melia_star posted on 7-3-2013 02:22 PM
aku ragu2 bila org kata dan dia sendiri kata dia miskin...org miskin takkan disanjung mcm tu sekal ...
theory ni yang kata kaya tu kot...info lanjut di sini:http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=631276
Seorang sahabat tidak bersetuju dengan analisis saya yang mengatakan Perang Dunia Ketiga akan bermula di Sulu. Beberapa sahabat karib juga turut tergelak sambil bertanya, apakah mimpi saya malam tadi hingga menyebabkan saya mengatakan PERANG DUNIA TERAKHIR itu akan bermula di Sulu. Sahabat saya Neldy Jolo salah seorang dari teman pengkaji Sejarah Sulu, lebih bijak dan berhati-hati dengan bertanya, apakah buktinya? Saya katakana buktinya sudah terpampang di depan mata. Dia Tanya lagi yang mana satu? Jawab saya ringkas, meletupnya dua bangunan New York dan kejatuhan ekonomi Amerika (Global). Dia mengangguk dan tersenyum sambil mengatakan bahawa, dia akan turut menemani saya mengkaji hal ini. Saya mengatakan, Sulu adalah satu wilayah di hujung dunia yang paling timur di garis khatulistiwa, adalah satu wilayah yang paling kaya di muka bumi. Sesiapa yang mendampinginya akan turut menjadi kaya-raya. Persoalannya betulkah? Menurut sahabat saya seorang Jurutera Tausug yang bekerja di carigali PETRONAS, mengatakan bahawa beliau ada maklumat berupa foto-pelan Setelit Laut Sulu dan sekitar Pulau Jolo. Menunjukkan di Laut Sulu terdapat satu kawah petroleum yang lebih besar dari simpanan minyak negara-negara Arab keseluruhannya. Malah katanya terdapat tompokan emas yang banyak tidak jauh dari Pulau Jolo yang berada di laut. Maklumat ini sangat menakjubkan. Beberapa hari lalu seorang sahabat yang bekerja dengan carigali mengatakan, baru-baru ini mereka sedang menyiapkan pelantar minyak di laut Sandakan dan beberapa lokasi lain berhampiran sempadan perairan Sabah dan Sulu (Filipina), mengesahkan lagi dakwaan ini. Satu penjelasan menarik dari salah seorang Dr yang menjadi ketua kampung di Pulau Flores
|