CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 3-1-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Benarlah kata orang cinta itu indah dan mengasyikkan. Walau pun selalu bertemu namun hati tak pernah jemu. Rayyan ingin setiap kali mata terbuka Jie berada didepan mata. Segala tekanan kerja dirasakan hilang bila berada disisi insan tersayang. Wajah gadis dihadapannya ditatap tanpa jemu. Tetap cantik seperti selalu.

"Sayang , promise me you takkan tinggalkan I?" Rayyan tidak tahu kenapa dia berkata begitu. Cuma perasaanya tiba tiba takut akan kehilangan Jie.

" Kenapa you cakap macam tu Hans?" Jie pelik. " Of course I takkan tinggalkan you. Lainlah kalau -"

"Lainlah kalau apa sayang?" Rayyan pantas menyanggah kata kata Jie.

" Kalau..." Jie memikir wajar atau tidak sekiranya memberitahu Rayyan perbualan Tengku Safiah dan Zeeta siang tadi. Takut dua beranak itu bertelagah lagi Jie mengambil keputusan untuk membiarkan saja ia kekal menjadi rahsia. Tiada siapa patut tahu.

" Sayang kenapa ni?" Tindakan Jie mendiamkan diri mengundang pertanyaan dihati Rayyan.

Jie menghela nafas, panjang. " Hans, kalau Mama you minta you tinggalkan I you akan ikut ke?" Jie sekadar ingin tahu walau dia sedar takkan mungkin seorang anak mengingkari perintah ibunya.

"Mama cuma terpengaruh dengan fitnah buruk pasal diri you. Sebab tu Mama jadi macam tu. Jangan risaulah. I yakin  Mama akan berubah bila tahu kebenarannya nanti. Trust me sayang ! Apapun terjadi I tetap akan pastikan kita takkan terpisah melainkan kalau I mati." Pasal Mama Rayyan akan fikirkan kemudian. Yang penting hasrat untuk hidup berdua terlaksana.

"Hans ,  Mama you memang rapat ke dengan Zeeta?" Jie tukar topik.

Rayyan tersentak dengan soalan yang tak diduga. "Yup. Mama memang teringin nak anak perempuan. Zeeta pun pandai ambil hati Mama. So dari situlah mereka rapat."

"I tak pandai ambil hati Mama you kan?" Jie mula terasa hati. "Sebab tu Mama you prefer Zeeta jadi isteri you. Betul tak Hans?" Wajah kacak Rayyan ditenung.

Jari jemari gadis dihadapannya digenggam. Wajah cantik yang mula berubah sayu disentuh lembut. " But I love you , sayang. Bukan Zeeta! " Kalaulah gadis dihadapannya mengerti bertapa dalam cinta dalam hatinya. Hanya terukir satu nama. Najiha! Itulah cinta pertama dan terakhir bagi dirinya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2015 12:59 AM | Show all posts
elia201 replied at 2-1-2015 04:32 PM
Benarlah kata orang cinta itu indah dan mengasyikkan. Walau pun selalu bertemu namun hati tak pernah ...

Baru2 gitulah. nanti, ada napsu, nk kawen dua. dah nama jantan..haha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sunyi mula dirasakan Sheera. Jie tega membiarkan segala panggilan dan SMSnya sepi tanpa balasan. Semua aplikasi yang membolehkan mereka berhubung Sheera sudah cuba. Just name it ! Whatsapp, viber, wechat, telegram jenuh dia mencuba namun hampa. Malah kondominium yang dulu diduduki Jie sudah tidak berpenghuni. Sheera buntu untuk mencari keberadaan Jie.

Pilu dan sedih teramat dirasakan hidup tanpa Jie. Sheera rasa separuh dari nyawanya hilang dengan ketiadaan Jie. Hendak bertanyakan Khalid dia terasa berat hati. Lelaki itu selalu dingin melayaninya.

Kalau aku buat salah aku minta maaf Jie. Tapi janganlah kau buat aku macam ni! Air mata mengalir dipipi. Dia benar benar rindukan Jie.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 08:02 AM | Show all posts
elia201 replied at 2-1-2015 05:57 PM
Sunyi mula dirasakan Sheera. Jie tega membiarkan segala panggilan dan SMSnya sepi tanpa balasan. Sem ...

i bet shera sgt hot!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 05:03 PM | Show all posts

Bab 23

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:27 AM

Tengku Safiah merasa sangat gembira hari ini. Masakan tidak, hari ini adalah hari lahir Rayyan dia sudah merancang untuk menyambutnya bersama keluarga terdekat. Disamping itu Tengku Safiah berhasrat untuk mengajak Zeeta datang untuk meraikan bersama sama. Pasti Zeeta takkan menolak.

Segera telefon yang terletak diatas meja dicapai. Dia berkira kira untuk menghubungi Zeeta. Ingin mengajak gadis itu menemaninya membuat persiapan majlis.Talian bersambung. Tidak sabar menunggu panggilan berjawab.

"Hello Aunty !" Kedengaran suara manja Zeeta dihujung talian.

Tengku Safiah segera menyatakan hasrat yang terbuku di hati. Berharap sangat Zeeta sudi memenuhi pelawaannya.

Kata persetujuan dicapai. Kegembiraan makin dirasakan Tengku Safiah setelah mendengar persetujuan dari Zeeta.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 3-1-2015 05:21 PM

Special for Rayyan Hardy

Happy Birthday Mr CEO,
I love you forever
Don't forget our date today
See ya... Mmmuahhhh..

-Your future Mrs CEO-
Nur Najiha Hanafi

Senyuman mekar dibibir Rayyan sebaik saja membaca nota yang terselit. Hati berbunga melihat  bungkusan hadiah berbalut cantik di atas meja. Pada mulanya Rayyan terkejut apabila diberitahu oleh pembantu peribadinya ada bungkusan dihantar atas namanya.

Jie memang sengaja membuat kejutan untuknya. Dia sendiri lupa hari ini adalah hari lahirnya. Genap 28 tahun hidupnya didunia. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan nikmat hidup yang diperolehi.

Teringatkan mesyuarat yang perlu dihadiri Rayyan pantas berlalu. Sempat dititipkan pesanan ringkas kepada tunangnya sebagai tanda terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-1-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Viana merenung Khalid tidak puas hati. Nampaknya rancangan mereka malam ini terpaksa dibatalkan. Semua gara gara Tengku Safiah ! Tak ada angin tak ada ribut mak mertuanya menghubungi Khalid dan meminta mereka untuk pulang hari ini.  Alasan untuk menyambut hari lahir Rayyan.

Viana tahu hari ini hari lahir abang iparnya akan tetapi dia tak sangka Tengku Safiah ingin menyambutnya hari ini juga. Mama tidak berkata apa apa pun semalam ! Hati mula memprotes.  Viana paling menyampah perancangan yang 'last minute'.

Khalid memeluk mesra isterinya, tanda memujuk. Memahami rajuk sang isteri. Sememangnya dia sendiri serba salah. Cuma berharap Viana mengerti keadaannya.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 05:49 PM | Show all posts
elia201 replied at 3-1-2015 09:18 AM
Special for Rayyan Hardy

Happy Birthday Mr CEO,

Ale sweetnyaaaaa....aku rasa mcm nk berkapel pulak..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2015 05:55 PM | Show all posts
elia201 replied at 3-1-2015 09:46 AM
Viana merenung Khalid tidak puas hati. Nampaknya rancangan mereka malam ini terpaksa dibatalkan. Sem ...

aku rasa dalangnya Shera. Shera upah hanim untuk tabur fitnah. And, hanim juga ada perasaan kat Rayyan.

Bila pk balek, fitnah is better. I mean, lebih baik ko difitnah dari dituba sampai ke tak sudah sakitnya. Itu pendapat akulah. But dua2 tak baik..haha..perbandingan saja.

Atau Vianna berkelompok dengan Hanim. Atau Zeeta? Apa2 pun, orang yang ada perasaan dengki menjadi suspek dalang. Atau ini mimpi or mainan minda or Shera adalah Hanim, aikk, apa kes byk sangat jangkaan aku..haha. Mohon tt jgn berhenti update sebab expectation aku.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 07:58 PM | Show all posts
Esmiria replied at 3-1-2015 05:55 PM
aku rasa dalangnya Shera. Shera upah hanim untuk tabur fitnah. And, hanim juga ada perasaan kat Ra ...

Teruskan speku cik Es
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 08:13 PM | Show all posts

Thanks. Saya suka speku..muahaha..jgn berhenti hapdet plak yerp!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 3-1-2015 08:13 PM
Thanks. Saya suka speku..muahaha..jgn berhenti hapdet plak yerp!

Dan if possible pls bg komen tang mne nak kene improve... language ke.. maklumlah sy budak baru blaja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 10:34 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-7-2015 06:29 PM

Jenuh Jie menanti dari tadi. Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 7 petang. Batang hidung tunang yang dinanti masih tidak kelihatan. Resah mula dirasakan. Jarang sekali Rayyan lambat sekiranya mereka berjanji untuk bertemu. Jie tidak perasan tindak tanduknya menarik pehatian seseorang..

"Jie !" Sheera tak sangka dapat bertemu Jie disini. Gembira bukan kepalang dirasakan dapat bertemu semula gadis itu. Pantas dia melangkah mendekati Jie.

Jie yang tidak menduga akan bertemu Sheera disini hanya mampu membisu. Teguran Sheera dibiarkan sepi tanpa jawapan. Hanya senyuman hambar dilemparkan.

"Babe, aku rindu kau sangat ! Kenapa kau ignore semua call dan SMS aku?" Riak sedih jelas kelihatan diwajah Sheera. Jie jadi tak sampai hati untuk terus tidak mengendahkan sahabatnya.

"Aku.. busy." Rasa bersalah mula terasa dihati kerana membohongi Sheera. Suasana terasa kekok bagi Jie.

"Sayang... sorry I lambat !" Entah dari mana Rayyan muncul tiba tiba menjadi 'penyelamat' keadaan kekok antara dua gadis itu.

"Sheera, ini Rayyan Hardy, abang Khalid Hardy. Hans, ini Sheera kawan I. Dia Account Exec dekat Kencana Murni." Jie memperkenalkan mereka. Sheera hanya tersenyum kepada Rayyan.

"Dah berapa lama you kerja dengan Karl? Rayyan sekadar berbasa basi. By the way kawan you lupa nak kenalkan I sebagai tunang dia."  Wajah Sheera ditenung. Mirip seseorang yang pernah ditemui. Tapi bila dan dimana?

"Karl?" Sheera menyoal balik. Rasa tak pernah dengar nama itu.

Rayyan ketawa. "Oppss sorry. I terbiasa panggil dia Karl. I mean Khalid."

"Oh tak lah lama sangat. Dekat setahun lebih saja ." Sheera menjawab sambil senyum yang dibuat buat. Mata masih melirik ke arah Jie. Sheera terasa jauh hati dengan Jie. Gadis itu seolah tidak mempedulikan kehadirannya. " Aku pergi dulu Jie. Nanti aku text kau. Jangan lupa reply tau !"Sempat mengingatkan Jie sebelum berlalu.

Rayyan kaku seketika. Suara Sheera seperti pernah didengarinya. Tapi dimana?

Malas berfikir panjang dia terus mengajak Jie untuk pergi. Mama sudah menelefon menyuruh pulang awal sejak siang tadi.





Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 10:54 PM | Show all posts
elia201 replied at 3-1-2015 01:32 PM
Dan if possible pls bg komen tang mne nak kene improve... language ke.. maklumlah sy budak baru bl ...

Ada sedikit silap tatabahasa..hihi.

Haha, sy klo komen mmng ikut emo dan feeling sampai ter’tulis’ ending untuk cerpen orang tu. So sorrylah yer kak klo mcm terasa dgn komen sy. Asal bca cerpen, gatai tangan nak menyentuh. Kiranya, suka memeriahkan benang orang. Tapi klo benang org tu meriah gila macam @Ipo, emang kdg2 mls nak komen.


Err, sy ni sometimes suka tukar kata ganti nama pertama, so jgn hairan..haha.

Gaya bahasa akak sebijik macam novel tipikal melayu iaitu tajuknya gadis rabbita. Emang sebijik!

Series, gaya bahasa akak best gilrr giler giler giler!

Honestly, sy tak suka baca cerpen cinta kat sini. Tapi since gaya dan plot cter akak sedikit berlainan, sy tertarik.

Ada unsur misteri dlm cerpen ni, jadi mcm tertarik.

Tahu tak asal saya fikir watak Shera ialah gay? Sebab satu, ada scene Jie tukar baju and Shera terpana and satu lagi, Shera tak suka hubungan jie dengan Rayyan atau my imaginasi dah melebihi batasan normal akal manusia?

Tapi mungkin tanggapan saya salah sebab ada scene Shera  sedih ’si dia’ akan kahwin(rasanya,dimana Shera dail  satu nombor lepas layan perasaan sendiri)

Tapi why penulis kata si dia?Why bukan lelaki or penulis memang saja tulis begitu?

Ini buat saya tertanya-tanya, siapa dia? Penulis pandai buat misteri.. Lainlah cerpen cinta yang saya baca satu blog. Kandungannya pasal si gadis tertanya-tanya mengenai penghantar surat misteri dan hintnya tentang penghantar itu sudah diberi. I mean like, ’Wow That Fantastic’, bosangilabacactecintamisteriyangbolehdiagaktermasuknovelbicarasebuahbukuyangakumenyesalbeli.

Haha, sorrylah sister, panjang mukhadimah. Adakan orang hencap nanti.

Nak tambah, lagi.
Gaya bahasa akak saya suka. Ada satu penulis sini yang saya ’jatuh cinta’dengan gaya bahasa iaitu .@bintang. Gila berbunga-bunga bahasa dia sampai pening.
Eh, rasanya tang gaya bahasa tu saya dah kata atas tadi kan?

Ermm, apa lagi..hmmm..
Oh ya, saya tak puas hati dengan akak. Why setiap satu scene, satu post? Saya memang tak puas hati hak ni tapi maybe cara akak kot? Eh, jgn terasa, sy ckp benda ni tahu.

Plotnya okay walhal tipikal tapi ada sedikit kelainan. Mujur takde komplot jahat bekas kekasih watak utama. Muahaha.

Gaya bahasa pun okay,ops bkn okay..best!(berapa kali cakap daaa)

Adoi,ulang bende sama pulak..haha.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 11:59 PM | Show all posts
Tengku Safiah menyambut gembira kepulangan anak sulungnya. Namun kegembiraannya tak kekal lama apabila melihat Jie turut ada disitu. 'Surprise' yang dirancang bersama Zeeta takkan menjadi rasanya dengan kehadiran gadis itu. Tengku Safiah menarik muka masam. Rayyan perasan perubahan wajah Mamanya namun dia hanya membiarkan.

Jie tahu kehadirannya tidak diinginkan Tengku Safiah namun dia tetap berwajah manis. Tangan wanita itu disalam dan dicium tanda hormat.

Viana menggamit Jie supaya duduk menyertainya dan Khalid. Jie hanya menurut. Mereka berborak kosong seketika.

Rayyan ingin menyertai Jie yang berada disamping Viana dan Khalid namun langkahnya mati apabila namanya dipanggil Mama.

"Cuba Ray tengok siapa yang datang dari jauh untuk celebrate birthday Ray." Tengku Safiah menunjuk ke arah pintu. Muncul  Zeeta memegang sebiji kek.

"Happy birthday Ray !" Tanpa segan silu lengan Rayyan dipaut mesra, Zeeta melentok manja. " Make your wish then you tiuplah lilin ini."

Rayyan cuba menolak tangan Zeeta yang masih memaut lengannya namun Zeeta enggan melepaskan. Dia rasa rimas apabila Zeeta melentok manja dibahunya. Tambah pula apabila melihat perubahan wajah Jie. Risau gadis itu berfikir yang bukan bukan.

"Zeeta letak kek dekat situ. Kita makan dulu. Makanan dah terhidang atas meja sana. Tetamu lain pun dah ramai sampai." Tengku Safiah menarik tangan Zeeta untuk menurutinya. Pautan bahu Rayyan dilepaskan. Zeeta akur.

Rayyan menarik nafas lega apabila melihat Zeeta pergi bersama Mama. Pantas Jie dihampiri. Jie memandang ke arah lain apabila melihat Rayyan mengambil tempat disebelahnya. Merajuk.

"Dear, you nak ikut I pergi ambil makanan tak?" Khalid mencuit Viana. Sengaja memberi ruang untuk Rayyan dan Jie. Viana yang memahami maksud Khalid segera mengangguk. Dia berdiri bersedia untuk mengikut langkah Khalid.

"Wait Vee!  Jie nak ikut sekali." Jie sengaja ingin melarikan diri. Dia terus bangun namun langkahnya terhenti apabila terasa tangannya ditarik. Rayyan direnung, tak puas hati.

Viana dan Khalid pula hanya membiarkan keduanya menyelesaikan selisih faham antara mereka.

"Please sayang ! I pun tak tahu kenapa  tiba tiba Zeeta buat macam itu. " Rayyan mengharapkan Jie mengerti bahawa dia sendiri tidak menduga Zeeta akan bertindak begitu dihadapan semua orang.

"Bestlah you kan ada perempuan cantik dan seksi buat macam itu?" Jie menyindir. Macamlah dia tak nampak Rayyan pun melayan Zeeta yang meliuk lentok dari tadi. Tak duga konon. Dasar lelaki !

" You jealous ke sayang?" Rayyan cuba menyakat. "Best jugaklah. Tapi kalau you yang buat macam Zeeta tadi, I rasa lagi best !"

"You rasa you akan jealous tak, kalau ada lelaki lain meliuk lentuk macam Zeeta tadi dengan I?" Jie  sengaja memulangkan paku buah keras. Gurauan Rayyan tidak diendahkan.  "Kalau you kata you tak kisah, I pun tak kisahlah."  

Rayyan cuma diam. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia ingin berkata sesuatu namun terhenti apabila terdengar Mama memanggil namanya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 12:05 AM | Show all posts
elia201 replied at 3-1-2015 03:59 PM
Tengku Safiah menyambut gembira kepulangan anak sulungnya. Namun kegembiraannya tak kekal lama apabi ...

Dasar jantan.Jantan mmng mcm tu..hahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2015 01:35 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:26 AM

Bosan mula dirasakan Jie. Nampaknya Rayyan sibuk melayan tetamu tetamu yang hadir untuk meraikan hari lahirnya. Perbicaraan mereka tadi juga berakhir tanpa noktah.  Bayang Khalid dan Viana  tidak kelihatan. Puas sudah Jie mencari. Sekurang kurangnya dia ada teman untuk berbual. Tengku Safiah dan Tan Sri Isa sibuk beramah mesra dengan para tetamu. Walaupun cuma saudara terdekat yang dijemput namun kemeriahan tetap terasa.

Penyudahnya Jie keluar untuk mengambil udara segar. Kebetulan ada meja dan kerusi berdekatan kolam renang. Jie mengambil keputusan duduk disitu. Pandangan ditala ke langit. Bintang yang bertaburan nampak cantik dipandang.

"Jauh berkhayal nampak." Satu suara menegur. Jie berpaling. Wajah yang tidak dikenali muncul sambil mengambil tempat dihadapannya. Lelaki itu tersenyum. Lesung pipit jelas kelihatan dipipi.

"You Najiha, kan? Takkan you tak ingat I lagi? I amik course Architecture masa dekat OSU. You Student  CSE kan?" Yakin benar dia tak silap orang.

Wajah dihadapannya ditenung, lama. "La, Ku Iz ke? Macam mana you boleh ada dekat sini?" Jie menyoal kemudiannya setelah dapat mengingati nama lelaki dihadapannya. Tengku Hafiz atau Ku Iz adalah kawan rapat Zack sewaktu mereka di Ohio dulu. Namun mereka terputus hubungan setelah Zack meninggalkannya.

"I datang sebab Mama Long jemput. Nak celebrate birthday Rayyan katanya. I perasan you dari tadi tapi sebab ramai orang malas lah I nak tegur. Papa dengan Mama I ada dekat dalam." Tanpa dipinta Ku Iz menerangkan. "You macam mana pula boleh ada dekat sini?"

Belum sempat Jie menjawab telefon bimbit Ku Iz berbunyi. Lelaki itu minta diri untuk pergi menjawab panggilan.

Jie mula bangkit berdiri. Perhatiannya tertumpu pula pada bintang dilangit. Namun satu suara menyentak lamunannya.

"Kesian you duduk seorang disini. Tunang 'kesayangan' you tu mana?" Zeeta sengaja menekankan perkataan kesayangan. Untuk membuat provokasi mungkin.

"Please Zeeta ! I tak faham. You kata you dah move on ! Tapi kenapa you still kejarkan Rayyan?" Jie keliru dengan gadis dihadapannya.

Zeeta senyum, sinis. "You ni naif sangatlah ! You ingat semudah itu I nak give up? No ! I nak you rasa macam mana I rasa bila tunang you diambil perempuan lain. Sakit hati kan?!"

" Jangan ingat I tak tahu apa yang you dengan Aunty plan. Kalau you nak sangat Rayyan, dengan senang hati you boleh ambil dia. I takkan bergaduh dengan you sebab berebutkan seorang lelaki !" Jie tahu Zeeta cuba memancing kemarahannya. Dia takkan mudah masuk perangkap.

Zeeta memandang ke arah dalam. Ternampak wajah yang dicari. Perfect timing ! Dia mengundur ke belakang dan pura pura tergelincir jatuh ke dalam kolam. Jie terkedu dengan tindakan Zeeta.

"Please ! Help me !" Zeeta menjerit dari dalam kolam. Badannya tenggelam timbul.  Jeritannya menarik perhatian Rayyan dan Tengku Safiah yang sedang leka berbual.

Rayyan terus berlari ke arah kolam. Tanpa berfikir panjang dia terus terjun untuk menyelamatkan nyawa Zeeta. Tubuh Zeeta ditarik lalu di cempung naik ke atas. Tengku Safiah membantu Rayyan membawa Zeeta naik ke atas. Zeeta tersedu sedu menangis.

"Auntie Zeeta takut !" Tubuh Tengku Safiah dirangkul erat. "Perempuan itu... Telunjuk dihala ke arah Jie. Tiba tiba dia tolak Zeeta dalam kolam. Zeeta takut ! Zeeta tak tahu berenang !" Esakan semakin kuat.

Sekali lagi Jie terpaku dengan tuduhan yang tak diduga. "Jie tak buat apa apa Aunty ! Zeeta yang terjun sendiri."

"Dia tipu ,  Aunty ! Dia marah Zeeta datang sini. Katanya Zeeta cuba goda Ray !  Sebab tu dia tolak Zeeta." Esak tangis Zeeta semakin kuat.

Tengku Safiah terus mendapatkan Jie. Tanpa diduga satu tamparan hinggap dipipi gadis itu. Jie menyentuh pipi yang terasa pijar. Pertama kali dirinya ditampar.

"Apa hak Puan Sri untuk tampar Jie?! Mommy dan Daddy pun tak pernah naik tangan dengan Jie. Puan Sri memang melampau !" Jie sudah mula hilang hormat pada wanita dihadapannya.

"Sebab Mommy dengan Daddy kamu tak pernah ajar kamulah, kamu jadi macam ini ! Biadap !" Tengku Safiah tidak mahu kalah.

Rayyan serba salah. Tersepit antara Mama dan tunang sendiri.

"Puan Sri jangan nak libatkan Mommy dengan Daddy dalam hal ini. Puan Sri ingat Jie tak tahu apa yang Puan Sri rancang dengan Zeeta? Jie dengar semua perbualan Puan Sri dengan Zeeta !  Kesabaran Jie makin menipis. Biarlah dia dianggap biadap. Tak perlulah dia memanis muka memanggil gelaran 'Aunty' pada wanita itu. "Kalau Puan Sri benci sangat dengan Jie, kenapa bersetuju tunangkan Jie dengan Rayyan?"

Tengku Safiah ingin mengangkat tangan menampar Jie kali kedua. Mulut gadis itu dirasakan sangat  lantang bersuara.

Namun, ada satu tangan menahan dari meneruskan hasratnya.

"Najiha betul ! Mama Long tak ada hak untuk sentuh dia." Ku Iz muncul sebagai penyelamat. Tak sanggup melihat Jie dikasari kali kedua.

Jie terus berpaling untuk pergi. Hatinya sakit. Malu dan sedih bercampur baur. Dia dipersalahkan atas sesuatu yang tidak dia lakukan ! Panggilan Rayyan tidak diendahkan. Pedih dirasakan apabila Rayyan hanya mampu terpaku melihat dirinya dikasari.

Rayyan ingin mengejar Jie namun melihat Mama yang sedang bersedih hatinya berbelah bagi. Dengan  keadaan Zeeta lagi. Satu tepukan terasa dibahunya.

"Ray pergi pujuk tunang Ray. Biar Papa handle Mama dengan Zeeta." Tan Sri Isa mengerti perasaan Rayyan.

Rayyan akur. Langkah diatur untuk mendapatkan Jie yang kian jauh. Terbit rasa bersalah dalam hati kerana gagal mempertahankan tunang sendiri.





Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Permulaan yang menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 03:28 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-1-2015 03:30 AM
Esmiria replied at 3-1-2015 10:54 PM
Ada sedikit silap tatabahasa..hihi.

Haha, sy klo komen mmng ikut emo dan feeling sampai ter’tu ...

Thanks for the comment..
Actually ending cte ni suppose Khalid dgn Jie. Rayyan mati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 03:31 AM | Show all posts
beena replied at 4-1-2015 02:16 AM
Permulaan yang menarik

Permulaan mane 2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.115282 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list