CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10565|Reply: 82

[Tempatan] Syarikat Insuran di Saman 2 juta!

[Copy link]
Post time 26-4-2014 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Isteri saman syarikat insurans RM2 juta

PULAU PINANG 25 April - Seorang wanita yang kematian suami akibat kanser paru-paru hari ini memfailkan saman terhadap sebuah syarikat insurans yang didakwa enggan membayar sebarang pampasan kepadanya atas alasan tidak memenuhi faedah perubatan.

Ooi Cheng Cheng, 43, berkata, suaminya, Wilson Tan Teck Hooi atas pujukan wakil syarikat AXA Affin General Insurance Bhd. yang beralamat di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur membeli polisi insurans syarikat berkenaan yang dinamakan Cancer Plus Plan pada 1 November 2012.

Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan oleh Cheng Cheng selaku plaintif di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, ketika suaminya membeli polisi insurans itu, dia didakwa tidak dimaklumkan tentang sebarang syarat selain syarikat terbabit tidak meminta laporan pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, peguam Jason Ong Khan Lee yang mewakili plaintif berkata, Wilson yang juga seorang pengurus kilang meninggal dunia akibat kanser tahun lalu dan isterinya menuntut ganti rugi RM2 juta kerana syarikat berkenaan gagal membuat bayaran walaupun telah diserahkan dokumen prognosis.

"Klausa 2 pada polisi berkenaan memperuntuk syarikat tersebut akan membayar pampasan berdasarkan pelan polisi yang telah dibeli sekali gus sekiranya disahkan menghidap penyakit berkenaan dengan nilai mencecah RM150,000, "katanya kepada pemberita.

Jason berkata, Klausa 3 insurans berkenaan pula memperuntuk premium bulanan yang harus dibayar si mati ialah sebanyak RM55.30 dan Klausa 5 pula memperuntuk masa sehingga 90 hari.

Menurutnya, selaras dengan Klausa 3 polisi insurans berkenaan, Wilson ketika masih hidup telah membuat bayaran premium bulanan sehingga bulan kematiannya.

"Malangnya beliau telah meninggal dunia pada 14 April 2013 dan pada 20 Januari lalu, plaintif telah menelefon syarikat terbabit untuk membuat tuntutan tetapi dimaklumkan tuntutan berkenaan ditolak kerana tidak memenuhi syarat," katanya.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM2 juta atau satu jumlah yang dianggap sesuai oleh mahkamah termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.


p/s sebelum beli apa2 insuran atau takaful, sila baca dulu dan dapatkan penerangan secukupnya dari agen insuran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 07:01 PM | Show all posts
saman...mintak pampasan tauladan sekali
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 07:04 PM | Show all posts
insuran nak yang sihat walafiat aje...kalau yang sakit dia tak terima,kalu terima pun bayar free aje lah bukan boleh claim pun sebab dah termaktub dalam agreement semasa ambil insuran mesti bebas penyakit....pi mai pi mai tang tu juga...yang untung insuran,hu2
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 07:09 PM | Show all posts

jup lgk ade la ejen insuran masuk ksk penerangan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh! Nasib baik br1m dah potong insuran siap2.
Mohon next br1m potong insuran lebih besar
(40% dpt kat tangan, 60% insurankan)
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 07:55 PM | Show all posts
ni kantoi maybe related ngan pre existing condition la kut ni.. so, sebelum beli kalau ada sakit apa2 tu, declare la dalam proposal form.. kalau tak declare, kena pandai2 la... bukan apa.. kalau insurance investigate then dpt tahu ada pre existing condition, esp illness related to Diabetes, hypertension etc, mmg sakit la.. kalau kes kat atas, even kalau illness tu takde kena mengena ngan cancer for example, & 100% tak declare, any claim yg ada b4 reunderwrite mmg tak bayar..  aku explain from insurance co. point of view sbb haku bukan agt... once dah turunkan tandatangan kat proposal form yg kata dah declare everything tu, tiba2 info tak betoi korang ingat leh menang ker...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2014 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Insuran menipu j
Nk claim puny payah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 08:02 PM | Show all posts
So far insurance aku senang claim..... 2x hospitalize tak sampai 2 bln claim dh dpt cheque.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 08:37 PM | Show all posts
saya pilih kepala lilit kain merah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru marah satu insurance company pi kidnap duit aku senyap2 padahal aku dah lama potong khidmat depa
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Insurans masa nak jual...mulut bukan main manis...bila kita cakap dah ada...siap pujuk lagi suruh beli lagi satu walhal konsepnya bila berlaku keclakaan hanya satu tuntutan je bole dibuat....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Syarikat insurans yang jual melalui panggilan telefon tu boleh percaya ke? Siap mintak no kad kredit lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:04 PM | Show all posts
imransulaiman posted on 26-4-2014 09:29 PM
Syarikat insurans yang jual melalui panggilan telefon tu boleh percaya ke? Siap mintak no kad kredit ...

jgn cayer..
bole jadi negro scam...

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:21 PM | Show all posts
Pre-existing condition kot ni. X declare masa beli insurance. So far based on my experience, kalu menepati syarat2, tak de sebab insurance company tak nak bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham aku kes ni....dah lepas tempoh 4 bulan ke belum masa detect cancer tu. Kalau belum 4 blm, memang wassalam.aku guna prudential. Hari tu hospitalised ngam ngam cukup 4bln so boleh claim elaun harian
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 05:31 AM | Show all posts


Jumlah 2 juta adalah besar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2014 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa janji mulut manis semua.. N ada org plak jenis xbaca semua..lepas dah sakit baru tahuitu xboleh..ini xboleh...

Me dah brpa kali dorg call offer mcm2.. Last yg call offer utk kanser..

Mula dia buka mulut me jawab.sori sy xberminat... Dia kt sy belum hbis ckp mcm mn puan ckp xminat. I said fyi dah berpuluh org cal me offer insuran but  ok.. Ckp... Then dia igt dia dah menang so bla3...kalu disahkn kanser dapt 30 000 ke bape ntah.then i jawab.. Wow sakit skrg pon dapat duit ek..untung kalu berpenyakit.. Dia pon jwblah eh xdelah xminta tp bla3 sambung lg ceramh sebut la tmbh 10k aper ntah.. Then me ckp..ok da? Sori i xberminat..
Masoh lg xputus asa dia tanya plak lg.. Knpa puan xberminat.. Ini boleh dpt 30k kalu pn disahkn ada knser bla3.. Puan ada amik insuran?  I jawab ada.. Its ok i dah ada..
Pastu tanya lg.. Insuran apa? I jawab..knp u nk tau? I dah ckp ader kn? Compny hb dah ada cover semua..

Owh..puan tapi ini bla3.bla bla... Kenapa puan xberminat...
Dah angin dah me time tu..gigih betul minah ni...sora me dah tinggi skit.. Ok u nk tau knp?? I xsuka insuran..n u know y? Sbb i xtau otak korg bisnes ni fikir apa ambil kesempatan atas org ditimpa penyakit... Mcm mn u all boleh fikir nak buat untung benda mcm ni?

Dia jawab plak..bukan puan  ini cuma langkah berjaga2.. Then me jawab.. Then knp u xgalalkkn org menyimpan? Knp beli insuran?  Nak jugakkan untung atas musibah org...

Sy just promote puan.. Sy promoter jer..
Me jawab..thats y la td i jawab xberminat then u keep pushing me. N skrg u dah tau kan? Ini prinsip ok..prinsip... So dah jelas kan? Sy xberminat... Tq..barulh dia nk letak tepon...
Haish gigih.. Mmg me nak call service centre n nak ngamuk ckp mcm mn u boleh bg maklumat customer kt org lain?

Lepas ni mungkin glamer plak me masuk utube

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 07:03 AM | Show all posts
Aquagirl posted on 26-4-2014 10:21 PM
Pre-existing condition kot ni. X declare masa beli insurance. So far based on my experience, kalu me ...

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA Affin) does not pay for claims related to:

any cancer and/or carcinoma-in-situ directly or indirectly caused by any pre-existing condition; cancer for which the insured person gets medical advice, has symptoms, or tests, or received any medication or treatment within 90 days immediately following the commencement date of this policy or from the date such insured person was first covered under this policy; carcinoma-in-situ for which the insured person gets medical advice, has symptoms, or tests, or received any medication or treatment within 120 days immediately following the commencement date of this policy or from the date such insured person was first covered under this policy; cancer and/or carcinoma-in-situ which is diagnosed and the insured person lives for a period of less than fourteen (14) days after the diagnosis; cancer and/or carcinoma-in-situ for which the insured person is claiming if the insured person has been diagnosed with the same cancer and/or carcinoma-in-situ before the commencement of this policy or before the date such insured person was first covered under this policy; cancer and/or carcinoma in situ diagnosed in the presence of Human Immunodeficiency Virus (HIV).

a diagnosis made by a medical practitioner who is an insured person or a member of the insured person's family; cancer and/or carcinoma in situ caused as a result of nuclear contamination, biological contamination or chemical contamination.

AXA Affin will not pay benefits for claims for which AXA Affin has not received a properly completed claim form and original invoices within 90 days of the treatment being given.

AXA Affin will not allow insured persons to upgrade their level of cover except at each policy anniversary and only then when requested, in writing, to do so. Acceptance by us of such an upgrade must be confirmed in writing by us before the upgrade can become effective.

During the first 12 months following the effective date of upgrade, AXA Affin will not pay upgraded benefit levels relating to treatment of any medical condition which arises prior or at the time of the upgrade. Benefits for such a medical condition will be restricted to the level of cover that would have been applicable to such a medical condition prior to the upgrade.

http://www.citibank.com.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 11:55 AM | Show all posts
xpdckelate posted on 26-4-2014 07:04 PM
insuran nak yang sihat walafiat aje...kalau yang sakit dia tak terima,kalu terima pun bayar free aje ...

haaa, sebab tu lah kena tanya PENASIHAT TAKAFUL bukan penjual takaful atau telemarketer by phone. So many thing customer kena tahu tentang basic polisi terutama
1/Sum cover atau jumlah perlindungan untuk kematian atau lumpuh kekal samada sama atau xserupa,
2/rider , manfaat atau keistimewaan customer tambahan yang perlu diketahui jika berlaku musibah,
3/loading jika dah ada penyakit
4/ medikal kad, stand alone atau need to combine dengan pelan basic. samada co takaful(customer dan company sama byr pembedahan) atau tiada co takaful(compny bayar penuh), deposit masuk hospital swasta (for sure kena kena call sndri hospital swasta) jgn percaya bulat2.

Kalau nak kata compny insuran takaful untung seratus x kut, sebab BANYAK jer kes orang yang meninggal dunia selepas sebulan, 6bulan dan etc bayar sumbangan bulanan (means baru jer bayar xcukup setahun) dan waris dapat PAMPASAN WANG RINGGIT YANG BANYAK.

XPERCAYA PM ME

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 11:57 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 26-4-2014 07:09 PM
jup lgk ade la ejen insuran masuk ksk penerangan.

Itu MESTI,hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.090407 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list