CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolz

[BEST]Sepanjang 3 tahun dalam palapes

  [Copy link]
Post time 11-10-2013 10:24 AM | Show all posts
leenaz posted on 11-10-2013 10:13 AM
mesti kena test ni
tu pasal ramai forumer yang citer2 best stop posting
haihhhh...baca je laa pa ...

tah depa ni...tak takut tuhan ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 10:51 AM | Show all posts
edoraixora posted on 11-10-2013 10:23 AM
oooo...ok, tenkiu darling

wuhuuuuu.!! dapat mungeee...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:01 PM | Show all posts
mau lagi plss..
teringin nk try menembak ni,tp takot lak sbb tangan penah patah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 03:29 PM | Show all posts
Sambung..

Kiteorang sampai hutan pada hari kedua last kem. So, kiteorang tak dapek la nak join aktiviti terakhir kiteorang malam tu.. Memandangkan kiteorang adalah inter, so, aktiviti last adalah Serang Hendap. Petangnya kena la buat model and baca perintah kan.. Macam yang pernah aku tepek gambar before ni haa.. macam tu laa..

Kiteorang tolong la jugak buat model semua kan. Kesian skuad yang lain.. dah laa teruk kena hell malam tu.. Memandangkan ada masalah sikit, model yang kiteorang buat tu, siap dah nak dekat senja dah.. Kalau lambat siap, maksudnya lambat jugak la nak baca perintah kan.. Kiteorang baca perintah time nak gelap dah..

Bila dah siap tu, kiteorang ready la duduk nak baca perintah lak.. Time ni dah remang-remang senja sampai remang-remang jugak la bulu roma.. Semua pegawai lain, budak inter dan adjutan ada sekali time ni.. Aku tengok muka tuan dah lain macam. Aku tau dia risau kat Kila. Sebab dah senja nak gelap. Tapi budak tu still jugak ngikut kiteorang dalam hutan.

Apapun, baca perintah diteruskan jugak.. Time ni la, A gamit aku.

A: Aerolz, ko tengok Kila. Dah lain macam. Ko tolong aku jap.
Aku: Tolong pe?
A: Ko buat la ape yang Ami dah ajar tu. Baca la ape2 yang patut.. Aku tak tau kenapa bala tentera si selempang tu ngikut sampai ke sini. Banyak sangat dah dorang ngendap tepi pokok tu.
Aku: (dah cuak..) Ko nak g mane?
A: Nak g cakap kat tuan jap..

Pastu, A dengan selamba badaknya bergerak ke arah tuan yang tengah pantau pembacaan perintah.. Aku pun tak tau kenapa A berani sebegitu sekali. Mungkin jugak memang dah emergency or dia lebih mengetahui tahap bahaya yang datang ke arah Kila.. Sebab aku setakat mampu rasa remang dan kepanasan je bila duduk sebelah Kila.. Sambil buat ape yang patut.. Pergghh mencabar keimanan dan ketakwaan aku betul time nii..

Aku tengok dari jauh, A berbisik something kat tuan. Mungkin tak nak kecoh agaknya.. Pastu tuan dah muka risau.. Giless la, time tu, tuan memang tak boleh coverina dah muka cuak risau dia tu.. Sampai kan aku nampak dia macam tak leh fokus dah ngan apa yang disampaikan dalam baca perintah tu..

Pastu A duduk semula. Kadet and pegawai yang lain semua dah jeling dah kat kiteorang. Konfirm dorang meluat ngan kiteorang..

A: Tuan cakap, buat ape yang patut dulu. Tunggu baca perintah abis, kita balik sama-sama ke main camp.
Aku: ohh.. okay. Eh, A, si selempang ikut sama ke?
A: ahaa. itu la masalahnya. Si selempang pun ada.
Aku: Bukan si selempang dah kena bunuh Ami ke?
A: Kan Abu masuk campur, kalau nak bunuh si selempang, Ami mesti attack Abu. Tapi Ami tak nak. Dia bagi peluang dulu kat Abu aritu.
Aku: oooo (nganga je la kann..)
A: Banyak gile dia punya bala tentera ngikut. Tapi selempang tu tunggu kat simpang jalan kat depan nak masuk main camp..
Aku: (pandang kat Kila..dia pun macam dah tak betul dah. berpeluh pastu tunduk je. sekali sekala kila tu jeling tuan.. aku lak tengok tuan, lagi tak keruan..) Kila, baca apa yang patut macam apa yang Ami ajar. (kila angguk je.)

Dah abis baca perintah, tuan terus datang kat kiteorang.. Tanya detail kat A. Kiteorang citer laa.. Pastu tuan pesan kat A, buat apa yang Ami dah ajar. Amin pun kena panggil. Sebab tuan cakap, ni malam last. Kita bertahan untuk satu malam je lagi..

Memandangkan yang lain nak ready untuk serang hendap, kiteorang yang balik ke main camp ni berapa kerat je la kan.. Aku tengok Kila ni dah terduduk dah tak larat.. Aku pun tak tau ape jadi kat dia.. Tapi dia tak jerit-jerit macam orang lain yang kerasukan.. Dia diam je.. Tapi pandangan mata dia menakutkan yang amat la.. Tangan dia still senget ke tepi.. Aku dalam takut-takut tu, aku baca la jugak apa yang patut. tak pasal-pasal aku yang lemah semangat ni pun kena jugak..

Bila dah nak sampai simpang yang A cakap tu, tiba-tiba angin bapak kuat.. Jalan tu, jalan tanah liat.. pastu ada pasir-pasir sikit. ada batu-batu.. macam tu la jalan dalam hutan tu.. mungkin sebab area tanah tinggi kot, sebab tu bukan tanah gelap tu.. Bila dah angin kuat, dengan pasir berterbangan nampak jugak la keseraman kat situ kan.. pastu hari dah gelap.. torch pulak satu jekk..pergghhh lagi seramm..

Aku ni ngikut je kat belakang.. Dalam menempuh jalan tu, aku dengar la Amin baca-baca la.. memang time tu, Amin la penyelamat kiteorang.. Sebab yang lain sume pompuan. Tuan lak, macam kiteorang laaa.. Hihiii.. MAsa ni la jugak, kiteorang dengar bunyi anjing melolong.. Huuuuuuhhhh.. Merinding bulu tengkuk!!!
Makin cepat la langkah kaki kiteorang..

bila dah sampai main camp.. Kiteorang suruh la kila duduk je kat medic. Aku tak tahu nak buat ape so aku tukang tengok je laa.. Pastu, aku tengok A ni pegi la kat satu sudut hutan tu.. Pastu dia cakap sorang2.. Aku pun dahh... erk.?? Dia buat ape tu kan.. Takkan cakap ngan hantu selempang tu.. Tengah negotiate kot.. Hahahaha..

Pastu, A datang. Aku tanya cakap ngan sape? Dia cakap, try kontek Ami.. Tapi tak lama..

A: Tadi aku try kontek Ami. Pastu Ami terus terjah cakap dia tau. Dia dari tadi bertarung dengan Abu. Supaya selempang dapat lepas ke sini.. Yang banyak2 dalam hutan tu, tentera baru selempang. tapi memang asal dalam hutan ni la.. Sebab tu selempang sampai simpang tu je. Ami sempat buat pendinding sampai situ je.. Tapi konfirm la tak tahan lama.. Tengok la aktiviti2 dalam ni.. Ami just suruh kita tahan dinding tu, atleast sampai subuh esok. Sebab selempang nak balas dendam dah ni.
Amin: A, bunuh je terus dia tu..
A: aku tak ready lagi. Tak reti. Ami takde..
Tuan: Kalau macam tu, kite ramai2 la buat pendinding. Yang penting kita lepas untuk malam ni.. Hutan ni pun dah cukup banyak dah..

Kiteorang angguk je la. Sebab Kila aku tengok pun macam orang dah nazak dah. Pucat. Diam je. Menggigil berpeluh. Mata dia lak still macam... emmm tak reti nak explain.. Malamnya kiteorang buat la ape yang patut kan,, seperti yang Ami ajar..

So, sepanjang malam tu, kiteorang berjaga untuk jaga kila. And ready takut ada something happen kat kadet lain.. Alhamdulillah, takde pape yang lebih teruk berlaku malam tu, Cumanya, keadaan Kila macam tu je laa.. Bila dah subuh baru dia okay sikit..

Dan esoknya, kiteorang pun balik.. Kila lak terus pegi rumah Ami.. Aku rasa time ni, Ami terus bunuh la. Sebab lepas tu aku jumpa Kila dia dah okay dahh.. Macammane kisah jalan cerita, aku tak tau la yee..(ni dipendekkan la yee..)


Emmm.. sampai sini la ye kisah si selempang dan Kila. Banyak aku skip.. ya ampun, sori.. Sebab aku fikir ni antara kes terbesar.. Sebab ia melibatkan orang ketiga-Abu. Jadinya, aku taknak seru banyak kali benda yang boleh memudaratkan aku dan kiteorang.. So, aku tammatkan kisah ini setakat ini.. Aku tau, ada banyak yang tak logik dan tak detail aku citer.. Mungkin sebab banyak aku tapis, so, banyak tergantung.. harap faham lah ye.

Kila lak, dia dah okay. Sekarang pun dah okay. Cumanya, selepas peristiwa tu, banyak kali jugak la dia kena kacau. tapi oleh makhluk lain la ye.. Sebab dah banyak lubang angin dalam badan. senang lah kena kann..

Ilmu yang kiteorang pelajari tu, setakat tu je kiteorang belajar.. Bila dah beberapa bulan berlalu, kiteorang tak sentuh pun dah hal tu.. sampai la sekarang..

Itulah, sedikit sebanyak pengalaman aku encounter benda pelik, benda tak logik, yang seremmss yang lawakss semuaa sepanjang aku join palapes ni..


Bertemu kembali di episod akan datang..!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 04:11 PM | Show all posts
ok tt...tq sudi share citer... syokk baca kdg2 terasa cam kt situasi lak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 08:37 PM | Show all posts
Josh_Agroban posted on 11-10-2013 12:01 PM
mau lagi plss..
teringin nk try menembak ni,tp takot lak sbb tangan penah patah.

huhuu.. takpe.. sy pun penah patah tangan kanan. okay je.. yang penting tangan kena kuat nak cekah la.. and kuat untuk tahan momentum letupan dari senjata tu..

best menembak ni.. beza nya kena target or tak je laaa..

macam aku, haramm la nak kena target kann.. sebab tangan dah bengkok, lari jugakla aiming tu.. lagi2 tak pakar kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2013 11:36 PM | Show all posts
KAMI MAHU LAGI !!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 11:45 PM | Show all posts
azrain98 posted on 11-10-2013 11:36 PM
KAMI MAHU LAGI !!!

Amboiii..!!! Siap terbakaq lagi..

Belanja canai sekeping sat, baru jamu cerita lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 11:55 PM | Show all posts
aerolz posted on 11-10-2013 11:45 PM
Amboiii..!!! Siap terbakaq lagi..

Belanja canai sekeping sat, baru jamu cerita lain.. :lo ...

bagi order,alamat....siappp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 12:21 AM | Show all posts
Cerita Baru.

Ini pun sama jugak kejadian yang berlaku ketika Compass Matching/Pandu Arah. Tapi benda ni terjadi time kat Inter kiteorang time aku junior.. Kisahnya pendek je.. Tapi impact kat dorang boleh tahan jugak laa..

Masa ni, sebab aku junior, aku punya compass matching jarak perjalanan antara checkpoint tak jauh. 5 km je. so boleh abiskan dalam masa 12jam je.. Tapi inter kiteorang lak, macam biasa la terpaksa bermalam..

Alkisah dorang ni,, sangat kesian.. sebab group dorang ni dah la sesat, pastu macam2 rintangan nak kena lalu.. Kesiann.. Itu je la yang aku mampu cakap.. Jahat tol aku ni kan..

Dorang ni, macam biasa ada 2 pegawai yang ikut. Bila sampai checkpoint ke dua, hari dah nak gelap dah.. So nak tak nak, dorang terpaksa bekukan pergerakan. Tapi malangnya, dorang stuck kat kawasan paya.. Well, we all know, macam mana paya kan.. Sebenarnya, kalau dalam hutan, sebolehnya jangan lah bermalam kat kawasan paya.

Yela, satu, paya, susah nak cari air bersih. Dua, paya, macam2 binatang buas ada seperti ular...??? Tiga, paya, yang mistikusss ni pun memang suka kat kawasan paya..

So, memang semua la keberatan untuk bermalam kat kawasan paya kan.. so, dalam keadaan remang senja yang belum gelap sepenuhnya, dorang mempercepatkan langkah kaki untuk keluar dari kawasan paya.. berharap untuk berjumpa dengan kawasan yang lebih sesuai la kann..

Sampai hari semakin gelap.  Dorang still jugak kat kawasan paya.. Sebenarnya masing2 dah risau.. sebab setiap orang perasan pada satu perkara yang quite menyeremssskan laaa..

Inter A: Puan, perasan tak kita berpusing kat tempat yang sama.??
Pegawai P: Ye, saya pun perasan.. Betul tak?
Pegawai L: Hmmm.. aku pun rasa dah lebih 3 kali kita lalu tempat ni je..
Inter B: errr,, kta dah sesat ke??
Pegawai L: Hari dah gelap ni, kalau kita still bergerak dalam gelap, nanti kita makin menyimpang ke arah lain. So, kita terpaksa jugak stay kat sini. Subuh nanti kita gerak.

Memandangkan masing2 perasan dengan kawasan yang dorang pusing tu adalah kawasan yang sama,, dorang akur dengan arahan pegawai dorang. so, dorang pasang poncho, nyalakan unggun api.. masak apa yang patut.. lagi bertambah malang, semua dah kehabisan air bersih.. dalam gelap tu, dorang nampak la kelopak air kat kawasan dorang duduk tu.. Nak tak nak, terpaksa la amik air takungan tu, and masak untuk diminum..

Semua stay still. Tak bergerak.. Dengan keadaan yang gelap, pastu kawasan paya, bila malam memang agak menyeramssskan laaa.. itu aku pun akuiii.. (aku ingat lagi, kiteorang penah lalu kawasan paya.. dah la aku rendah je,, pastu bila aku masuk paya,, air dia sampai kat leher aku..!!! makkk!! Allah je tau perasaan aku time tu.. kepala aku asyik imagine ape benda aje la yang ada kat dalam air tu..!! And korang nak tau tak A lagi rendah dari aku.. Kalau aku pun air dah takat leher,, korang boleh agak tak air paya tu takat mana kat budak A tu?? Hahaha.. dia tenggelam okayy!!!)

Malam tu, dorang try la tidor. And ada yang duduk sentri.. Sebenarnya masing2 dengar je bunyi enjin kereta yang lalu lalang kat jalan besar.. And dorang memula tu memang agak dorang tak jauh dari jalan besar.. TApi masalahnya dorang dah survey dah.. and memang takde jalan.. Sebab tu dorang hampa sikit tu.. Malam tu, adjutan kontek pegawai. Tanya dorang kat mane.. So dorang cakap je la dorang kat paya.. So, adjutan tak boleh nak buat pape.. Dorang pun terpaksa tunggu sampai esok pagi..

Bila esok paginya, dorang nak gerak la kan.. Tapi kebanyakan dorang dah lemah semacam..ada yang muntah2. ada yang demam.. memang tak larat la.. padahal perjalanan dorang ada lebih kurang 5km lagi..

Bila si peninjau meninjau keadaan sekeliling... dorang terkejut la.. nak tau kenapa? Rupanya dorang sungai tak jauh pun dari dorang.. Dalam sepuluh langkah ke hadapan je.. Pastu jalan besar lak dalam 100meter kat belakang dorang.. Memang hangin la dorang kan.. sebab dah la semalam terpaksa amik air dari kelopak air paya.. pastu carik jalan pusing lebih 3 kali, tak jumpa jalan keluar.. dengar bunyi kereta tapi tak jumpa jalan besar..

memang masing2 dah mental. dengan fizikal pun dah pancit semacam.. So, dalam perjalanan tu, dorang terjumpa satu kenderaan ni. emmm.. kenderaan yang bawak pasir tu.. warna kuning tu.. ape nama traktor tu,, aku pun tak tau.. dorang dengan tak malunya, dorang menumpang la traktor tu sampai la ke jalan besar.. sebab semua dah tak larat kann..

Bila dah sampai uni, dorang semua muka lemah je.. Macam orang sesat seminggu dalam hutan..  And yes memang dorang sesat pun. sebab bila check balik check point and kedudukan dorang, adjutan cakap, dorang melencong sangat jauh.. sebab tu dorang jumpa kawasan paya dan sungai je sepanjang dorang dalam hutan tu..

Semua ahli dalam group dorang tu, terpaksa dikejar ke hospital.. sebab kena malaria.. dorang kena demam malaria sebab dorang minum air paya tu.. sebab tu, susah kalau air bersih tak cukup bila masuk hutan. lagi2 dorang sesat dalam kawasan paya kan..

Emmm.. ni dorang citer la..

Masa kat dalam hutan tu,, semua mulut cabul.

Inter C: Wahhh best nya masuk hutan.. tak kena hell bagai.. Takde senior nak hell kita..
Inter D: Ye la.. best nya.. boleh tak kita lama sikit dalam ni?? Kita stay sampai seminggu?? sampai dorang abis training kem dalam hutan.. baru kita keluar..

Yang lain semua gelak gelak.. Ye la,, dorang bergurau la kan,, walaupun dorang tak sangka gurauan dorang tu, jadi kenyataan. sebab dorang telah dipusingkan dan disesatkan kat kawasan sama je..

Kenapa pagi nya dorang boleh keluar? Sepanjang dorang pusing kat kawasan tu lebih 3kali, sampai la perasan dorang dah sesat, dorang still membebel.. dan tak sorang pun ingat nak baca doa ke apa ke kan.. sampai la malam tu, dorang tak sedap hati,, baru la dorang teringat nak azan je.. so dorang azan la banyak kali sampai tertidur..

Bila pagi esoknya baru hijab dorang yang tertutup dengan jalan keluar sebelum tu terbukak..

Pengajarannya kat sini, bila dalam hutan, janganlah korang mulut cabul. Walaupun bergurau senda, bahaya.. YAng kat dalam hutan tu pun suka je nak kacau korang.. Saja nak main-main la tu.. Last2 betul2 tersesat.. Tapi kejadian yang menimpa dorang ni, still jugak tidak memberi pengajaran kat kiteorang ni.. sebab time group kiteorang pun, benda sama jadi.. tapi takde la sampai tak nampak jalan keluar. sesat jee..Pergghhh.. time training ni la ajar aku macam2 adab dalam hutan.. Sebab memang kita akan pay by cash on the spot terus.. tak percaya? cer try sekali ye..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 12:24 AM | Show all posts
azrain98 posted on 11-10-2013 11:55 PM
bagi order,alamat....siappp

Hantar je kat depan pintu masjid besar shah alam ni.. nanti saya amik la.. kekekeek..

dah ada citer baru, selamat menjamu cerita..!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 01:44 AM | Show all posts
aerolz posted on 12-10-2013 12:24 AM
Hantar je kat depan pintu masjid besar shah alam ni.. nanti saya amik la.. kekekeek..

dah ada ...

jauhnyeeeeee camne nak delivery ni

cite baru sudah tiba !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 05:14 PM | Show all posts
azrain98 posted on 12-10-2013 01:44 AM
jauhnyeeeeee  camne nak delivery ni

cite baru sudah tiba !!

Huhuu. ye ke?? bro duduk mane?? tak pe, pos laju pun bolee..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 05:17 PM | Show all posts
Tahniah TT...citer yang menarik, best, kebabomm...siap ada gambo lg, pengalaman hidup sendiri...memang TERBAEEEKKKKK.....



P/S: ada citer baru tak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 05:53 PM | Show all posts
jaketbiru posted on 12-10-2013 05:17 PM
Tahniah TT...citer yang menarik, best, kebabomm...siap ada gambo lg, pengalaman hidup sendiri...mema ...

Thankiuuu bro jaket. gambo tu kira bonus la.. hehe..

citer baru? Citer lama sume.. hehehe.. Nanti2 ada masa saya post lagi citer lain ye..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 08:16 PM | Show all posts
aerolz posted on 12-10-2013 05:53 PM
Thankiuuu bro jaket. gambo tu kira bonus la.. hehe..

citer baru? Citer lama sume.. hehehe.. Nan ...

Sis dik rolz....cite lame tapi best, pengalaman sendiri, tu yg lagi syok baca,gaya penceritaan pun menarik, tak bosan....

thanks to u sbb menceriakan idup akak yg keboringan sbb takde cite best skrg nie...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2013 10:34 PM | Show all posts
Aku nak citer sikit kesinambungan kejadian budak inter sesat dalam hutan tu.. Aku tak tau la samada ada kaitan dengan dorang ke tak ye.. Yang pasti, time tu,, sedikit kemisterian ada la kat situ..

Kan time tu aku junior lagi. Kan aku cakap kiteorang punya pandu arah sehari je sebab 5km je.. so, kiteorang antara group first yang sampai checkpoint last iaitu uni kiteorang. So dipendekkan cerita, esoknya budak inter dah sampai dari hutan dengan kepenatan selepas sesat kat kawasan paya tu..

Tp sebelum tu, aku nak explain sikit hostel kiteorang ni macam mane.. Hostel kiteorang ni ada 2 wing. tapi bangunan yang sama. dia jadi 2 wing sebab bangunan hostel ni macam wing. kat tengah adalah pembahagi wing, iaitu lobi. wing A budak laki, wing B budak pompuan. Pastu ada 3 tingkat. time ni, aku duduk tingkat atas sekali, tingkat 3.

Masa group dorang ni sampai, aku tengah duk memerut dalam toilet. Tapi disebabkan hostel kiteorang ni tertutup dan level memanjang dengan bilik yang banyak, so, agak bergema la dalam level tu kalau ada orang jerit ke berlari ke kann.. Tapi time ni, aku konfirm aku yang lain tengah solat dalam bilik dorang, and semua baru lepas mandi. Pendek citer, aku sorang je la dalam toilet tu.. Time ni maghrib, so, takde sape la nak memekak kan..

Pastu tengah aku selesa bertapa dalam toilet tu, telinga aku ni menangkap la bunyi yang agak bising kan.. Bunyi dia memang serupa macam orang merusuh plus budak2 berlari lara main kejar2.. Bunyi tu aku dengar mula2 dari arah level bawah pastu naik guna tangga pastu, bunyi tu lalu depan toilet dan sepanjang level tu.. Sebab level kiteorang kuat gema nya, so orang pekak je la tak dengar orang melalak macam tu.. Memang aku cakap, bising gilerr.. Aku yang duduk santai je dalam toilet pun boleh berkerut nak jenguk keluar tengok ape jadi kan. Kot2 skuad aku ni merusuh ke ape ke kann.. Aku agak je la, mungkin inter kiteorang dah balik kot..

Memandangkan time ni aku junior lagi, tahap keseraman aku terhadap inter aku ni lebih kurang equal jugak dengan keseraman dengan si setan ni, aku cepat2 la selesaikan tugasan aku dalam toilet tu.. Sebab inter kiteorang ni sama level ngan kiteorang. Aku agak, kalau dorang baru sampai dari hutan, konfirm2 semua nak serbu toilet kan.. sebab dah kotorr.. Sambil aku cuci tangan tu, aku sempat la jenguk keluar level. tengok kiri tengok kanan..  Aikk senyap semacam jee.. Takde orang punn.. Skuad aku pun bertapa lagi dalam bilik.. Aku pelik la,, tadi bunyi bising2 tu, bunyi sape pulak?? Sumpah aku kata, bunyi tu macam bunyi orang yang hepi jee,, macam aku speku la bunyi bising tu, bunyi budak inter berlari naik level and bising2 sebab hepi dah sampai kolej kann.. Tapi rupanya salah sangkaan ku..

Aku cepat2 kuar dari toilet. Masuk bilik. Time ni aku roomate dengan A. Budak A tu aku tengok elok je menggeliat atas katil. Penat agaknya.. Aku tanya la dia, budak inter dah balik belum? Dia cakap belum lagi.. Pastu aku selak la langsir. tengok bawah.. Bilik kiteorang, dari tingkap boleh nampak orang kat bawah.. maksudnya menghadap ke hadapan kolej la.. tempat dimana kiteorang selalu berkumpul..

time ni la, baru aku dengar bunyi bising2. Suara budak2 inter yang baru sampai depan kolej.. Aku nampak la muka dorang yang penat dan tak larat sume tu kan.. Pastu, aku nampak pegawai cakap2 jap ngan dorang and arahkan dorang naik.. Time dorang naik tu la,, baru aku sahkan itu adalah suara dorang yang bising2 naik level.. pastu bising2 lak masuk toilet semua..

Pastu aku naik pelik la.. Jadinya, tadi, bunyi yang bising2 time aku dalam toilet bunyi apa pulak?? Sampai sekarang la aku tak tau tu bunyi ape. Aku tanya jugak dorang yang lain, dengar tak bunyi bising tu, dorang tak cakap ape pulak.. So, aku je la yang dengar.. So, yang bising2 tu, jadik misteri la sampai hari ni..

Emmm bunyi dia macam ni.. (Suara budak2 ada, suara garau2 pun ada.. " Yaaaayyyyyyyy!!!!" Pastu ada selang seli bunyi gelak ketawa yang halus dan yang nyaring.. Pastu dalam bising2 tu aku sempat jugak la dengar macam suara orang borak2.. tapi aku tak dengar la borak ape.. sebab macam ramai sangat.. Pastu, dalam bising2 tu, sambil tu aku dengar bunyi tu berlari.. Bukan berlari anak. tapi berlari macam mendesup je.. Ye la, bila dah ramai2 bunyinya, macam bunyi kuda pun adaaa..)

Haaa.. gitu la bunyi pelik tu..

Tau tak aku speku ape?? Bunyi tu bunyi setan yang ngikut dorang dari hutan.. Pastu eksaited semacam je, sebab dah ada tempat tinggal baru..

Aku boleh bayangkan pelbagai jenis kaum dan bangsa berlari naik level.. Malah langkah dorang lebih cepat dari langkah kaki inter kiteorang..


Itu je la.. Panjang je lebih. Tapi tak la seram sangat.. Cumanya, kalau korang kat tempat aku time tu, seram la jugakk..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 11:14 PM | Show all posts
aerolz posted on 12-10-2013 10:34 PM
Aku nak citer sikit kesinambungan kejadian budak inter sesat dalam hutan tu.. Aku tak tau la samada  ...

tt nk tanya baca perintah tu apa???

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 11:37 PM | Show all posts
aerolz posted on 12-10-2013 05:14 PM
Huhuu. ye ke?? bro duduk mane?? tak pe, pos laju pun bolee..

putrajaya je hehehehe tapi minyak spe nak bayar pos laju pun dah naik harga dah skang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 11:37 PM | Show all posts
rendangayam posted on 12-10-2013 11:14 PM
tt nk tanya baca perintah tu apa???

macam ikrar?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 165297 Replies : 3961
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 5217 Replies : 71
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8530 Replies : 55
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26824 Replies : 199
Ocean King Fishing Game: Tips and Trik untuk Pemula di 2024
Mega888DownloadOcean King Fishing Game: Tips and Trik u
Views : 1111 Replies : 0
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19935 Replies : 79
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5382 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71892 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5104 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4435 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.664963 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list