TUMPAT - Cara hidup rakyat di negeri ini semakin membimbangkan ekoran peningkatan beberapa penyakit berjangkit dan kritikal. Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam berkata, penyakit seperti diabetes,obesiti dan HIV di negeri ini peratusannya kini melebihi daripada kadar yang ditetapkan diperingkat nasional. "Kalau mahu ubah gaya hidup ia perlu bermula dengan individu itu sendiri, jika mengambil ubat berterusan tetapi di tangan masih ada rokok penyakit tidak akan pulih. "Kerajaan juga mempunyai agenda besar pada masa akan datang untuk memperkukuhkan dan memperkasakan rakyat bagi menentukam hala tuju kesihatan mereka," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Hari Terbuka Klinik Kesihatan Bunohan, hari ini.
Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.
|