CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FussyPussy

[Jenayah] PANAS! PANAS! Lee Chong Wei gagal dope test. Bincangkan...

[Copy link]
Post time 21-10-2014 07:29 AM | Show all posts
Pemain badminton elit gagal doping


KUALA LUMPUR – Persoalan atlet mana yang terlibat dalam isu doping hampir terjawab apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri, semalam mengesahkan pemain elitnya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos lalu.

Sumber BAM menjelaskan, pemain yang didapati positif ujian doping itu adalah lelaki, selain turut meraih pingat pada Sukan Asia di Incheon.

Namun, nama atlet tersebut masih dirahsiakan sehingga memperoleh keputusan sampel B.

Atlet tersebut didapati mengambil dadah tahap rendah, namun tetap diharamkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

“Saya tidak ingat jenis dadah yang diambil.

“Pemain badminton tersebut diyakini mengambilnya secara tidak sengaja tetapi dia sepatutnya lebih berhati-hati.

“Buat masa ini BAM tidak mahu membuat apa-apa kenyataan sebelum keputusan sampel B diketahui, malah semua pihak juga sudah maklum tentang perkara ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Ini juga boleh dianggap sebagai kes berprofil tinggi dan kami perlu memastikan semuanya diteliti sebaiknya sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan,” kata sumber BAM tersebut.

Antara pemain lelaki yang beraksi pada Sukan Asia di Incheon ialah, jaguh No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How.

Jika pemain itu didapati bersalah dia akan berdepan penggantungan dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan.

Ini juga adalah insiden doping kelima menimpa sukan negara tahun ini selepas pingat emas atlet wusyu, Tai Cheau Xuen pada Sukan Asia ditarik kerana positif dadah.

Sebelum itu, tiga atlet Sukan Malaysia didapati gagal ujian dadah, masing-masing dalam sukan angkat berat serta berbasikal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 07:34 AM | Show all posts
mungkin kah kerana minum kopi jantan tongkat ali atau teh janda kacip fatima? kan minuman favourite rakyaat ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:34 AM | Show all posts
aku tunggu page 5 baru masuk balik sini.

-setia menanti korang speku-
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:37 AM | Show all posts
seb baek bukan abam Polis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2014 11:22 AM | Show all posts
Sapa je pemain badmintion lelaki negara yang menang pingat kat Sukan Asia Incheon? Sudah terang lagi disuluh spotlight...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Latuk latuk tension sgt kah asyik kalah ngn abm lin dan?:Q
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 11:26 AM | Show all posts
kesan amik makanan tambahan produk MLM nie...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:58 AM | Show all posts
chong wei kaa.... ayo.... asl byk sgt isu dope lately..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq posted on 21-10-2014 11:25 AM
Latuk latuk tension sgt kah asyik kalah ngn abm lin dan?:Q

Lin Dan akan tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
arira_arora posted on 21-10-2014 11:58 AM
chong wei kaa.... ayo.... asl byk sgt isu dope lately..


Adakah status National Hero beliau akan ditarik balik bersama pangkat Datuk nya?
Malu lah ko wei, tak mampu nak main badminton tu pasal kena ambil dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Dulu ada masa tak nak bersara, sekarang kena malu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:14 PM | Show all posts
kalo tak menipu,

bukan la *tuuut*
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa atlet wushu gagal hari tu aku    difahamkan die ade amek ubat kurus. Latuk plak hari tu ade kecederaan, mane la tau kan die ade amek supplemen kt kiosk tesco tu ke yg takde kelulusan kkm. Kekdg supplemen mcm tu ade steroid jugak. Wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:16 PM | Show all posts
ouchhh silap ambk supplement kah...xdan xde org monitor...ades hal x best d saat ujung karier...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:16 PM | Show all posts
bukan dia amik drugs
tapi maybe suppliment yang dia amik tu ada bahan terlarang
kesian dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:17 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 21-10-2014 12:12 PM
Adakah status National Hero beliau akan ditarik balik bersama pangkat Datuk nya?
Malu lah ko we ...

nth la.. mybe boleh tarik blik.. mcm yg main basikal tu.. kena tarik blik die punyer sponsor....
pastu sume yg die penah menang pn mcm tk dikira..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuala Lumpur – Setelah timbul beberapa atlet negara ini yang di dapati positif negara di Sukan Asia, Incheon, Korea Selatan baru-baru ini, arena sukan negara bakal digemparkan dengan satu lagi laporan skandal dadah.


Menurut sumber SuaraTV, jaguh sukan badminton negara bergelar Datuk dari Pulau Pinang itu dilaporkan telah didapati positif dadah dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan beliau berkemungkinan bakal berdepan dengan hukuman gantung selama dua tahun.

Pengumuman rasmi dijangka akan dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar petang ini.

Suara.tv dimaklumkan pengumuman tersebut dijangka akan memberi aib terbesar sukan negara kerana pemain ini sering memenangi kejuaraan antarabangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sarajevo posted on 21-10-2014 01:27 PM
Kuala Lumpur – Setelah timbul beberapa atlet negara ini yang di dapati positif negara di Sukan Asia ...

Nicoll kah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:34 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 21-10-2014 01:30 PM
Nicoll kah?

nicol main badminton ke tipah?







Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:35 PM | Show all posts
macam ye jek..

aku rase mcm ade sabotaj jek time KJ jadi menteri sukan..

yg jadi mangsa kambing hitam athlete2 ni...
(if the athelete claim that dia tak sengaja ambillah)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.080975 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list