View: 2371|Reply: 24
|
[Dunia]
Iran & US bergabung untuk berperang hapuskan ancaman Sunni di Iraq
[Copy link]
|
|
Ribuan penduduk cuba melarikan diri ketika keganasan menghampiri Mosul.
TENTERA Amerika Syarikat dan Iran kini dilaporkan sedang merangka serangan ke atas Iraq bagi mempertahan negara tersebut dari ditakluk oleh kumpulan pemberontak Sunni.
Menurut Presiden AS, Barack Obama, Pegawai-pegawai kanannya kini sedang mengadakan pertemuan bagi membincangkan strategi serangan udara dan penyusunan pertahanan dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.
Jelasnya, mesyuarat tersebut turut membincangkan strategi dan penggunaan tentera udara, laut, atau kedua-duanya serentak.
Dalam pada itu, tentera Iran yang diketuai oleh Mejar Jeneral Qassem Suleimani sedang bergerak menuju ke barat untuk bertemu degan pemimpin tentera dan ketua-ketua puak di Baghdad.
Sejak berminggu yang lalu, kira-kira 7,000 pejuang jihad yang menggelarkan diri mereka sebagai Pejuang Kumpulan Sunni atau Isis telah menyerang dan merampas bandar-bandar utama dan bandar bandar utara di sekitar Iraq sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi pelarian dan meninggalkan negara tersebut.
Sementara itu, Obama dalam ucapannya baru-baru ini berkata, perjuangan yang dibawa oleh kumpulan terbabit boleh menimbulkan ancaman yang akhirnya akan menjejaskan kepentingan AS.
Beliau turut menyifatkan pemberontakan yang berlaku itu turut menjejaskan pengeluaran AS di Iraq.
Justeru, beliau menegaskan bahawa tenteranya kini sedang bersiap-sedia untuk menghadapi segala ancaman yang bakal dihadapi oleh pihaknya.
Jumaat lalu, sumber dari The Guardian melaporkan bahawa sebuah pertempuran melibatkan pejuang Sunni dan tentera Syiah telah berlaku di dalam dan sekitar bandar Samarra.
Walau bagaimanapun menurut saksi, tempat-tempat suci tidak dirosakkan dan penduduk di bandar tersebut juga kekal selamat tanpa diancam oleh kumpulan terbabit.
p/s-kebencian syiah iran terhadap sunni mengatasi segalanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama kejadian..hairan tiada update dari berita malaysia .. |
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 14-6-2014 02:38 PM
Dah lama kejadian..hairan tiada update dari berita malaysia ..
buat liputan lebih2 karang iran boikot minyak kelapa sawit malaysia pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
harga minyak dunia 3 hari lepas naik ... nak menyampaikan ke umat malaysia tu yang dok pikir tu ... pasti ada yang sentap sangat .. |
|
|
|
|
|
|
|
hidup isle shiah...... |
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 14-6-2014 02:38 PM
Dah lama kejadian..hairan tiada update dari berita malaysia ..
Semua sibuk dengan world cup
|
|
|
|
|
|
|
|
Isis ke isil?
Tak silap aku isil.
Isis ni cawangan diorang di syria.
Isil- islamic state of iraq and levant
Isis - islamic state of iraq and syam/suriah/syria |
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 14-6-2014 02:38 PM
Dah lama kejadian..hairan tiada update dari berita malaysia ..
Malaysia sekutu.
Tamo kecoh2.
Nanti dapatle lagi kontrak carigali minyak kat iraq. Sekarang ni pon petronas dah dpt kontrak selepas kejatuhan saddam. |
|
|
|
|
|
|
|
habislah ummah sunni syumul iraq yg suci, murni dan tidak mungkin melakukan kejahatan dibunuh shia yg zalim, sesat dan konpem masuk neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
kejam ISIS ni...gua tengok video diorang tahan trak tengah-tengah highway..3 orang pemandu trak tu kena tembak sebab gagal jawap kuiz berapa rakaat sembahyang menurut ajaran sunni..salah jawap hukumannya MATI..! kat youtube pun ader video tu |
|
|
|
|
|
|
|
mari kita sokong Amerika membantai umat islam Iraq ... Syiah & Amerika is always best friend till kiamat. |
|
|
|
|
|
|
|
samax posted on 14-6-2014 04:02 PM
kejam ISIS ni...gua tengok video diorang tahan trak tengah-tengah highway..3 orang pemandu trak tu k ...
Harap Zamihan and co akan buat camtu kat mesia setiap simpang jalan ada pegawai pop kuiz
|
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 14-6-2014 03:07 PM
habislah ummah sunni syumul iraq yg suci, murni dan tidak mungkin melakukan kejahatan dibunuh shia y ...
Ini Semua The Grand Chessboard ja
dah lama tunggu meletus bila dah hari2 ada suicide bomber sejak kumpulan Abu musab Al Zarqawi kalah dengan US.
nak perang perang face 2 face xyah pakai suicide bomber..xmasuk syurga pun bunuh diri sendiri.
Harap puak kurdish segera isytihar negara sendiri amik semula haknya dan pisahkan dari entiti arab yg gila berperang
|
|
|
|
|
|
|
|
sunni ni kan minoriti kat Iraq. Hadap sahajalah kenapa nak memberontak pulak....
selayaknyalah...
|
|
|
|
|
|
|
|
syiah & amerika berpisah tedaa .. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 14-6-2014 04:44 PM
Ini Semua The Grand Chessboard ja
dah lama tunggu meletus bila dah hari2 ada suicide bomber sej ...
semua je alat permainan amirika...yang penyokong mazhab yang yang bangang bodo...mazhab x de plak suh pi bunuh mazhab lain....
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuma satu je yang aku agak confuse. Dilaporkan semenjak ISIS datang menawan beberapa bandar...ratusan ribu penduduk tempatan cabut lari dari kediaman depa. Adakah penduduk2 ni semuanya Syiah? atau both sunni dan syiah yang tidak mahu terlibat dengan sebarang keganasan melibatkan mereka dan ahlil keluarga? If that the case, siapa nya lagi penduduk yang tinggal kat area dalam tawanan ISIS? Masihkah ada lagi penduduk kat situ..yg maybe still stay sebab sokong ISIS?
Sekiranya perperangan antara sunni dan syiah melibatkan banyak nyawa orang awam sunni dan syiah terkorban....what's the point? Hanya untuk memenangi jajahan dan wilayah setelah orang2 awam suffered? Aku katakan ini bukan asakan agama dari ISIS...tapi ianya satu kegilaan untuk mengangkat senjata dan berperang memenangi jajahan takluk. Ini hanyalah pendapat murahan aku saja. Apa yg berlaku di sana dan sebab musabab yg sebenar tiada siapa antara kita disini yg tahu melainkan suapan berita dari mainstream media sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
tobby posted on 14-6-2014 11:09 AM
mari kita sokong Amerika membantai umat islam Iraq ... Syiah & Amerika is always best friend till k ...
Well...aku hanya mampu katakan yang US tak peduli siapa syiah siapa sunni. Since derang ni mmg kapitalis...tuhan depa adalah duit. Mana2 yang menguntungkan pihak depa, itu yg depa akan sokong....atau..tidak menyokong mana2 sebenarnya sebab kemungkinan depa yg initiated crisis ni. So skang crisis Iraq dah timbul, nanti akan ada world oil crisis, memandangkan Iraq punyai reserve minyak yg cukup banyak. Kenaikan harga minyak dunia berikan keuntungan kepada companies besar US dan sekutunya.
US dengan Saudi, dengan Israel etc pun dia kawan dan sokong asalkan ada untung. |
|
|
|
|
|
|
|
kambeng_masam posted on 14-6-2014 04:56 PM
Cuma satu je yang aku agak confuse. Dilaporkan semenjak ISIS datang menawan beberapa bandar...ratusa ...
tu area Mosul... kawasan Kurdish.. yang lari tu pergi ke kawasan yang dilindungi Peshmerga Militia Kurdish..sbb Mosul Peshmerga xkontrol walaupun kawasan kurdish sejak zaman kuno. yang lari tu puak kurdish ada sikit2 sunni dan shiah yg kerja kerajaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kambeng_masam posted on 14-6-2014 05:06 PM
Well...aku hanya mampu katakan yang US tak peduli siapa syiah siapa sunni. Since derang ni mmg kap ...
so agenda Nasrani & Yahudi yg diuar-uarkan oleh ustaz-ustaz PAS/Umno selama hari ni tak benar la yer?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|