View: 4417|Reply: 37
|
[Tempatan]
Kerajaan ada dua pilihan jika harga minyak dunia terus turun
[Copy link]
|
|
Kerajaan ada dua pilihan jika harga minyakdunia turun, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2014.Kerajaan mempunyai dua pilihan sekiranya harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, pilihan pertama ialah kerajaan boleh menurunkan harga minyak (RON95) sekiranya harga minyak dunia turun kepada serendah RM1.72 seliter dan mengenakan cukai jualan 58 sen.
"Pilihan kedua, kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke paras itu (RM1.72) mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun tidak dapat mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara," katanya kepada pemberita selepas melakukan upacara pecah tanah bagi pembinaan Balai Raya Mohamad Noh di Jelutong Laut di Pontian, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan jika harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan.
Buat masa ini, harga minyak RON95 ialah RM2.30 seliter tanpa cukai.
Sehingga semalam, minyak mentah Brent turun di bawah AS$87 setong berikutan kemungkinan kenaikan kadar faedah AS.
Beliau yang juga ahli Parlimen Pontian berkata kedua-dua pilihan itu merupakan antara perkara yang akan dibincangkan termasuk mengkaji struktur skim penstrukturan semula subsidi bahan api baharu pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal pada Rabu depan.
Mesyuarat itu dijangka dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Masalah yang dihadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semula RM23.5 bilion bagi tahun lalu dan RM21 bilion pada tahun ini yang dibayar kepada syarikat minyak untuk membolehkan kita menurunkan harga minyak," katanya.
Mengulas langkah kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Presiden Joko Widodo, turut dikenali sebagai Jokowi yang berhasrat mengubah struktur subsidi bahan api, Ahmad berkata secara tidak langsung ia membolehkan rakyat Malaysia lebih memahami berhubung langkah pengurangan subsidi minyak.
Katanya, kedua-dua negara menghadapi masalah sama apabila memberi subsidi yang tinggi untuk menurunkan harga minyak tetapi pada masa sama, golongan berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi paling ramai menerima subsidi itu berbanding mereka yang miskin atau sederhana miskin.
Jokowi dilaporkan merancang untuk menaikkan harga petrol dan diesel kira-kira 50% dalam tempoh dua minggu selepas majlis angkat sumpah jawatan, tindakan yang dijangka menjimatkan kerajaan kira-kira AS$13 bilion (RM39 bilion) tahun depan.
Sementara itu, katanya jumlah syarikat perniagaan yang mendaftar bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) meningkat apabila hampir 2,500 syarikat mendaftar setiap hari.
Setakat ini, katanya 115,289 buah syarikat sudah berbuat demikian.
Perkembangan terbaru itu menyebabkan kerajaan meningkatkan sasaran awal sebanyak 123,000 kepada 200,000 buah syarikat yang berdaftar sehingga tarikh akhir, 31 Disember ini. – Bernama, 31 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.ZafZgBx8.dpuf
Last edited by mrs.senah on 1-11-2014 12:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Cakap bnyk dia ni....diam sudahlah kalau nak bg sakit hati orang...dia ingat dia mcm Tun M ker yg cakap berisi... |
|
|
|
|
|
|
|
Mari pakat2 gali telaga minyak kt blkng umah. Kalau gali tarak minyak,beli petrol / diesel brg satu tong drum & masikkan dlm telaga. Nanti lama2 diyakini air akn bertukar jd minyak.
Pakar minyak urat alboya |
|
|
|
|
|
|
|
dahi lebar boleh buat gelanggang badminton |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu lagi pilihan ke 3. Mari boikot minyak
Say No 2 Minyak. Biar negara pengeluar menggulupoh. Baru tau langit tinggi ka rensah |
|
|
|
|
|
|
|
akak makin muntah melihat pemimpin2 BN bersuara sekarang ni... kenapa sampai kejam begini sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
boyagombak posted on 1-11-2014 01:53 AM
Ada satu lagi pilihan ke 3. Mari boikot minyak
Say No 2 Minyak. Biar negara pengeluar menggulupoh. ...
pilihan ke-3 turunkan kerajaan BN..
|
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 1-11-2014 01:24 AM
Cakap bnyk dia ni....diam sudahlah kalau nak bg sakit hati orang...dia ingat dia mcm Tun M ker yg ca ...
kann. dia ni potpetpotpet byak sgat pstu habuk tarakk. stakat bg statement gini bek takyah la. org bese pn leh pikir psal option tu. tp msalahnye selama ni duit2 tu betul ke disalur utk pmbangunan negara? |
|
|
|
|
|
|
|
Time minyak naik dia tanak bg subsidi....aku secara peribadi taklah kisah sgt walaupun marahlah jugak....tp masa minyak turun gomen nak amik kesempatan nak buat duit ni yg aku marah |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ketagih limelight..... |
|
|
|
|
|
|
|
aechae posted on 1-11-2014 02:02 PM
dia ni ketagih limelight.....
Saya tgk bagero bodoh ni mcm minta tapak kaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 posted on 1-11-2014 02:14 PM
Saya tgk bagero bodoh ni mcm minta tapak kaki.
timb.menteri je kn dia ni....tp sokmo lah di yg ke depan buka mulut kuar ntah apa2.....mgkin nk melobi nxt nk jd menteri penuh kot
|
|
|
|
|
|
|
|
apa2 halll kalo rege minyak dunia makin lama makin turun...
makin terkangkang la deficit ko maslan wei.... |
|
|
|
|
|
|
|
Byk lagi pilihan.
Kalu minyak dunia jatuh ke nilai rm1.20 sekalipon, harga minyak kita komfom meningkat atas alasan 'sabsidi dikurangkan' lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
matamata posted on 1-11-2014 01:57 PM
Time minyak naik dia tanak bg subsidi....aku secara peribadi taklah kisah sgt walaupun marahlah juga ...
betul..
time pak lah, minyak mahal gila..kerajaan naik minyak kata minyak donia mahal..
ni minyak mahal, kena kurangkan subsidi pula??
logik apa dia guna??
logik perah duit rakyat gamaknya..
|
|
|
|
|
|
|
|
sbg rakyat marhein, hanya boleh marah dan hadap je lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
aechae posted on 1-11-2014 02:29 PM
timb.menteri je kn dia ni....tp sokmo lah di yg ke depan buka mulut kuar ntah apa2.....mgkin nk me ...
tu nama nya melobi minta tapak kaki lah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|