|
[Edisi tanjat_boboi] Adam, Fiza rancang nikah khamis ini 26 sept
[Copy link]
|
|
sweet sgt majlis nikah diorg
jauh sweet dr pojiah |
|
|
|
|
|
|
|
semanis gula batu kisah perkahwinan dorang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Indahnya....
Terharunya...
Moga bhgia hingga akhir hayat.. |
|
|
|
|
|
|
|
majlis malam tadi pon indah uolsssss. sweet oberload gitu |
|
|
|
|
|
|
|
klobot posted on 27-9-2013 01:24 AM
majlis malam tadi pon indah uolsssss. sweet oberload gitu
majlis malam tadi?
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah...memang segak & sepadan, nampak tenang |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah... sgt sweet...
semoga bahagia selalu... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah adam dan fiza.semoga berbahagia hingga hujung nyawa |
|
|
|
|
|
|
|
Comel nya ank2 nya....tahniah adam n fiza...smg jodoh berkekalan hgg ke jannah... |
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah posted on 26-9-2013 11:22 PM
you belum kahwin ke?
kalau belum,doa ler supaya pertemuan itu seperti gini..
belum la..sebab tu iols jeles....
hehehehhe..ye ker you???????
habis tu camne sesi perkenalan uols??kalau macam kes adam n fiza ni dua dua public figure so orang salu sok sek sok sek..dapat la kita nilai..p yang marhaen macam kita ni???nak dengar dari mana??hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
adam nmpk berisi...so nmpk lebh berumo drp fiza..sesuai sgt...
fiza ni jenis kurus kecik kot...dh bsr anak2 dia...
moga kekal bahgia akhir hayat.. |
|
|
|
|
|
|
|
suka nyee tengok depa ni nikah...
sejukkk je mata pandang...
mcm sepadan jek...
tahniah la...moga kekal ke anak cucu....
suka lah kapel nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
lotionmilo posted on 26-9-2013 10:59 PM
baru perasan fiza nih cantik and beza umur diorang nih agak dekat.aku igt 7,8 tahun.lols
semoga ...
maksud lotionmilo selendang hijau yang adam pakai kt bahu tu ke?
tu namanya rida'. pakaian ikut sunnah Rasulullah s.a.w.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap lepas ni mereka tetap low profile
Toksah jaja kisah alam perkahwinan dlm media
|
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah posted on 26-9-2013 11:22 PM
you belum kahwin ke?
kalau belum,doa ler supaya pertemuan itu seperti gini..
wahhh bestnyer...cter la..nak dgr gak..
i pun nak gak becinta slps kahwin ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak-anak Fiza Suka Dengan Adam
Pelakon drama bersiri ‘Natasha’, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza Halim, 32 menjelaskan suaminya, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30, tidak menghalang dia untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon setelah mereka berkahwin.
“Adam tak halang saya meneruskan karier sebagai seorang pelakon. Apa yang penting, saya mesti menjaga batas-batas sebagai seorang wanita dan isteri. Saya akan terus berlakon, tetapi saya akan menolak sekiranya terdapat babak-babak yang memerlukan saya bersentuhan dengan lelaki atau babak-babak yang kurang manis untuk wanita bertudung,” jelas Fiza ketika ditemui usai majlis pernikahannya bersama Adam di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam pada Khamis.
Fiza juga mendedahkan anak-anaknya, Ferra Aryanna, 5, dan Feeya Adyrra, 4 suka dengan Adam semenjak pertemuan pertama mereka.
“Sebelum ini, saya ada berkenalan dengan jejaka lain, tapi anak-anak saya kurang berkenan. Lain pula ceritanya dengan Adam. Ketika saya membawa anak-anak berjumpa dengannya, Adam mesra dengan mereka. Mereka sungguh serasi dan anak-anak memanggil Adam dengan panggilan ‘Abi’. Itu yang membuatkan saya tertarik kepadanya,” tutur Fiza lagi.
Mengulas mengenai hubungan bekas suaminya bersama anak-anak, Fiza menjelaskan semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang masalah timbul.
“Bekas suami saya baik dengan anak-anak. Saya juga tiada sebarang masalah dengan dia. Kami memang berkawan dan hubungan kami baik-baik sahaja. Dia pun sudah melangsungkan pertunangan dan bakal berkahwin pada hujung tahun ini. Nampaknya saya yang bernikah terlebih dahulu daripada dia,” seloroh Fiza mengenai hubungannya bersama bekas suami.
Bercakap mengenai harapannya setelah mendirikan rumah tangga, Fiza menjelaskan dia mengimpikan untuk menjadi seorang isteri yang taat kepada suaminya.
“Insya-Allah, saya akan memperbaiki kelemahan diri saya. Selepas berhijrah, saya lebih rasa tenang. Saya juga tidak mudah marah seperti dahulu. Apa yang saya harapkan kini ialah saya dapat menjadi seorang isteri yang taat dan solehah kepada suami serta menjadi ibu yang baik kepada anak-anak,” cerita Fiza mengakhiri temubual.
sumber= gua.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Adam Sudah Sedia Jadi Bapa
Pelantun lagu ‘Tak Tahu’, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30 tidak menganggap perkahwinannya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza Halim, 32 sebagai sesuatu yang tergesa-gesa.
“Saya rasa perkahwinan kami tidak tergesa-gesa. Mungkin orang anggap begitu kerana berita mengenai perkahwinan kami didedahkan pada hari Selasa (24 September) dan seterusnya kami terus bernikah dua hari berikutnya (26 September). Kami mengenali hati budi masing-masing secara serius selama dua bulan, iaitu pada awal bulan Ramadan yang lalu,” jelas Adam memulakan perbualan bersama GUA.
“Pada saya, jodoh saya sudah sampai dan wanita itu adalah Fiza. Syukur Alhamdulillah, majlis kami berjalan lancar. Kami ingin berterima kasih kepada semua pihak yang membantu kami mengadakan majlis ini,” jelas Adam ketika ditemui usai majlis pernikahannya bersama Fiza di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam pada Khamis.
“Mulanya kami hanya bertemu untuk berkongsi cerita kehidupan masing-masing selepas solat Terawikh di sebuah kedai mamak. Selepas pertemuan kali pertama bersama Fiza, apabila saya pulang ke rumah, hati saya mula rindu padanya. Rasa suka itu timbul dan hati saya terbuka untuknya,” tutur Adam lagi.
Ketika ditanya apakah yang membuatkan Adam terpikat dengan Fiza, Adam menjelaskan yang dia tertarik dengan sikap keibuan yang ada pada diri Fiza.
“Saya suka cara Fiza menjaga anak-anaknya. Fiza ada ciri-ciri seorang ibu yang baik. Tapi apa yang penting, hati saya terbuka untuknya. Saya juga sudah bersedia untuk menjadi bapa kepada anak-anaknya,” ujar Adam.
Adam juga mendedahkan yang pada mulanya, ibunya terperanjat dengan keputusannya yang ingin menikahi Fiza.
“Apabila saya memberitahu ibu yang saya ingin menikahi Fiza, dia terkejut. Bukannya mengenai status Fiza sebagai seorang ibu tunggal, tapi ibu saya meragui adakah saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak Fiza. Namun begitu, pada sambutan Syawal lalu, Fiza datang ke kampung halaman saya di Sabah untuk menemui keluarga terdekat saya. Keluarga saya suka dengan perwatakan Fiza,” ujar Adam lagi.
“Saya akan mengadakan kenduri di pihak saya di Inanam Laut, Kota Kinabalu dalam jangka masa dua minggu lagi. Kami akan melakukan majlis perkahwinan seperti biasa, namun kami tidak akan bersanding di majlis tersebut. Mengenai bulan madu, saya belum pasti lagi kerana belum ada perancangan mengenai perkara itu. Soal cahaya mata pula, saya serahkan semuanya di tangan Allah,” tutur Adam mengakhiri perbualan.
sumber=gua.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
i is jeles dengan mereka berdua..okbai |
|
|
|
|
|
|
| |
|