CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6492|Reply: 43

[Tempatan] Graduan UIAM mudah dapat kerja

[Copy link]
Post time 12-10-2014 10:22 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) didapati mudah mendapat pekerjaan dan menjadi pilihan majikan, kata Presidennya, Tan Sri Dr Rais Yatim.
   
Beliau berkata, kajian kebolehpasaran graduan 2013 yang dijalankan universiti itu mendapati 75 peratus daripada keseluruhan pelajar UIAM diterima bekerja selepas enam bulan menamatkan pengajian.
   
"UIAM mempunyai rekod yang baik khususnya dalam bidang kejuruteraan, sains, perubatan, pergigian dan undang-undang. Kita akan pastikan graduan kita memenuhi kehendak pasaran, bukan sekadar mempunyai sijil dan ijazah sahaja," katanya.
   
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Konvokesyen UIAM ke-30 di sini hari ini. Universiti itu sehingga kini melahirkan 70,273 graduan merangkumi pelbagai bidang.
   
Selain itu, Rais, yang juga penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan, berkata UIAM akan menubuhkan 'Sudut Pengucapan' di Fakulti Undang-Undang pada Januari depan untuk menggalakkan lontaran pandangan warga UIAM dalam pelbagai isu.

"Kita ingin pemimpin pelajar, siswa dan siswi untuk berucap dan menyampaikan pandangan namun ia harus berteraskan budaya dan adab yang baik," katanya.
   
Dalam perkembangan lain, Rais, yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, berkata stesen televisyen tempatan perlu memastikan wujud ruang dalam perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan.
   
Beliau mengulas cadangan supaya stesen televisyen Bernama TV menjadi saluran yang menawarkan sumber berita berbahasa Inggeris tahun depan bagi menghadapi era penyiaran digital menjelang 2017.
   
"Setiap kementerian bertanggungjawab memajukan Bahasa Melayu dan sekiranya penukaran (kepada berita berbahasa Inggeris) ini dibuat, ia perlu ada peningkatan dari segi (hasil) pemasaran," katanya.
   
Bernama TV pada masa ini mengamalkan konsep pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil dalam berita dan rancangan terbitannya.
  
Lebih 400 graduan pelbagai bidang pengajian menerima ijazah masing-masing sempena konvokesyen yang berlangsung tiga hari bermula semalam.
   
Majlis konvokesyen hari ini turut menyaksikan penyampaian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Pembuatan) kepada Allahyarham Mohd Hakim Mohd Saleh yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya September lalu.
   
Ibu Allahyarham, Fatimah Ali, 57, menerima tepukan gemuruh ketika menaiki pentas untuk menerima ijazah itu bagi pihak anaknya, selepas hadirin bertafakur dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah.
   
"Saya terharu mendapat tepukan daripada semua di dewan tadi. Saya juga bersyukur kerana hasrat dia (Allahyarham) untuk menamatkan pengajian dalam bidang yang dia minat akhirnya terlaksana," kata Fatimah mengenai anak bongsu daripada dua beradik itu. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2014 10:24 PM | Show all posts

uitm?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 10:27 PM | Show all posts
takkan dia nak kutuk u yang dia jadi pengerusi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 10:34 PM | Show all posts
berlumba lumba kata graduan depa senang dapat kerja ..... hakikatnya? memang la kerja .. tapi kerja apa? gajinya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie posted on 12-10-2014 10:34 PM
berlumba lumba kata graduan depa senang dapat kerja ..... hakikatnya? memang la kerja .. tapi kerja  ...

Even kolej cikai rumah kedai pun claim graduan dorg mudah dpt keja kak..camner tuh..claim main hembus jer
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 10:46 PM | Show all posts
saladin780 posted on 12-10-2014 10:40 PM
Even kolej cikai rumah kedai pun claim graduan dorg mudah dpt keja kak..camner tuh..claim main hem ...


.. tu la pasal ...... kerja kat mcD punkerja jugak tu ... kann


trend sekarang di jabatan saya:-

jawatan pembantu penyelidik (RA) Q17 dan penolong peg penyelidik (ARO)  Q27 ... dipohon oleh mereka2 yang ada degree ... cgpa 3.0+++  ramai kawan2  saya ambil dorag jadi RA  / ARO .. sebab dorang kata budak2 ni perform lebih bagus dari budak2 lulusan SPm masa interview ... memang lahh .. nama je pegawai tapi bangangggg ......  saya selalu membantah budak2 ada degree diambil mengisi jawatan utk budak spm / diploma ...

macam mana tu ..?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2014 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie posted on 12-10-2014 10:46 PM
.. tu la pasal ...... kerja kat mcD punkerja jugak tu ... kann



Nasib la k.lid. Staf sy semua lulusan university. Kalau bdk spm dtg tunjuk sijil, rase nk pitam.mcm nk tanye, ko bljr ape kt sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 10:53 PM | Show all posts
noraidil_06 posted on 12-10-2014 10:50 PM
Nasib la k.lid. Staf sy semua lulusan university. Kalau bdk spm dtg tunjuk sijil, rase nk pitam.mc ...

NO. Tak boleh.  Post tu memang utk SPM / Diploma. Budak2 degree ada post dorang sendiri.  Kalau tempat budak2 spm / dip di ambiloleh budak2 degree .. bermakna hak mereka dinafikan .... nak bekerja jangan menipu ...sebab mereka bila memohonakan menggunakan SPM / dip bagi tujuan menipu utk mengisi post spm / dip tersebut.

iaya bukan  berkaitan "nasib la" ... kita kerja ada etika... ada etika2 yg misti kita patuhi ... jangan kita bersekongkol menipu. itu prinsip saya.

Last edited by sayawifenikmie on 12-10-2014 10:55 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2014 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie posted on 12-10-2014 10:53 PM
NO. Tak boleh.  Post tu memang utk SPM / Diploma. Budak2 degree ada post dorang sendiri.  Kalau te ...

Alamak Kak jbtn akak sy tatau. Sy syarikat sdri. Ofkos sy nk yg terbaik.

Tp bkn ke jbtn kalau qualification spm kena ambik bdk spm je. No kompromi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 11:02 PM | Show all posts
noraidil_06 posted on 12-10-2014 10:59 PM
Alamak Kak jbtn akak sy tatau. Sy syarikat sdri. Ofkos sy nk yg terbaik.

Tp bkn ke jbtn kalau q ...

oii oiii oiiiiiii ...syarikat mu  ikut suka hati mu la kak nonnnn

itu la ..... sepatutnya ....taoi budak2 tak la declare depa ada degree bagai ....   janji dapatkerja ... gred pm pun..kalau jat gomen dah dekat rm2k kasar ..

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 11:07 PM | Show all posts
oh wow Dr Rais Yatim jadi Presiden UIA , ye?

oh okay.

hmm..saya suka sikap dan susila beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 11:16 PM | Show all posts
noraidil_06 posted on 12-10-2014 10:50 PM
Nasib la k.lid. Staf sy semua lulusan university. Kalau bdk spm dtg tunjuk sijil, rase nk pitam.mc ...

hehehe ...tergumam. how about pembantu pejabat - at least minimal paper qualification dia ape ye sekarang?

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 12-10-2014 11:16 PM
hehehe ...tergumam. how about pembantu pejabat - at least minimal paper qualification dia ape ye s ...

Despatch I ambik part timer. So I tk tengok sijil. Company I kecik je n di bandar kecik je. 1 di Melaka n phg. Yg melaka degree qs dr utm. Kerja dgn kontraktor kelas A, tp x dibyr gaji.

Sorang lg plak degree sains. Bagus bdk2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu je la pilihanraya nati peluang graduan bekerja semakin luas.
Byk bendera nak gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 10:37 AM | Show all posts
"Majlis konvokesyen hari ini turut menyaksikan penyampaian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Pembuatan) kepada Allahyarham Mohd Hakim Mohd Saleh yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya September lalu.
   
Ibu Allahyarham, Fatimah Ali, 57, menerima tepukan gemuruh ketika menaiki pentas untuk menerima ijazah itu bagi pihak anaknya, selepas hadirin bertafakur dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah.
   
"Saya terharu mendapat tepukan daripada semua di dewan tadi. Saya juga bersyukur kerana hasrat dia (Allahyarham) untuk menamatkan pengajian dalam bidang yang dia minat akhirnya terlaksana," kata Fatimah mengenai anak bongsu daripada dua beradik itu. - Bernama"


My Cousin... alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 10:46 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 12-10-2014 10:24 PM
uitm?

Student Uitm pn senang dpt keja...cepat atau lambat je.....rezeki masing2....hehhe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 11:03 AM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 12-10-2014 11:02 PM
oii oiii oiiiiiii ...syarikat mu  ikut suka hati mu la kak nonnnn

itu la ..... sepatutn ...

sorry kak lid, kemal tak tau how the hr in gov works, but i always thought there would be a background check or some sort? i mean kalau bebudak ni ada dgree ke what not obviously ada dalam system ptptn/ mara etc.

again i apologize sebab truthfully what i see is there are no pergerakan / pergerakkan yang amat minima dalam kerajaan. so you can have orang gred 41 ni selama 20-30 tahun duduk di tempat yang sama. maybe itu sebab graduan graduan baru ni terpaksa menghencap posisi spm. otherwise they dont have any job to pay the rent, blls etc. tak kirala kerja mcd ke apa at least it is still work.

dalam swasta in particular the company i work with we always welcome new grads even kat sini budak kerani pun paling min is diploma. budak Sl1M pun ramai the company took.

kita kena akuila graduan semakin ramai. mungkin degree tu da jadi kelulusan paling minima sebab masters pun berlambak da sekarang..


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 11:09 AM | Show all posts
toyaq_03 posted on 13-10-2014 10:46 AM
Student Uitm pn senang dpt keja...cepat atau lambat je.....rezeki masing2....hehhe

yer setuju...

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 11:22 AM | Show all posts
patut la fountain kat roundabout uia tu tukar jadi keris. rais yatim pengerusi uia rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 11:28 AM | Show all posts
ai rasa bebudak uiam senang diterima bekerja sbb uiam setaraf universiti luar negara... pi minta kerja memana pun tadak masalah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198597 Replies : 4645
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 7271 Replies : 2
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73607 Replies : 319
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 9472 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 9094 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.072179 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list