CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: neofim

Padang & Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia [Part IV]

  [Copy link]
Post time 23-9-2014 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
gman68 posted on 23-9-2014 01:31 AM
Dapat berita semalam,ada seorang pelancong dari Malaysia yang meninggal dunia kat sana.Terjatuh dala ...

Ya Allah...ajal dia di sana.

Pelancong tu tak ambil travel insurance skali ke? Pengajaran utk diri sy sndiri sbb klw g travel ke indo x prnh pon amik insurance sbb fkr dh ada insurance yg cover.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 03:07 PM | Show all posts
Artlinebiru posted on 23-9-2014 07:05 AM
Ya Allah...ajal dia di sana.

Pelancong tu tak ambil travel insurance skali ke? Pengajaran utk  ...

Tak pasti ambil travel insuran atau tidak.....
Yer lah..dah ajal dia disana kan... Tapi walauapa pun,utamakan keselamat diri dan pastikan ada insuran dan pergi dengan agen yang berdaftar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 03:19 PM | Show all posts
br blik dr bkt tgi last week... masih menggunakan pakej org yg sama.. tp 3 kali pergi supir nye berbeza.. so far sgt2 berpuas ati dgn khidmat sume supir...

1st day smpai teros mkn soto then ke muzium adat (rumah gadang). keluar dr rumah gadang tersekat di jem.. 1st time rase macet kt sana.. sejam lebih ddk lam kete je.. smpai ats sggh di putri minang, yenie bordir n pasar atas.. check in hotel n dinner.

2nd day pasar atas.. lunch.. disebabkan group kali ni gile soping.. ptg pon dorg smbg soping kt pasar atas.. n sempat cover ke lembah harau kejap.. tp rasa rugi coz x dpt nk mndi kt situ.. homestay kt situ mmg cantik n sesuai sgt sape yg nk pergi rilek2..

3rd day... masih gila soping... sggh lg kt pasar atas b4 turun.. pkul 10 br turun dr bkt tgi..

group ni cerewet pasal makan.. mmg sekali je mkn nasi padang,, lepas tu kami request je mknan lain kt TG... yg best nye sbb TG ikot jer selera ktorg tnpa byk bunyi..  
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 03:24 PM | Show all posts
gman68 posted on 20-9-2014 02:41 AM
Perjalanan dalam setengah jam...melalui sungai dan bukit...mmg mencabar! kalau nk try boleh.PM say ...

4x4 tu ada hari2 die ke? or mmg sentiasa ada di ngarai sianok tu... last week xsmpt nk ke ngarai... next time kalo ad rezki nk mencuba.. nti sy pm ye..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 08:28 PM | Show all posts
aloynr posted on 3-10-2014 03:24 PM
4x4 tu ada hari2 die ke? or mmg sentiasa ada di ngarai sianok tu... last week xsmpt nk ke ngarai.. ...

Sebelah petang..dalam pukul 4....wasap saya 0126665436 nanti saya bagi contact number kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 08:38 PM | Show all posts
Senyap jer benang ni? xde siapa yang nak update trip ke Bukittinggi ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2014 09:17 PM | Show all posts
Memang teringin  nak pi lagi ke Padang dan Bukit Tinggi untuk membeli baju sulam dan telekung. Tapi tiket selalunya mahal. Asyik terlepas bila ada promo.

Saya dah dua kali gunakan TA Raun Sumatra. Memang bagus perkhidmatannya. Oh ya, saya tak ada apa2 kepentingan dengan TA ini. Ini hanyalah pilihan untuk sesiapa yang hendak pergi ke Bukit Tinggi. TA yang berlesen dan berpengalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
gman68 posted on 28-10-2014 08:38 PM
Senyap jer benang ni? xde siapa yang nak update trip ke Bukittinggi ke?

Saya...saya....

Blk tgh2 bln 10 hritu lg. Cam bese..booked dgn aldi tp kali ni staff dia yg bw. Aldi dah ada homestay...so sape2 nk cri homestay instead of stay kat hotel, blh book dgn aldi. Homestay 3 bilik & 3 bilik air. Selesa sgt utk yg be famili. Complete everything except air cond lah. Buktggi kn dah sejuk, buat pe nk air cond lg. Tido mlm pon berselimut bagai..apa cerrrr....complete dgn water heater klw sape2 yg x tahan sejuk tu.

sy pegi ke istana pgr ruyung. Amik gmbr bgai kat sna. Lunch kat pondok flora smbil tgk ikan2 talapia yg kelaparan. Hbskn masa di rumah yenie bordir (kakak i tuuu...). Byk sulam2 baru....siapkn duit je. Klw nk hrga lgi murah dgn kak yenie, kena dtg dgn aldi ye. Klw dtg dgn yg lain, x dpt la nk tolong....

trip kali ni skjp je, 3h 2m. Tdo 1 mlm di homestay, 1 mlm lg di pdg. Knp tido kat pdg? Sbb nk mkn seafood di pelanta minang. Dpt udang besar2...bakar...fuhhh..maveles uoals...kat pdg sy stay kat basko hotel. Sbelah tu ada mall. Pusing2 kat mall...then blk hotel...tido...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 11:49 PM | Show all posts
[img]%5BURL=http://s1043.photobucket.com/user/pilotgue/media/web14.jpg.html%5D[/URL][/img]
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:19 PM | Show all posts
bunga_lestari posted on 19-9-2014 12:09 PM
salam semua..

ritu aku just tulis dah book tiket flight air asia ke padang bulan 10, belinya bula ...

assalam..

3hari lepas aku baru balik dari padang-bukit tinggi, sumatera barat, indonesia..

ni lebih kurang itinerary kami

day1 (26/10/2014)

seawal 3.30pagi, kami bergerak dari KL menuju ke KLIA2, sepang.. kami parking di blok A, KLIA 2..
sampai sana, kami menapak mencari tempat untuk lepak sambil bersarapan pagi di Marry Brown..
kami juga bawa bekal sandwich yang dipack siap2 dalam plastic untuk jimat belanja sarapan.. order menu nasik lemak
pepagi buta tu kat marry brown..
kemudian, kami solat di surau.. usai solat, kami check in luggage, kami dah check in awal-awal secara online, jadi, cuma check in luggage sahajala..
siap situ, menapak ke departure hall.. agak jauh jugak rasanya berjalan..
flight kami dengan air asia pukul 7.50pagi.. lebih kurang 1jam kami selamat mendarat di lapangan terbang minangkabau..
sepatutnya dalam flight kena tulis borang ketibaan dan kepulangan tu, tapi kami dimaklumkan, borang tu akan diberi sebaik sahaja masuk ke balai ketibaan.. memang terkial-kila lah nak menulis dengan takder kerusi meja bagai..

siap ambil luggage, kami dah disambut oleh tour agent kami, ady dan supir kami raymond dari narasindo tour..
kami dibawa naik van yang boleh memuatkan 12 orang penumpang belakang, kami semua sekali 8 dewasa, 1 kanak-kanak, so memang selesa la dengan van ni sebab ada 2 pintu keluar dari belakang..

sampai-sampai jer, kami terus dibawa menuju ke bukit tinggi.. perjalanan tu rupanya agak jauh, lebih kurang 2jam.. dalam perjalanan, kami singgah di air terjun lembah anai.. subhanallah, cantik sangat.. tapi masa kami sampai tu, ramai orang sangat sebab hari cuti.. ramai orang tempatan jugak.. kemudian perjalanan diteruskan lagi menuju ke Pusat Maklumat budaya minangkabau, melihat keindahan rumah gadang, dan aku serta suami mencuba pakai baju pengantin orang minang dengan kadar sewa Rp30,000 atau Rm10 sepasang, gambar saiz separuh A4 sekeping harga Rm6, kami beli 3 keping sebagai kenangan-kenangan..

kami juga ke kampung pandai sikek untuk membeli barangan kraftangan, sulaman tangan, telekung dan ukiran kayu.. selepas tu kami singgah di restoran sederhana untuk mengalas perut yang sudah mula kelaparan..
sepatunya selepas tu kami ke ngarai sianok tapi mama aku keletihan, maka kami memutuskan untuk terus ke hotel royal denai view di bukit tinggi..
sampai ke hotel, sambil tunggu ady menguruskan check in hotel untuk kami, kami menunggu di lobi hotel sambil berwifi untuk update status di fb, instagram, berwasap dengan kawan-kawan masing-masing..

lebih kurang jam 4ptg waktu tempatan, kami sudahpun berada dalam bilik hotel masing-masing, solat dan rehat, dan qadak tidur sebab bangun awal paginya tadi..

lebih kurang pukul 7 waktu tempatan selepas solat maghrib, kami bersiap-siap untuk menikmati hidangan makan malam kami di restoran sekitar bukit tinggi.. mulanya nak ke menara ja gadang, tapi dibatalkan sebab faktor keletihan semuanya.. lepas makan, kami pulang ke hotel dan berehat, berwifi di lobi, aktiviti bebas.. oh yer, lupa nak citer, hotel kami takder air cond, tapi ada kipas dinding, pasang 1 sudah mencukupi untuk halau nyamuk.. disebelah tingkap ada ram lubang angin, jadi, cuaca sejuk dari luar memang memasuki ruang bilik.. dan biliknya tak berbau kepam juga.. selesa bagi kami hotel bertaraf 3 star.. oh yer, masakan orang sini memang menepati citarasa orang malaysia, masakan orang minang.. pedas, nasik putih, banyak hidangan lauk walaupun lauknya sikit sikit.. tapi minuman yang disediakan cuma air suam, kalau nak air manis, kami bayar sendiri..
antara lain yang menarik perhatian ialah pemandangan yang cantik dilatari dengan gunung merapi yang tinggi dan berkabus..

day2 (27/10/2014)
seawal 7pagi waktu tempatan, kami menikmati sarapan pagi di cafetaria hotel.. hidangan juga seperti di malaysia, ada nasi goreng, megi goreng, telur mata, lontong masak lodeh, kek dan kuih, agar-agar, air kopi dan teh.. serta pisang goreng.. depan hotel ada beberapa orang tempatan menjual barangan juga, murah-murah juga harganya.. boleh minta kurang banyak jugak..
selesai makan, supir kami raymond yang tidur di hotel yang sama, siap menunggu kami untuk menuju ke destinasi hari ini.. pagi ini, ady tidak ikut kami sebab dia nak uruskan ketibaan family lain yang menempah dengan narasindo juga.. hanya raymond sahajala peneman kami..
hari ni kami menuju ke istana bosa pagaruyong, dalam perjalanan, jalan agak jem di depan pasar.. menuju ke istana, kami singgah di danau singkarak.. subhanallah, sekali lagi kami terpegun dengan ciptaan Allah SWT.. danau ini terbentuk hasil dari letupan gunung merapi.. airnya jernih, luasnya seakan lautan, berombak dan menghasilkan remis seakan kerang dan juga ikan bilis air tawar yang dikatakan berharga rm80 sekilo.. nak keliling danau ni makan masa 2 jam dengan kenderaan darat kata raymond.. lebih kurang waktu tengahari, kami sampai ke istano bosa pagaruyong, disitu kami mengambil kesempatan untuk bergambar dan melihat kawsan sekitar istana, ada 8 bilik, 1 singgahsana, 4 tingkat.. istana asal telah roboh akibat kebakaran litar pintas & kilat (tapak asal dibelakang istana baru yang dibina semula pada tahun 2008)..
kami membeli dua keping gambar bersaiz A4 dengan harga Rm10 sekeping sebagai kenang-kenangan.. kat sini juga boleh nak cuba pakai pakaian pengantin kerabat istana minangkabau.. di depan istana tu ada gerai-gerai orang kampung yang menjual pelbagai barangan cenderahati dan air minuman serta makanan ringan.. selepas itu, kami sepatunya dibawa ke tasik maninjau, tapi kata raymond, tidak sempat.. jadi, kami terus dibawa ke restoran pondok flora yang dikelilingi dengan sawah padi, dibawahnya ada tali air.. sangat nyaman, cantik dan sedap.. hidangan tengahari ni, adalah hidangan kemuncak dan paling sedap.. serta paling banyak menunya, ada sate ayam, ada itik masak ijau, sambal ijau, ayam percik, ikan talapia bakar, kari telur, ikan aya, ayam goreng rempah dan macam-macam lagi yang aku dah lupa.. huhu.. lepas makan, kami dibawa ke kedai jualan hj rosma pusat tenunan, kilang kopi kinicko, dan kedai jualan sangai atau kerepek-kerepek.. membeli, membeli dan membeli.. selepas tu, kami ke Lobang Jepang, ady sudah menunggu kami disini.. disini kami menikmati panorama indah.. boleh juga menuruni 100 anak tangga menuju ke kubu bawah tanah buatan orang jepun waktu penjajahan di indonesia dengan kadar bayaran lain.. disitu terdapat gerai-gerai jualan kraftangan, lukisan, kain tenunan dan cenderahati.. aku beli kain tenunan songket untuk buat alas meja makan, kain sarung, dan juga lukisan tangan atas kanvas dengan harga berpatutan.. kat sini kena hati-hati dengan monyet dan beruk yang sentiasa memerhati beg plastik yang korang pegang..

lepas tu, nak ke menara jam gadang, tapi kami semua keletihan dan belum solat, kami pulang ke hotel dulu.. usai solat, lebih kurang jam 7, kami keluar ke restoran untuk makan malam.. di depan resoran, terdapat orang tempatan yang menjual telekung solat sutera, tshirt, keychain, fridge magnet yang lebih murah berbanding di kedai atau gerai jualan, kami ambil kesempatan untuk borong habis-habisan..
lepas tu, kami ke pasaraya tempatan untuk membeli makanan ringan, dihadapan pasaraya tu adalah menara jam gadang, waktu tu, hujan lebat mencurah ke bumi, kami lepak dulu sekejap di texas, bila hujan mula berhenti, kami menuju ke menara jam gadang.. bergambar dan beli cenderahati di kiosk-kiosk yang harganya lebih murah dari di pasar atas.. masa bergambar, aku, suamiku dan anakku didekati dengan patung bergerak kanak-kanak, hati-hati, mereka menyelit bergambar dengan kita, bersalam dengan kita, tapi tu semua dicaj dengan kadar sekurang-kurangnya Rp10,000 yer.. kalau tak minat, jangan layan.. lepas tu, kami pulang ke hotel.. berwifi di lobi seperti biasa.. dan pulang ke bilik untuk tidur..

day3, last day (28/10/2014)
sarapan pagi seawal jam 7, hari ni ramai kakitangan kerajaan indonesia turut sama bersarapan sebab mereka ada kursus atau program di hotel tu.. sarapan tak jauh beza dengan semalam, cuma ada tambahan bubur kacang, pengat labu, ondeh-ondeh dan cucur udang..
selesai sarapan, lepak di lobi berwifi sebelum check out.. beli sedikit lagi barangan dengan orng tempatan didepn hotel.. suami aku beli tali pinggang kulit lembu harga rm50.. memang murah.. kemudian selesai check out, bergambar kenangan dengan ady dan raymond.. kami menaiki van menuju ke padang.. dalam perjalanan, singgah beli es pop atau adunan ais blended di gerai-gerai orang kampung tempatan, kemudian singgah makan tengahari (bayar sendiri, tapi ady baik hati guna harga dia dapat rm12 satu kepala termasuk air teh o kosong suam gelas besar..) kami order juga es leler (air batu campur), sedap.. hehe.. ady cadangkan kami makan makanan sunda tapi mama dan adik aku yang pernah ke bandung dan medan pernah rasa masakan sunda, kurang menapti selera katanya, jadi kami bersepakat untuk makan masakan minang seperti biasa sahaja.. haha.. selepas makan, kami terus ke lapangan terbang, rasa sayu meninggalkan bukit tinggi.. ady membantu kami menguruskan urusan check in luggage sebab kami sudah siap-siap check in online.. agak lama menunggu, lebih kurang jam 1ptg, kami memasuki departure hall, solat dan menunggu flight yang delay 20minit.. sejam kemudian, kami selamat sampai di klia2.. ya Allah, jauhnya menapak dari arrival hall ke tempat parking, nak carik atm lagi, nak bayar pariking fees lagi, rm132 kene caj untuk sebuah kereta, kami 2 buah kereta ajer.. lebih kurang jam 6.30 petang, kami selamat keluar dari klia2 dan meninggalkan kenangan manis di padang-buki tinggi.. jalan jem dia mrr2 mengingatkan kami kepada kedamaian dan ketenangan di padang-bukit tinggi.. over ok..

so, tamat sudah itinerary aku sekeluarga.. gambar-gambar nanti aku try masukkan k..

bagi yang merancang nak ke sana, selamat bercuti.. enjoy your trip..






Last edited by bunga_lestari on 31-10-2014 05:19 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:38 PM | Show all posts
ada sesape pernah pegi Padang / Bukit Tinggi sendiri?
Atau kat sana mmg kena guna TA?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy biasa pegi sndiri, means x guna trvl agent. Book supir & trnsport masa berada di mlysia. Bila smpai pdg, supir dh siap tggu dgn trnsport.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya pada otai atau yg dah penan pegi padang dan bandung
Adakah kain sulam di padang sama dgn yg di bandung? Harga pun sama ke dalam 30+ gitu?
Tq
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jibbits posted on 31-10-2014 05:05 PM
Nak tanya pada otai atau yg dah penan pegi padang dan bandung
Adakah kain sulam di padang sama dgn  ...


Dua2 tmpt sy dh pegi. Kat bandung mmg hrga kain sulam murah tp kain x de kualiti. Mudah pecah. Tp klw sulam bktggi, kain cntik ada kualiti. dr segi hrga, hrga lebih sikit. Yg murah pn ada. sy biasa beli dgn yenie bordir, sulam & kain dia mmg trbaik. So...tepuk dada tnya selera.... Last edited by Sutra06 on 31-10-2014 07:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sutra06 posted on 31-10-2014 02:19 PM
Sy biasa pegi sndiri, means x guna trvl agent. Book supir & trnsport masa berada di mlysia. Bila smp ...

Biasa guna supir mana yer?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya guna service aldi safri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2014 04:02 PM | Show all posts
salam semua...

saye nak pergi Padang-Bukit tinggi lagi..untuk kali ketiga...

bukannye tak suka dengan Padang, tapi sebab kalau boleh saye nak complete pergi tempat lain dulu (macam korea or europe) sebab padang ni dah 2 kali pergi..

tapi sebab ayah dengan mak beria-ia nak pergi lagi, so terjebak le kene pergi jugak..
tapi kali mak ayah nak bawak gerombolan sedara-mara die pulak..total semua 14orang termasuk sorang baby..pastu ade le 6 orang veteran.

mula-mula aku nak amik agent je..(kalau malas nak fikir, amik raunsumatera je)..tapi salah sorang pakcik aku (yang pergi jugak) request, kalau boleh takyah la amik agent,amik supir je,sebab free & easy.kalau penat, boleh balik rehat..pastu famili aku semua kalau boleh nak amik villa/bungalow/homestay instead of bilik hotel sebab boleh dok riuh satu famili..

so ape pendapat korang?

kalau agent, aku boleh request nak duduk villa/homestay tak?

ataupun korang ade recommended homestay/hotel yang siap dengan villa?

aku pun pening ni nak amik agent or redah sendiri.kalau nak redah sendiri dengan sewa supir, aku boleh je nak jadi guide utk famili.tapi bile aku pikir nak handle bab makan & urus checkin-checkout, aku surrender..maklumle, bawak veteran,banyak mulut..

p/s:dah lama tinggal rumah west sumatra ni, banyak aku ketinggalan dari segi input. nampak gaya aku telek selai-selai page nak cari info.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 04:11 PM | Show all posts
Sutra06 posted on 29-10-2014 06:52 PM
Saya...saya....

Blk tgh2 bln 10 hritu lg. Cam bese..booked dgn aldi tp kali ni staff dia yg bw. ...

awak pergi just book homestay & supir je ye?

boleh update gambar homestay tak?sye dok tengah mencari homestay utk famili jugak ni..boleh share contact tak..
then adli tu agent or persendirian?recommended takservice die?

sbb saye nak bawak famili 14 orang, tak tau le boleh guna van or minibas



Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
skuter_buruk146 posted on 3-11-2014 04:11 PM
awak pergi just book homestay & supir je ye?

boleh update gambar homestay tak?sye dok tengah me ...


Ha'ah...sy mmg book homestay & supir je. Senang sbb free & easy. Homestay tu aldi yg punye & bru je siap. Ada 3 bilik, 3 bilik air.

Klw sy, frankly speaking, service aldi very recommended. Sy dh lbih 5 kali pegi sna. Just guna service aldi je. Klw 14 org, better guna coaster kot.

Aldi ada blog jgk. Blh tgk gmbr homestay dia kat blog tu. Contact no pn ada kat situ. Lbih senang tnya dia sndri ttg hotel & transport sbb grup awk rmai tu, 14 org. Bila trip ni?

starlightour.blogspot.com Last edited by Sutra06 on 4-11-2014 08:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 01:12 PM | Show all posts
Sutra06 posted on 1-11-2014 12:15 PM
Saya guna service aldi safri.

kalau guna aldi ni kan, biasanya dia siapkan itinerary ke?

sbb saya nak free & easy & ikut pada saya nak pergi mana, pukul berapa etc.
boleh ke?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.265086 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list