CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ghetto_souljah

Artikel Imam Mahdi mengikut ASWJ (merged: astika, nuralisa)

[Copy link]
Post time 5-4-2007 08:37 AM | Show all posts
Daripada hadis Nabi SAW dan asar daripada Sayidina Ali KMW ini, serta beberapa hadis lain yang tidak dimasukkan di sini, dapatlah disebutkan beberapa perkara, antaranya:

1. Imam Mahdi adalah dari keturunan Sayidina al-Hasan. Maksudnya keturunan dari Sayidina al-Hasan yang perempuan, akan membawa kepada turunnya Imam Mahdi. Hal ini sebenarnya hanyalah bersifat penjelasan, tidak perlulah kita mengoreknya habis-habisan untuk mendapatkan kesahihan. Cukuplah sekadar mempercayai dan meyakini apa-apa pekhabaran yang telah disampaikan oleh baginda SAW itu.


ASAL-USUL KETURUNAN IMAM MAHDI

1. Beliau berketurunan Rasulullah SAW.


Rasulullah SAW bersabda : "Al Mahdi itu adalah salah seorang dari kami, dari kalangan ahlulbait.(Riwayat Ibnu Majah)

2. Beliau berketurunan Sayidatina Fatimah RA

"Al Mahdi adalah dari keturunanku, dari anak cucu Fatimah".Hadis riwayat dari Abu daud dan Ibn Majah.

3. Beliau berketurunan Saidina Ali KMW.

"Akan keluar dari sulbi ini (Saidian Ali KMW) seorg pemuda yg akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yg demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datnag dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al mahdi".
Hadis riwayat At Tabarani.

4. Beliau dari keturunan Saidina Hassan dan Al Husain bin Ali  RA.

Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah RA.

Demi Allah yg mengutus aku sebagai nabi yg sebenarnya, sungguh dari keturunan al Hassan dan al Hussain kan lahir al Mahdi utk umat ini.

5. Beliau berketurunan Saidina Al Abbas RA.

Al Mahdi adalah dari keturunan Abbas bapa saudaraku.

Hadis riwayat Ad Daruqutni.


6. Imam Mahdi adalah seorang lelaki.

Rasulullah SAW bersabda :

Kalaulah hanya tinggal sehari sahaja lagi umur dunia ini, pasti Allah akan panjangkannya sehingga dibangkitkan Nya seorg lelaki dari ahli keluargaku yg akan memenuhkan dunia ini keadilan seperti sebelumnya yang dipenuhi oleh kezaliman.

(Riwayat Abu Daud)


2.   Sayidina al-Hasan adalah seorang yang lemah lembut dan mencintai keamanan. Maka daripada keturunannya kelak akan lahir seorang pemimpin yang membawa keamanan sejati ke seluruh dunia ini iaitu Pemuda Bani Tamim.

3-   Diulang sekali lagi, namanya yang sebenar ialah Muhammad, sama seperti nama Nabi kita SAW, tidak menggunakan nama-nama yang lain.


1. Namanya Muhammad

A. Dari, Abdillah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda,

Dunia ini tidak akan binasa sehingga seorang dari Ahlulbaitku menguasai seluruh bangsa Arab yang namanya sama dengan namaku."        (At-Tarmizi & Abu Daud)

B. Dari Abdillah RA dari Rasulullah SAW, bersabda,

"Seorang dari keluargaku akan berkuasa yang namanya sama dengan namaku."

C. Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Seandainya umurdunia ini tidak tersisa melainkan sehari, pasti Allah akan panjangkan hari itu sehingga dia berkuasa."        
(At-Tarmizi)

D.,Sabda Nabi SAW

"Dunia tidak akan lenyap sehinggalah bangsa Arab diperintah oleh seorang lelaki dari kaum keluargaku, yang namanya menyamai namaku."(Abu Daud)

E. Daripada Zar, dari Abdullah RA, dari Nabi SAW yang bersabda,

"Tidak hilang atau tidak habis umur dunia ini sehinggalah diperintah seluruh bangsa Arab oleh seorang lelaki dari ahli keluargaku yang sama namanya dengan namaku." (Abu Daud)



4.. Nama bapanya adalah Abdullah, sama nama seperti nama bapa Nabi SAW.


Nama Bapanya Abdullah
        
A.        Sayidina Ali KMW, ketika memandang anaknya al-Hasan RH, berkata,

"Anakku ini adalah seorang Sayid, seperti yang Nabi SAW menamakan dia. Daripada keturunannyalah akan muncul seorang lelaki yang namanya seperti nama nabi kamu. Dia akan menyerupai Nabi kamu dari segi akhlak tetapi tidak dari segi rupa. "Kemudian dia menyĕbutkan riwayat bahawa bumi ini akan dipenuhi dengan keadilan (semasa pemerintahannya)."        (AbuDaud)

B.        Dari Abdullah RA katanya, sabda Nabi SAW,

"Kalaulah umurdunia ini banya tinggal sehari sahaja lagi, pasti Allah akan panjangkan hari itu sehingga diutuskan-Nya seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya dipenuhi oleh penindasan dan kezaliman." (Abu Daud & At-Tarmizi)



Hal ini berlawanan dengan Imam Mahdi bagi puak Syiah kerana bagi mereka, nama bapa Imam Mahdi mereka bukan Abdullah.
Bagi puak Syiah Imamiah, nama bapa Imam Mahdi mereka adalah al-Hasan al-Askari dan bagi Syiah Kaisaniah pula, bapa Imam Mahdi mereka adalah Sayidina Ali KMW!

5.   Akhlak Imam Mahdi adalah sama dengan akhlak baginda Rasulullah SAW dan hal ini disebutkan dengari jelas oleh Sayidina Ali KMW. Ini juga menunjukkan ketinggian imannya pada sisi Allah SWT, kerana akhlak adalah lambang ketinggian iman. Pemimpin sejati (Imam Mahdi) semestinyalah akhlaknya saling tak tumpah dengan akhlak pemimpin sejati juga (Rasulullah SAW).

6.   Rupa zahirnya tidak sama dengar rupa zahir Baginda SAW' kerana menurut yang disebutkan dalam riwayat-riwayat masyhur, Nabi SAW itu jarangnya putih dan tampan sekali, manakala Imam Mahdi kulitnya kemerah-merahan dan kelihatan seperti orang Ajam.        

7.   Pemerintahannya sudah dijanjikan, dan dijanjikan juga sebagai suatu pemerintahan yang adil dan saksama. Yang berani menghalang kemunculannya sebagai pemimpin akan mendapat sebesar-besar azab dan seksaan.

8.i  Dunia sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Yang kuat menindas yang lemah, yang berkuasa menzalimi rakyat jelatanya, yang kaya menindas yang miskin dan seterusnya. Yang miskin, yang tidak berkuasa dan orang bawahan turut berbuat zalim dengan melakukan jenayah-jenayah sivil, menipu orang lain, mencari harta haram, menentang pemerintah dan tidak redha dengan keadaan miskinnya itu.


[ Last edited by  rainbows at 5-4-2007 08:50 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2007 01:24 PM | Show all posts
syukran jazilan rainbows.

http://tehranifaisal.blogspot.com/
Pesan aku tidak banyak saudara, Allah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 9 yang berbunyi: Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus. Ingatkah saudara akan ayat ini?

Memang bukan sedikit orang bertanya, jalan lurus itu bagaimana ya Faisal.

Oh itu bukan satu soalan yang menggamamkan. Tidak ada jalan lurus yang paling lurus melainkan yang pernah disebut-sebutkan oleh baginda mulia nabi Muhammad SAW yang amat agung itu, ayat 9 surah al-Isra' itu tentu sahaja dapat kita hubungkan dengan ayat 23 dari surah as-Syura yang dikenal dengan ayat mawaddah. Allah berfirman kepada kita semua wahai saudara: Katakanlah Wahai Muhammad, aku tidak minta balasan apapun atas risalah yang aku sampaikan pada kalian kecuali kecintaan kalian terhadap keluargaku.

Nah, itulah jalan lurus yang terbentang yang tidak akan ada kelok, belok, simpang dan kebencian lagi. Apa pun tahaluf atau tasamuh akan bersikap dari situ. Yang lain tidak penting. Malah tidak ada signifikannya.

Duhai saudaraku, saat aku akan meninggalkan kerusi ini untuk urusan duniaku, tidak siapa tahu yang aku bakal dapat kembali lagi ke sini untuk bertemu kalian meski di alam maya.

Ambillah nasihatku ini, dan janganlah berpaling lagi. Bahawa Imam Ahmad bin Hanbal menukil dalam kitab Fadhoilussohabah dengan sanadnya dari Said bin Jubair dari Amir, dia berkata :

Ketika ayat mawaddah turun para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, siapakah keluargamu? Siapakah mereka yang wajib dicintai oleh kita?"

Rasul yang wajahnya itu cahaya untuk semesta alam, menjawab: "Mereka adalah Ali, Fatimah dan kedua puteranya". Nabi mengulangi jawaban baginda tiga kali.

Saudara-saudaraku, tak dapatlah lagi kita berpaling bahawa al-qurba dalam ayat mawaddah adalah ahlul bait Nabi Muhammad SAW. Entah mengapa sesudah subuh yang syahdu hari ini aku merasai ingin meninggalkan pesan yang berharga ini yang Sehingga dapat disimpulkan bahwa kecintaan kepada mereka adalah kewajiban ilahi yang balasan kita sebagai umat, atas risalah yang disampaikan oleh junjungan Nabi Muhammad SAW haruslah mencintai Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya.

Duhai, itu jalan lurus yang dikehendaki baginda. Duhai, inilah petunjuk kita, duhai saudara-saudaraku kalau kita terberai dari ini alangkah hancurnya kita!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by remizati at 6-3-2007 05:16 PM
kesian betul..muda2 lagik dah mental... .huhuhuhu..


Aku rase die tuh banyak baca komik laa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 6-4-2007 11:02 AM


Aku rase die tuh banyak baca komik laa...


Awak ikutlah imam mahdi cara awak tu. Org lain pun boleh numpang ketawakan jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by BatuApi at 6-4-2007 11:49 AM


Awak ikutlah imam mahdi cara awak tu. Org lain pun boleh numpang ketawakan jugak.


Tak nak lah aku ikut die...merapu semacam ajer...

Ape kate ko ajer ikut die...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 10:33 PM | Show all posts

Keutamaan Mengenali AhlulBait

Sebuah Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut :

揔utinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya卍an (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!擺/b]

Dengan menyebut pesanan mengenai Ahli-Bait Nabi sebanyak dua kali, adalah sebagai suatu bentuk tekanan dan penegasan pada umat supaya perihatin terhadap apa yang menjadi hak dan kewajiban keturunan Rasulullah SAW.

Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: 揂pabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.擺/b]

Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : 揃intang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.擺/b]

Sebuah lagi Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2007 03:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 04:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2011 10:52 PM | Show all posts
aku stuju dgn ko RK..

Imam Mahadi hanya akan perjelaskan ape yg tidak jelas...dia akan terjemahkan yg yg tersirat yg kita manusia biasa sukar utk memahami....
Percakapan Imam Mahadi mendtgkan keindahan dlm kehidupan Ad'din (islam) yg akan menjadi teras kehidupan umat Mohammad s.a.w.....
Imam Mahadi mengembalikan keagungan islam.....memperkukuhkan akidah umat mohammad kpd agama allah iaitu islam...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 02:03 PM | Show all posts
sekarang da 2011..tsunami japan baru jek berlalu... asia barat semakin huru hara..libya berperang..mesir.. kerajaan beraja digulingkan.. telaga minyak dibkar.. kite kat malaysia bertuah sbb xmerase semua kekacauan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 09:29 PM | Show all posts
Reply 330# izsyraf

Janganlah terlalu berbangga dgn kurniaan kemakmuran dan keamanan di negara kita ini, sebaliknya sama2lah kita bersimpati dgn nasib yg menimpa saudara2 se-Islam kita di negara2 luar sana tu dan berdoa agar Allah mengurniakan kesejahteraan kpd mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 10:02 PM | Show all posts
Reply  izsyraf

Janganlah terlalu berbangga dgn kurniaan kemakmuran dan keamanan di negara kita i ...
zonan Post at 14-3-2011 21:29


kemakmuran tu adalah satu ujian besar.  Kemakmuran juga ada bersamanya maksiat, rasuah, riba, zina, bunuh membunuh, ulamak disisih dan macam-macam.  Bala pula membawa kesedaran kepada yang berfikir.  jadi, berfikirlah kita.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 04:16 PM | Show all posts
Adakah semua insiden yang berlaku tahun 2011 ada kaitan dengan Imam Mahdi rekaan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 05:54 PM | Show all posts
Jumpa gak website Imam Mahdi palsu nie..da siap ade website!!

http://imam-mahdi.zxq.net/fazilah.html

Baca bab Fazilah takleh tahan...da macam citer porno!

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2012 11:52 PM | Show all posts
rurouni_khairul posted on 19-11-2012 05:54 PM
Jumpa gak website Imam Mahdi palsu nie..da siap ade website!!

http://imam-mahdi.zxq.net/fazilah. ...

Sesungguhnya Imam Mahdi itu seorang pemuda. Pemuda yang diislahNYA serta diberi petunjuk. Pemudah yang dibekalkan petunjuk kebenaran dari Al-Quran dan Sunnah berdasarkan kepada kebenaran dan kebatilan (ilmu kehidupan yang sebenar). Tiada siapa yang kenal siapa dia Imam Mahdi melainkan jika Allah kehendaki untuk munculkannya mengikut peraturan-peraturanNYA selaku Al-Malik. Adakah Imam Mahdi itu seorang yang bijaksana? Adakah Imam Mahdi itu seorang yang warak? Adakah Imam Mahdi itu maksum? Tiada jawapan sehingga kemunculannya seperti mana yang dimaksudkanNYA. Berdoalah semoga kita menjadi umat Muhammad yang dimaksudkanNYA berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah dibawah pemerintahan Imam Mahdi (Pemimpin Yang Diberi Petunjuk). Semoga kita beriman dan bertaqwa kepadaNYA.

Sesungguhnya tugas kepada yang dimaksudkan Imam Mahdi adalah terlalu berat kepada mereka-mereka yang pernah diberikan petunjuk dan tidak kepada diri Imam Mahdi itu sendiri kerana itu semua rahsiaNYA.

Tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi seakan-akan sudah ada akan tetapi tiada siapa yang tahu rahsia perihalnya kerana bersamanya terdapat sesuatu yang kita cari selama ini iaitu ilmu kehidupan di dunia ini berkenaan Iman dan Taqwa berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah sebelum dijemput kembali kepadaNYA. Bila? Tiada siapa yang tahu. Yang pasti seluruh dunia tercari-cari Mahdi yang dimaksudkanNYA disamping mencari Iman dan Taqwa.

Adakah Imam Mahdi tahu dirinya Imam yang dinanti-nantikan? Siapalah kita untuk mengetahui perihalnya. Allah jualah Yang Maha Mengetahui tiap sesuatu. Sesungguhnya Imam Mahdi itu rahsiaNYA.

Sama-samalah kita berusaha kerana Allah dalam semua bentuk ilmu dan amal kebaikkan khususnya kepada diri kita sendiri dalam apa jua perkara kebaikkan dan menjauhi perkara-perkara buruk yang dimaksudkanNYA dalam erti kata sebenar-benarnya.

Wallah Hualam Last edited by Abangcute on 20-11-2012 12:07 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 09:01 PM | Show all posts

Sesungguhnya Imam Mahdi itu seorang pemuda. Pemuda yang diislahNYA serta diberi petunjuk. Pemudah yang dibekalkan petunjuk kebenaran dari Al-Quran dan Sunnah berdasarkan kepada kebenaran dan kebatilan (ilmu kehidupan yang sebenar). Tiada siapa yang kenal siapa dia Imam Mahdi melainkan jika Allah kehendaki untuk munculkannya mengikut peraturan-peraturanNYA selaku Al-Malik. Adakah Imam Mahdi itu seorang yang bijaksana? Ya, dia seorang yang cerdik - kenapa? Adakah Ahmad Bin Abdullah seorang yang alamin (jujur)?
Satu kabilah Quraisy tahu diri Nabi Muhammad tu cemana budi pekertinya, ye dok???

Adakah Imam Mahdi itu seorang yang warak?
Ya, dia bukan setakat warak, bahkan terhimpun kepadanya segala sifat-sifat sepertimana ada pada nabi nabi terdauhulu, kenapa? orang yang baik - orang menceritakan perihal kebaikannya, org yg jahat - diceritakan org tentang kejahatannya...

Adakah Imam Mahdi itu maksum?
-Bukankah dalam Quran telah Allah berfirman sesunguhnya Dia Pemelihara hamba hambaNya yg mukhlis?

Tiada jawapan <--Betoikah ini atau kamu yg masih belum tahu dan jumpa lagi???
sehingga kemunculannya seperti mana yang dimaksudkanNYA. Berdoalah semoga kita menjadi umat Muhammad yang dimaksudkanNYA berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah dibawah pemerintahan Imam Mahdi (Pemimpin Yang Diberi Petunjuk). Semoga kita beriman dan bertaqwa kepadaNYA.

Sesungguhnya tugas kepada yang dimaksudkan Imam Mahdi adalah terlalu berat kepada mereka-mereka yang pernah diberikan petunjuk dan tidak kepada diri Imam Mahdi itu sendiri kerana itu semua rahsiaNYA.

Tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi seakan-akan sudah ada akan tetapi tiada siapa yang tahu rahsia perihalnya kerana bersamanya terdapat sesuatu yang kita cari selama ini iaitu ilmu kehidupan di dunia ini berkenaan Iman dan Taqwa berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah sebelum dijemput kembali kepadaNYA. Bila? Tiada siapa yang tahu. Yang pasti seluruh dunia tercari-cari Mahdi yang dimaksudkanNYA disamping mencari Iman dan Taqwa.

Adakah Imam Mahdi tahu dirinya Imam yang dinanti-nantikan?
-Ya, sepertimana diri Rasulullah dari kecil lagi orang2 sekelilingnya dari mulut ibu, datuk, bapa saudara, ibu susuannya, mereka semua melihat perkara diluar kebiasaan padanya sekelilingnya, termasuklah ahli ahli kitab yg tahu dan hafal tanda2 pada diri Rasulullah, sehinggalah beliau disahkan secara pasti di gua hiraq....untuk kesahihan diri beliau sendiri....

Siapalah kita untuk mengetahui perihalnya. Allah jualah Yang Maha Mengetahui tiap sesuatu. Sesungguhnya Imam Mahdi itu rahsiaNYA.
-sesiapa juga yang diberitahu tidak mustahil...

Sama-samalah kita berusaha kerana Allah dalam semua bentuk ilmu dan amal kebaikkan khususnya kepada diri kita sendiri dalam apa jua perkara kebaikkan dan menjauhi perkara-perkara buruk yang dimaksudkanNYA dalam erti kata sebenar-benarnya.
-yang ni bagus, syabas teruskan mencari dan mempelajari, sesungguhnya kurnia Allah Maha Luas...
Wallah Hualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2012 11:41 PM | Show all posts
skiz0 posted on 20-11-2012 09:01 PM
    Adakah Imam Mahdi tahu dirinya Imam yang dinanti-nantikan?

-Ya, sepertimana diri Rasulullah dari kecil lagi orang2 sekelilingnya dari mulut ibu, datuk, bapa saudara, ibu susuannya, mereka semua melihat perkara diluar kebiasaan padanya sekelilingnya, termasuklah ahli ahli kitab yg tahu dan hafal tanda2 pada diri Rasulullah, sehinggalah beliau disahkan secara pasti di gua hiraq....untuk kesahihan diri beliau sendiri....

Apa buktinya Imam Mahdi tahu dirinya Imam Mahdi sejak dia dari kecil?


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 11:47 PM | Show all posts
rainbows posted on 15-4-2007 10:33 PM

Ni thread lama ni... tapi saya nak komen sikit:
Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut :

Macamana riwayat Al-Hakim disahihkan oleh Bukhari & Muslim? Macam kopipes ni, dah beberapa kali saya jumpa ni rasanya, dari thread lama dari beberapa forumer berlainan. Rasanya orang yang ambil hadith tu dah salah faham, disebarkan dan ramai yang kopipes.

Cuba semak balik Al-Hakim, Al-Bukhari dan Muslim, tahun bila mereka hidup?



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2012 11:53 PM | Show all posts
rurouni_khairul posted on 19-11-2012 05:54 PM
Jumpa gak website Imam Mahdi palsu nie..da siap ade website!!

http://imam-mahdi.zxq.net/fazilah. ...


Cerita karut pun dimulai dengan bismillah....diakhiri dengan kisah porno... Na'uzubillah!

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 08:19 AM | Show all posts
Apa buktinya Imam Mahdi tahu dirinya Imam Mahdi sejak dia dari kecil?

MNM77

-Ya, bagi diri kita mungkin sukar utk memahami kerana dia bukan kita, kita bukan dia...
tetapi dlm quran itu terlalu byk contoh contoh yg dpt kita fahami
sekiranya diperhatikan kisah nabi nabi, seperti Nabi Ibrahim, dari kecil dididik dan dipelihara oleh si bapanya, seorg tukang ukir patung berhala???habes tu kalau dah sibapaknya yg mendidik, siapa pula yg dok cerita pada Nabi Ibrahim kisah tauhid sampai beliau dpt membezakan benar dan salah?
sekiranya dilihat pula kisah Nabi Ismail, kecik2 dah kena tingai sama si bapak....cuma bila dah besar panjang barulah bertemu si bapanya semula...itupon pada hal hal tertentu...
bagaimana pula kisah Nabi Musa?kecil2 pon dah dimuat dlm kotak lalu diairi ke tempat laluan firaun melalui jalan air..
Nabi Isa?dia pernah berbicara dlm buaian lagi, adakah beliau ingat atau lupa yg beliau dpt berbicara semasa waktu kecil itu?
Jadi, persoalan seperti ini, kiranya bergantung harap pada akal, dapatlah jawapan buntu..
tetapi sekiranya berenung, menghisab diri...dan berserah ....insyallah...diri saudara MNM dan sesiapa jua akan dpt 'merasai' suatu kepastian.....sama seperti waktu membaca alquran itu sendiri, kita bukan bergantung harap pada akal semata, bahkan sebaliknya kita merenung dalam dalam sesuatu makna itu sendiri....dok gitu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.078960 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list