CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlianakasim

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part III]

   Close [Copy link]
Post time 16-12-2012 08:43 PM | Show all posts
kalikoni posted on 16-12-2012 08:34 PM
a'ah, since 1st timers belaka.sy amik raunsumatra

ooo ok.
camne nak contact raunsumatra.

ni nama forumer atau TG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2012 08:48 PM | Show all posts
kalikoni posted on 16-12-2012 08:34 PM
a'ah, since 1st timers belaka.sy amik raunsumatra

Ok. saya da email ke raunsumtra. tgu reply.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 10:34 PM | Show all posts
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)

12:00
Sekembali di Bukittinggi, kami turun ke bawah Ngarai Sianok untuk makan siang.



Masakan Padang juga, cuma menu spesifiknya ialah...


... Gulai Itiak Lado Mudo. Memang terbaek la Itiak ni, takde rasa hamis langsung. Menu ni pun dah jadi menu popular di rumah2 makan di kawasan Ngarai Sianok. Termasuk rumah makan ini, kelihatan tidak kurang dari 5 kedai yang mempromosikan lauk yang satu ini.

Macam biasa kalau ada lesehan, kami pilih makan macam ni. Bila makan bersila, tak la makan banyak sangat kan? Tapi Itiak tu habis juga sorang 1/4 bahagian.

Makan pula bertemankan panorama dari lantai ngarai. Total biaya Rp139,000 untuk 2 orang makan dan termasuk juga kos makan supir.

13:15
Lepas lunch sambung tour ke Lobang Jepang, terowong peninggalan tentera Jepun masa perang WWII. Dari pintu ni kena turun 132 anak tangga hingga ke kawasan landai lokasi terowong sebenar.



Kalau tak nak menggagau dalam tu, elok la ambil Guide. Banyak info juga boleh dikongsikannya. Kosnya minimum Rp20,000/pax tidak termasuk tiket masuk Taman Panorama Ngarai/Lobang Jepang (Rp3,000/pax) dan tiket masuk Lobang Jepang (Rp5,000/pax).


Peta terowong hanya ada di atas saja. Penunjuk arah terutama jalan keluar pun tidak disediakan. Bila ditanya kepada Guide kenapa tidak dibuatkan, jawabnya selamber, kalau ada kemudahan sedemikian, maka takde orang yang akan mendapatkan khidmat mereka.


Asalnya kebanyakan laluan terowong memang rendah silingnya, tapi kebanyakan laluan sudah diperbesarkan sekarang. Udara kat dalam ni macam kat atas juga, sejuk dan tak sesak, sebab di sini ada "natural ventilation".


Dah turun 132 anak tangga masa masuk, kena la panjat bilangan yang sama masa keluar. Sampai kat atas rupanya dah hujan lebat, kena lepak kat sini agak lama jugak.

Nota: Guide selalunya ada membawa kunci untuk membuka pintu yang keluar ke jalan akses ke ngarai (tidak perlu panjat tangga balik). Jika mahu keluar di pintu ini, sila berjanji dengan supir untuk menjemput di situ dan pastikan bertanya dengan Guide tentang kunci/pintu ini sebelum turun ke terowong.

15:30
Setelah hujan reda, barulah dapat meneruskan aktiviti selanjutnya — shopping di Pasar Ateh.



Bersambung di Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 3/3 Last edited by dvpro on 17-12-2012 02:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 11:34 AM | Show all posts
dvpro posted on 16-12-2012 10:34 PM
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini) ...

Sedapnye tgk keropok ketam dan makanan laut tu....
Tp saya xg Pariaman....Xtermasuk dlm iternary...
Selain dkt Pariaman, kat tmpt lain ade jual x mknn mcm tu?
Sbb jalan Pariaman tu jauhkan?
Klau dkt area tmpt Malin Kundang n Jmbtn Siti Nurbaya tu ade x?
Teringin lah pulak nak makan keropok tu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 12:01 PM | Show all posts
Kat Jembatan Siti Nurbaya memang takde, tapi tak pasti la pulak kalau ada dijual di pantai sekitar Padang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 12:45 PM | Show all posts
Sutra06 posted on 16-12-2012 06:12 PM
kwn2 forumer yg dh bagi deposit dgn aldi, jgn risau....sbb dia seorg yg jujur & blh dipercayai.  ...


Harapan kami mcm tulah sebab  kami pernah terkena,

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2012 12:46 PM | Show all posts
dvpro posted on 16-12-2012 10:34 PM
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 2/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini) ...


salam, pasar ateh ni  buka dan tutup pukul brapa waktu indonesia.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:03 PM | Show all posts
Kebanyakan kedai2nya buka 8 pagi sampai 6 petang. Ada jugak yang buka seawal 7 pagi dan tutup selewat 7-8 malam rasanya. Yang lain2 mungkin boleh tolong confirmkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 02:18 PM | Show all posts
dvpro posted on 17-12-2012 02:03 PM
Kebanyakan kedai2nya buka 8 pagi sampai 6 petang. Ada jugak yang buka seawal 7 pagi dan tutup selewa ...

seronok tengok perjalanan . guna khidmat supir siapa ye

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:28 PM | Show all posts
mummycool posted on 17-12-2012 02:18 PM
seronok tengok perjalanan . guna khidmat supir siapa ye

Saya ambil khidmat transport saja dengan Pak Gusmal Kamal dari Asia Tours. Yang lain2 termasuk itinerary saya urus sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 02:40 PM | Show all posts
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 3/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)

17:00
Lepas shopping, pusing-pusing area Jam Gadang (Nota: Kat sana jangan cakap pusing2 sebab maksudnya pening)



Tempat parkir Bendi (Kereta Kuda) di Jam Gadang.


Sekitar kawasan ni ada banyak gerai2 sebegini.



Kami beli Sate Padang (Rp12,000), ...


... Roti Sandwich (Rp5,000) dan Capuccino Cincau (tiada dalam gambar, Rp6,000) buat minum petang.

20:00
Untuk makan malam, kami dibawa ke RM Kubang Hayuda, Bukittinggi.

Photo Credit: luvterataknaim.blogspot.com (sila abaikan watermark di atas)

Photo Credit: luvterataknaim.blogspot.com (sila abaikan watermark di atas)
Antara speciality di sini adalah Martabak Mesir.


Martabak Mesir (biasa) Rp14,000.

21:00
Selepas dinner, lepak kat Jam Gadang lagi.


21:30
Lepas tu jalan kaki supper kat Hau's Tea, Bukittinggi.


Asalnya nak cuba macam2, tapi apa kan daya.

Atas: Choc Cheese Banana (menimbun kejunya)
Kiri: Hot Italian Cappucino
Kanan: Choc Nut Shake
Kos Total: Rp58,300

Bersambung di Catatan Perjalanan Hari #3 (Jumaat, 7 Dis 2012) - Part 1/3 Last edited by dvpro on 25-12-2012 10:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 04:36 PM | Show all posts
Salam…
Nak tengok persembahan tarian minang waktu malam tu…
Kene beli tiket awal2 ke?
Kat mana? & ade tiap2 hari ke?
Jam berapa?

Thanks…
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 07:05 PM | Show all posts
dvpro posted on 17-12-2012 02:40 PM
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 3/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini) ...


jadi dari hotel bonda kita boleh jalan kaki ke hauss tea tu ke...
atau lebih dekat dari jam gadang
Last edited by wck7-2011 on 17-12-2012 07:07 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 07:17 PM | Show all posts
wck7-2011 posted on 17-12-2012 07:05 PM
jadi dari hotel bonda kita boleh jalan kaki ke hauss tea tu ke...
atau lebih dekat dari jam g ...

Boleh je jalan kaki dari Hotel Bunda ke Hau's Tea, dan akan lalu Jam Gadang di antaranya.

Dari Bunda ke Jam Gadang, lebihkurang 270 meter. Dari Jam Gadang ke Hau's Tea dalam 260 meter.

Boleh refer map ni utk referens: GoogleMaps — Padang/Bukittinggi & Surroundings
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 08:59 PM | Show all posts
sampai sekarang ni masih tak buat keputusan lagi sama ada nak guna supir atau angkot.
guna supir masa terjamin, tak payah nak tunggu angkot. jimat masa tak terbuang banyak.
pastu boleh ikut jadual kita.

naik angkot murah dan mencabar, tapi masa banyak terbuang.
senang tak nak tunggu angkot kalau ke meninjau.
pening nak buat pilihan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 09:37 PM | Show all posts
dvpro posted on 16-12-2012 03:59 PM
Catatan Perjalanan Hari #2 (Khamis, 6 Dis 2012) - Part 1/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini) ...

boleh masuk dalam itinery melawat ke garisan khatulistiwa.
agaknya ada angkot tak ke sana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2012 09:48 PM | Show all posts
mijot posted on 17-12-2012 09:37 PM
boleh masuk dalam itinery melawat ke garisan khatulistiwa.
agaknya ada angkot tak ke sana?

Perjalanan dari Bukittinggi hampir 2 jam. Selain guna khidmat supir, untuk public transport dari Bukittingi seeloknya guna bas. Kalau masa balik ke Bukittinggi boleh tunggu bas yang lalu atau guna transport lokal (van biasa saja rasanya, bukan Angkot).
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 10:59 PM | Show all posts
Catatan Perjalanan Hari #3 (Jumaat, 7 Dis 2012) - Part 1/3 (catatan sebelumnya boleh dibaca di sini)

07:00
Lepas breakfast ...



... macam biasa kasi warm up sikit, jalan2 sekitar hotel dulu.


Kebetulan semalam lepas melawat Lobang Jepang hujan lebat, so tak dapat round taman ni. Dan memandangkan last day kat Bukittinggi dan ada masa sikit, so kena repeat.


Dari Taman Panorama Ngarai Sianok/Lobang Jepang ni boleh nampak pemandangan ngarai.


Somewhere kat bawah tu la semalam kitorang lunch Itiak Lado Mudo tu.


Kalau tak silap ni namanya Jenjang Seribu (Tangga Seribu). Dulu2 orang2 kampung guna tangga ni turun ke bawah ngarai untuk ambil air.


Sekarang hanya tinggal sebagai objek wisata, namun masih dalam pembaikan selepas rosak akibat gempa (sila klik imej di atas untuk diperbesarkan).


Di sini juga ada Viewing Tower, terletak di hujung taman selepas deretan gerai souvenir.


Taman ni berada di lokasi relatif tinggi, ditambah dengan ketinggian Viewing Tower, kesimpulannya - panorama yang awesome.


Kelihatan juga Hotel Grand Rocky dari jauh.


Oleh sebab malas balik ke hotel ikut jalan yang sama, langsung kena rajin panjat bukit.


Dah jauh jugak menapak sebab dah dekat dengan Hotel Grand Rocky yang tadi nampak dari jauh.


Nasib kat atas bukit ada Waroeng Kupi Aceh.


Pekena Kupi Aceh dulu doank.


Yang ini pula Roti Goreng dari RM Simpang Raya. Macam French Toast, tapi bukan guna syrup, guna Susu Kental Manis.


Waroeng Kupi Aceh ni terletak di deretan kedai di Jalan Ahmad Karim betul2 di depan Hotel The Hills. Sekembali di hotel Pak Supir sudah menunggu.

10:00
Kami sudah meninggalkan Bukittinggi untuk menuju dan bermalam di Padang. Route hari ni ialah dari Bukittinggi-Tabek Patah-Sungai Tarab-Batusangkar-Padangpanjang-Padang.


Lokasi sekitar Tabek Patah.

10:15
Singgahan pertama ialah di Kiniko, sebuah perusahaan desa menghasilkan produk Kopi dan Pisang.



Serbuk kopi sedang dibungkus.


Pisang yang dihiris nipis disusun atas para sebelum disalai.


Pisang Sale yang sudah disalut tepung dan digoreng. Yang ni jenis Goreng Wijen (Bijan).


Minuman Kopi, Aia Kawa (dari daun pokok Kopi) dan Pisang Sale dijamu gratis. Self-service saja.


Yang para suami boleh cuba minuman ni.


Minuman Ramuan Pinang ni, kalau dari segi rasa, lebih rasa halianya saja (sebab memang ada campuran halia). Rasa lebihkurang macam teh halia.


Di belakang ada taman, sesuai untuk yang minat berfoto.


Sebelum pulang boleh beli ole-ole. Saya rasa menyesal jugak tak beli Pisang Sale tu banyak2 sebab rasanya gurih sangat selepas digoreng semula.


Harganya Rp13,000 untuk paket 200g.

Bersambung di Catatan Perjalanan Hari #3 (Jumaat, 7 Dis 2012) - Part 2/3 Last edited by dvpro on 25-12-2012 10:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 10:16 PM | Show all posts
wck7-2011 posted on 17-12-2012 12:45 PM
Harapan kami mcm tulah sebab  kami pernah terkena,

O ye ke....? In Shaa Allah, dgn aldi, xde masalah.....pasal deposit jgn risau..... mula2 pegi dulu, cam risau jgk.....sbb kita blum knal sape TG tu kan.... tambahan plk urusan booking hotel & trnsport sume kat bahu kita....kawn2 lain cuma tahu all in order. kira tawakal je masa tu. Tapi, Alhamdulillah...apa yg dirancang brjalan dgn lancar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 07:34 AM | Show all posts
Sutra06 posted on 18-12-2012 10:16 PM
O ye ke....? In Shaa Allah, dgn aldi, xde masalah.....pasal deposit jgn risau..... mula2 pegi du ...


hopefully semuanya berjalan lancar hendaknya pada jan ni. insyallah.bulan bila pergi padang dulu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.325362 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list