CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlianakasim

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part III]

   Close [Copy link]
Post time 13-12-2012 03:25 PM | Show all posts
amoyfazna posted on 13-12-2012 12:52 PM
actually masa perjalanan kalau follow route dlm google map tu kalau x stop mana2 lebih kurang sama d ...

Nak selamat boleh kira average speed 40-50kmh. Kalau jarak 100 (km), bahagi 40 (kmh), dalam 2.5 jam. Atau bahagi 50 (kmh), dalam 2 jam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2012 08:46 PM | Show all posts
dvpro posted on 13-12-2012 03:17 PM
Sebenarnya take perlu print boarding pass baru pun takpe, saya dah pernah tanya kat AirAsia sebelu ...

thank for the info dvpro. iols ni mudah gelabah...ye la bukan selalu kr obersea. next time iols precaution la...

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 09:47 PM | Show all posts
sakura2503 posted on 13-12-2012 08:46 PM
thank for the info dvpro. iols ni mudah gelabah...ye la bukan selalu kr obersea. next time iols pr ...

Sama la kita. Cuma sebelum pergi hari tu memang ada bertanya sebab memang dah plan nak tambah baggage allowance masa last night dan dah siap bawa portable scale. Memandangkan mmg tak bawa printer, tu yang tanya dulu tu.



Cuma yg buat suspen sikit masa nak confirm add-on tu, dah takde option utk bayar dgn Maybank2u. Masa nak bayar dgn kredit kad, dia mintak MSOS (Maybankard Secure Online Shopping) pulak. Telefon yg sepatutnya terima MSOS tu kat Malaysia. Nasib baik telefon tu smartphone, dan ada install SMS forward app, yg mana bila kita hantar SMS dari mana2 phone dgn trigger code, SMS yg diterima tu akan diforward kpd phone yg hantar trigger code tu tadi. Makanya Alhamdulillah selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 11:08 PM | Show all posts
sakura2503 posted on 13-12-2012 02:21 PM
aa, rasenya dorang x amalkan tip2 ni.
sbb ms kt hotel kt padang, ade la kes iols nk beli extra lu ...

Btol la kot ckp sakura tu..diorg x amalkan tips ngan meluas
Sbb ms sy nak hulur duet tu pon dia tnya utk apa ni..sy kata xde apa sbgai tnda tima kasih jek
Kalo ikot pngalaman kat bdo..kita hulur jek diorg x tnya dah..tros ucap tima kasih bnyk jek

Almaklumlah ni 1st time g pdg/ bt tggi..tu yg ingat konsep tips ni seme rakyat diorg ada amalkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 10:10 AM | Show all posts
ada sesape berurusan ngan aldi tak...aku email die tak reply...sbb nk transfer duit nih...risau plak aku....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 10:59 AM | Show all posts
opie5662 posted on 14-12-2012 10:10 AM
ada sesape berurusan ngan aldi tak...aku email die tak reply...sbb nk transfer duit nih...risau plak ...

klu sy saya call or sms jer dia , senang    +6281363385879
klu guna maxis - tambah 1326281363385879 jimatlah sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2012 11:57 AM | Show all posts
opie5662 posted on 14-12-2012 10:10 AM
ada sesape berurusan ngan aldi tak...aku email die tak reply...sbb nk transfer duit nih...risau plak ...


sms atau tel dia nanti dia call balik.saya pun dah bayar deposit dgn dia...
anyway bila nakke pdg ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 01:33 PM | Show all posts
wck7-2011 posted on 14-12-2012 11:57 AM
sms atau tel dia nanti dia call balik.saya pun dah bayar deposit dgn dia...
anyway bila nakke p ...

31 januari....settle dah...hehehhe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2012 09:30 AM | Show all posts
As Salam...

InsyaAllah, 22hb ni, this coming saturday, saya dan incik suami akan ke padang....1st ime untuk kami berdua...plannya...nak sewa kereta and drive sendiri....nak main redah saja...

Saya nak mintak pendapat otai2 di sini......ok ka nak drive kat sana? Adakah pemandu2 sana seterok pemandu2 kat penang....(org penang, jgn marah naaaa., saya pun  orang penang jugak), road condition adakah seteruk jalan felda jengka...berlubang2 dan berombak2,( saya mmg pi kerja guna jalan jengka ), road signs  ok ka...takot tersesat.....

Terima kasih dari saya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 10:47 AM | Show all posts
subee posted on 16-12-2012 09:30 AM
As Salam...

InsyaAllah, 22hb ni, this coming saturday, saya dan incik suami akan ke padang....1st ...

Kat mana puan dapat sewa mobil lepas kunci? Kebanyakan penyewa kat sana tak benar arrangement sebegini terutama kepada orang luar. Asalnya saya dulu pun plan nak self-drive, tapi tak dapat jumpa khidmat sewa mobil lepas kunci.

Overall jalan kat sana OK, cuma kalau di luar kota agak sempit, dan ada ketikanya salah satu kenderaan dari arah yang bertentangan kena mengalah dan kena masuk ke bahu jalan. Yang kecil la kena selalu mengalah.

Kalau jalan yang rosak teruk yang saya perasan cuma ada beberapa bahagian di Katapiang. Jalan ni saya kira shortcut dari Jalan Padang-Padangpanjang ke Pariaman, yang masuk kiri dari pekan Batang Anai (laluan warna Magenta). Kalau nak elak jalan ni, masuk simpang kiri di depan lagi di Lubuk Asung (laluan Hijau Muda), sebelum simpang kiri ke jalan utama ke Pariaman (sila refer map di bawah).


Sila klik untuk perbesarkan imej

Guide kami kata kebanyakan pemandu kat sana antara yang paling berhemah di Indonesia, dan kami bersetuju dengan komen ini. So tak perlu risau sangat bab ni, cuma di persimpangan memang kena berani/agresif tapi berhemah.

Antara tips yang saya boleh beri setakat ni, kalau boleh dapatkan Lesen Memandu Antarabangsa dari JPJ atau AAM. Yang ni amat digalakkan walaupun lesen kita sebenarnya laku kat sana, di mata Polisi yang mengamalkan korupsi, ketiadaan Lesen Antarabangsa memberikan peluang untuk meminta sogokan. Satu lagi sediakan duit kecil Rp1,000 buat bayaran Tukang Parkir di kebanyakan tempat, kecuali ada notis memberitahu kadar parkir tertentu yang lain. Dan kalau ada GPS, download dan install GPS Map dari Navigasi.net. Mapnya sangat detail hingga jalan2 kampung pun ada. Last edited by dvpro on 16-12-2012 12:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 03:59 PM | Show all posts
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 1/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)

07:00
Selesai solat Subuh yang agak terlewat, kami terus bersiap dan langsung turun ke lantai 2 hotel untuk makan pagi.



Subuh masuk pukul 4:45 pagi, matahari terbit pukul 6:05 pagi.

07:25
Pada hari sebelumnya kami telah berjanji dengan Pak Kamal, supir kami, untuk bertolak ke Bonjol hari ini pukul 8 pagi. Oleh kerana masih awal, kami berjalan2 dulu menghala ke Hotel Nikita dan Hotel Kharisma. Jalan Jenderal Sudirman di mana terletaknya hotel2 ini merupakan jalan utama masuk/keluar ke/dari kota Bukittinggi.


07:50
Bersebelahan dengan Hotel Nikita kami menemukan sebuah kedai menjual pelbagai kuih-muih. Barangkali forummer yang pernah tinggal di Hotel Nikita atau Kharisma sudah pernah mengunjungi kedai ini.


Cara penjualan kuih-muih ini mengingatkan saya kepada jualan yang sama di negeri2 Pantai Timur di negara kita.

Sila pilih saja mana yang berkenan.


Walaupun sudah bersarapan, kami beli juga beberapa kuih buat bekal dalam perjalanan nanti. Kemudian kerana kesuntukan masa, kami tumpangi Angkot No. 14 untuk kembali ke hotel untuk mulakan tour untuk hari ni.

10:00
Destinasi pertama untuk hari ni ialah ke Bonjol. Kami bertolak dari Bukittinggi sekitar pukul 8 pagi dan sampai di Bonjol hampir 2 jam kemudian. Bonjol ni terkenal dengan tempat kelahiran seorang tokoh Ulama' dan pahlawan Islam, Tuanku Imam Bonjol,  yang menentang Kaum Adat dan seterusnya Belanda dalam Perang Padri pada awal tahun 1800an.



Monumen peringatan Tuanku Imam Bonjol atau nama sebenarnya Peto Syarif di hadapan Muzium Tuanku Imam Bonjol. Tugunya juga ada di Kota Bukittinggi.

Kalau perasan tokoh berserban yang tertera di duit note Rp5,000 tu muka tokoh ni la.


Muziumnya kecil saja, merangkumi 2 lantai.


Di dalam muzium terdapat relief yang mengkisahkan Tuanku Imam Bonjol memimpin tenteranya dalam Perang Padri.


Dan inilah tujuan utama kenapa kami datang ke sini. Tak banyak lokasi yang kita boleh langkah garis imaginasi Khatulistiwa di bumi Allah ini. Ada kurang dari 20 lokasi daratan seluruh dunia dan salah satunya adalah di sini.


Menurut bacaan GPS, accuracy garisan yg kat jalan tu plus minus 150 meters, itu pun mungkin GPS kurang signal. Sepatutnya bacaannya 0.00000°


Tapi sayang pembangunan dan penyelenggaraan objek wisata ini kurang diberi perhatian dari pihak yang berkenaan. Perkara sama tidak pula berlaku di Taman Equator di Pontianak, Indonesia yang khabarnya ternyata lebih terbangun.

10:30
Di sini kami beli T-Shirt "I Crossed The Equator", dari penjual jalanan. Ketiadaan gerai souvenir membayangkan tidak ramai wisatawan ke sini, mungkin kesan dari kurang promosi dan juga kurang pembangunannya.

Nota: Kos tiket untuk masuk ke Taman Equator dan Muzium adalah Rp15,000 untuk 2 orang.

10:45
OTW balik ke Bukittinggi, beli sebiji durian hutan, tapi sayang baru saja gugur, isinya kurang masak. Harganya agak mahal, Rp14,000 sebiji (ukuran sederhana).


Bersambung di Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 2/3 Last edited by dvpro on 16-12-2012 10:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 04:55 PM | Show all posts
Saya pergi 12 - 17 JAn 2013.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 06:12 PM | Show all posts
wck7-2011 posted on 14-12-2012 11:57 AM
sms atau tel dia nanti dia call balik.saya pun dah bayar deposit dgn dia...
anyway bila nakke p ...

kwn2 forumer yg dh bagi deposit dgn aldi, jgn risau....sbb dia seorg yg jujur & blh dipercayai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 06:19 PM | Show all posts
adekmanes posted on 16-12-2012 04:55 PM
Saya pergi 12 - 17 JAn 2013.

Salam adekmanes,

awk amik service TA @ TG?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 06:21 PM | Show all posts
saya beom ambil lagi. any idea? tgh mencari. sy pergi 3 orang dewasa. iternary pun blom buat. tgh membaca mana yg padan dgn 4mlm.maklumla bw org tua@parents.


Last edited by adekmanes on 16-12-2012 06:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 06:23 PM | Show all posts
Sutra06 posted on 16-12-2012 06:19 PM
Salam adekmanes,

awk amik service TA @ TG?



Maybe ambil TG, sutra06 ade idea TG mana yg ok, dan murah
ni budget travel je.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2012 07:55 PM | Show all posts
salam uols!nk tny, kalau deal dgn raunsumatra ni (sapa yg pernah ambik), uols deal through emel ke camne?iols baru je hantar enquiry through email, reply within 24 hours katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 07:58 PM | Show all posts
adekmanes posted on 16-12-2012 06:21 PM
saya beom ambil lagi. any idea? tgh mencari. sy pergi 3 orang dewasa. iternary pun blom buat. tgh me ...

sama la kite!sy pergi 4 adults, mak dara & anak dara 24-27/1/2013
dok menggila buat itinerary semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 08:07 PM | Show all posts
kalikoni posted on 16-12-2012 07:58 PM
sama la kite!sy pergi 4 adults, mak dara & anak dara 24-27/1/2013
dok menggila buat itinerary s ...

kalau palg senang, ambil TG, suh dia bwa tempt2 yg biase dia bawa.



Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 08:34 PM | Show all posts
adekmanes posted on 16-12-2012 08:07 PM
kalau palg senang, ambil TG, suh dia bwa tempt2 yg biase dia bawa.

a'ah, since 1st timers belaka.sy amik raunsumatra
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 275870 Replies : 6832
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15223 Replies : 39
Busana Konsert Lizah Di Temasek
KurexBusana Konsert Lizah Di Temasek
Views : 3169 Replies : 8
Test Your Korean Basic Greeting
azie999Test Your Korean Basic Greeting
Views : 24462 Replies : 80
Kisah goreng ayam
budi_jentayuKisah goreng ayam
Views : 21719 Replies : 97
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14820 Replies : 61
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12141 Replies : 90
Repair Laptop Sony Katenye
edoraixoraRepair Laptop Sony Katenye
Views : 28780 Replies : 69
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12345 Replies : 88
Propa je, 'Jihad Inflasi' pun gagal juga
JoyahMengayahPropa je, 'Jihad Inflasi' pun ga
Views : 2899 Replies : 29

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.119622 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list