CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Momo_Elly

[HIJAB BEST]The Haunted Mansion [ koleksi kisah seram aku ]

[Copy link]
Post time 13-8-2013 12:07 PM | Show all posts
check in!! ~ menunggu cerita baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2013 12:15 PM | Show all posts
check in..xder update lagik ker
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 08:55 AM | Show all posts
wahhh
menarik
dah lama pun tak baca cerita seram kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2013 09:21 AM | Show all posts
Maaf semua.. Janji nak update semalam tapi abah ajak memancing pulak. Last2 dapat anak gelama je 3 ekor

kisah kedua: azab kubur dan roh yang meminta bantuan di bulan Ramadhan.

Kisah ni pun baru terjadi masa ramadhan baru2 ni. Macam yang kite semua tahu, apabila tiba bulan ramadhan azab kubur akan dihentikan sampai la takbir raya baru akan start balik. Pintu neraka akan ditutup serapat rapatnye dan pintu syurga dibuka seluas luasnye. Maka bila azab kubur dihentikan, roh2 ini akan mengambil kesempatan. Roh yang baik ( terlepas seksaan ) akan menemui keluarga masing2.. Buat yg nampak, mereka akan nampak la roh2 ni balik. Roh yang diseksa pula akan mencari bantuan daripada orang2 yang boleh melihat mereka agar azab mereka diringankan.

Kisah bermula pada hari pertama ramadhan. Pukul 3 pagi. Masa tu saya bersendirian dalam bilik nak khatamkan novel. Memang habit saya baca novel pukul 2 3 pagi sebab bila baca siang, anak buah saya suka bising so saya tak boleh concentrate. Tengah saya sibuk membaca, tiba tiba dengar suara orang menangis mendayu2. Bukan seorang, tapi berpuluh suara. Lama2 jadi beratus. Pelik juga, selalunya seorang atau pun dua. Tapi malam tu, beratus. Saya cuba abaikan, buat tak dengar tapi suara2 tersebut makan dekat. Bila saya tutup buku, saya lihat tuan empunya suara mula memasuki bilik. Bilik saya ada 2 single bed. Jadi yang datang dari pintu ada, yang merangkak dari bawah katil pun ada. Terkejut juga malam tu sebab ramai sangat. Mereka datang dengan berbagai kisah dan rupa yang sangat menyayat hati.. Ada yang lidah panjang sampai ke lantai, ada yang merangkak dengan badan dari paras pinggang ke bawah busuk berulat, ada yang perut terburai dan macam2 lagi. Saya percaya, keadaan mereka sekarang mesti ada kaitan dengan amalan ketika di atas dunia.

Saya berkesempatan untuk berbual dengan salah seorang daripada mereka. Saya tertarik untuk tahu kenapa dia mahu berjumpa saya kerana jasadnya tak seteruk orang lain. Cuma air mukanya seperti menanggung dugaan yang sangat berat. Ceritanya begini. Dia seorang lelaki ( saya namakan Azman) dan merupakan seorang anak tunggal. Ayahnya dah lama meninggal dunia. Jadi Azman sangat rapat dengan ibunya. Oleh kerana Azman anak tunggal, ibunya dah ada menantu pilihan (saya namakan Hana ) tapi dia juga sudah ada pilihan sendiri. Azman cuba pujuk ibunya untuk terima pilihan hatinya tapi last2 akan berakhir dengan perbalahan. Satu hari kedua mereka bergaduh besar sampai ibunya menangis. Ibunya tetap mahukan Hana sebagai menantu tapi Azman menolak atas alasan tak cintakan Hana. Oleh kerana sayangkan anak tunggalnya, ibunya terpaksa menikahkan juga Azman dengan pilihan hatinya sendiri walaupun jauh di sudut hati dia tidak pernah restu dan redha.

Beberapa bulan selepas nikah, Azman dibuang kerja. Isterinya seorang suri rumah, maka kita sendiri boleh bayangkan keadaan mereka berdua memandangkan kedua mereka bukanlah dari keluarga mewah. Azman cuba juga cari kerja tetapi oleh kerana rekod di pejabat lamanya buruk, susah untuk dia diterima di mana2 syarikat. Ketika Azman mula bercerita tentang dibuang kerja, dia menitiskan air mata. Saya turut sayu melihat keadaan Azman tapi apakan daya.. Semuanya sudah terlambat. Hidupnya sentiasa kesempitan wang dan rezeki bagai disekat. Tanpa dia sedar, kesulitan hidupnya menyebabkan hubungannya dengan ibu di kampung makin renggang. Lama kelamaan, kereta pula ditarik. Beberapa bulan kemudian, isterinya didiagnosis menghidap breast cancer. Lagi bertambah kusut lah Azman. Sedangkan nak beli beras pun terpaksa berhutang, ini kan pula nak biaya rawatan isterinya.

Azman cuba berubat cara kampung tapi langsung tak berkesan malah ditipu. Penyakit isteriya makin teruk. Satu hari, isterinya tak sedarkan diri. Ketika itu dia cuma ada rm5. Cuba teka apa dia buat?

Dia ke kedai, beli cuka getah dan bunuh diri. Maka berakhirlah riwayat seorang anak yang mengalami kesulitan hidup hanya kerana berkahwin tanpa restu ibu. Masyarakat kita hari ini memandang restu ibu bapa sebagai sesuatu yang remeh. Jadi dengan kisah Azman ni, harap dapat dijadikan "wake up call" kerana sebagai seorang lelaki, mesti sentiasa ingat bahawa syurga terletak di bawah telapak kaki ibu, bukan isteri. Cinta boleh dipupuk. Sedangkan tok nenek kita pun berkahwin tanpa rasa cinta akhirnya kekal hingga ke anak cucu. Kita pula berkahwin atas dasar cinta tapi belum dapat cucu dah bercerai..

Tidak banyak yang dapat saya bantu Azman. Dia minta saya jumpa ibunya dan memohon ampun bagi pihaknya. Azman turut serahkan alamat rumah tetapi saya menolak. Azman tinggal di Perak. Saya tak terima kes2 yang bagi alamat kerana jika saya jumpa family masing2 dan cerita tentang keluarga mereka yang dah mati, dah tentu mereka halau saya dengan penyapu dan kata saya gila. Saya hanya mampu membantu dengan sedekahkan al fatihah dan yaasin. Mungkin kecil bagi kita, tapi sangat bermakna bagi mereka. Maka pulanglah Azman pada malam itu dengan senyuman. Saya pun tumpang gembira

Malam kedua pula, saya stay up untuk siapkan kerja memandangkan deadline lagi seminggu. Situasi malam itu sama juga seperti malam sebelumnya. Roh2 masih datang meminta bantuan. Mula2 saya abaikan kerana faktor kerja tetapi selang setengah jam selepas tu, ada seorang gadis yang umurnya sebaya kakak saya yang sedang menuntut di Skudai, Johor. Gadis ini umurnya dalam 20-an. Sangat muda tapi keadaannya menyayat hati dan menginsafkan. Mengapa gadis sebegini muda jasadnya sangat teruk? Dia merangkak dengan bersusah payah disertai bau yang sangat busuk ( bau mayat mereput ) Lantai bilik saya habis dibasahi darah. Gadis itu menyeka air mata. Hampir saya menitiskan air mata melihat keadaan gadis ini. Tambahan pula kakak saya di Johor sudah lama tak balik.

Apabila dia sudah merapati saya, saya menegur. Kenapa jadi macam ni? Mengikut cerita gadis ini ( saya namakan Nisa ) dia meninggal ketika melahirkan anak luar nikah. Dia salah seorang penuntut di sebuah universiti swasta, KL. Bila Nisa sebut saja KL, tiada apa yang saya hairankan. Melihatkan remaja sekarang yang semakin sosial, mungkin Nisa juga salah seorang dari mereka. Tiada apa yang Nisa mahu, cuma meminta agar azab yang dia tanggung diringankan. Kata Nisa, satu hari bagaikan seribu tahun. Malaikat yang menyeksa langsung tiada belas kasihan. "Di sana" gelap dan penuh dengan kala jengking dan ular berbisa. Kata Nisa, jika dia ada peluang untuk hidup sekali lagi, dia berjanji akan sentiasa taat. Puas dia merayu dan memohon ampun tapi semuanya terlambat hinggalah suatu hari malaikat membawa khabar baik bahawa pada bulan ramadhan, seksa kubur akan dihentikan seketika dan pada masa itu, cari lah orang yang boleh membantu. Maka dia menemui saya. Saya berjanji akan membantu setakat yang mampu. Pulanglah Nisa pada malam itu..

Tapi yang menghairankan saya, amalan yang disedekahkan atas nama Nisa seakan akan tak sampai padanya. Tidak seperti Azman. Pada fikiran saya, mungkin ada lagi kesilapan yang dibuat Nisa dan tidak diceritakan pada saya sehingga amalan saya disekat. Hanya Allah yang tahu..

Oleh kerana saya sibuk saya tak sempat nak menemu ramah kesemuanya sehingga ada yang marah2. Pada mulanya saya pun naik angin juga tapi saya cuba memujuk.

Saya: Assalamualaikum.. Jangan lah marah. Saya sibuk dengan urusan saya. Ok sekarang awak cerita apa
          masalah awak. Insya Allah saya bantu setakat saya mampu.

Roh:   Tadi aku panggil kau buat tak tau. Ni nak pujuk pujuk boleh belah la.

Saya: Ye saya tau. Saya minta maaf.

Roh:   Kau tak tau aku datang dari jauh. Bukan kau yang tanggung sakit dalam kubur tu. Aku yang sakit.  
          Susah sangat ke nak luang  lima minit untuk aku?

Saya: Ok ok, sekarang saya boleh luangkan berapa lama pun awak nak.

Roh:   Dah la kau

Kemudian roh tu terus pergi. Terkilan juga di hati saya atas khilaf saya sendiri. Namun esoknya roh tersebut datang semula dan menceritakan kisahnya. Bila difikirkan balik saya ketawa sendiri. Manusia ni memang macam2 ragamnya. Ada yang cepat panas. Ertinya kurang sabar lah tu. Roh yang ini pula bekas gengster. Biarlah kisah hidupnya saya simpan antara saya, dia dan Allah

Lama kelamaan, roh2 yang datang semakin beransur sedikit bilangannya. Pada fikiran saya, mereka2 ini datang bukanlah untuk dibantu, namun Allah mahu berikan pengajaran buat hambaNya ini yang penuh dosa. Agar hambaNya sentiasa ingat tentang azab yang menanti. Maka saya ceritakan pengalaman ini buat semua agar kita sama2 beringat. Sesungguhnya azab kubur itu benar. Mengapa kita masih ingkar?

Apabila kedengaran takbir raya, sayup kedengaran tangisan roh2 ini kerana tak lama lagi mereka akan kembali diseksa. Ada yang meraung2 kerana tidak sanggup untuk kembali diseksa. Ketika kita yang masih hidup ini bergembira, mereka pula menangis..

Kisah ketiga bakal menyusul tentang pengalaman saya menziarahi kubur abang. Last edited by Momo_Elly on 14-8-2013 09:36 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2013 09:23 AM | Show all posts
cm_ikasafia posted on 13-8-2013 12:15 PM
check in..xder update lagik ker

dah update hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 11:26 AM | Show all posts
Momo_Elly posted on 14-8-2013 09:21 AM
Maaf semua.. Janji nak update semalam tapi abah ajak memancing pulak. Last2 dapat anak gelama je 3 e ...

Salam Momo.

selama bertahun sy jd sr, ni firstime sy komen
melopong mulut sy
ni dri pengalaman awk?
btw awk ni lelaki ke perempuan?
mcm mana awk boleh dpt kebolehan ni?

y part ahli kubur tu..
bukan kalau dah meninggal dah xleh jmp ke?
mintak maaf sy mmg xtau, sbb tu sy tny..huhu

kalau ada masa silalah jwb soalan sy.he..

selamat hari raya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2013 11:49 AM | Show all posts
mmg menarik...kebolehan tt x semua org dpt. hmm aku penah tgk citer m.rajoli berlakon jd ustaz pastu roh2 mai mintak tolong doakan..tajuk drama x ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 12:53 PM | Show all posts
wahhh ni btul2 daebak.. hehhehe..xtkt ke jumpe roh2 nie??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 01:01 PM | Show all posts
best best... ..
nak lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 01:41 PM | Show all posts
seramnye...

bkn semua org blh dpt pengalaman mcm nie..
hnya insan2 terpilih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 01:51 PM | Show all posts
Mcm ghost whisperer
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 02:39 PM | Show all posts
hahah tu lah..mcm ghost whisperer.

Tapi x pelik. Allah Maha Berkuasa. Cuma manusia yang tak mampu memahami dengan akal sejengkal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 03:09 PM | Show all posts
Momo_Elly posted on 12-8-2013 04:03 PM
Kekeke lek lu.. tengah recall balik. sabaq na

best la, terkedu baca....awak boleh merawat org ya....awak ni perempuan ka...wow, tabek spring mama!!
rumah mama pun, mama rasa ada benda ja. kalau la awak boleh tengok kan....anyway, plis sambung kisah awak itu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 03:30 PM | Show all posts
Momo_Elly posted on 14-8-2013 09:21 AM
Maaf semua.. Janji nak update semalam tapi abah ajak memancing pulak. Last2 dapat anak gelama je 3 e ...

adoi...ramai ramai masuk bilik momo??? momo cool ja??? tak takut atau terkejut beruk ka???
adoi respek respek...
cara penceritaan yg cukup best!!
teruskan...

mama insaf..cukup terkedu...ya Allah aku ingin lebih dekat dgn MU!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 03:33 PM | Show all posts
aik...tak kan ni ja...sambung jgn tak sambung na....kata mansion....kena la banyak stori morinya yer!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 03:48 PM | Show all posts
erkk..tak ada cite dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2013 04:02 PM | Show all posts
az4620 posted on 14-8-2013 11:49 AM
mmg menarik...kebolehan tt x semua org dpt. hmm aku penah tgk citer m.rajoli berlakon jd ustaz pastu ...

oh mmg ada la ye

tt ckp ada mayat td mengesot bdarah lantai tu mcm tt je ke leh nampak?

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
b'untung sungguh TT punye kelebihan yg mcm ni.. at least bnde2 mcm ni bleh m'ingatkan ttg mati ttg seksa kubur.. bleh jgk le buat kite jdi gerun n tkut nk buat kesilapan.. mcm aku ni ha, tau jek psl siksaan ni sdkit sbyk tpi still jgk buat salah n dosa sbb nye xnmpk sndri dgn mata.. tpi mne yg dpt elak tu opkos le aku cube elak kn..

melalui last crte TT ni, umor TT mcm mude je lgi.. mcm early 20.. mcm mne TT bleh dpt kelebihan ni ek?? mmg 1 family ade kelebihan ke cmne..

btw TT mmg sungguh berani org nye.. n crte ni buat aku insap..

**nak tnye.. kalau mcm kite sedekah alfatihah, yassin or kite b'sedekah tpi niatkan utk bg pihak si mati, pahala/sedekah tu mmg akn smp ke si mati ke?? dpt m'bntu si mati x?? aku mcm konpius..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 04:19 PM | Show all posts
go Momo go Momo.!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2013 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Momo_Elly posted on 14-8-2013 09:21 AM
Maaf semua.. Janji nak update semalam tapi abah ajak memancing pulak. Last2 dapat anak gelama je 3 e ...

Besh lah....hope ada yang insaf baca story momo...i pon dah insaf seadanya..thank you...cetelah lagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.112138 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list