CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Anwar: 'Adakah saya gagal dalam PRU?'

[Copy link]
Post time 12-5-2013 03:09 PM | Show all posts
tumpanglalu74 posted on 12-5-2013 01:14 PM

banyak gila orang yang mengeseks dengan Anwar Ibrahim



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2013 03:11 PM | Show all posts
Anwar, Guan Eng sila letak jawatan setelah dakwa PRU-13 tidak bersih

Oleh ANI AWANG

BUKIT MERTAJAM 12 Mei - Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta meletak jawatan setelah mereka mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu tidak bersih.

Ini bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan di Pulau Pinang dan di Parlimen Permatang Pauh untuk memastikan ia telus.

Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, jika pilihan raya didakwa tidak bersih kenapa kerajaan negeri Pulau Pinang mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 9 Mei lalu.

"Saya cabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Kenapa menerima kemenangan pada PRU-13 lalu jika pilihan raya itu mereka dakwa tidak bersih dan satu penipuan.

"Inilah pemimpin double standard, kalau kata PRU-13 tak bersih, letak jawatan dan jangan mengheret rakyat tidak berdosa untuk membantah keputusan PRU-13," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ersih#ixzz2T3mYRGoD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 03:12 PM | Show all posts
tumpanglalu74 posted on 12-5-2013 01:14 PM

azizan dan sukma mana pergi eh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 03:34 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 12-5-2013 02:00 PM
ini lah persoalan yg tak berjawab...tapi seriously, bila dengar anwar berkata-kata, mmg masuk teru ...

Dia guna teknik yg betul.. mcm newd CNN... atau Obama ... speech dia semua ada psychologist media yg tolong ... infact all the speeces given by politicians ada yg tlg rangka supaya teknik penyampaian n words chosen are corrrect .. kt mesia semua main ckp dulu .. baru analyse ... terbalik... kalu x.. x kn mb trengganu sggup wst public announcement mcm tu .. x pakai otak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 03:35 PM | Show all posts

Anwar, Kit Siang makin biadab

2013/05/12 - 06:38:49 AM

Haspaizi Mohd Zain | bhnews@mediaprima.com.my







Terus heret rakyat bantah keputusan PRU-13

Kuala Lumpur: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang disifatkan semakin keterlaluan dan biadap apabila terus mengheret rakyat ke jalanan bagi membantah keputusan PRU-13 yang tidak memihak kepada pembangkang.

Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Yahya Hamzah, berkata tindakan keterlaluan Ketua Pembangkang dan Penasihat DAP itu dibimbangi mencetuskan tentangan agresif pihak tertentu yang kurang senang dengan permainan politik kotor mereka.


Beliau berkata, jika pembangkang terus menerus menyerang kerajaan BN yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi, ia dibimbangi mencetuskan perbalahan sehingga boleh merosakkan keharmonian negara.



BN terima kekalahan

“Kita (BN) sudah banyak beralah, kita terima kekalahan di Selangor dengan hati terbuka. Cuma yang dibimbangi jika mereka terus menyerang kerajaan, ia akan mencetuskan kemarahan dan boleh membawa kepada ketegangan.

“Anwar dan Kit Siang sudah keterlaluan dan kurang ajar, jangan bangkitkan kemarahan kami. Jangan ingat apabila berdiam diri, kami mengalah begitu saja. Kesabaran kami juga ada had, jangan sampai kami bertindak.

“Pemimpin kami umpama bapa, jika bapa dikeji sebegitu rupa oleh orang yang tidak puas hati kerana agenda politik mereka, jangan ingat ‘anak’ akan berdiam diri begitu saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sebelum ini, pakatan pembangkang yang diketuai Anwar mengadakan perhimpunan bagi membantah keputusan PRU-13 kerana tidak memihak kepada mereka, selain mendakwa pakatan itu sudah memenangi pilihan raya Ahad lalu.

Kit Siang pula terus menanam sentimen kebencian terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila menggelar pemimpin nombor satu negara itu sebagai ‘syaitan’ ketika berceramah di Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 03:57 PM | Show all posts
RedDevils posted on 11-5-2013 07:01 PM
Aku menilai melalui situasi yg terjadi, benar benar terjadi.
Ini pendapat peribadi aku sahaja.

yaa logik tuhh..aritu baca pengalaman ketua tempat mengundi yg bertugas dlm PRU13 tu kat fb..dia kata agen polling itu tak tinggalkan walau sesaat pun bilik ngundi hinggakan solat pun ade yg tak pi
ni sedikit ayat aku kopipes dr fb beliau

Bayangkan Peti Undi tersebut tidak SATU SAAT pun ditinggalkan oleh mana-mana Ejen Parti hingga saat SOLAT pun mereka sanggup korbankan (Wallahua’lam,jama’ mungkin?) kerana menjulang tinggi kelangit hal duniawi ini
nah apa lagi yg depa neh tak puas hati sampai tak pi solat dorang tu demi nak TELUS SANGAT-SANGAT..kawan sekolah aku pun ade jadi KTM gak kat johor rasanya dia jaga..dia pun kemain letih dan kelaparan..masa malam dok ngira dan tunggu umumkan calon yg menang tu sempat kawan aku nih update kt fb yg dia letih dan kebulur sudah menunggu tak sabor nk blk umah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2013 04:01 PM | Show all posts
masnona posted on 12-5-2013 08:59 AM
tp die xkalah pun di permatang pauh. ape sbb die kene pencen?

dia bukan janji kalau dia kalah diPermatang Pauh..dia janji kalau PR kalah merebut federal..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 04:05 PM | Show all posts
Anwar tidak gagal.. pada 5 mei pukul 7 malam, beliau sudah menang dan layak jadi PM..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 04:24 PM | Show all posts
org gila talak
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 04:29 PM | Show all posts
Serius mmg x bole terima beliau ni. Sila lah insaf. kehadiran anda menghuru harakan negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 04:33 PM | Show all posts
masnona posted on 12-5-2013 08:59 AM
tp die xkalah pun di permatang pauh. ape sbb die kene pencen?

Nah miss masnona...krn kamu saya cuba cari semula janji2 yg dia tetap akan pencen walaupun dipujuk oleh Nurul..ingat..lapuran tu dikeluarkan oleh Malaysian insider bukannya utusex tawwwwww...tapi kalau miss masnona masih sanggup hirup kencing simuanfik ini....saya tak boleh halang...teruskan lahhhhhhhh...


Anwar ulangi pendirian bersara jika kalah PRU 13
                                                        Oleh Nomy Nozwir
July 07, 2012
RAWANG, 7 Julai —  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kekal dengan pendiriannya untuk bersara sekiranya tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang walaupun dipujuk oleh anaknya Nurul Izzah semalam.
Anwar yakin Pakatan Rakyat (PR) akan menang PRU 13 walaupun mungkin terdapat penipuan.
"Insya-Allah, saya yakin akan menang", katanya bila ditanya mengenai peluang memenangi PRU.


Dengan tegas ketua pembangkang mengulangi kenyataan jika PR kalah, dia akan bersara dari politik dan kembali mengajar.
"RU mungkin akan berlangsung pada September, kita menang, kita tidak akan lupakan rakyat kerana kita juga pernah susah.
"Kalau kita menang, hari angkat sumpah kita akan turunkan harga minyak", kata ahli parlimen Permatang Pauh (gambar) itu.
Bekas timbalan perdana menteri itu mengatakan bahawa anak Tun Dr Mahathir menggunakan pengaruh bapanya untuk membeli Esso Malaysia yang bernilai RM1.9 bilion.
Pembelian itu juga mendorong Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menandatangani perjanjian dengan Esso Malaysia - kini dikenali sebagai Petron bagi membeli petrol untuk kapal terbang.
"Mirzan Mahathir telah beli syarikat bir San Miguel, Esso dan kini MAS tandatangan kontrak untuk petrol kapal terbang, sebab itu Mahathir takut kalau Pakatan menang", kata Anwar Ibrahim di hadapan penyokongnya dalam majlis makan malam anjuran PKR cabang Selayang malam tadi.
Baru-baru ini MAS memeterai perjanjian dengan Petron untuk membeli petrol sekaligus mengenepikan Petronas yang selama ini membekal petrol kepada syarikat penerbangan itu.
Terbaru, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa MAS kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api ketika dibekalkan oleh Petronas.
Azan berkata, Petron dianugerahkan kontrak pembekal bahan api adalah perkara yang sangat meragukan kerana Mahathir merupakan penasihat kepada Petronas.
"etron diberi kontrak kerana ia dimiliki oleh anaknya, kerana San Miguel milik Mirzan telah untung menyebabkan dia boleh membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sendirian Berhad", kata Azan yang dipetik dari sebuah blog.
Turut hadir dalam ceramah itu adalah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw.
Fuziah pula berkata rakyat haruslah menyedari penipuan dalam pilihanraya dan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Tan Seng Giaw berkata hutang negara sudah mencecah RM500 bilion dan skandal PKFZ oleh MCA memufliskan negara.



Dan tengok sekali miss gogo buka thread pasal tu sekali.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=660827
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 04:38 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 12-5-2013 04:01 PM
dia bukan janji kalau dia kalah diPermatang Pauh..dia janji kalau PR kalah merebut federal..

o..begitu. terima kasih ats pencerahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 04:41 PM | Show all posts
masnona posted on 12-5-2013 04:38 PM
o..begitu. terima kasih ats pencerahan

dah terbentang depan muka..miss masnona masih percaya pada simunafik ni lagi ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 04:44 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 12-5-2013 04:41 PM
dah terbentang depan muka..miss masnona masih percaya pada simunafik ni lagi ke?..

iols tak minat politik. datang bod isu semasa pun sebab demam pilihanraya bebaru ni. hahaha
sebab tu i xamik tahu sgt. hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 04:54 PM | Show all posts
masnona posted on 12-5-2013 04:44 PM
iols tak minat politik. datang bod isu semasa pun sebab demam pilihanraya bebaru ni. hahaha
sebab ...

Ni nasihat dari org yg lebih tua..miss masnona kena amik tahu pasal politik..krn ianya menentukan masa depan kita....kalau Anwar yg terkenal dgn munafiknya, terkenal dgn isu moralnya tak kemaruk nak jadi PM kita...miss masnona tak amik tahu tak pa jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2013 05:43 PM | Show all posts
Anwar patut fail petisyen, bukan buat provokasi - Penganalisis politik

Oleh SYUKRI SHAARI

KUALA LUMPUR 12 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan provokasi dengan meminta rakyat menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu membuktikan Ketua Pembangkang itu kemaruk kuasa.

Penganalisis politik, Mohd. Baharudin Othman berkata, sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan, beliau sepatutnya memfailkan petisyen bantahan dalam tempoh 21 hari.

"Sekiranya Anwar benar-benar tidak setuju, pergilah lakukan siasatan di setiap negeri, kumpul maklumat, buat laporan polis, kemudian failkan petisyen.

"Ini tidak, beliau telah mendahului sistem demokrasi yang diamalkan negara. Inilah yang orang kata gilakan sangat kuasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... litik#ixzz2T4OsU8HJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2013 05:47 PM | Show all posts
ada kemungkinan tak taktik en anwar buat demo di stadium untuk menaikkan marah pihak berkuasa dan rakyat contoh:

1-kalau dia di tangkap sekali lagi akan ramai orang akan bersimpati pada dia dan ini menaikkan populariti dia sekali lagi.contoh pada tahun 98 dia dapat banyak undi simpati sehingga orang melayu simpati kepada dia jika dipenjarakan sekali lagi.

2-jika rakyat pro BN atau pakatan rakyat bergaduh-menimbulkan huru hara akan berlaku perletakan jawatan pm dan berlaku pergaduhan kaum melayu dan kaum china .

3.jika berlaku siri roadshow perhimpunan haram  berlaku kemelesetan ekonomi pelabur tidak yakin dan ini digunakan alsan untuk mengatakan kerajaan bn tidak boleh mengurus ekonomi sebab pelaburan kurang.

4.dalam roadshow perhimpunan haram ini rakyat tidak yakin lagi dengan kerajaan BN dengan mengangap kerajaan BN kejam sebab ramai pemimpin PKR/DAP ditangkap kerana berlaku perhimpunan haram.

5.Jika perhimpunan di stadium berlaku provaksi contoh seorang ahli perhimpunan membaling mercun /letupan kecil berlaku panik dan penyokong dalam stadium ramai mati lemas atau terhimpit /terpijak maka akan disalahkan kerajaan BN melakukan provoksi dan penyokong penyokong Pakatan akan gunakan tragedi ini untuk menyalahkan kerajaan BN yang bertanggungjawap sedangkan ini adalah perbuatan orang dalam pakatan.

taktik ini berjaya bila kita lihat pihak pembangkang sehari sebelum 2 minggu sebelum pilihanraya disebarkan SPR tidak bersih.ditemui bahan letupan di pondok panas BN sab Pakatan bahan letupan menimbulkan rasa tidak aman dalam kempen pilihanraya.isu bangla yang di whatsup 40,000 orang naik Mas.isu pengundi hantu dari sabah ke semenanjung.dan juga isu black out semasa hari pengundian.
-sebelum hari pengundian telah dihantar whatsup mengatakan kerajaan BN menabur duit untuk beli undi di pulau pinang.jadi persepsi telah dicipta bahawa kerajaan BN penipu,tidak transperant sanggup buat apa saja untuk menang.dakwat tak kekal.

-jadi dalam perhimpunan jika ada provoksi yang direka oleh pakatan seperti membaling mercun tentu semua penyokong Pakatan mengatakan kerajaan BN menghantar orang untuk provoksi sehingga ramai rakyat mati dalam perhimpunan.

keuntungan simpati akan berpihak kepada pakatan dan kerajaan BN akan di paksa turun oleh desakan rakyat lebih-lebih lagi jika banyak berlaku kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 05:56 PM | Show all posts
puterikhaleeda posted on 12-5-2013 03:34 PM
Dia guna teknik yg betul.. mcm newd CNN... atau Obama ... speech dia semua ada psychologist media  ...

owh patut lah lah aku rasa masuk ke dlm hati terus masa 1998 dulu..nasib baik tak sampai ke hari ini
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 06:22 PM | Show all posts
saya rasa mungkin en anwar ada sejenis penyakit "syindrom hilang kuasa".jika kita ingat masa dia jadi TPM dulu dia di puja dan di tatang.ramai kawan kawan dia lari lepas hilang kuasa.jadi sehingga kini dia masih tidak boleh terima kenyataan pada mas dulu dia adalah TPM,menteri kewangan dan bakal PM.15 tahun dia berjuang untuk mendapatkan balik jawatan PM itu .sebab itu dia tak boleh lagi terima kenyataan dan sanggup berusaha apa cara untuk merebut kembali jawatan PM tersebut walau sanggup memecahbelahkan orang melayu,orang india dan orang china.

jika anda lihat syndrom ini ada pada imelda marcos .sehingga kini dia masih tak boleh menerima kenyataan dan cuba mendapatkan semula kegemilangan jadi isteri presiden sehinnga mayat Marcos tak ditanam sampai kini dan masih dibekukan dalam kaca untuk mendapatkan pengebumian negara.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 06:26 PM | Show all posts
syndrom in juga masih ada pada anak-anak shah iran pahlavi sehingga membunuh diri kerana rindukan kehidupan gemilang mereka zaman shah iran.berpuluh puluh tahun anak anak shah iran tak dapat menerima bahawa mereka bukan lagi anak anak orang berkuasa.syndrom ini juga ada pada anak anak suharto, anak anak Marcos,anak-anak Gandhi dan juga keluarga Thaksin sinarwat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.078868 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list