CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3016|Reply: 18

[Tempatan] Menteri bodoh membuta tuli berbohong mengatakan tiada salahlaku dalam 1MDB

[Copy link]
Post time 15-7-2015 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Husni bohong mengenai pindahan AS$700 juta ke akaun Najib, kata DAP
Published: 15 July 2015 9:08 AM


DAP berkata ketua audit negara menimbulkan keraguan mengenai pemindahan sejumlah AS$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB),  berbeza dengan dakwaan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengatakan tidak wujud bukti salah laku dalam syarikat sarat hutang itu.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Husni berbohong kerana penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud urus niaga mencurigakan melibatkan 1MDB.

"Menteri kewangan II membuta tuli berbohong mengatakan laporan awal ketua audit negara tidak menemui sebarang bukti salah laku terhadap 1MDB," katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Pua berkata, Husni berbohong mengenai isu pemindahan AS$700 juta, sebaliknya ketua audit negara sendiri ada menimbulkan banyak keraguan mengenai kontroversi pemindahan wang tersebut.

"Menteri kewangan II juga melulu mengatakan isu 'pemindahan AS$700 juta' kepada individu tertentu tidak timbul. Tetapi kita tidak tahu sama ada Husni merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak atau Low Taek Jow kerana tidak mahu menamakannya.

"Tidak kira siapa yang menteri itu rujuk, ketua audit negara tidak pernah membersihkan isu 'AS$700 juta' dalam laporan awal. Sebaliknya pemindahan AS$700 juta menimbulkan banyak persoalan meragukan di mana ketua audit berkata mereka perlu menyiasat lebih lanjut sebelum membuat kesimpulan akhir," katanya.

Pua merujuk kepada pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa mereka mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi perdana menteri.

Pua, yang juga salah seorang ahli PAC mempertikai tindakan Husni sebagai membelakangi arahan ketua audit supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 1MDB.

"Mengapa menteri mempunyai keistimewaan untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum dan membuat kesimpulan mengenai laporan interim itu tetapi ahli PAC diarah supaya menutup mulut mereka," katanya yang mempersoalkan tindakan Husni itu.

Sementara itu, Pua juga mencabar supaya laporan 1MDB didedahkan kepada umum jika Putrajaya merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Jika menteri masih percaya beliau betul dan tepat, saya senada dengan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang menggesa laporan interim itu didedah kepada umum untuk dinilai," katanya.

Husni semalam membidas tuduhan melulu yang dibuat ke atas 1MDB dan mengatakan laporan awal ketua audit negara mendapati tiada bukti salah laku dibuat 1MDB atau bukti kewujudan AS$700 juta dipindahkan ke "individu tertentu".

Husni tidak merujuk kepada sesiapa mengenai kenyataannya tersebut, namun sebelum ini WSJ dan Sarawak Report sudah mendedahkan pemindahan tersebut membabitkan akaun Najib. – 15 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.RBwQkS7D.dpuf
...dengar berita bijan nak reshuffle cabinet, ramai pulak yang memperbodohkan diri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2015 12:51 PM | Show all posts
PenyokongNajib cakap ni semua tipu...semua cakap2 mulut je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2015 12:53 PM | Show all posts
kentel replied at 15-7-2015 12:51 PM
PenyokongNajib cakap ni semua tipu...semua cakap2 mulut je...

bukan ke macai felda pprt tu dah arwah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 12:54 PM | Show all posts
freebird replied at 15-7-2015 12:53 PM
bukan ke macai felda pprt tu dah arwah?

dia kan ade nick baru...multinick jgak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 12:54 PM | Show all posts
kentel replied at 15-7-2015 12:51 PM
PenyokongNajib cakap ni semua tipu...semua cakap2 mulut je...

lu la bodoh tertipu...

tempurung kapla besar tapi kosong...tarak otak.


Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 12:55 PM | Show all posts
hahaha...ade je anjing yang menyalak bila sebut MN...tulah kesat lebih jubo guna pasir kertas..tu butthurt lebey...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2015 12:57 PM | Show all posts
kentel replied at 15-7-2015 12:55 PM
hahaha...ade je anjing yang menyalak bila sebut MN...tulah kesat lebih jubo guna pasir kertas..tu bu ...

kan wa dah kata...lu bahlol senang tertipu....

keturunan tempurung kosong.


Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 12:57 PM | Show all posts
nak selamatkan bos, kena ler berbohong. sambil mengharap semua orang jadi bodo mcm lembu kondo dan percaya pada pembohongam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2015 12:58 PM | Show all posts
kentel replied at 15-7-2015 12:55 PM
hahaha...ade je anjing yang menyalak bila sebut MN...tulah kesat lebih jubo guna pasir kertas..tu bu ...

semua citer2 bahlol dari orang bahlol lu caya...

panas terbakar perut mak lu lahirkan bahlol taw...





Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau semua orang bijan, makin tenat negara ni dibuatnya. yg menentang adalah majoriti
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat rakyat vodoh kew...choiiii sgt...dpt kt abam mia ni mau dia moyan xsudah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 01:42 PM | Show all posts
Bawak bawak lah bersabar sehingga hasil siasatan keluar. Tak payah lak nak bertekak maseh terlalu awal untuk buat kesimpulan . Bila dah ada keputusan harap semua pihak boleh terima tak perlu pertikaikan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 01:48 PM | Show all posts
Banyaknya penipu, entah mana yg bercakap benar, mana yang berbohong...

Sambil tengok wayang sambil gelak jelah yang mampu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah comfirmla suchi murni abadi jibby ni..syukur
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 03:36 PM | Show all posts
kentel replied at 15-7-2015 12:51 PM
PenyokongNajib cakap ni semua tipu...semua cakap2 mulut je...

Ya semua ini tipu...semua ini poyo...

kan siasatan audit cakap semua clean...apa lagi kamu mahu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 04:05 PM | Show all posts
Bila BERSIH 4?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2015 04:09 PM | Show all posts
yang pasti salah satu mesti menipu... siapa salah, siapa betul... masing2 tak mo kalah... sudahnya rakyat juga yg merana..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 04:16 PM | Show all posts
Simunggu replied at 15-7-2015 03:36 PM
Ya semua ini tipu...semua ini poyo...

kan siasatan audit cakap semua clean...apa lagi kamu mahu ...

KETUA AUDIT belom buat apa-apa kenyataan, ye.
Yang cakap sumenya bersih, tiada yang tak berseih, kecuali
bersih sahaja tu, Menteri Kewangan 11 Ahmad Husni.
Ada beza ye, so jangan buat kesimpulan terburu-buru.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 05:20 PM | Show all posts
Kata tidak salah pulak ye?Byk tu masuk dalam akaun peribadi... sapa lah yang ada cash sebanyak tu?
Negara paling kaya pon tak dpat kot pindahkan wang sebanyak tu kedalam akaun PM depa.
Obama ada ke dapat duit sebayak tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.779753 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list