CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 1-1-2015 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-1-2015 01:21 PM

Otak Rayyan ligat berfikir. Siapa yang akan dapat manfaat sekiranya dia dan Jie berpisah? Hanim memburukkan Jie untuk membuatkan Mama benci dan sekaligus membuat Mama menentang perhubungan mereka. Motif memang jelas dendam atau cemburu kan Jie.

Tindakan pemanggil misteri pula mengugut untuk mencederakan Jie sekiranya dia enggan memutuskan hubungan dengan gadis itu benar benar membuatnya semak. Motif lelaki itu? Untuk mendapatkan Jie? Mungkin ! Kalau dia dan Jie berpisah so senanglah untuk lelaki itu mendekati Jie. Tapi macam tak mungkin .. Kalau lelaki itu inginkan Jie takkan sampai pula hati nak cederakan Jie? Pelbagai kemungkinan bertingkah difikirannya.

Untuk memastikan keselamatan Jie terjamin, Rayyan mengupah orang untuk mengawasi pergerakan Jie. Sekadar untuk memastikan Jie selamat. Segalanya dilakukan tanpa pengetahuan gadis itu.

Walaupun Jie tidak lagi tinggal bersendirian namun Rayyan tetap gusar. Tambah pula identiti Hanim dan pemanggil misteri masih samar.

Iphone 6 yang terletak di meja berbunyi menandakan panggilan masuk. Rayyan pantas menjawab. Hati mula berbunga menerima panggilan dari tunang tersayang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2015 02:03 PM | Show all posts
Jie melambai ke arah Rayyan yang masih melilau mencari. Rayyan  terus berjalan menuju ke arah tempat yang diduduki Jie. Suasana Starbuck agak lengang pada waktu ini. Jadi senang untuk mereka berbincang. Jie memilih sudut tersorok untuk mengelakkan dari butir bicara mereka didengari sesiapapun. Kata kata Viana tersemat dihati. Trust no one ! Buat masa sekarang sesiapa pun boleh menjadi pemanggil misteri yang mengancam untuk mencederakannya.

"You ok tak ? Nampak letih aje. Banyak kerja kat office ke?" Jie perasan tunangnya kelihatan kusut. Mungkin akibat tekanan kerja dan ditambah pula kes Hanim yang muncul tiba tiba. Pemanggil misteri lagi.

" For you sayang, I akan sentiasa ok. Lautan api pun I sanggup renangi tau! Apa lah sangat kerja office tu. Cuma besok may be I busy sikit. Ada meeting dengan IT Services
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 02:34 PM | Show all posts
elia201 replied at 1-1-2015 06:03 AM
Jie melambai ke arah Rayyan yang masih melilau mencari. Rayyan  terus berjalan menuju ke arah tempa ...

Lautan api? choit. Api gas pun lu takleh tahan..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 03:22 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-1-2015 03:26 PM

continue..


" For you sayang, I akan sentiasa ok. Lautan api pun I sanggup renangi tau! Apa lah sangat kerja office tu. Cuma besok may be I busy sikit. Ada meeting dengan IT Services dan review report  GM pasal tender shopping complex dekat JB." Rayyan menerangkan jadual kerjanya esok. "Malam kita spend time together tau sayang." Walau sibuk macam mana pun Rayyan tetap ingin bertemu Jie setiap hari. Risau rindu tak sudah kalau tak bertemu.

Jie cuma angguk. Dia faham kesibukan Rayyan. Lantas dia terus kepada niat asal mengajak Rayyan bertemu. "Hans..  You pernah nampak tak girl ni?" Jie sengaja menggunakan panggilan manja. Hans singkatan untuk honey. Sekadar untuk mengalih perhatian Rayyan sebenarnya. Gambar Hanim yang dicuri ambil disua kepada Rayyan.

Malangnya, Rayyan cuma menggeleng. "Tak pernah kot sayang. Siapa ni?" Soalan ditanya semula kepada Jie. Hazelnut Hot Chocolate yang terletak atas meja dihirup.

Jie mengeluh hampa. Sah! Ramalannya benar belaka. Ada orang lain yang menggunakan identiti Hanim. Tapi siapa dia? Buntu. Nampaknya usahanya kali ini sia sia belaka.




Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 03:44 PM | Show all posts

Vianna...?Siapa orangnyaaaa???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 05:04 PM | Show all posts

Bab 21

Edited by elia201 at 5-1-2015 10:27 PM

Dato Hanafi merenung wajah isterinya. Serasanya sudah lama mereka tidak berbual mesra seperti hari  ini. Sejak dia melukakan hati isterinya hampir 15 tahun dulu. Bermula dari situ, Maznah mula menjauhkan diri. Hubungan mereka suami isteri semakin renggang. Namun perasaan cinta dan sayangnya terhadap wanita itu tidak pernah berubah. Meskipun dia mengahwini wanita lain, namun Maznah tetap berada ditempat teratas didalam hatinya. Mana mungkin dia melupakan wanita pertama yang mencuri hatinya.

Kenangan dulu mula bertandang. Bertapa Dato Hanafi kecewa apabila mendapat tahu anak kedua yang dilahirkan Maznah adalah anak perempuan. Tidak memikirkan kesakitan yang dialami sang isteri, dia meluahkan rasa kekecewaannya. Walaupun dia sedar segalanya adalah ketentuan Allah. Namun kekecewaan mengatasi segala.

Dato Hanafi cuba menerima hakikat mungkin rezeki belum tiba untuk dia menimang cahaya mata lelaki. Tetapi satu lagi dugaan menimpa mereka suami isteri. Maznah menghadapi pendarahan yang luarbiasa banyak selepas melahirkan Jie. Rahimnya terpaksa dibuang kerana transfusi darah tidak berupaya menampung tumpahan darah yang banyak dari rahim. Atau nyawa Maznah sendiri akan menjadi galang ganti.

Demi cinta pada isteri, Dato Hanafi cuba melupakan hasrat memiliki zuriat lelaki. Viana dan Jie dibesarkan seperti menatang minyak yang penuh. Namun melihat keseronokan insan lain bermain bersama anak lelaki sendiri, sekali lagi hatinya terusik.

Pertemuan dengan Faridah, janda cantik itu membuatkan hasratnya untuk memiliki zuriat lelaki sendiri membara semula. Lantas Maznah diduakan tanpa rela. Viana dan Jie masih lagi mentah ketika itu, tidak mengerti permasalahan yang mereka suami isteri alami.

Namun perkahwinannya dengan Faridah tidak dikurniakan hatta seorang zuriat sekalipun. Benarlah kata orang, andai kata rezeki itu bukan milik kita maka buatlah apapun tetap tidak akan menjadi milik kita. Dato Hanafi sedar perkahwinannya dengan Faridah adalah satu kesilapan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2015 05:43 PM | Show all posts
elia201 replied at 1-1-2015 09:04 AM
Dato Hanafi merenung wajah isterinya. Serasanya sudah lama mereka tidak berbual mesra seperti hari   ...

TT, i rasa, baik chuolls wat  cter ni as novel sajork.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 1-1-2015 05:43 PM
TT, i rasa, baik chuolls wat  cter ni as novel sajork.

Haha.. terlebey panjang suda ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 06:45 PM | Show all posts
Edited by Esmiria at 1-1-2015 01:18 PM
elia201 replied at 1-1-2015 10:27 AM
Haha.. terlebey panjang suda ker?


Kalau chuolls rajin, buatlah novel..sedap Giler bahasa uollllls!
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi TT...  i ni silent readers je..

Best cite TT ni.. mohon panjangkan jd novel je laa bak kata Es..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 11:04 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-1-2015 11:52 PM

"Zafrey!"

Terdengar satu suara memanggil lantas dia menoleh. Kelihatan Aida tergopoh gopoh datang ke arahnya. Di tangan wanita itu ada fail berwarna hitam.

" Kenapa kak?" Zafrey pelik dengan tingkahlaku Aida. Tak pernah wanita itu kelam kabut seperti hari ini.

"Akak lupa nak bagitau kau semalam. Pukul 12 nanti kau kena ganti Paul pergi ke Isa Corporation Berhad pasal software yang mereka nak kita design tu. Semua details ada dalam fail ni." Satu fail diserahkan kepada Zafrey.

"Paul pergi mana kak?"  Mana saya reti nak present , kan selama ni Paul yang handle." Seboleh mungkin dia cuba menolak.

" Paul EL."  Usai menjawab, Aida terus meninggalkan Zafrey termangu seorang diri.

Zafrey membelek jam. Tepat jam 9.30 pagi. Bermakna dia ada lebih kurang 2 jam untuk meneliti semua dokumen. Habislah dia kali ini ! Suka atau tidak dia terpaksa menggantikan Paul.

Hati merungut memaki hamun Paul. Disebabkan Paul dia terpaksa melakukan sesuatu yang paling benci dilakukannya. Jumpa client dan membuat pembentangan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 12:07 AM | Show all posts
elia201 replied at 1-1-2015 03:04 PM
"Zafrey!"

Terdengar satu suara memanggil lantas dia menoleh. Kelihatan Aida tergopoh gopoh datang ...

Aku pening dah ni. Sapa watak baru ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 01:38 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-1-2015 10:27 PM

Zafrey sudah terlambat untuk sampai ke Isa Corporation Berhad. Temu janji mereka sepatutnya berlangsung pada 12 tengah hari tetapi sekarang sudah 12.15 tengah hari. Matilah dia nak menjawab dengan client mereka nanti. Kelam kabut dia berlari masuk ke dalam bangunan dan menuju ke lif. Butang lif ditekan. Hati berdebar debar memikirkan alasan untuk kelewatannya.

Penyambut tetamu yang cantik menyambut mesra kedatangan Zafrey. Zafrey terus memberitahu maksud kedatangannya. Dia diminta tunggu sebentar sebelum penyambut tetamu itu bercakap dengan seseorang melalui interkom.

"Encik Zafrey silakan masuk ." Penyambut tetamu mempersilakan Zafrey masuk ke dalam sebuah bilik. Zafrey hanya akur. Hiasan dalaman dalam bilik itu membuat dia kagum. Nice !

Seorang lelaki muda segak memakai kot hitam  masuk dan duduk bertentangan dengan Zafrey.

Sebaik saja terpandang wajah lelaki itu Zafrey mula tak tentu arah. Dia  tidak menduga mereka akan bertemu dalam suasana begini.

"You??" Rayyan juga tak sangka mereka akan bertemu lagi.

"Yeah, we meet again !"  By the way, I am Zafrey, Software Engineer from IT Services. You may call me Zack! " Zafrey AKA Zack senyum sambil memandang ke arah Rayyan. "Our Software Architect yang biasa liase dengan company you  tu ada hal sikit today so I terpaksa ganti dia. Sorry sebab lewat Encik Rayyan Hardy ." Tanpa perlu lelaki  itu memperkenalkan nama, Zack masih hafal nama itu.Rayyan Hardy ! Bakal suami Najiha. Terasa jurang diantara mereka sangat besar. Serentak itu, rasa rendah diri mula  wujud dalam hati.

'Just call me Rayyan." Rayyan lebih suka perbualan yang santai.  

"I just nak tahu progress project management software tu, I mean all the features and benefit.  Apa kata sambil makan tengah hari kita discuss pasal hal ini?" Rayyan berharap Zack menerima pelawaannya. Ada hal lain yang bukan berkaitan kerja ingin ditanyakan pada lelaki itu.

Zack cuma bersetuju. Pucuk dicita ulam mendatang ! Perutnya memang lapar. Tiada satu makanan pun sempat dijamah sejak pagi tadi.

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 03:46 PM | Show all posts
elia201 replied at 1-1-2015 05:38 PM
Zafrey sudah terlambat untuk sampai ke Isa Corporation Berhad. Temu janji mereka sepatutnya berlangs ...

Ini ja?
Want moreeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts

Bab 22

Edited by elia201 at 5-1-2015 10:35 PM

Hujan lebat tidak menghalang Jie dari meneruskan hajat untuk window shopping. Hampir sejam dia berjalan meronda ronda KLCC seorang diri. Memang dia gemar bersendirian. Kalau dulu Sheera ada untuk menemani, tapi kini setelah mendengar cerita dari Khalid hati mula terasa tawar dengan persahabatan mereka. Segala panggilan dan SMS dari Sheera dibiar sepi. Cuma mereka masih lagi friend di facebook. Andai kata dia rindukan Sheera, dia akan 'stalk' FB Sheera untuk tahu perkembangan gadis itu.

Sesampainya di depan Chili's, mata menangkap kelibat yang dikenali. Zeeta dan Tengku Safiah ! Bukan Zeeta dekat US ke? Satu soalan muncul dihati.

Mujur Jie membawa kaca mata hitam lalu dipakai. Sekadar nak mengelak dari dicam. Rasa kedua duanya tidak sedar kehadiran Jie. Dia duduk tidak jauh dari kedua mereka. Cuba memasang telinga perbualan Tengku Safiah dan Zeeta. Hati bagai digamit untuk ambil tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 05:36 PM | Show all posts
elia201 replied at 2-1-2015 09:10 AM
Hujan lebat tidak menghalang Jie dari meneruskan hajat untuk windows shopping. Hampir sejam dia berj ...

Tt tak reply pon komen titew.hmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2015 05:38 PM | Show all posts
nak baca lagi... plssss!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 2-1-2015 05:36 PM
Tt tak reply pon komen titew.hmm

Komen yg mane ek? Sorry la kadang syok menaip x prasan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 06:12 PM | Show all posts
elia201 replied at 2-1-2015 10:06 AM
Komen yg mane ek? Sorry la kadang syok menaip x prasan

terasa taw..waaaaaaaaa..kat page 9 n 10 pc edition.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:29 AM

Continue.

Gelak tawa mengiringi perbualan Tengku Safiah dan Zeeta. Kemesraan mereka seperti ibu dan anak. Jie mula rasa cemburu. Tengku Safiah tidak pernah melayannya semesra itu. Segera perasaan negatif diusir. Jie fokus untuk mendengar perbualan mereka.

"Aunty taklah bodoh nak bezakan gambar edit ke tidak,Zeeta. Auntie tahu gambar itu edit. Well Auntie rasa why not take advantage from this situation? Dari awal Auntie nak Zeeta yang kahwin dengan Ray, sepatutnya perempuan tu kahwin dengan Karl. Ingat senang ke nak Auntie approve dia jadi isteri Ray? Tak semudah itu! Dia belum kenal siapa Aunty." Tengku Safiah yakin rancangannya bakal berjaya.

"By the way, macam mana Hanim tu boleh muncul Aunty?" Zeeta masih lagi kurang faham. Berbelit otak dirasakan untuk memahami cerita Tengku Safiah. Sebiji macam drama swasta.

Tengku Safiah menggeleng. "Entah ! Aunty pun tak tahu. Katanya dia kenal Jie masa study dekat Ohio. Tak penting lagi pun !  Cuma cerita Hanim tu trigger Aunty untuk gunakan semua itu sebagai point nak convince Ray lupakan perempuan tu. So, Aunty pun pura pura percaya. Ray akan fikir Aunty termakan hasutan Hanim sebab tu Aunty benci Jie. Ray akan rasa serba salah dan akhirnya tak ada pilihan lain tinggalkan perempuan tu." Itulah rancangan yang tersemat dimindanya sejak dari hari pertama menemui Hanim.

"Aunty memang 'brilliant'. Sayang Aunty !" Zeeta senyum gembira. Hasrat hati untuk mendapatkan Rayyan semula semakin cerah.

Jie pula kaku, tidak mampu berfikir. Tak pernah terjangkau dek fikirannya Tengku Safiah sanggup melakukan semua itu hanya untuk memisahkan dia dari Rayyan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.061322 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list