Ilham duduk bertentangan dengan Atirah. Mereka bertemu jauh dari Motel Sri Cempaka.Takut kantoi dengan kekasih tersayang punya pasal.
“kita order dulu baru sembang...” kata Atirah sambil melihat menu yang terdapat di restoren itu. Ilham sekadar mengikut. Tak kisah.
“apa yang urgent sangat tu...” soal Ilham setelah selesai memesan makanan. Atirah tersenyum kecil. Sengaja mahu menguji kesabaran Ilham.
“tak sabar-sabar you ni kan... relax okey.” Giat Atirah dengan senyuman yang terukir dibibirnya. Ilham mengeluh perlahan dengan jawapan Atirah. Terasa Atirah menipunya. Mungkin perkara urgent itu tidak wujud. Itu semua modal Atirah untuk bertemu dengannya sahaja.
“okey i dah relax. Apa yang penting sangat you nak cakap dengan i?”
“pasal hubungan kita.” Balas Atirah pendek. Buat hati Ilham makin tertanya-tanya.
“kenapa? Kalau nak putus memang i sokong sangat. I pon tak nak seksa you lebih lama.”Jawapan jujur dari Ilham benar-benar menggores hati Atirah. Langsung tiada rasa kesian Ilham buatnya. Malah Ilham langsung tidak berfikir panjang untuk memutuskan hubungan dengannya. Sekejam itu Ilham melayannya yang cukup menyayangi Ilham selama ini.
“thank sebab bagi i peluang walaupun i langsung tak berjaya menyentuh hati you. I think sampai sini je la percintaan kita. I pon tak rasa you akan boleh sayangkan i macam you sayangkan Rania. Tapi i puas hati sebab i dah usaha. Mungkin dah tiada jodoh antara kita. Nak buat macam manakan.” Luah Atirah sedikit sayu. Tapi, dia tidak mampu memaksa Ilham untuk suka padanya. biarlah masa yang menentukan segalanya.
“i minta maaf Tyra...... i tahu i dah banyak lukakan hati you untuk tempoh ini .maafkan i please.” Minta Ilham. Dia sedar dia banyak mengguriskan hati Atirah namun dia terpaksa. Kalau Atirah terus diberi harapan, gadis ini akan makin kecewa suatu hari nanti.
“it’s okey Ilham... kita kan dah janji, perasaan adalah tanggungjawab masing-masing.”Atirah membalas tenang. Cuba menghilangkan rasa bersalah dihati Ilham.
“tapi...i nak jumpa you bukan nak cakap pasal perkara ni jer.... i ada perkara yang lebih penting untuk beritahu you..” luah Atirah dengan senyuman simpul. Barang yang dijumpai di meja Nadrisa dikeluarkan. Diletakkan diatas meje makan mereka.
“apa?” soal Ilham pendek sambil melihat barang yang diletakkan diatas meja. Barang itu diamati lama. Dia kenal kamera didepannya kini. Kamera itu adalah milik puan Maimun dan dia adalah orang yang memberikan kamera itu kepada mamanya.
“ni mama punya... mana you dapat ni?” Tanya Ilham lagi. Dia mengambil kamera itu.Dilihat gambar-gambar yang pernah diambil. Semua gambarnya dan scandalnya yang lepas iaitu Maslina.
“i rasa ada spy auntie Mun kat Motel.....” jawab Atirah tenang. Ilham tersentak. Rasa marah mula membara dalam jiwanya. Dia yakin kata-kata Atirah adalah benar apabila melihat segala gambar-gambar yang terdapat didalam kamera puan Maimun.
“siapa? Beritahu i mana you dapat semua ni.” Keras suara Ilham. Hatinya sudah tidak sabar lagi. Pengintip sebegitu tidak boleh dilepaskan.
“Nadrisa......kerani akaun kat motel you. I jumpa kamera ni atas mejanya.” Terang Atirah. Ilham terdiam seketika mendengar jawapan dari Atirah. Dadanya berombak kencang. Nafasnya menjadi tidak teratur. Dia betul-betul terkejut mendengar jawapan dari Atirah. Nadrisa? ulang hatinya. Takkan Nadrisa pengintip mama. Takkan Nadrisa menipu aku selama ini. takkan Nadrisa........ argggh. Kenapa mesti Nadrisa! hatinya menjerit pedih.
Last edited by misssakura on 22-10-2012 10:47 AM
|