View: 912|Reply: 4
|
[Tempatan]
Tarian 'lucah' ditonton umum
[Copy link]
|
|
- SEGAMAT - Pas Segamat membantah penganjuran tarian separuh bogel yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di daerah ini, malam Sabtu lalu.
- Yang Dipertuanya, Firdaus Masod dalam satu kenyataan semalam melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia.
- “Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, saya menerima laporan sebuah pusat beli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel.
- “Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.
- “Apa yang dikesali, tarian itu turut ditonton oleh anak-anak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum dan hujung minggu,” katanya.
- Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.
- Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
- “Peristiwa ini bagi saya secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor ini.
- ”Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat di negeri ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat,” katanya.
- Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
- “Kami percaya hanya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.
Copy the Code http://www.sinarharian.com.my/tarian-lucah-ditonton-umum-1.167062
|
|
|
|
|
|
|
|
MODE tolong mergekan thread ni, tq
|
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 4-6-2013 08:11 AM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=731048&extra=page%3D2 dah ada
2 tread ...
Apa kes ramai budak baru bukak tered? Army baru kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 4-6-2013 08:11 AM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=731048&extra=page%3D2 dah ada
2 tread ...
Oh yeke, sorry ye...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|