Tengku Iesta:
Sejoli berjaya merangkul kesemua enam kategori filem iaitu Filem Komedi Terbaik, Lakon Layar Komedi Terbaik, Skrip Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Osman Ali), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Maya Karin) dan Pelakon Komedi Lelaki Filem Terbaik (Bront Palarae).
Tambah Tengku Iesta, dia melihat kekuatan utama kejayaan filem ini adalah daripada segi skrip komedi yang tidak perlu banyak diubah oleh pengarah dan pelakon.
Katanya, pelakon-pelakon utama turut menghormati dan memberi lakonan mereka mengikut skrip yang diberikan tanpa membuat sebarang penambahan atau adlib.
"Saya lihat skrip filem ini kuat biarpun pelakon-pelakon bukan terdiri daripada pelawak, namun mereka memberi komedi mengikut skrip dengan baik sekali. "Paling banyak adlib pun Azad Jazmin, tapi masih boleh dikawal oleh pengarah Osman Ali agar tidak terlalu lari dengan skrip asal," ujarnya. Mengulas tentang kemenangan teraju utama iaitu Maya Karin dan Brond Palarea dalam kategori masing-masing, Tengku Iesta berkata, mereka merupakan pelakon yang bijak.
Katanya, kedua-dua pelakon berpengalaman itu berjaya melakonkan watak mereka dengan baik.
"Maya dan Bront pelakon yang kita semua tahu sudah mempunyai pengalaman tetapi mereka bukan pelawak.
"Mereka dapat memberikan sebuah karekter yang pengarah mahukan mengikut skrip filem tersebut," katanya. Last edited by dunkin^donuts on 21-9-2014 03:05 AM
|