Erra Fazira: Isu Cerai, Jangan Percaya Sumber Lain!
KUALA LUMPUR, 16 NOV 2012: Walaupun sehingga kini tiada sebarang perkembangan mengenai status sebenar rumahtangga aktres jelita Erra Fazira dengan Engku Emran, namun cerita-cerita kurang enak mengenai kedua mereka terus bertebaran di semua saluran media yang ada. Termasuklah gosip yang mengatakan bahawa mereka telah pun bercerai pada penghujung Oktober lalu. Orang yang bertanggungjawab membuat cerita ini melaporkan ia datang daripada sumber yang boleh dipercayai. Pihak Murai merasakan selagi tiada pengesahan atau bukti sahih seperti gambar atau kenyataan daripada tuan empunya badan, sumber yang boleh dipercayai itu belum tentu boleh dipercayai. Erra Fazira pula ketika dihubungi masih kekal dengan pendiriannya untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai gossip ini. Dia juga berharap pihak media tidak menyokong atau percaya sebarang cerita yang tidak benar seperti ini selain pengesahan daripada mereka berdua. "Minta maaf, buat masa ini tiada sebarang kenyataan dan penjelasan untuk Erra berikan kepada umum mengenai gosip ini. Sehingga ke hari ini, gosip hanya tinggal gosip sahaja. "Jika ada fakta yang mahu Erra kongsikan bersama peminat dan umum, Erra pasti akan memberitahu secara langsung kepada anda dan rakan media semua. "Diharapkan rakan media tidak menyokong sebarang fakta dari sumber seperti ini selain apa yang datang daripada Erra atau Engku Emran sendiri,"jelasnya ketika dihubungi portal Murai. Apa jua pengakhiran atau penyelesaian kepada kekusutan dan cerita mengenai kedua mereka ini, diharapkan ia tamat dengan baik demi kebaikan semua pihak.
kredit: murai.com.my
Last edited by Yen_Aireena on 16-11-2012 06:57 PM
|