|
Saya faham ramai yang dah bagi komen
tentang pelbagai produk karya kreatif tempatan
yang sifatnya sangat teruk, 'sampah', tipikal,
bla bla. Saya cuma ingin menawarkan satu
perspektif berbeza (kalau lah boleh dikatakan
begitu) untuk melihat bagaimana fenomena ini
berlaku.
Kalau kita tengok, kebelakangan ini memang
banyak drama tempatan yang mengisi slot TV3
jam 7 malam yang diadaptasi dari karya novel.
Dan kerangka novelnya pula berkisar pasal satu
pasangan yang ada konflik sebab kena kahwin
paksa. Yang saya ingin persoalkan dari mana
datangya imaginasi penulis novel ini
(perempuan kan semuanya?) yang semuanya
sibuk nak bercerita tentang kahwin paksa?
Adakah ini semua hanya mimpi basah, fantasi
liar para penulis kita perempuan kita?
Kalau tak salah saya, tercetusnya fenomena
kahwin paksa ni dapat di-trace dengan filem I
Am Not Single (2008), kemudian dengan
tayangan drama Korea, Full House di kaca tv
tempatan dan beberapa drama Korea yang lain.
Begini. Kita sekarang dalam era globalisasi di
mana semua hal bergerak pantas dan cepat. Ini
termasuk nilai-nilai yang terkandung dalam
sesuatu komuniti, budaya, atau masyarakat
tertentu cepat menyerap masuk ke dalam
komuniti yang lain. Dalam masyarakat kita,
nilai-nilai asing seperti di Barat atau tempat
lain yang terkandung dalam medium kreatif
seperti filem digasak untuk bersaing dengan
nilai-nilai tempatan. Dan kita pula
meresponnya dengan cuba untuk mengukuhkan
nilai-nilai lokal yang tampak dominan di
permukaannya.
Tapi, soalnya bagaimana?
Nah, sebab itu lah fenomena kahwin paksa
mengambil tempat di hati penonton. Sebab
apa? Kalau kita lihat lambakan drama Korea
dan tempat lain, kita mesti dapat lihat banyak
pasangan mereka bercinta dan duduk serumah
seperti dalam drama Full House. Hal ini bagi
masyarakat sana adalah satu kebiasaan, satu
norma. Tapi di sini tidak. Jadi, bagaimana kau
nak tunjukkan satu pasangan itu bercinta,
berpegang tangan, berpeluk, bergurau senda
tapi syariah-compliant?
Senang. Kita kahwin-paksa kan mereka. Tapi
itu baru bahagian pertama. Dengan itu kita
mahu menunjukkan intensiti dan segala macam
konflik superficial dalam hubungan mereka. Ini
adalah template yang dapat kita lihat pada
kebanyakan drama adaptasi yang tentulah
bermula dari intipati novel itu sendiri.
Bila pasangan tersebut sudah dikahwin-paksa-
kan, penonton akan rasa mereka sweet setiap
kali ada adegan cuba mengambil hati, merajuk,
berpisah sementara. Hal ini sama lah
bagaimana mereka portray watak hero utama
dalam naratif. Hero mesti hensem, kaya, kerja
pejabat, rumah besar, kereta besar. Sama ada
kaya dan hensem, atau kaya, hensem dan
warak (lihat watak tipikal yang selalu dibawa
Fahrin Ahmad).
Ini adalah persaingan mengekalkan nilai
tradisi-melayu-islam vis-a-vis dengan nilai
moderniti dan asing. A contestation of value.
Kemudian kita lihat pula pandangan Ahmad
Idham bila orang mengkritik filemnya. Jawab
pula, ini adalah imaginasi beliau untuk
penonton. Imaginasi ni sifatnya individual,
sudah tentulah orang tak boleh nak kritik. Tapi
adakah filem harus sifatnya begitu? Untuk saya
tidak. Filem harus represent kepada
masyarakatnya dan pula memberi sesuatu.
Filem harus memberi pesan, berdakwah, biar
lah deep macam mana sekali pun.
Dan bila kata dakwah, jangan cepat melatah.
Dakwah ini adalah memberi pesan atas
sesuatu. Memberi petanda. Hari-hari kita
tengok lampu isyarat, bukan ke kita waktu tu
didakwahkan? Jadi soalnya bukan masalah
berdakwah-didaktik itu, tapi bagaimana
seorang pengkarya memberi pesan dengan
kreatif.
Sumber:Anis Zakaria-Facebook
Klo slp seksyen, tlg move okayyy |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingin tengok malaysia buat drama ala ala remaja gitu. ini asyik kisah org muda dah kahwin awal pastu memanjang konflik rumah tangga. kesimpulan nya malaysia mmg tercorot dlm menghasilkan drama |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia cuma pernah penomena drama remaja cuma dunia baru jer. pastu semua cinta kisah konflik rumah tangga. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgok drama/filem Malaysia setanding dgn karya Indo.
Islamik, mcm Ketika Cinta Brtasbih, Dalam Mihrab Cinta, Cinta Suci Zahrana...etc
ehh...byk cinta le tajuknya, hehe...
mgkin ramai yg mencari cinta, maka karya cinta yg diangkat. Last edited by khaira01 on 28-10-2014 10:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Novel kawen paksa yg pertama saya baca DONIA ...penulis Lamia Aimal..tahun 90an..dulu mcm suka jgk tema kawen paksa ni tapi kalo sepanjang tahun drama slot akasia tema yg sama.nak muntah hijau la jgk tgknya.bosan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejujurnya sy mmg x minat cerita mcm tu. Korea, hindustan, indon kbyknnya citer tak logik n agak fairytale. Penonton terbahagi kpd 2. Golongan pertama. Menonton cerita utk relax. So, dia suka citer fairytale, merajuk, pujuk, sweet gituh. Biasanya golongan ni minat cerita bkisar cinta n perhubungan. Golongan kedua, tgk cerita mmentingkan plot n dia nk gain something from the drama or film n sgt mementingkan logik akal. Contohnya cerita bukan hnya berkisar tentang cinta shj. Bermaksud berkisar ttg cinta, family, bisnes, kerjaya, penyiasatan, perubatan. Kalau cerita ttg medical or investigation, mesti ada something utk viewers gain knowledge. Atau kalu cerita psl bisnes, apa tricks yg dipakai dlm bisnes. Sume tu perlukan homework yg byk drpd pengarah, penulis skrip utk feed info to viewers. Spt yg kita tau, pgrh msia mmg malas bab homework. Dan malangnya sy dr golongan viewers no 2. |
|
|
|
|
|
|
|
slot akasia ni mmg dah jauh terpesong. ingat lg slot ini diwujudkan dulu, kisah rebut kuasa, harta, demdam, |
|
|
|
|
|
|
|
novel ke drama yg majoriti sumenye plot kawen pakse - bosan n merepek.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah takde drama macam Kami The Series, Dunia baru semua tu |
|
|
|
|
|
|
|
malaywood.NET posted on 28-10-2014 10:45 PM
malaysia cuma pernah penomena drama remaja cuma dunia baru jer. pastu semua cinta kisah konflik ruma ...
Dunia Baru memang ohsem!!! Drama remaja paling best. Jalan cerita yg digarap begitu baik. Kalaulah zaman sekarang ada lg yg boleh buat drama camni... |
|
|
|
|
|
|
|
arrowtotheknee posted on 28-10-2014 11:20 PM
Dunia Baru memang ohsem!!! Drama remaja paling best. Jalan cerita yg digarap begitu baik. Kalaulah ...
kan. aku kesian tengok artis malaysia muda muda lg dah bw watak ala ala org dewasa. |
|
|
|
|
|
|
|
mijaa posted on 28-10-2014 10:59 PM
novel ke drama yg majoriti sumenye plot kawen pakse - bosan n merepek.
Tapi itulah yg dapat demand tinggi. Pelakon sendu pun boleh jadi famous lepas tu.
Kalau tak percaya, cer tunggu drama slot Akasia yg baru start harini habis tayang semua episod. Kompem lepas ni pelakonnya dah tak sendu. |
|
|
|
|
|
|
|
malaywood.NET posted on 28-10-2014 11:23 PM
kan. aku kesian tengok artis malaysia muda muda lg dah bw watak ala ala org dewasa.
Contohnya... Nelydia Senrose? |
|
|
|
|
|
|
|
arrowtotheknee posted on 28-10-2014 11:24 PM
Contohnya... Nelydia Senrose?
izara aishah ingat tak lakonan dia
bersama eizlan yusuf.
nad zainal
tiz zaqyah. bnyak lg lah |
|
|
|
|
|
|
|
pauliza posted on 28-10-2014 10:54 PM
Novel kawen paksa yg pertama saya baca DONIA ...penulis Lamia Aimal..tahun 90an..dulu mcm suka jgk t ...
Betul. Iols pon baca donia masa darjah 5, late 80s. And ada juga novel yg sebijik2 tiru donia punya cerita selepas itu.
Lelaki kacak. Kaya. Womanizer. Ada gf hebat. Kawin paksa. Perempuan baik. Tapi cantik. Jadi mangsa. N finally happy ever after.
Cuma zaman skrg story line dah tukar. Tp kawen paksa itu pasti |
|
|
|
|
|
|
|
malaywood.NET posted on 28-10-2014 11:34 PM
izara aishah ingat tak lakonan dia
bersama eizlan yusuf.
nad zainal
Tak layan cerita Melayu sangatlah, bro. Layan pun kalau adik beradik pompuan aku atau mak aku bukak TV. Aku kalau tengok, kompem dok hencap sekali lakonan dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi ade permintaan selagi tu drama adaptasi menjadi keutamaan..bukan sepuluh dua..tapi berpuluh puluh lagi yg tunggu giliran nk adptasi (terbace kt fb proposal dh approved bagai).. |
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup tgk tanah kubur lg dr layan slot akasia tu..paling tidak pun insap lah 2/3 jam jap dr tgk series yg xmnjana minda tew |
|
|
|
|
|
|
|
arrowtotheknee posted on 28-10-2014 11:40 PM
Tak layan cerita Melayu sangatlah, bro. Layan pun kalau adik beradik pompuan aku atau mak aku buka ...
Kihkih... Sama mcm meols. Suka mhencap citer meleis. Lama2 rs mcm annoying plak perangai meol mcm tu. Last2 duk bilik bukak tenet. |
|
|
|
|
|
|
|
1-2 drama plot same ade ampun nye lagi
Ini tidak, lepas itu itu
Memang tak lah hakak nk tgok
Baik hakak tgok hagemaru ke chibi maruko chan ke
|
|
|
|
|
|
|
| |
|