CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30062|Reply: 157

Update: NAFI: Pelakon remaja mabuk hingga terpaksa dipapah ke keretanya

[Copy link]
Post time 9-1-2014 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Rakan Cik Normah, Tipah Lawa gemar jalan-jalan pada malam minggu mengelilingi Kuala Lumpur sekadar untuk melihat gelagat manusia. Maklumlah, wanita bergetah ini mahu mencari ilham dalam novel terbarunya.

Hujung minggu lalu, selepas puas menjamah nasi lemak di Kampung Baru, dia yang ditemani Sakura Sepi melintasi sebuah pusat hiburan popular.      



      Kebetulan, dengan kerenah pengunjung pusat hiburan yang sesuka hati meletak kereta di bahu jalan, terpaksalah semua pemandu memperlahankan kenderaan mereka.      
      
      
Dalam riuh mulut Tipah Lawa merungut dengan kesesakan yang terpaksa ditempuhi ketika hari sudah lewat malam, matanya terpandang gelagat seorang pemuda yang dipapah rakannya.

Kata Sakura Sepi yang sempat menyampuk, bukanlah mahu menyibuk, tetapi memikirkan mungkin lelaki atau lebih tepat remaja itu sakit dan memerlukan bantuan, dia yang memandu kereta memperlahankan kenderaannya.

Sengaja cari penyakit

Sebagai peminat tegar drama, Sakura mengakui terkejut selepas melihat wajah jejaka yang amat dikenali itu. Melihat dari dekat, dia yakin wajah sinonim dalam drama kesukaannya bukan sakit, sebaliknya mencari penyakit.      
Kongsinya, jelas sekali dia mabuk kerana terlebih minum hingga dua orang terpaksa memapahnya ke kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran pusat hiburan berkenaan. Kalau dihitung, usianya masih agak muda walaupun sebenarnya sudah melebihi 18 tahun.

Bukan apa, kata Sakura Sepi, anak muda terbabit popular dalam sebuah kisah keluarga beberapa tahun lalu. Waktu itu dia masih di sekolah rendah, tetapi banyak juga drama lakonannya selepas itu. Cuma Sakura Sepi hairan kenapa agaknya sampai boleh jadi macam tu.                                
Last edited by AbukRokok on 16-1-2014 11:27 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2014 08:37 AM | Show all posts
mohon TT @AbukRokok update tajuk!! Aedy Ashraf nafi mabuk


Sedar batasan sebagai Muslim

Kuala Lumpur: “Bersosial? Saya percaya itu hak masing-masing. Nak berparti atau apa pun tak ada masalah bagi saya asalkan jaga kerja,” kata pelakon remaja, Aedy Ashraf berhubung dakwaan segelintir pihak melabelnya artis kaki sosial dan liar.
Aedy atau nama sebenarnya Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, 21, yang sudah beberapa kali didakwa liar dan gemar bersosial di kelab malam sejak beberapa tahun lalu sekali lagi dituduh mabuk di sebuah kelab malam, baru-baru ini.

Ketika dihubungi Harian Metro, pelakon sitkom Oh My English itu mengakui keluar bersosial dan berparti bersama rakan-rakan pada waktu lapang, tetapi menyangkal tuduhan mabuk seperti diperkatakan.
“Memang saya akui ada keluar parti dan bersosial. Kebetulan berkawan dengan orang lebih matang.

“Sebagai remaja, saya perlukan hiburan apabila penat bekerja. Tapi saya selalu sedar batasan sebagai Muslim dan artis. Tak adalah sampai saya mabuk seperti dikatakan itu,” katanya.

Bagaimanapun Aedy berkata, dia tidak perlu melatah dengan dakwaan yang timbul kerana ia adalah asam garam dunia seni.

Mulut orang saya tak boleh tutup. Takkan saya nak tegur orang label saya macam itu pula? Nak cakap, cakaplah apa saya boleh buat pun.

“Saya tak boleh buat apa. Orang yang kenal saya akan tahu saya. Saya keluar bersosial pun tak ganggu kerjaya. Saya jaga kerja dan menyusahkan orang,” katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:16 AM | Show all posts
timah lawa...sakura sepi, low class sungguh bunyi nya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:17 AM | Show all posts
Delifrance posted on 9-1-2014 08:16 AM
timah lawa...sakura sepi, low class sungguh bunyi nya

confirm bapok! hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:21 AM | Show all posts
alahai cik normah... boring laa baca rakan la, adik angkat la, mak tiri la yg nampak ni... cliche sangat story. Cakap sndiri yg nmpak ke tak boleh? derr...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:24 AM | Show all posts
untung la...lalu je nmpk retis mabuk. pdhal msk kelab skali. coverina gak reporter nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2014 08:28 AM | Show all posts
nama kawan tipah lawa...sakura sepi...padahal lorong sangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
so sapa pelakon lelaki tuh?
kisah keluarga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 08:42 AM | Show all posts
wartawan pondan lorong mana nih..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:46 AM | Show all posts
sape ni?????
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:48 AM | Show all posts
Suchi posted on 9-1-2014 08:35 AM
so sapa pelakon lelaki tuh?
kisah keluarga?

yg aku taw cerita kisah keluarga kt tv ni

1. keluarga iskandar- ada bdk lelaki ke berlakon cam x ingat jer

2. Elly & epit astro- ramai bdk remaja sekolah yg berlakon tp
x taw berapa umur depa

sekian
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:53 AM | Show all posts
syafie naswib kah??

reputz nama fonen lorong sesangat
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:53 AM | Show all posts
tak ramai pelakon lelaki dr kecik/remaja sekolah sampai dewasa berlakon...
yang aku tau 4 org je...
- shaheizy sam
- Bell Ngazri
- shafiee naswip (mohsin)
- pelakon OMEnglish yg suka main bolasepak tu(aku x tau nama dia)...yg skarang berlakon as adik Nelydia Senrose dlm citer BKATakCinta....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:59 AM | Show all posts
nama kawan cik normah x semenggah lgsg

btw sapa pelakon tersebut
klu pelakon OME tu dia dah dlm 21 tahun kan
ada benang dia hr tu tp mmg x igt nama, igt nama kat OME tu sapik gitu kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 08:59 AM | Show all posts
Muda lagi kut..

Maksudnya usia dlm 18 tahun gtu...
Sam,bell tu dah bape??
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:05 AM | Show all posts
Pelakon remaja lelaki xramai. Aedy ashraf, syafie naswip n aku pun x tahu. Hehe.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 09:22 AM | Show all posts
Aku nak speku je...pernah berlakon dlm kisah Keluarga...Usia dah lebih 18 tahun..

Abg  Alfira Loy...tak ingat Azrin Loy atau apa Loy tah..?
klu pasal kisah keluarga tu...citer "Ayat' yg azhar sulaiman jadi ayah...Rozita chewan jadi emak... "Ayat' ni salah sorang anak depa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:25 AM | Show all posts
fitnah... mana gambar? mana video???
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:25 AM | Show all posts
Vanilla_lette posted on 9-1-2014 09:22 AM
Aku nak speku je...pernah berlakon dlm kisah Keluarga...Usia dah lebih 18 tahun..

Abg  Alfira Loy ...

bkn adik ke? rasanya dia lum abis skolah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:29 AM | Show all posts
cemolot posted on 9-1-2014 08:53 AM
syafie naswib kah??

reputz nama fonen lorong sesangat

syafie naswip tu hisap rokok pun tidak, clubbing jauh sekali, mana nak mabuk2nya. hidup dia cuma kerja..kerja utk sara mak ayah dia.
pastu kalau keluar pun takat karok dgn kawan, lepak mamak, ice skating
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 09:32 AM | Show all posts
Vanilla_lette posted on 9-1-2014 09:22 AM
Aku nak speku je...pernah berlakon dlm kisah Keluarga...Usia dah lebih 18 tahun..

Abg  Alfira Loy ...

abang elfira tak belakon. si ezrin baru form 4.
ni la padah kalau keluar gosip tapi tak bubuh nama. habis org dok speku sapa, last2 jadi fitnah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.085018 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list