Edited by dondangdendang at 20-4-2015 08:00 AM
Kalau semalam hangat dengan kisah seorang bekas peminat Zul Ariffin memaki hamun pelakon itu di ruangan komen blog-blog hiburan kerana dilayan sepi oleh pelakon itu sewaktu diminta bergambar bersama, dia Zul juga ada memberi komen tambahan di ruangan komen BeautifulNara: ![](http://i2.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/AARIZ/AARIZ001/aarifrahman/Untitled_2.png?w=584)
Bagaimanapun, Zul telah meberi respon ringkas berkenaan perkara itu di Twitter milik beliau.![](http://i1.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/AARIZ/AARIZ001/aarifrahman/Untitled.png?w=584)
Dalam bahasa Melayu, apa yang dikatakan oleh Zul Ariffin ialah:- Jika menjaga privasi ibu dan keluarga saya menyebabkan saya dimaki hamun, saya tak kisah. Nampaknya Zul mempunyai alasan tesendiri bertindak seperti itu. Status Twitter Zul mendapat sokongan peminatnya: ![](http://i0.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/AARIZ/AARIZ001/aarifrahman/Untitled_1.png?w=584)
Bekas peminat tersebut sudah mendapat apa yang dihajati iaitu perkara ini telah menjadi viral, bagaimanapun bekas peminat itu juga turut dikecam kerana mahu bergambar dengan selebriti kemudian tidak dapat menerima apabila yang didapati tidak menepati jangkaan.
|