Menurut Fahrin, pengalaman cinta lalu banyak memberi kesan hingga membuatkannya lebih menghargai kehidupan sekarang.
Sebenarnya saya rasa berhutang dengan diri sendiri. Dulu saya banyak habiskan masa untuk perhubungan dan cinta tapi hubungan tu tak menjadi. Jadi sekarang ni saya lebih tumpukan perhatian pada diri sendiri.
Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Tapi memang diakui, hidup saya tak lengkap. Iyalah, bila tengok orang lain dah berumahtangga dan beranak-pinak
saya dapat rasakan hidup saya masih kosong.
Walaupun masih belum menemui wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri, Fahrin tetap meluahkan hasratnya mahu menamatkan zaman bujang secepat yang mungkin jika diizinkan Ilahi.
Umur saya dah meningkat, jadi kalau boleh tak mahulah tunggu sampai 40 tahun baru nak berkahwin. Saya tak dapat bayangkan kalau umur dah masuk 50 tahun tapi anak saya baru sekolah menengah.