tiga kali pandang, ada rupa Adam AF lak...

Mana tau orang pontian?

Eh, bukan hari tu balik kampung kat Pontian ke? ke lady yg dejavu?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2012 10:32 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-10-2012 10:27 AM
Eh, bukan hari tu balik kampung kat Pontian ke? ke lady yg dejavu?

Kluang sayang... KLUANG!  

(Marah sebab silap kampung halaman.... )
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 10:37 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-10-2012 10:32 AM
Kluang sayang... KLUANG!  

(Marah sebab silap kampung halaman.... )

sorry sorry... tu la... lama bebeno tak upadate n3 kan sampai pembaca/peminat lupa?



(baik punya alasan )
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 10:53 AM | Show all posts


Senak perut usu membayangkan kalo fifi kendian dpt tau psl kontrak kawin ni..errr..fifi akan tau ke nicki? ex-gf fandi tu bg tau kot? hehe..

adeii...mesti jadi isu depa laki bini nnt..tp yelah..mestilah ada rencah hidup dalam novel nikan..

berbagai perasa & perisa..



Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 01:48 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 12-10-2012 05:47 PM
Ni iras2 aqasya laaa...
hensem... chinese look! Sesuai ler sbb org pontian kan?

Ahaks...ini masa muda belia jek...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2012 04:40 PM | Show all posts

BILA NAK SAMBUNG NIH
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-10-2012 04:48 PM | Show all posts
UsuFie posted on 15-10-2012 10:53 AM
Senak perut usu membayangkan kalo fifi kendian dpt tau psl kontrak kawin ni..errr..fifi akan tau ...

Errrr... JENG JENG JENG boleh tak Usu?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2012 04:50 PM | Show all posts
yaya4075 posted on 15-10-2012 04:40 PM
BILA NAK SAMBUNG NIH

Page 72 dah ada sambungan satu episode...

Episode seterusnya... errr... errrr.... tak janji....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2012 09:30 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-10-2012 04:48 PM
Errrr... JENG JENG JENG boleh tak Usu?



........

nak buat plot mcm tu kah?  

errr.....usu tak berapa gemar watak perempuan antagonis mcm tu....so malaywood...



btw...bila nak nyambung?... dah mood cuti raya korban dah ni...











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2012 11:51 AM | Show all posts
UsuFie posted on 16-10-2012 09:30 AM
........

nak buat plot mcm tu kah?  

Errr... Usu ada idea lain?  hahahahha.....

Cheq cubalah ye sambung pelan-pelan, but not today... Kecergasan mental dan fizikal menjunam terus ke laut tujuh ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2012 12:04 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 16-10-2012 11:51 AM
Errr... Usu ada idea lain?  hahahahha.....

Cheq cubalah ye sambung pelan-pelan, but not today ...

Niki sayang....

Igt dah ada n3...xpe niki...slow2lah ya...kang jd merapu lak citer niki...dr citer gangster tetiba kisah penjagaan bayi pulak oleh fifi & fandi...ahaks...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 03:12 AM | Show all posts
Episode 70

Bilik Gerakan
Unit Siasatan Jenayah Bukit Aman


Kesemua mereka menumpukan perhatian ke arah gambar-gambar yang terpapar di skrin. Satu demi satu gambar bersili ganti.  Fail-fail siasatan masih terbuka di atas meja. Operasi mereka berjaya. Serbuan di Tokong Bao Gong membuahkan hasil. Geng Jedi berjaya di tumpaskan. Ramai kuncu-kuncunya telah di tangkap walaupun ada juga yang dapat melarikan diri. Kematian Jedi telah menyebabkan kumpulan itu lumpuh sepenuhnya. Walaubagaimanapun, jelas terpancar sedikit kekecewaan di wajah Inspektor Zamani. Dia seboleh-bolehnya mahu Jedi di tangkap hidup-hidup. Tetapi matlamatnya tersasar apabila Jedi di bunuh oleh Shark.

Wajah lelaki yang di percayai ketua kumpulan Jedi terpapar di skrin.

      


“Jeremy Lau Kean Keat ataupun lebih di kenali sebagai Jedi” Inspektor Zamani berkata. Mesyuarat yang di adakan hari ini adalah untuk melaporkan perkembangan siasatan kes Geng Jedi. ACP Zaid, Inspektor Sabri, Inspektor Marina dan beberapa orang pegawai memberikan tumpuan penuh.

“Berumur 42 tahun. Mempunyai seorang isteri dan dua orang anak perempuan. Mati akibat satu tembakan di kepala, di bunuh sendiri oleh Shark atau Shahrizal Salleh” Sambungnya.

“Kami dah buat soal siasat dengan keluarga Jeremy Lau. Menurut isteri Jeremy Lau, suaminya bekerja sebagai penjual kereta dan insuran. Dia tak tahu langsung pasal kegiatan haram Jeremy” Inspektor Zamani menarik nafas seketika.


      

“Ini Tan Kim Meng atau Freddie Tan. Berumur 34 tahun. Orang kanan Jedi"

     

“Dan ini pula Chua Kok Lai. Lebih di kenali sebagai Sony Chua. Berumur 38 tahun. Orang yang paling Jedi percayai. Selepas serbuan di Tokong Bao Gong, mereka terus hilang tanpa dapat di kesan. Susah juga nak dapat maklumat tentang mereka. Sama seperti Jedi, mereka jarang menonjolkan diri"

“Freddie Tan berasal dari Pulau Pinang. Dia tinggal dengan teman wanitanya di Cheras. Tapi, apabila kami ke rumahnya, rumah itu telah di kosongkan. Teman wanitanya turut hilang. Keluarga Freddie Tan juga tak tahu di mana dia berada sekarang””

“Sony?” Soal Inspektor Marina pula.

“Pun tak dapat apa-apa maklumat lagi. Pihak keluarganya langsung tak mahu memberi kerjasama” Jawab Inspektor Zamani, agak kecewa tapi masih belum berputus asa. Last edited by Nicki_Meow on 18-10-2012 09:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 03:28 AM | Show all posts
“Saya rasa Jeremy atau Jedi adalah ahli atau pernah menjadi ahli kumpulan kongsi gelap Naga Timur. Begitu juga Fred dan Sony” Inspektor Zamani berkata lagi.

“Naga Timur? Tapi bukan ke lepas kematian Loong Gan Fai, kumpulan tu dah tak aktif lagi?” Inspektor Marina menyoal.

“Mereka masih aktif Inspektor Marina, cuma kurang menonjol berbanding pada zaman Loong Gan Fai.  Mereka membuka dan mengawal banyak kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Nampak macam perniagaan mereka mengikut undang-undang tetapi di sebaliknya, mereka juga menjalankan kegiatan pelacuran dan pinjaman wang haram. Dan saya juga syak, mereka turut melakukan pengedaran dadah tapi tak pernah sekalipun bahan bukti di jumpai. Pernah beberapa kali premis-premis milik mereka di serbu tapi seminggu atau sebulan selepas itu, mereka kembali beroperasi seperti biasa”

“Tengok ni…” Gambar di layar putih bertukar.



“Tatu naga. Kenapa dengan tatu ni?” Soal Inspektor Marina.

“Ini tatu yang terdapat pada badan Jeremy”

“Dan ini…” Gambar bertukar lagi.

     


“Tatu ini adalah lambang yang sering di gunakan oleh Kumpulan Kongsi Gelap Naga Timur, terutama ahli-ahli tertinggi mereka. Ciri-ciri tatu yang terdapat pada anggota Naga Timur adalah Naga dan lambang Ying dan Yang. Ciri yang sama pada tatu Jeremy Gan” Inspektor Zamani menerangkan.

“Jadi, Kumpulan Jedi dan Kumpulan Naga Timur ada kena mengena? Ataupun Jedi juga adalah ketua kongsi gelap Naga Timur?” Soal Inspektor Marina lagi.

“Mengikut maklumat, Shark tak pernah sebut atau berurusan dengan Naga Timur. Jadi saya yakin Jedi dan Naga Timur adalah dua kumpulan yang berbeza. Mungkin Jeremy adalah bekas anggota kongsi gelap Naga Timur. Setelah meninggalkan kumpulan itu, dia menubuhkan kumpulannya sendiri. Atau mungkin juga dia dan kumpulan Naga Timur saling bekerjasama melakukan jenayah” Inspektor Zamani menjawab.

“Mungkin?”

“Ya.. mungkin” Pertanyaan Inspektor Marina di jawab ringkas.

“Kami dah buat soal siasat dengan ahli kumpulan Jedi yang di tahan. Tapi, tak banyak maklumat yang kita dapat. Tak seorang pun mahu buka mulut tentang kumpulan mereka. Mereka juga tak mahu di kaitkan dengan kumpulan Naga Timur walaupun kebanyakan yang di tangkap mempunyai tatu berlambang naga pada badan mereka.  Tapi mereka mengaku, Jedi atau Jeremy adalah ketua mereka” Inspektor Sabri menambah.

Suasana menjadi sepi seketika. Melihat keadaan itu, ACP Zaid mengutarakan soalan.

“Ada berita tentang Shark?” Agak berubah wajah Inspektor Zamani mendengar soalan itu. Dia terdiam.

“Kali terakhir, Shark muncul di Kondominium Serimaya pada malam serbuan di Tokong Bao Gong” Inspektor Sabri menjawab bagi pihak rakan sejawatannya. Last edited by Nicki_Meow on 18-10-2012 09:13 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 03:41 AM | Show all posts
“Kenapa dia ke sana?” ACP Zaid menyoal lagi.

“Itu adalah rumah rakannya, Bella. Seorang pelacur kelas atasan. Bella dengan Shark memang rapat” Kali ini, Inspektor Zamani menjawab lalu dia menerangkan secara ringkas hubungan Bella dan Shark kepada semua yang ada di dalam bilik ini.

“Jadi, Bella yang tolong Shark sembunyikan diri?” Setelah habis penerangan Inspektor Zamani, Inspektor Marina menyoal.

“Rasanya tidak sebab Bella dah merancang untuk ke luar negara. Lagipun, hubungan mereka dah tak berapa baik. Pada hari yang sama, pemilik rumah yang di sewa Bella telah membuat laporan polis bahawa dia telah di serang oleh seorang lelaki yang mengaku rakan pada Bella. Nama pemilik rumah itu adalah Tang Meng Lai. Menurut Encik Tang, Bella telah memaklumkannya beberapa hari sebelum itu yang dia mahu berpindah ke luar negara.  Jadi, Encik Tang datang ke rumah itu untuk mengambil kunci dan membuat pemeriksaan ringkas. Tapi dia di serang dan duit di dalam dompetnya di curi”

“Nampak macam Bella tergesa-gesa nak berpindah”

“Begitulah nampaknya. Tidak dapat di pastikan atas sebab apa. Kebanyakan barang-barang milik Bella masih berada dalam rumah Encik Tang, di berikan begitu saja.” Inspektor Zamani menunggu seandainya ada lagi soalan yang berkaitan dengan Bella. Apabila tiada soalan di berikan, dia menyambung lagi.

“Ini adalah gambar yang kami dapat dari CCTV. Gambar di kawasan parkir tingkat bawah dan juga pagar keluar dari Serimaya” Mereka kembali memerhatikan skrin. Gambar Shark jelas terpapar di situ.

“Shark melarikan diri menggunakan kereta jenis Honda City warna biru, bernombor pendaftaran WRC 456. Kereta itu juga milik Bella. Tiada laporan kecurian kerana pemiliknya sudah pun berada di luar negara”

Mereka kembali bersoal jawab dan berbincang tentang kes yang masih berjalan. Masing-masing memberikan buah fikiran agar kes ini dapat di selesaikan. Kes yang sudah berlanjutan agak lama itu perlu di tamatkan dengan segera. Kematian Jedi sekurang-kurangnya memberikan kesan positif pada kes ini. Tapi, orang-orang Jedi yang masih terlepas perlu di tangkap. Freddie, Sony dan Shark tak boleh di lepaskan begitu sahaja. Mereka di kategorikan sebagai penjenayah berbahaya. Beberapa rancangan di atur.

“Baiklah. Sebelum kita bersurai, saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama anda semua” ACP Zaid bersuara setelah perbincangan tamat. Matanya memandang ke semua anggota yang berada dalam bilik ini.

“Sama-sama tuan” Beberapa orang menjawab. Ada yang tersenyum, ada yang mengangguk.

“Tapi kes ini masih belum selesai secara rasminya. Kita kena pastikan saki-baki orang Jedi di tangkap”

“Baik tuan”

“Okay. That’s all guys. Good Luck. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”

Mesyuarat telah selesai namun itu bukan bermakna penamat untuk misi mereka. Demi menjaga kestabilan dan keamanan agama, bangsa dan negara Malaysia tercinta, walaupun nyawa di pertaruhkan, tugas akan tetap di teruskan.  Sumpah dan ikrar yang di lafazkan ketika menerima tugas sebagai warga Sang Saka Biru tersemat kukuh dalam hati. Last edited by Nicki_Meow on 18-10-2012 10:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 07:14 AM | Show all posts
Kellas ah nicki siap bgmbr lg!
Good job!

Gmbr shark tu kasi muka Shah Jazle, ada suai ka?

Next!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 08:10 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-10-2012 03:12 AM
Episode 70

Bilik Gerakan

.....best ler ko niki...semua suspek pelakon terkenal...yg last tuh paling x menahan...aktor jepun feveret aku tuh....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2012 08:56 AM | Show all posts
nk lari p mana ni shark.... hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 09:28 AM | Show all posts
sellie003 posted on 18-10-2012 08:10 AM
.....best ler ko niki...semua suspek pelakon terkenal...yg last tuh paling x menahan...ak ...

Takuya Kimura.....mak suka yuuuuu.....aauuuwwwww....

Dari zaman bujang sampai dah ada anak bujang....tetap di hati....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 09:35 AM | Show all posts


nicki.....



Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 09:37 AM | Show all posts
alahaiiiii sony chua....

sian plak jeremy jd kambing hitam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.105646 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list