CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
Post time 6-7-2013 06:12 PM | Show all posts
Siapakah itu.....jeng jeng jeng..... !!!
Speku mak Redza..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2013 10:58 PM | Show all posts
MsIda posted on 6-7-2013 06:12 PM
Siapakah itu.....jeng jeng jeng..... !!!
Speku mak Redza..

speku Ms Ida betul!!!

*******************************************************

Datin Wan Hamidah langsung tidak mempamerkan senyuman,sekadar membalas salam.


“ Jemputlah masuk Auntie. Maaflah, rumah bersepah sikit. Apakhabar Auntie? “ Datin Wan Hamidah melabuh duduk di sofa bertentangan dengantelevision yang baru di beli. Matanya melingas pandang sekitar rumah, macamjuri pertandingan dekorasi rumah. Tiada sepatah kata yang terbit dari bibirnya.


“ Auntie dah sarapan?” Nurul memecah kelohongan yang sungguhkekok. Tidak di ketahui sebab musabab Datin ke sini , tapi dari muka ketatDatin rasanya dia bukan datang sekadar untuk beramah mesra atau nak jengukrumah baru aku.


“  Auntie bukan datangnak berbual kosong. Auntie nak jawapan. Betulkah Nurul ada skandal denganRedza? ”


Lidah Nurul kelu bagai di bius. Skandal? Nak tergelak punada. Siapa empunya mulut tak ada insuran yang sampaikan maklumat? Baru saja akunak relax , lagi satu musibah datang.


“ Cakap! Betul atau tidak? Auntie nak dengar dari mulut Yuyusendiri. Sungguh tak sangka, selama ini Auntie ingat Nurul baik tapi rupanya kakikelentong! Patutlah Redza seronok bila tak jadi nikah dengan Elly. Rupa rupanyadah ada yang menunggu. Sampai hati kamu tikam belakang kawan baik sendiri ”Datin Wan Hamidah bagai meluahkan lava gunung berapi.


Aduh! Sabar , Nurul…sabar. Protégé  Nyonya Mansor depan aku ni sakit, aku kenaberlembut. Nurul mengatur bait bait jawapan dalam kepala. Hati ramai pihak yangperlu di jaga - suami,  ibu mentua, ibumentua tiri, ipar duai.


“ Saya minta maaf kalau ada buat silap. Tapi saya bukanpenyebab pernikahan Redza dengan Elly di batalkan” Itu saja yang mampu di kata.


Pintu bilik di kuak dan dua pasang mata tertumpu pada lelakiyang keluar.
“ Redza! Apa kamu buat di sini? Kamu… kamu… tidur sini? Apa…apa kena dengan kamu? Dah tak tahu dosa? ” Amarah Datin Wan Hamidah tak dapatdi bendung.


“ Good morning. Bila Mama sampai? Ya, Ja tidur di rumahisteri Ja. Salahkah?” Dengan selamba Redza mengambil tempat di sebelah Nurulyang menukur mata ke lantai beralas permaidani  hitam putih. MataDatin Wan Hamidah terbuntang melihat anaknya yang memakai t shirt dan seluarBermuda. Rambut dan wajah masih lembab.


“ Mama, Ja nak minta maaf banyak banyak. Ja tahu Mamaterkejut dan sedih. But I don’t want to keep this a secret any longer.  Kita dah lama berkahwin, sebelum Mama jatuhsakit lagi. Selama ini Ja tak tahu pun yang Yuyu kawan baik Elly. Lepas kitakahwin, Yuyu pergi ke London untuk bercuti dengan Elly dan kemudian dia hilangingatan. Ja terus lost contact dengan Yuyu.  Masa kita ke London untuk jumpa doktor pakar, barulah Ja jumpa semula dengan Yuyu di sana. Ja syukur sangat dapat jumpa Yuyuwalaupun dia tak ingat siapa Ja masa tu.” Tangan Nurul di genggam.


Dahi Datin Wan Hamidah berkerut. Ini dah macam skriptelenovela. Semua perencah dah cukup…..jatuh cinta dengan best friend bakalisteri, kawin tanpa restu ibu, hilang ingatan.


“ Mengapa Ja  kahwintanpa izin Mama? Sanggup Ja ketepikan emak yang melahirkan Ja? Mama seorangyang tak tahu kamu berdua dah kahwin” sayu suara Datin Wan Hamidah membuatNurul tersentuh. Namun dia takut untuk bersuara, biarlah Redza yang leraikansegalanya. Ini masaalah antara dia dan ibu nya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2013 11:28 PM | Show all posts
“ Minta ampun, Mama. Ini semua silap Ja, bukan salah Yuyu langsung. Ja suruh Papa dan Makcik Ila pergi merisik dan meminang Yuyu. Kita kahwin dengan cara elok, Ja bukan bawa lari anak dara orang ke Siam.  Ja takut Mama tak restu pilihan Ja sedangkan Ja betul betul nak memperisterikan Yuyu. Kami kenal lebih tiga tahun dulu tapi lost contact dan Ja dah nekad,  Ja akan kahwin dengan Yuyu kalau kami bertemu semula. Ini semua takdir Mama, jodoh Ja dengan Yuyu. Bukan dengan Elly.”

“ Kenapa Ja tak cakap kat Mama? Mama ni kejam sangat kah? Kalau Yuyu pilihan Ja, bagi tahu Mama. Mama sedih bila Ja suruh si Fazilah dan Papa meminang Yuyu. Mama ibu kandung kamu tapi kamu ketepikan Mama.   ” Nada  Datin Wan Hamidah kendur. Matanya bertakung. Dia tahu ini semua khilafnya sendiri. Dulu dia pandang harta dan pangkat, sudah tentu gadis seperti Nurul tidak di terima sebagai menantu. Ada hikmah aku dapat tumour otak, baru timbul kesedaran dalam diri ini yang manusia semua serupa, semuanya hamba Allah.

Nurul dan Redza bertukar pandang. “ Ja tahu Mama dah ada pilihan sendiri. Mama nak berbesan dengan Puan Sri Lily, kawan baik Mama tapi Elly bukan pilihan Ja. Mungkin Ja silap, tapi Ja tak nak buang masa. Perkara yang baik harus di segerakan dan Ja tak nak kehilangan Yuyu. Ja minta ampun, dari hujung rambut ke hujung kaki, tapi Ecah lah pilihan Ja. Kami harap Mama restui perkahwinan kami.” Jujur jawapan Redza.

“ Ecah? Siapa pula Ecah? Berapa orang bini kamu?” tempelak Datin Wan Hamidah

“ Jangan panik Mama, Ecah nama panggilan Ja untuk Yuyu. Nama dia Nurul Aishah. Semua panggil Yuyu tapi Ja seorang panggil dia Ecah.  Its a long story.“ Redza sengih.

“ Yuyu minta maaf Auntie. Masa Makcik Ila dan Papa datang meminang Yuyu di kampung, sumpah Yuyu tak tahu yang Redza anak Auntie, kawan baik mak Elly dan Yuyu tak tahu yang Elly suka lelaki yang sama  yang melamar Yuyu. Selama ini , tak ramai yang tahu status Yuyu. Sengaja Yuyu tak nak beritahu Elly yang Yuyu dah kahwin sebab dia tengah stress.  Niat Yuyu nak jaga hati Elly, tapi makin lama makin banyak dosa Yuyu sebab menipu. Perkahwinan kami banyak dugaan sebab tak dapat restu Auntie . “

Datin Wan Hamidah menggeleng perlahan. Berserabut otak nak mencerna kisah cinta tiga segi ini  “  Yuyu sanggup hidup berasingan dengan Redza dan Yuyu izinkan Redza kahwin dengan Elly?  Macam orang tak sayang laki. “

“ Bukan begitu. Yuyu kasihankan Elly. Banyak sangat dugaan dalam hidup dia dan dia perlukan seorang suami.  Auntie pula tengah sakit dan Yuyu tak nak tambahkan masaalah. Biarlah hajat Auntie tercapai. Syurga Redza di bawah kaki ibu.  “ Ada sebak dalam suara Nurul. Matanya  sarat dengan airmata. Suasana jadi hening.

“Tapi sehebat mana manusia merancang, sesuatu tak akan berlaku tanpa izin Allah. Mama, apa yang berlaku pada Elly tak ada kena mengena dengan Yuyu. Kalau Mama marah pun, Mama tak boleh salahkan Yuyu. Terimalah kenyataan, Elly gugur  sebab dah takdir. Allah tak nak anak yang tak siapa tahu nasabnya jadi mangsa. Dan Redza bukan jodoh Elly.”

“ Mama tahu. Mama bukan jahil sangat sampai tak percaya qada dan qadar. Tapi Mama kecewa dan kecil hati sebab di permainkan. Satu keluarga bersekongkol untuk menipu Mama.”

“ Yuyu minta maaf, Auntie.” Ulang Nurul.

“ Apa Auntie  Auntie?” Datin Wan Hamidah menjegilkan mata.

“ Er… sorry… Datin. ” Kecut perut Nurul. Macam mana kesudahan kisah aku?

“ Bukan Auntie, bukan Datin, tapi MAMA. Ingat tu. Mana  ada menantu panggil mak mentua sendiri Auntie atau Datin? Jangan nak mula trend baru” Datin Wan Hamidah senyum buat pertama kali hari itu. Tipulah kalau aku tak gembira dapat Nurul sebagai menantu. Memang dah lama aku berkenan dengan gadis yang baik budi dan sabar melayan kerenah aku. Cuma ego aku tercalar sebab di tipu bulat bulat selama ini. Kalau aku tak curi dengar perbualan Izreen dengan Mike semalam , entah sampai bila rahsia tak akan terbongkar.

“ Yesss! Mama, I love you” Redza terus memeluk ibunya. Nurul senyum simpul dengan hati berbunga. Syukur Alhamdulillah! Tangan Datin Wan Hamidah di cium. Airmatanya tiris juga akhirnya. Huisshhhh! So very Bollywood, cuma tak ada adegan menari beramai ramai.

“ Ha.. cepat siap. Kita balik rumah Mama sekarang.” Perintah Datin Wan Hamidah.

“ Sekarang? Nanti petang sikitlah kita datang. Tok Nah, nenek Yuyu nak datang dari kampung . Sejam dua lagi dia sampai.”

“ Ja ni, muda muda lagi dah pelupa. Tengahari nanti majlis sambut menantu kat rumah kita. Mama nak kenalkan Yuyu, menantu yang dah basi ni kat semua saudara dan kawan kawan. Jangan nanti ada orang buat fitnah pula kalau nampak kamu berdua.  Bila Tok Nah sampai, Mama suruh driver jemput dia ke rumah ”

Nurul terpempan. Redza ketawa kecil " Apa lagi Ecah? Lepas ini kita  dah tak payah nak main aci sorok. Kita boleh pergi honeymoon."

" Tak payah nak honeymoon.  Kita semua pergi umrah" putus Datin Wan Hamidah.

Mata Nurul bergenang kembali. Ya Allah, syukur atas nikmat Mu


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 11:36 PM | Show all posts
dah abis ke citer ecah n redza
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 02:38 AM | Show all posts
alahaiii... so suweeettt ecah n reza... akhirmya mak datin mengalah juga... junaaaaaa alang2 napa tak sambung terus smpai mejlis sanding dorang neh... takan abis gitu jah... tak puasssss n tak cukupppp...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2013 12:26 PM | Show all posts
lagiii.. lagiii.. lagii....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2013 10:34 PM | Show all posts
alaaa second last da???
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:35 AM | Show all posts
terima kasih sang arjuna!!!!! enjoy....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 10:48 AM | Show all posts
yeay...hope happy ending..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 11:54 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 6-7-2013 11:28 PM
“ Minta ampun, Mama. Ini semua silap Ja, bukan salah Yuyu langsung. Ja suruh Papa dan Makcik Ila pe ...

second last dah?

tak sabar nak tunggu finale

apapun summer suka cerpen juna ni
juna? macam nama anak fynnjamal plak
heeee

nanti tulis lagi eh


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 02:51 PM | Show all posts
best...best....akhirnya yuyu bahagia jugak...sambung lagi akak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 03:11 PM | Show all posts
sambungla lagi best2..............
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 09:24 AM | Show all posts
bang arjun, belum abis lagi kan..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 09:25 AM | Show all posts
Selamat Berpuasa kepada semua..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 07:50 PM | Show all posts
junaaa.... Selamat Berpuasa dari  kaka... kata nak abiskan sebelum posa... ni dah nak masuk bulan posa... bila nak abiskan ni yang oiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 08:13 PM | Show all posts
Juna... dah tak ada entri ke ???
Anyway nak ucapkan Selamat Berpuasa pada Juna & semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 04:21 PM | Show all posts
menunggu ending....
exited!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 03:37 PM | Show all posts
selamat berpuasa....bila nak ada n3 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 12:10 PM | Show all posts
aisey tak de lg sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 05:32 PM | Show all posts
aiseyh lamanya nak tunggu penutup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 210609 Replies : 589
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30173 Replies : 183
Perihal buah kayangan, any experiences??
fahdramliPerihal buah kayangan, any experiences??
Views : 27927 Replies : 144
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 71117 Replies : 386
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5344 Replies : 18
Please stop body shaming
multinickyPlease stop body shaming
Views : 8845 Replies : 50
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195182 Replies : 4526
SILA IKUT ARAHAN...
ieja_p2_bumbumSILA IKUT ARAHAN...
Views : 13336 Replies : 48
CARA DAPATKAN COINS SHOPEE
LaracropCARA DAPATKAN COINS SHOPEE
Views : 9769 Replies : 57
Apa nak buat kalau kucing curi nasi lemak kita? Mark Adam retweeted lawak
kwangsoo_ladyApa nak buat kalau kucing curi nasi lema
Views : 21405 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.076094 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list