CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] Bod isu semasa bakal senyap sunyi sepi, krik krik bunyi cengkerik je ...

[Copy link]
Post time 15-4-2015 02:08 PM | Show all posts
pota ni mcm isa ke?aku pun mls nk bc...

aku tgk kat wassup je mber hntar..kn tahan tnpa bicara dekat sabah rsnya...

klu btol cam tu,msia ni kira teruk la..dah bkn negara demokrasi..semua benda xleh..rakyat hanya perlu angguk...mcm north korea plk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2015 02:10 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 15-4-2015 02:11 PM

Other amendments to the Act were to state that inciting hatred, contempt or dissatisfaction against the government or administration of justice in Malaysia would no longer be considered seditious.


Maknanya nak kritik atau kutuk hingga timbul kebencian dan ketidakpuasan terhadap kerajaan atau perundangan keadilan tak lagi di anggap berunsur hasutan .... kan ?
Maknanya perbuatan tu tak kan di dakwa under akta hasutan lah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 02:14 PM | Show all posts
blastoff replied at 15-4-2015 02:10 PM
Other amendments to the Act were to state that inciting hatred, contempt or dissatisfaction against  ...

Kami ni sibuk... nak baca benda mcm ni tak dak masa... dok baca apa hang dok forward saja ni... ni pulak hang dok main yo yo... sat boleh sat tak boleh...nak buat gheja pun terpikiaq POTA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 02:15 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 15-4-2015 02:23 PM

Adakah perbuatan menghasut hingga membawa kepada kemarahan, kebencian dan ketidakpuasan terhadap kerajaan dan perlaksanaan perundangan keadilan tidak di anggap hasutan kerana depa nak masukkannya under kategori POTA ??

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pasti kebodohan Ahmad Maslan bukan fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 02:16 PM | Show all posts
hbsla amran fans pasni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-4-2015 02:28 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 15-4-2015 02:32 PM
scorpionkiki replied at 15-4-2015 02:14 PM
Kami ni sibuk... nak baca benda mcm ni tak dak masa... dok baca apa hang dok forward saja ni... ni ...

Pada pendapat aku , kerajaan kena perjelaskan benda ni pada rakyat, dan pembangkang kena minta penjelasan mengenai perkara ni di parlimen.

Apabila perbuatan menghasut agar membenci dan tak puas hati terhadap kerajaan dan perundangan keadilan tidak lagi di anggap sebagai satu bentuk hasutan , adakah itu bermakna ia di benarkan untuk di lakukan , atau ia nak di letakkan under POTA sebenarnya , itu persoalannya sekarang ni .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 02:36 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 16-4-2015 06:31 AM

Akta hasutan ada had limit detention dan perlu melalui sistem keadilan negara makna boleh pakai lawyer , di bicarakan , perlu di buktikan dan ada hakim yang decide hukuman  ,

POTA plak tarak had limit detention kerana ia boleh diperbaharui , tangkap tanpa melalui sistem keadilan biasa, tarak lawyer, tarak hakim yang tetapkan hukuman , malah pesalah tak perlu di beritahu sebab apa dia di tangkap pun , maknanya tak perlu di buktikan kesalahan di makhkamah etc etc

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 02:41 PM | Show all posts
blastoff replied at 15-4-2015 02:10 PM
Other amendments to the Act were to state that inciting hatred, contempt or dissatisfaction against  ...

segala unsur hasutan (cthnya mcm stetmen madey) tidak akan dikenakan
POTA.
hanya perkara yg menjejaskan keselesaan bn sahaja bleh dikenakan tindakan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 02:52 PM | Show all posts
Kalau under akta hasutan , ambiga masih boleh guna lawyer yang berderetan dalam Bar Council tu, kalau under POTA hmmm alamat meringkuk je la dalam penjara tanpa dapat berbuat apa pun


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 02:56 PM | Show all posts
With Pota, new Sedition Act, Malaysia going back to ‘Stone Age’, DAP MP says                                                                                                               
                                                                        
Tuesday April 14, 2015
04:57 PM GMT+8
                                       
UPDATED:
April 14, 2015
06:07 PM GMT+8
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

DAP MP Charles Santiago said with the enactment of oppressive laws, Malaysians will find themselves living in a country with little or no democratic space. — Picture by Sarah Musfirah


        KUALA LUMPUR, April 14 — Malaysia is heading down a slippery slope to the Stone Age with Putrajaya enacting oppressive laws that give its enforcers more power to demand obedience from citizens, DAP MP Charles Santiago said.
        The Klang MP cited last week’s passing of the Prevention of Tourism Bill (Pota) and amendments to the Sedition Act as examples, saying once these are gazetted into laws, Malaysians will find themselves living in a country with little or no democratic space.
        “Where does this leave us as a nation? Not at crossroads for sure. We have long surpassed that to a slippery slope down to the Stone Age,” he said in a statement.
        “This is a nightmare. We are now officially regressing. This trend is worrying,” he added.
        Pota, a new law that revives preventive detention without trial, was passed without amendment at the Dewan Rakyat at about 2.25am on April 7 after a debate of more than 12 hours.
        The Bill was passed after the ninth block voting, with the final voting favouring the government when 79 MPs from Barisan Nasional (BN) supported the Bill while 64 MP from PR rejected it.
        In the early hours of Friday morning, the Sedition (Amendment) Bill 2015 was voted through after a record 14 hours of debate in the Dewan Rakyat.
        Both laws needed Parliament’s clock to be stopped as sessions ran well past the daily cut-off point at midnight. They will now have to be debated and approved by the Dewan Negara before they can be gazetted into law.
        Santiago said Putrajaya’s reasons for rushing both Bills through Parliament were very clear.
        Barisan Nasional (BN) lynchpin Umno is at its “weakest” now, the lawmaker said, pointing to the ongoing spat between party president Datuk Seri Najib Razak and Tun Dr Mahathir Mohamad.
        Exacerbating matters, he noted that Malaysians have become even more disillusioned with Putrajaya, particularly after it rolled out the Goods and Services Tax (GST), which has been blamed for the spike in living costs.
        “Given this situation, what does Najib’s government do? It went to war with its own people. The slew of Bills and amendments to existing laws are to demand obedience from the rakyat.
        “The government has given itself and the police more powers. It has made the role of the judiciary almost redundant. It has further strapped workers to a corner, spelling out that opposition to the management can be deemed seditious,” Santiago said, adding that even he fears voicing his opinions now.
        Under the amended Sedition Act and Pota, he said dissidents can now be nabbed for the smallest of offences, while the role of the media has shrunk along with that of the judiciary.
        NGOs and other civil society groups will no longer dare to speak out for fear of arrest or harassment, he said.
        “All these,” Santiago said, “point to a government that is desperate to stay in power.”

- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.JkjaHChP.dpuf

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 03:05 PM | Show all posts
POTA tu yang boleh di salahgunakan kaw kaw punyalah ....... imagine tak di beritahu reason apa di tangkap tup tup masuk penjara tak leh keluar dah .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 03:07 PM | Show all posts
Tapi apa yang sapa pun boleh buat kan ..... ? POTA dah di luluskan .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 03:09 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 15-4-2015 03:12 PM

Pota, Akta Hasutan perang kepada rakyat marahkan GST, kata DAP                                                                                                                                                                                                        
Published: 14 April 2015 6:13 PM
               
                                                                                                                                                                                                


Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menyifatkan pengenalan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan pengekalan Akta Hasutan sebagai ‘mimpi ngeri’ di saat rakyat terbeban dengan GST. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 April, 2015.

Pengenalan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan pengekalan Akta Hasutan dilakukan kerana Putrajaya cuba menuntut rakyat yang marah terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) agar patuh kepada mereka, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

        Pemimpin DAP itu menyifatkan akta-akta tersebut sebagai "mimpi ngeri" sewaktu rakyat terbeban dengan GST.

        "Rakyat Malaysia sedang marah dengan kerajaan kerana GST yang semberono dan membebankan mereka yang sedia miskin.
                                                                                                                        
"Pada masa sama, siri salah urus kewangan turut mengeringkan kantung perbendaharaan negara.

"Berdasarkan situasi ini, apakah yang kerajaan (Datuk Seri) Najib (Razak) lakukan? Ia melancarkan perang terhadap rakyatnya sendiri," kata Santiago dalam satu kenyataan hari ini.

        Menurutnya, kerajaan yang ditunjangi Umno kini mahu mengukuhkan cengkaman mereka ke atas rakyat kerana sedar pengaruh mereka sangat lemah.

        "Umno sekarang berada pada tahap paling lemah dengan sokongan terhadap Najib merudum walaupun dari dalam partinya sendiri.

        "Tayangan sokongan terbuka kepada Najib juga menunjukkan kedudukannya yang goyah di samping perpecahan dalaman Umno," katanya.

        Katanya, ruang demokrasi dalam negara semakin mengecil kerana rakyat Malaysia kini mempunyai hak-hak sivil dan politik yang semakin berkurangan.

        "Peruntukan terperinci dalam undang-undang ini terbuka kepada salah guna daripada kerajaan dan polis.

        "Pada masa sama, ahli politik pembangkang dan pertubuhan sivil pula semakin diinjak-injak.

        "Semua ini membuktikan bahawa sesuatu kerajaan itu sebenarnya terdesak untuk kekal berkuasa," katanya.

        Rang undang-undang Pota diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada kira-kira jam 2.25 pagi Selasa, 7 April lalu selepas dibahaskan hampir 14 jam.

        Ia diluluskan dengan undian belah bahagian dengan 79 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju meluluskan dan 60 Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju.

        Putrajaya mencanangkan Pota sebagai satu langkah untuk membanteras elemen ganas dan subversif daripada bercambah di Malaysia.

        Pengkritik Pota mendakwa ia mempunyai persamaan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 2011 kerana memperuntukkan hukuman tahanan tanpa bicara.

        Suspek boleh ditahan sehingga maksimum 59 hari, sebelum dibawa menghadap Lembaga Pencegahan Keganasan yang boleh melanjutkan tempoh tahanan sehingga 2 tahun.

        Tempoh tahanan juga boleh diperbaharui jika lembaga memutuskan terdapat alasan yang munasabah.

        Rang undang-undang itu tidak membenarkan sebarang rayuan semula kehakiman di mana-mana mahkamah
. – 14 April, 2015

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.2aikq6QS.dpuf

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 03:14 PM | Show all posts
Sedihnya rasa .... memang kita dah ada di zaman batu balik la jawabnya .

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo kutuk ketum n pembangkang kira termasuk akta ni tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 03:23 PM | Show all posts
tudiaaa....senang2 saja lepas ni mana2 mensteri cakap bodo tak mcm seorg menteri tapi cakap lebih dr budak tadika takdakla rayat bleh bising....

mcm ni betoi2 jaga puak2 kaya kapitalis vip menteri datok bodoh2 ni.....mahkamah membela org zalim...
lagi mudah la nakwat jahat nak aniaya rakyat lepas ni...

mcm org kata ada mata telinga tapi tangan dah kena gari jarak jauh, takleh wat apa2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 03:47 PM | Show all posts
rantaikendoq replied at 15-4-2015 03:23 PM
tudiaaa....senang2 saja lepas ni mana2 mensteri cakap bodo tak mcm seorg menteri tapi cakap lebih dr ...

In my opinion , pembangkang takkan boleh menang PRU laa selagi wujud POTA . Mimpi la sepuas-puasnya kerana boleh bermimpi je la nak dapat putrajaya.

Kerajaan takkan meluluskan undang2 sebegini extreme andai negara ni boleh jatuh ke tangan pembangkang , kerana kerajaan tentunya sedar undang2 ni akan kena balik kat depa kelak andai pembangkang berkuasa kelak , so there is no way they gonna let it happen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 03:50 PM | Show all posts
rantaikendoq replied at 15-4-2015 03:23 PM
tudiaaa....senang2 saja lepas ni mana2 mensteri cakap bodo tak mcm seorg menteri tapi cakap lebih dr ...

Rakyat dok diam diam, pembangkang dok diam diam , krik krik krik krik cengkerik je berbunyi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2015 03:58 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 15-4-2015 04:03 PM

PM, Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab jika Pota zalim

(Oleh Syed Ibrahim Syed Noh)

Saya amat kecewa dan terkejut apabila bangun pada pagi 7 April 2015 dan mendapati bahawa Akta Pencegahan Keganasan atau Prevention of Terrorisme Act (POTA) telah diluluskan di Parlimen setelah dibahaskan dan diundi.
Walaupun saya sudah menjangka Rang Undang-undang tersebut bakal diluluskan dengan ‘rubber stamp’ oleh Ahli Dewan Rakyat daripada BN namun saya berharap ia tidak akan diluluskan begitu cepat dan tanpa pindaan walaupun telah ditentang bermati-matian oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat.


Ini bermakna igauan ngeri Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA- Internal Security Act) yang telah dimansuhkan pada 2012 datang kembali!
Ya, bukan setakat mimpi tetapi igauan buruk kerana selama berpuluh-puluh tahun sejak 1960 ISA digubal, pelbagai penganiayaan, penyeksaan, salah guna kuasa, pencabulan kemanusiaan dan keadilan telah berlaku.
Ini telah dicatatkan sebagai fakta dalam surat akuan bersumpah (afidavit), memorandum kepada Suhakam, memorandum kepada kerajaan dan pembangkang, memorandum kepada Menteri, memorandum kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mufti-mufti, laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kes saman oleh bekas tahanan dan buku-buku yang ditulis sendiri oleh bekas tahanan.
Apakah segala usaha demikian perlu dikembalikan untuk memansuhkan POTA pula? Apakah rakyat terpaksa bangkit semula berjuang untuk memansuhkan POTA?
Semasa memimpin Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), saya melihat sendiri penderitaan dan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh tahanan dan ahli keluarga.
Mereka terpinga-pinga apabila suami atau ayah mereka ditahan tanpa sebab melainkan dikatakan telah mengancam keselamatan negara. Mereka tambah hiba apabila tidak diberitahu di mana suami atau ayah mereka ditahan. Dan hancur harapan mereka apabila mendengarkan suami atau ayah mereka ditahan selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan 2 tahun secara berterusan tanpa boleh membela diri atau menyemak keputusan Menteri.
Bermotif politik
Ungkapan seperti “tak perlu takut pada POTA kalau tak buat salah” oleh Menteri amatlah dangkal dan tidak berprinsip. Ia serupalah juga seperti berkata kita tak perlu takut pada PEROMPAK yang pegang pistol ke arah kita kalau kita tidak bersalah!
Pada masa yang sama, untuk mewajarkan sokongan kepada POTA kerana ia demi kepentingan rakyat dan negara adalah rumusan mudah yang tidak berpegang kepada fakta, sejarah dan pengajaran lampau.
ISA dahulu juga dikatakan wujud untuk melindungi rakyat dan negara daripada ancaman keselamatan tetapi sejarah telah membuktikan ramai ahli politik, aktivis dan rakyat biasa ditahan, diseksa, disoal siasat tanpa apa-apa kaitan dengan keselamatan negara, sebaliknya kerana motif politik.
Benar, POTA tidak akan dikenakan kepada ahli politik kerana kepercayaan atau ideologi politik mereka tetapi pokoknya pelanggaran keadilan dan hak asasi manusia tidak boleh berlaku kepada sesiapa, tidak kira sama ada ahli politik, kakitangan kerajaan, pihak keselamatan, peniaga, penoreh, petani, cikgu, mahasiswa atau rakyat biasa!
Definisi keselamatan negara dalam ISA terlalu kabur seperti mana juga definisi ‘terlibat’ dan ‘menyokong’ dalam POTA. Apakah usaha-usaha membantu kebajikan keluarga tahanan POTA akan dianggap sebagai ‘menyokong’?
Jaminan Menteri Dalam Negeri bahawa POTA akan melindungi hak asasi manusia tahanan dan bukan menggantikan ISA bagi saya merupakan satu jaminan yang terhormat tetapi sangat bercanggah dan mustahil ditunaikan.
Bagaimanakah hak asasi manusia boleh dilindungi apabila seseorang itu tiada hak perbicaraan atau pembelaan di bawah POTA? Bukankah itu bercanggah dengan hak asasi manusia?
Hati-hati dalam membuat jaminan terutama apabila kita bergantung kepada kumpulan lain yang mungkin ada kefahaman lain atau tidak memahami erti hak asasi manusia.
Pota lebih kebal daripada ISA
Perkara paling asas dalam hak asasi manusia dan keadilan ialah hak untuk tidak didapati bersalah sehingga dibuktikan bersalah atau innocent until proven guilty. Dengan POTA, anda didapati bersalah tanpa penghakiman mahkamah dan ditahan selama 59 hari serta boleh dilanjutkan tahanan selama dua tahun dengan arahan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan, bukan sebuah mahkamah tetapi sebuah lembaga yang dipilih oleh kerajaan.
Pada masa yang sama, keputusan Lembaga Pencegahan Keganasan tersebut tidak boleh dicabar oleh mahkamah. Kalau ISA dahulunya, keputusan di tangan Menteri Dalam Negeri tetapi sekarang keputusan di tangan Lembaga. Namanya berbeza tetapi kuasa tetap sama dan tidak boleh dicabar.
Tambah buruk, peruntukan undang-undang habeas corpus juga tidak dibenarkan di bawah POTA iaitu peruntukan mencabar undang-undang atas dasar teknikal.
Nampaknya POTA tidak menggantikan ISA tetapi POTA lebih kebal daripada ISA!

Justeru saya ingin soal Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, di manakah agenda transformasi politik yang dilaungkan sebelum ini dengan pemansuhan ISA, akta kediaman terhad dan Ordinan Darurat apabila POTA 2015 digubal dan Prevention of Crime Act (POCA) dipinda dan diketatkan?
Bukankah kita sudah ada SOSMA (yang juga bermasalah) dan Kanun Keseksaan lain yang boleh menangani jenayah keganasan?
Saya memahami soal keselamatan dan keganasan memerlukan pencegahan tetapi ciri-ciri dan prinsip utama seperti keadilan, kebebasan dan keehsanan tidak boleh digadaikan.
ISA bercanggah dengan semua ciri dan prinsip ini termasuk tuntutan agama dan ketamadunan. Begitu juga POTA. Berkali-kali dan bertahun-tahun GMI dan rakyat menegaskan perkara ini sehinggalah ISA dimansuhkan.
Cuma apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. POTA diluluskan oleh Parlimen yang diwakili oleh majoritinya wakil rakyat BN pada 7 April 2015.
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan seluruh wakil rakyat BN wajib bertanggungjawab jika berlaku kezaliman, ketidakadilan, pencabulan hak asasi manusia, salah guna kuasa dan pelanggaran hak kemanusiaan dengan wujudnya POTA, POCA, SOSMA dan Akta Hasutan (dengan pindaan yang bakal diluluskan).
* Syed Ibrahim adalah Ketua Penerangan KEADILAN dan mantan Pengerusi GMI




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3778 Replies : 22
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9122 Replies : 178
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29416 Replies : 212
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188749 Replies : 4305
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90518 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063087 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list