CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27145|Reply: 204

Belum tayang dah dapat 10 juta!! Hans Isaac ko kena belajar dari Yusri !!!

[Copy link]
Post time 13-9-2013 12:06 AM | Show all posts |Read mode
'Vikingdom' Dapat Pulangan RM10 Juta Sebelum Tayangan         

PETALING JAYA: KRU Studios telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM10 juta menerusi filem Vikingdom: The Blood Eclipse  sebelum ia  ditayangkan di seluruh negara bermula 12 September 2013.Pengarahnya, Yusry Abdul Halim berkata, jumlah itu adalah hasil daripada penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika Syarikat termasuk di 10 buah negara lain.


"Vikingdom  mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa. "Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil," katanya ketika ditemui semasa tayangan perdana filem itu di Sunway Pyramid di sini, malam Rabu.


Filem yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia itu menelan kos sebanyak RM20 juta dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.
Ia bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober depan dan membariskan pelakon-pelakon seperti Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe.


Dalam pada itu, Yusry berkata, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan penghasilan filem berkenaan kerana ia dihasilkan sepenuhnya oleh tenaga produksi tempatan walaupun membariskan pelakon luar negara. Malah Yusry menyifatkan Vikingdom sebagai permulaan baharu terhadap industri perfileman di Malaysia.


"Apabila kami memulakan projek berkenaan kami sedar tentang semua cabaran yang harus dihadapi.
"Bagaimanapun semua pihak yang terlibat berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjadikan projek ini satu realiti," katanya.
Filem tersebut menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Puncak Alam, Selangor, Gua Tempurung dan Kellie’s Castle di Perak.

suumber : mstar.com.my


Last edited by xanderz on 15-9-2013 01:02 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 12:08 AM | Show all posts
tahniah kepada mereka yang terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:17 AM | Show all posts
congratz kru
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Congratsss...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:44 AM | Show all posts
congratz. selepas hikayat mahawangsa tu, xmo dah aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:48 AM | Show all posts
nurul_akmar posted on 13-9-2013 08:44 AM
congratz. selepas hikayat mahawangsa tu, xmo dah aku tgk

kau ada juga tengok.. aku langsung tak.. gara gara members kata tak best... lemahkan semangat aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2013 08:52 AM | Show all posts
TAHNIAH....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 08:54 AM | Show all posts
tahniahhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 09:00 AM | Show all posts
makin kembang la kaki si lisa surikayu..dah selama ni pn dah kembang...

(ayat2 dengki org melayu )

btw tahniah kru...x lama lg masing2 dpt pangkat dato...tp berbaloi la dr si AC tu nthape jasa nya
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:02 AM | Show all posts
caya le abg yus
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:02 AM | Show all posts
nasib la ada banh yosry...nak harap dabik teoh...hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:04 AM | Show all posts
bajet 20 juta, kena dapat 10 juta lagi baru balik modal

kat malaysia rasa susah nak dapat 10 juta tu, campur kutipan luar negara mungkin boleh lah kot

Last edited by RED 666 on 13-9-2013 09:14 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:08 AM | Show all posts
tahniah la abe yus
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:08 AM | Show all posts
x reti nak appreciate citer2 dorg nih .. hehhe
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:10 AM | Show all posts
mesti lepas ni Yusri bleh dpt title 'datuk' kan.. congrats.. Lisa plak title Datin.. aaawww.. gigit jari Erra.. (eh.. tetibe plak) hehehee..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:14 AM | Show all posts
congrats kru
mohon repair wajah edry

huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 09:17 AM | Show all posts
Tahniah. Harap2 storyline dia pun meletop. Takut pasni pengedar filem kat luar negara tu pun serik nak beli filem kru mc mana seriknya aku nak nontonnya.. filem kru ni menang kat effort jek tp jalan cerita mmg hampeh tahap gaban!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:19 AM | Show all posts
Kenapa aku rasa Vikingdom ni pun akan ke laut Merong? Harap2 salah lah jangkaan aku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:26 AM | Show all posts
Taubat dah nak g tengok cite karya KRU..kelaut jah semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 09:27 AM | Show all posts
Tahniah KRU!

Abang Sol mesti makin sedih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.090791 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list