CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chit_ana

[Penerbit] Idea Kreatif Publication

[Copy link]
Post time 13-11-2013 08:59 PM | Show all posts
awek pisang goreng dah beli...mula2 cerita boleh masuk...dah tengah2 dah start skip2..tak berapa ngam...
tapi emy roberto...saya suka tulisan dia...wajib beli..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2013 07:28 PM | Show all posts
YESSS... emy roberto n cikgu sofi... memang tunggu2 sangat dua novel nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 12:06 PM | Show all posts
adalia posted on 31-10-2013 12:27 AM
sweetnya dia-mazni darnisya

3.5 bintang...

best eh...baru beli 4 novel dekat mphonline sebab ade diskaun..
takut nak beli sebab penulis baru..tunggu gaji bulan 12 pulak la..
kang dok memborong takut makan asap jer..
gile nak membeli novel datang balik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2013 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
awek pisang goreng
3.5bintang
sweet giler citer ni, nak2 pengalaman penulis lelaki sendiri.
comel jer bila husna aka senah bahasakan diri dia kita-dia dgn firdaus

sweetnya dia
3 bintang
bolehlah tapi banyak sgt perkataan sweet dlm citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 12:38 PM | Show all posts
AKAN DATANG....
Novel yg sagt ditunggu2...




Dia serba sempurna. Dia punya segalanya. Dia... Mr model yang sentiasa menjaga penampilan. Siapa percaya, dia tak pernah jatuh cinta. – Azka Mikael Dia serba sederhana. Dia tak punya apa-apa. Dia yang baru putus tunang hanya kerana memilih untuk bertudung. – Safa Salena Mereka ditemukan secara kebetulan. Pada ketika Safa Salena diserang bekas tunang di tempat kerja, Azka Mikael menjadi penyelamat. Dan... cinta pandang pertama datang menjengah ke hati Mika. “Mustahil. Habis tu wanita macam mana yang awak suka?” - Safa “A woman like you!” - Mika. Pernah putus tunang dan kesempurnaan Mika menjadikan Safa rasa rendah diri. Dia gadis biasa-biasa, mana mungkin menjadi pilihan si Model ‘Brazilian-look’ seperti Mika. \"Tell me. What\'s going on, Safa? Atau... saya akan peluk awak kat sini!\" - Mika Tajam mata Safa memandang Mika. Berani pemuda itu ingin memeluknya. \"And I think you prefer a hug!\" - Mika Apa akan jadi bila Mika mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai model dan bekerja di bawah satu bumbung bersama Safa? \"Suka dengan imej baru saya?\" Wajah Safa merah membahang. Malu. Namun dia tetap mengangguk. \"Suka saya?\" Angguk lagi. \"Sudi jadi isteri saya?\" Masih lagi angguk. Namun tidak lama. \"Err... apa awak cakap Mika?\" “Awak dah setuju. So, tak boleh patah balik dah.\"
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 12:16 AM | Show all posts
Dia Mr model 3 bintang
Cinta kita 3.5 bintang

Dua2 best!
Dua2 citer xde konflik berat sgt..santai jer baca...terbuai-buai perasaan pon ada gak


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2014 12:21 AM | Show all posts
Setakat ni novel2 terbitan idea kreatif bg sy semua kena dgn jiwa...xdak lg kategori nyesal beli...
Beberapa penulis diorg pun dh masuk dlm senarai penulis peberet..
Tahniah utk team ikp...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 12:43 PM | Show all posts


Tajuk : DOA CINTA SEORANG LELAKI

Penulis : PENA KAYU

Harga : RM26 (Semenanjung)
RM29 (Sabah/Sarawak)

Muka Surat : 667

Sinopsis :

Dia kelulusan Universiti Al-Azhar yang baru pulang dari Mesir dan digelar kolot kerana namanya. Tiba-tiba dia jatuh cinta pada seorang perempuan stylo. – Abu Hanifah

Dia seorang yang trendy dan sering menjadi buruan lelaki kerana kecantikannya. Tetapi, lelaki yang dia pilih pula berlaku curang. - Nadine

Permintaan otak seorang Abu Hanifah ialah mencari isteri sebagus Saidatina Khadijah. Tetapi… tatkala terpandang Nadine, jantung lelakinya terpanah. Dia mula belajar bahasa rindu. Dan siapa sangka, wanita itu adalah jiran rumah barunya.

Bagi Nadine, lelaki pelik + kolot a.k.a Abu Hanifah itu bermulut lepas. Suka jaga tepi kain orang dan suka menyindir. Misi hidupnya, harus menjauhi lelaki itu sejauhnya. Namun, siapa sangka yang akhirnya dia harus menerima lelaki itu sebagai suaminya.

"Tak boleh ke awak buat tak tahu? Tak boleh ke awak tutup sebelah mata saja? Tak boleh ke awak buat Nadine macam tak wujud? Nadine tak pernah kacau hal awak pun. Tapi kenapa awak selalu buat Nadine susah hati macam ni? I hate you. I hate you very much!”- Nadine

"Aku lelaki yang tidak pandai menyentuh hati seorang perempuan. Tuhan..tolong pinjamkan aku kekuatan untuk memujuknya, mengubati gundah di hatinya. Dan kalau permintaan ini terlalu besar, cukuplah aku menjadi udara yang selalu menemaninya dalam diam. Rasanya, itu sudah cukup untuk lelaki sepertiku." – Abu Hanifah

Mampukah Abu Hanifah meraih cinta si dara manis bernama Nadine Qhaisara? Bagaimana dia mahu membuat Nadine Qhaisara jatuh cinta padanya kalau dia sendiri kosong dalam hal-hal cinta? Dan isu paling besar, bagaimana caranya mahu menamatkan perang Teluk versi kecil-kecilan antara mereka berdua?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2014 12:44 PM | Show all posts


Tajuk : YANG PERNAH TERLUKA

Penulis : HANA EFRIENA

Harga : RM 27(Semenanjung)
RM 30(Sabah/Sarawak)

Muka Surat : 700

ISBN : 978-967-12267-5-9

Sinopsis :

Ugutan keras melumpuhkan mulut untuk berbicara. Kerana maruah dan harga diri, dia terpaksa menerima lelaki yang memang mahu menjahanamkan hidupnya. Dia rela demi menutup aib yang mungkin kunjung tiba. Inilah padahnya suka mempermainkan perasaan kaum Adam suatu ketika dulu. – Merlissa Umairah

Dendam ini tak pernah padam. Orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Nadzril perlu mendapat pembalasan. Dia akan buat gadis itu menderita kerana mempermainkan perasaan sahabatnya itu. Dan.. jalan terbaik adalah ‘memaksa’ gadis itu menerimanya sebagai suami. – Syed Adryan Firdaus

“Aku belum puas buat kau menderita. Jadi, kau jangan ingat perkahwinan ini untuk menutup aib. Kalau kau berani buka mulut, kau akan menyesal” ~ Firdaus.

“Buatlah apa awak suka. Saya redha, Fir.”~ Merlissa.

Banyaknya luka yang Firdaus guriskan di hati Merlissa sehingga parutnya memenuhi setiap ruang. Dan…bila hati tiba-tiba bertukar rasa, ruang yang diminta untuk menyemai benih kasih seakan tiada lagi.

“Lissa mohon pada Fir, lepaskan Lissa.” ~ Merlissa
“Fir tak boleh Lissa. Tolonglah… “ ~ Firdaus

Jika dendam mahu ditukar menjadi cinta, berapakah harga yang perlu Firdaus bayar untuk ‘membeli’ kembali kepercayaan Merlissa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2014 04:57 PM | Show all posts


Tajuk : Hopeless Romantik
Penulis : Shamien A. Basit
ISBN No : 978 967 12267-8-0
Muka Surat : 628
Harga : SM RM 25.00 / SS RM28.00

Sinopsis :

Banyak baca novel, Khairina aka KIAH mengimpikan calon suami ala-ala hero novel. Kacak, maskulin, romantis dan beriman. Tapi, wujudkah lelaki sebegitu di alam realiti?

“Nonsense! Kalau I nak romantik-romantik, baik I jadi Romeo. Bukan doktor kanak-kanak!”- Mohammad Khayrel Bin Mohammad Reza aka KAY

Okey! Kali pertama tengok KAY, dia dah jatuh suka. Tak tahu celah mana yang dia nampak si KAY tu macam hero novel impiannya. Cuma masalahnya, lelaki tu tunang orang.

Tapi, siapa sangka tiba-tiba saja dia diberi peluang menggantikan tempat si tunang KAY yang belum bersedia untuk berkahwin. Boleh ke dia main ganti tempat macam tu?

“I’m a baggage, awak tak nak kahwin dengan saya, Khairina. Nanti awak yang menyesal. Saya tahu awak nak lelaki macam mana.” - KAY

Tapi, hatinya nekad. KAY, ini KIAH. Hopeless romantik punya Kiah. One day, you will be glued to me macam gam Cap Gajah.

“Saya perlukan masa, Khairina! For God’s sake, jangan goda saya!”- KAY
“Bantal lebih letak tengah please, untuk keselamatan abang. Saya dah rasa lain macam ni...” perli Kiah.

Kay mendecitkan lidahnya. Dia masih buat tak tahu dengan permintaan Kiah. Kenapa perlu dia takutkan Kiah? Dia yang lelaki, bukannya Kiah yang lelaki. Lelaki, takkan nak takut dengan isteri sendiri, bukan?

Mampukah KIAH menjadi api mencairkan ais di hati si suami atau adakah api cintanya terpadam disirami ais?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2014 04:58 PM | Show all posts


Tajuk : Cuma Dia Kekasiku
Penulis : Syeena Hamdan
ISBN No : 978-967-12267-7-03
Muka Surat : 628
Harga : SM RM 25.00 / SS RM28.00

Sinopsis :

Akid Rizq Tan Sri Razlan, seorang player aka playboy yang kacak bergaya tiba-tiba ‘hilang taring’. Dia tiba-tiba ‘berubah selera’ hanya kerana seorang gadis bernama Amanda. Tapi, benarkah seorang player yang punya segalanya seperti Akid boleh berubah?

Zulfa Amanda Dato’ Zayd yang sangat low profile, yang tidak mahu dikenali kerana kekayaannya, yang suka main sembunyi-sembuyi apabila Akid mengejarnya.

“Nak pergi mana? Kenapa lari?” - Akid.
“Mana ada saya lari? Kan saya berjalan ni.” - Amanda.

Amanda cuba menafikan rasa yang menjengah ke hatinya kerana tidak mahu terluka buat kali kedua. Namun, bicara manis bergula seorang Akid buat dia kalah.
“Come. Sit here. Close to me.”- Akid
“Insya-Allah, selagi DIA tidak mengubahnya, hati I tetap pada you.” Akid kenyit mata.

Di saat dua hati mula berjanji, keluarga pula mengatur janji. Masing-masing sudah ditetapkan pilihan dan mereka harus akur dalam keterpaksaan.
Lantas…kisah manis cinta mereka haruskah berkubur begitu saja? Jodoh itu rahsia DIA, siapalah kita untuk menolaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2014 01:37 AM | Show all posts
Khatam dh 5 buah novel ikp sempena pbkl...
Komen sy...best.. X rugi beli..

Bg bintang dulu k...nnt br review...

Hanya dia cinta- farah hussain 4 bintang
Lelaki sedingin dia - syah shah. 4 bintang
Yg dia pilih -hani fazuha 3.5 bintang
Dia kekasih hati - sarnia yahya 3.5 bintang
Kalau sudah berkenan - cempaka rembulan 3.5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 05:53 PM | Show all posts
mana nak dpt novel kisah dari hati

novel gabungan beberapa penulis IKP



Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2014 07:30 PM | Show all posts
mijot posted on 3-5-2014 05:53 PM
mana nak dpt novel kisah dari hati

novel gabungan beberapa penulis IKP

Mijot, tak jumpa ye masa gi booth ikp...ni special edition, jual online saja. Rasanya ari tu nampak kat rak Di booth ikp
Last edited by sapp73 on 3-5-2014 07:31 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
sapp73 posted on 3-5-2014 07:30 PM
Mijot, tak jumpa ye masa gi booth ikp...ni special edition, jual online saja. Rasanya ari tu nampa ...


tak jumpa tajuk ni...
jumpa spesial edition yg lain hanya luar biasa...
tu yg masih mencari...huhu

kt website ikp tak jual
cek kt agen, ada dah abes ada yg xrespon... Last edited by mijot on 4-5-2014 11:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 02:28 PM | Show all posts
mijot posted on 4-5-2014 11:47 AM
tak jumpa tajuk ni...
jumpa spesial edition yg lain hanya luar biasa...
tu yg masih mencari... ...

Rasanya KDH kt ejen banyak dh abis..Try pm lps pbkl ni...
skang ni member sy pun cuba nak cari yg seken..jrg nmpk org letgo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2015 08:40 PM | Show all posts
Menghabiskan novel pasca pantai timur dr idea kreatif..
Apa yg boleh dirumuskan keseluruhan carpen samada dr penulis baru atau lama mmg terbaikla...
Paling terkesan carpen bertajuk noktah-suzana sulaiman...hrp2 penulis panjangkan kisah adila Dan Iqbal dlm versi novel plak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 10:02 AM | Show all posts
IKP dah buka jualan utk kombo Mei dgn Jun
nak tt punya pasal sanggup tak beli kat pbakl ni
cari LE IKP dgn novel lama Farah Husain je la nnt

dah hbs baca Temani Aku Selamanya-Pena Kayu, kombo april
not bad tp bagi aqua, aqua suka lagi novel PK yg Tersuka Tanpa Sengaja
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 10:55 AM | Show all posts
chit_ana replied at 30-7-2013 08:48 PM
Pergi Tanpa Alasan
Penulis : Hani Fazuha
PENERBIT : IDEA KREATIF

memgarut je plotnya.adoii..realitistik la sikit
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2015 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 13-5-2015 02:55 AM
memgarut je plotnya.adoii..realitistik la sikit

..ce bace novel die yg lain kalo ko pasan watak hero die sepesen je...adoi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064502 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list