CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikanggun

All About Nora Danish Versi 10....Jemput masuk!!!

 Close [Copy link]
Post time 30-6-2014 02:32 PM | Show all posts
hari tu ntah mcm mana aku bole terjebak tngok filem Mencari Cinta lakonan ND dgn my feveret actor Rusdi Ramli kt youtube.. aku tngok sampai abis..not bad jgk la citer tu.. ost dia sedap2 lagunya..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 02:33 PM | Show all posts
Bukan saya yang suruh - Farid Kamil  -Utusan Melayu (M) Bhd

KECOH kisah Diana Danielle ‘naik hantu’ dengan Nora Danish gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik oleh heroin filem Pengantin Malam itu minggu lalu.

Diana dikatakan bengang dengan tindakan aktres itu yang memuat naik gambar dia sedang memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang juga merupakan hero filem tersebut.

Rentetan itu Diana memuat naik status luahan hati di laman sosial Instagram miliknya sehingga mengundang pelbagai persepsi termasuk dituduh cemburu buta dan bertindak keanak-anakan.

Biarpun akhirnya status itu dibuang dari laman tersebut, Diana dicari untuk mendapatkan kepastian namun gagal dihubungi.

Memandangkan Diana tidak membuka mulut tentang tindakannya, Farid menjadi ‘mangsa’ pihak media untuk tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut.

Dalam pada itu Diana yang terus mengambil sikap mendiamkan diri tidak dapat mengelak daripada diserbu pada majlis pelantikan dirinya sebagai duta pelembab bibir, Lip Ice di ibu negara pada Jumaat lalu.

Masih terus mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri, Diana juga kelihatan kurang senang apabila pihak media melontarkan soalan berhubung kontroversi yang berlaku.

Malah wajahnya serta merta berubah dan hanya melemparkan senyuman kelat apabila ditanya mengenai dirinya sebagai pencetus isu.

Aktres itu juga bertahan untuk tidak menjawab sebarang soalan berkaitan kontroversi tersebut biarpun ditanya berulang kali oleh sekumpulan wartawan.

"Soalan itu saya tidak mahu jawab. Tiada komen. Terima kasih," katanya selepas diberi isyarat oleh pengurusnya, Fadzil Zahari untuk bangun dan beredar.

Pasti Farid mengetahui tentang isu Diana yang memuat naik luahan hatinya di Instagram baru-baru ini. Apa komen Farid apabila Diana dikatakan bertindak begitu kerana cemburu buta?

Ya, saya tahu dan maklum tentang hal itu (semasa kejadian memuat naik luahan dan foto). Saya sedar keadaan itu tidak sepatutnya berlaku. Saya maafkan dia dan saya harap semua pihak juga maafkanlah dia.

Perkara ini tidak menjadi masalah kerana selama 11 tahun dalam industri menjawab isu-isu begini (kontroversi) seolah-olah sudah jadi sebahagian daripada tugasan saya.

Jadi Farid setuju apabila ramai menganggap isteri anda seorang yang cemburu buta?

Biasalah... sedikit perasaan cemburu mesti ada dalam hati setiap wanita. Lagi pula seorang isteri.

Apa komen Farid apabila Diana dikatakan tidak matang dan bersikap kebudak-budakan?

Ini semua adalah salah faham. Betul hal ini membabitkan peribadi saya tetapi tentang hal itu biarkanlah. Saya juga percaya perkara itu tidak menjejaskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Saya maafkan dia.

Farid tak bimbang hubungan sebagai rakan artis antara Diana dan Nora akan terjejas gara-gara salah faham ini?

Tak jadi masalah besar untuk saya. Hal ini isu biasa saja. Saya rasa mereka profesional.

Apa pandangan Farid apabila peminat tampil dengan provokasi di laman sosial Diana dan Nora tentang isu ini?

Saya sedia maklum tentang hal-hal yang membabitkan Facebook, Instagram dan sebagainya. Kita faham bahawa terdapat orang yang suka memberi komen dan pandangan masing-masing di laman sosial milik artis popular.

Kita juga (kena) sedia maklum bahawa terdapat antara mereka selain memberikan komen positif, ada juga yang tampil dengan kata-kata negatif. Mungkin mereka tak faham situasi.

Mungkin selepas ini Farid akan mengenakan sebarang syarat atau bersikap lebih berhati-hati ketika berlakon bersama heroin filem atau ketika mempromosi filem?

Saya tak tetapkan apa-apa syarat kerana hal ini tidak menjejaskan saya sebagai seorang pelakon. Saya cuma akan letakkan syarat apabila saya sudah tua, saya akan berhenti berlakon, itu sahaja (katanya berseloroh).

Pihak pengurusan juga telah dimaklumkan tentang hal ini dan perbincangan juga telah kami buat. Sebab itu saya tampil untuk menjelaskannya agar mereka yang ingin tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku, jelas dengan keadaan ini.

Tentang luahan rasa yang dimuat naik oleh Diana di Instagram yang telah pun dipadam oleh Diana, adakah tindakan itu kerana Farid yang menyuruhnya untuk berbuat demikian?

Saya tidak kendalikan sebarang akaun laman sosial milik dia. Saya tak suruh dia padam atau muat naik apa sahaja yang dia mahu muat naik di akaun miliknya. Begitu juga gambar. Tidak perlu minta persetujuan saya untuk itu. Namun seperti yang saya minta tadi, saya harap semua pihak maafkanlah dia.



Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 02:33 PM | Show all posts
rambut serabai camni pon masih lawa nora nie
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bambimo posted on 30-6-2014 08:54 AM
@LDP
iols dah pon tepek artikel tu...rupanya dlm BH ada keluar, dalam Metro pun ada...tp dlm Metro  ...

si murshid kan bff pasah..of koz lah defend uolsss
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:29 PM | Show all posts
orchird posted on 30-6-2014 01:26 PM
kenapa FS mengamuk kat majlis Ramelleazura tuu? telepas ketapi pulekkk

katanyer tak puas hati dengan seating arrangement dia dengan family dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:32 PM | Show all posts
Ho ho ho si slipar buruk ngaku mmg salah dia menceraikan Nora.. memang salah dia punnnn cerai through phone call mcm pondan.. oopps sori.m rasanya pondan lagi berani dari dia..   alamak habis my pahala puasa hikhik.. bukan apa.. nyampah dgn penipu n hipokrit nih... nak tahu cerita boleh tengok di ruangan komen dekat link nih
http://www.budiey.com/fasha-sandha-perampas-suami-nora-danish/
http://www.budiey.com/fasha-sandha-perampas-suami-nora-danish/

Ada saksi yg nampak dengan mata kepala sendiri Fashaemon wit selipar buruk pat hotel shangrila b4 Nora kena cerai.

Me diam je laa b4 this but sapa suruh si doraemon sibuk nak tegakkan benang yg basah.. sudah sudah laaaa menipu kiri kanan.. keluar statement seolah2 org lain yg jahat.  Ko sorang je lah teraniaya keh keh keh.  kesian kot miahahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2014 03:33 PM | Show all posts
Ho yeh DD elok laa ikut perangai idola. Meroyan pat ig tapi bila wartawan tanya.. no komen miahahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:38 PM | Show all posts
irisismail posted on 30-6-2014 03:32 PM
Ho ho ho si slipar buruk ngaku mmg salah dia menceraikan Nora.. memang salah dia punnnn cerai throug ...

tq iris... kalau nk korek cite2 lama..mmg akan termalu besar pesah neh..tp uols dah bg link..moh kita baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 03:40 PM | Show all posts
irisismail posted on 30-6-2014 03:33 PM
Ho yeh DD elok laa ikut perangai idola. Meroyan pat ig tapi bila wartawan tanya.. no komen miahahaha ...

DD tuh ibarat 'baling batu sembunyi tangan' hmmhmh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:43 PM | Show all posts
LDP posted on 30-6-2014 07:38 AM
tq iris... kalau nk korek cite2 lama..mmg akan termalu besar pesah neh..tp uols dah bg link..moh k ...

Banyak citer saksi sendiri pat situ.. siap ada citer fk pierre yana yusry pun ada u olls.. macam tak percaya.. staff shangrila n jaga parking pun siap bagi laporan lol .. bertabah lah u oll taim nak bagi ulasan control jari k sebab me mmg hilang sabar jugak le ekekekekekeke.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:45 PM | Show all posts
Baideway picca Nora n family n friend solat terawikh dah more than 44 k likes!! Mmg tak heran sebab they olls mmg cantik jelita..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:46 PM | Show all posts
kaki_palsu posted on 30-6-2014 07:40 AM
DD tuh ibarat 'baling batu sembunyi tangan' hmmhmh..

True that kan... tak reti bertanggungjawab dgn perangai sendiri. Very the ego.. kalo tak berubah.. hohoho nasiblaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:48 PM | Show all posts
irisismail posted on 30-6-2014 03:32 PM
Ho ho ho si slipar buruk ngaku mmg salah dia menceraikan Nora.. memang salah dia punnnn cerai throug ...

Sabo dak iris..

Abislah.. kan org dah tau..
Kat CARI ni pun ada je benang2 lama si sendat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:48 PM | Show all posts
irisismail posted on 30-6-2014 03:45 PM
Baideway picca Nora n family n friend solat terawikh dah more than 44 k likes!! Mmg tak heran sebab  ...

ye la...gambar neh ramainya like...




Last edited by LDP on 30-6-2014 03:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:53 PM | Show all posts
LDP posted on 30-6-2014 07:48 AM
ye la...gambar neh ramainya like...

Ha ah dah dekat 45 thousands likes gile byk.. followers pun dah 885k  sekejap je naik.. terimaksih lah DD BK LS MF n FS sebab createkan kontrobesi .. masing2 sebenarnya nak naikkan rating ig they olls which nampak mcm berjaya hehe tapi Nora pun dapat tempias extra 50K followers in 2 weeks..  oh lupa lak nak tenq pat JTM.. tenq ye macik JTM heheh
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:54 PM | Show all posts
@pplegreen posted on 30-6-2014 02:33 PM
rambut serabai camni pon masih lawa nora nie

The camera love her
tu pasal rambut toncet pun tetap maintain cun..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 03:57 PM | Show all posts
xAthenax posted on 30-6-2014 07:54 AM
The camera love her
tu pasal rambut toncet pun tetap maintain cun..

Nora ni kan saya tengok picca masa KLFW n Hlife aritu mekap mcm kurang cun tapi.. dekat tv punya le cantik.. agak in person lagi cantik kan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 03:59 PM | Show all posts
LDP posted on 30-6-2014 03:48 PM
ye la...gambar neh ramainya like...

dah 44970 yg LIKE.. wow!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 04:03 PM | Show all posts
noradanish Finale episode. NORADANISH for FASHIONVALET. Pada sesiapa yg belum subscribe , anda masih ada lagi masa. 1st July!!! Tomorrow!! Subscribe sekarang www.fashionvalet.com/nora-danish dan jadi diantara yg pertama dapat membelinya. #nd4fv @fashionvaletcom  

video --> http://web.stagram.com/p/754095324828789213_11893321

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.146559 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list