CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

[Dunia] Kren Tumbang di Makkah. Summary Tragedi page 1 Update

  [Copy link]
Post time 14-9-2015 04:34 PM | Show all posts
dzaraa replied at 14-9-2015 03:09 PM
projek mega tu, di bawah company Ben Laden...nak saman saman laa..mmg ant company yg terkaya d ...

ape maksud tender utk cleaning 1 riyal tu?
maksudnya buAt kerja tu hanya utk 1 riyal
serius saya x faham...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 04:49 PM | Show all posts
nolya replied at 14-9-2015 03:35 PM
Kesian maideen.  Hatinya bengkak mendengar kata2 kebaikan. Dah tu minat sungguh kat Hj. Mustapha A ...

Kita mustilah berbuat dan berkata kata yang baik tapi ingat , baik yang kita sangka bulom tentu baik tawwww.....prrrrrrrpfffftgh

Maideen~Susah nak kagum dengan tong kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 04:56 PM | Show all posts
haruslah replied at 14-9-2015 04:34 PM
ape maksud tender utk cleaning 1 riyal tu?
maksudnya buAt kerja tu hanya utk 1 riyal
serius saya ...

contoh: gov open tender utk permulaan projek...sekian..sekian...

company A cdg: 50 ribu riyal..... company B cdg 1 riyal je, so mesti gov ambil yg mana lebih murah laa kan?....

buat hospital kat malaysia
company A: tender...RM7juta....company B: tender RM4 juta..mesti gov. ambil yg company B...hi3..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:02 PM | Show all posts
Maideen. replied at 14-9-2015 04:49 PM
Kita mustilah berbuat dan berkata kata yang baik tapi ingat , baik yang kita sangka bulom tentu ba ...

Kalau apa yg kita katakan itu baik  tapi tak dianggap baik, itu terserah....... tin kosong pun kalau kena cara ketukannya boleh keluarkan irama yg menyenangkan.  Teserah kita mengolah ketukan dan bunyinya.  Tin yg berisi pun belum tentu isinya  berkualiti.  Boleh saja isinya kadaluarsa/expired.  Pun tak boleh dimakan dan perlu dibuang.  Dimakan jadi penyakit.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-9-2015 04:13 PM
Still saya tak/belum faham.  Elohim (Kavod HaShem) tu siapa.  Itu nama nabi bagi kaum mana pula.?
...

Kavod HaShem(YHWH) = Kebesaran Aollah

Elohim = Nama Aollah dalam bentuk plural (-im)
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:19 PM | Show all posts
EJALTI replied at 14-9-2015 02:20 PM
Ma seperti sudah tahu, renung kak long lama

AZURA MOHAMAD
Arwah, kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang akan bersara Februari depan seakan tahu ajalnya kian hampir dengan berperangai pelik ......
finally, seperti tak dapat ditahan2 lagi terkeluar juga ayat keramat agama melayu...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2015 05:21 PM | Show all posts
EJALTI replied at 14-9-2015 02:16 PM
Hajat mak meninggal dunia di Makkah

Wartawan Sinar Harian

Redha jika pengakhirannya di sana bukan bermakna nak mati dek oi, sila bezakan.

...dan definitely mak dia tak minta dihempap kren.

Tak tau lah ini anak dia atau wartawan yang bimbo.


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:24 PM | Show all posts
dzaraa replied at 14-9-2015 04:56 PM
contoh: gov open tender utk permulaan projek...sekian..sekian...

company A cdg: 50 ribu riyal.. ...

Out of topic sekejap, and purely on selection of tender.  Yg pernah saya fahamilah, kalau A offer tender 7K and B offer 4K, tak mesti kan B yg akan menang sebab offer 4K, optionnya mungkin  tak sebaik yg A boleh beri.  Misalan yg lebih simple ialah mcm ni.  Katakan saya ada percetakan buku yg nak ditender, A offer higher price because A akan cetak dgn high quality paper, 4 colour with hard cover.  B offer less quality paper dan less quality binding, soft cover.  So tak semestinyalah B boleh menang ye tak? Unless kalau both company boleh beri same quality product, yg termurahlah yg akan dipilih.  Isn't that so.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 05:33 PM | Show all posts
aku masuk sini nak tau update pasal mangsa-mangsa kejadian. tapi banyak komen bergaduh benda yg tak perlu pulak..    adoiiyaii.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:36 PM | Show all posts
mangsa yg hilang tu maksudnya hilang sbb dah hancur ke kena hempap?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 14-9-2015 04:13 PM
Still saya tak/belum faham.  Elohim (Kavod HaShem) tu siapa.  Itu nama nabi bagi kaum mana pula.?
...

Elohim...ni plural utk perkataan El (Tuhan)...ada sesetengah faham maksudnya Tuhan-Tuhan

Tapi dlm judaism...Elohim bermaksud Yang Satu -Satunya....Plural of Oneness...ini membezakan Aollah dengan Baal (berhala)..kerana El/Eloah/Yhwh (tuhan) juga merujuk kepada Berhala oleh penyembah berhala.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:50 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 14-9-2015 05:08 PM
Kavod HaShem(YHWH) = Kebesaran Aollah

Elohim = Nama Aollah dalam bentuk plural (-im)

SS nak katakan kalau apa yg u sebut adalah kisah2 yg ada kaitannya dgn nabi Musa a.s.  Aduh mak ai. Kisah yg berlaku jika ada kaitan dgn nabi Musa pastilah kisah yg berlaku beratus2 tahun sebelum lahirnya nabi Muhammad saw.  Kisah nabi Musa yg pernah saya tau hanyalah dari kisah 10 Rukun (The Ten Commandments, versi filem inggeris).  Setakat itu saja. Selebihnya tak tau. Tiba2 terdetik di hati saya untuk mengatakan bahawa SS cuba mengesahkan peristiwa2 yg ada dlm kitab Taurat, salah satu kitab yg wajib muslimin percayai.  Sori kalau selama ni saya curiga dan bertanya2 agama apakah SS ini. Andainya SS berpegang kepada kitab Taurat, maafkan saya kalau sudah tersalah sangka.
Pernah saya tertanya2 sendiri bagaimanakah pengajaran yg terkandung dlm kitab2 Taurat dan Zabur. (Tinggi benar kuriositi saya sedangkan pemahaman saya ttng kandungan al-Quran pun belum tamat). Kalau adapun mungkin susah nak dibaca, apalagi difahami.  Yg SS tuliskan dlm BI pun susah nak saya hadzam tapi kalau ada sesiapa yg bercerita, it shall be interesting.
Thanks again for the info.  


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dzaraa replied at 14-9-2015 04:56 PM
contoh: gov open tender utk permulaan projek...sekian..sekian...

company A cdg: 50 ribu riyal.. ...

Hahaha salah la untuk kerajaan malaysia tu.. mestila gov pilih tender A=7 juta..yang balance ejuta tu dah kawtim baik punye masuk poket..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:01 PM | Show all posts
nape bangkem tengok cuma muka makcik yang meninggal sorang tu je yang disebarkan dan dilabel sebagai "senyuman ahli surga"??

mentang2 tak jumpa gambar fotogenik makcik2 lain, lalu mereka diabaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dzaraa replied at 14-9-2015 03:09 PM
projek mega tu, di bawah company Ben Laden...nak saman saman laa..mmg ant company yg terkaya d ...

Mmg boleh saman menyaman..tapi bila fikir pulak procedure nak menyaman tu..keluarga lebih fikir redha..tapi kerajaan saudi aku harap tak lepas tangan dengan kelembutan hati rakyat malaysia...harap ade pampasan untuk keluarga walaupon yg meninggal tu usia mereka dah lanjut...aku harap begitula...celah gigi ajelaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-9-2015 12:17 PM
Sikap melayu yang sebeginilah yang disifatkan sebagai amat terpuji oleh ereb. Redho je... mana ere ...

Rakyat malaysia penuh kelembutan... kalau mereka redha saja dan anggap 1 kelebihan pd keluarga mereka yg meninggal mati syahid..bukan ke lebih besar ganjaran die... bila nak menyaman procedure die mcm2... melainkan kerajaan bantu free2 untuk keluarga mangsa...tau2 ja menang saman... tapi bukanla semudah itu... drpd kerajaan saudi mengharapkan org menyaman die...lebih baik kerajaan saudi umumkan pampasan kepada keluarga mangsa...keluarga mangsa tak payah pening2 kepala pikir...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2015 06:15 PM | Show all posts
Arab Saudi dikritik

13 September 2015
http://www.sinarharian.com.my/global/arab-saudi-dikritik-1.430342


Gambar yang diambil pada 5 Oktober 2014, menunjukkan kren gergasi yang digunakan dalam projek pembesaran dan menaik taraf Masjidil Haram. - Foto AFP


RIYADH - ARAB SAUDI. Susulan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, kerajaan Arab Saudi dihujani kritikan kerana didakwa cuai dan gagal mematuhi prosedur keselamatan pembinaan di tanah suci itu.

Pengasas Yayasan Penyelidikan Warisan Islam, Irfan al-alawi berkata, semasa kejadian terdapat 15 kren yang digunakan bagi kerja pembinaan untuk membesarkan Masjidil Haram.

"Mereka tidak mengambil berat tentang warisan dan mereka tidak mengambil berat tentang kesihatan serta keselamatan.

"Kren yang menghadap masjid menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan jemaah haji," katanya.

Sebelum ini, Saudi telah dikritik kerana memusnahkan beratus-ratus tapak bersejarah bagi memberi laluan pembinaan menara menghadap ke Masjidil Haram dan Kaabah lapor Press TV.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:25 PM | Show all posts
'Arwah ibarat ibu kedua kami'

14 September 2015
http://www.sinarharian.com.my/se ... kedua-kami-1.430816

  

SHAH ALAM - "Arwah ibarat ibu kedua kami", demikian luahan hati adik Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, jemaah haji Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas.

Siti Sarah, 30, berkata, kakak sulungnya itu merupakan tempat kesemua enam adik-beradiknya meluahkan perasaan dan semua masalah.

"Akak seorang yang pandai memberi motivasi, dia bijak menaikkan kembali semangat kami apabila kami dilanda masalah. Sikapnya yang lemah-lembut dan memahami pasti akan kami rindui," katanya dalam nada sebak kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Denai Alam, di sini, hari ini.

Siti Nurolshlizan meninggalkan suami, Mohd Fazlin Ismail, 37, serta tiga anak, Siti Nurul Najihah, 14, Siti Nurul Nadiah, 10, dan Eiman Basheer, 5.

Siti Sarah berkata, berita pemergian kakaknya itu dimaklumkan kepada keluarganya oleh Tabung Haji (TH) yang menghubungi Mohd Fazlin kira-kira 11.30 malam tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata, setakat ini, lima jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi itu.

Selain Siti Nurolshlizan, turut disahkan meninggal dunia ialah Rohana Ismail, 54, Munah Jusoh, 73, Rusiah Suar, 56 dan Zainun Taha, 69.

Kata Siti Sarah lagi, beberapa hari sebelum kejadian, kakaknya ada menghubungi beliau dan keluarga memberitahu bahawa dia ada berdoa di hadapan Kaabah memohon supaya ibu mereka, Siti Aisah Sheikh Hussin, 63, turut diberi peluang mengerjakan haji.

"Syukur doa itu dimakbulkan, tidak lama selepas kakak memberitahu hal itu, TH ada menghubungi ibu bahawa beliau terpilih untuk menunaikan haji, dan diminta menyediakan barang-barang kelengkapan.

"...dan syukur Alhamdulillah impian kakak supaya ibu dan ayah ke tanah suci tercapai," katanya.

Siti Nurolshlizan pergi menunaikan haji bersama ayahnya, Zolkifli Yusoff, 62, dengan menaiki penerbangan pada Rabu lepas dan dijangka pulang ke tanah air pada  16 Oktober ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:32 PM | Show all posts
Kren milik BinLadin Group


13 September 2015
http://www.sinarharian.com.my/gl ... adin-group-1.430346


Kren pembinaan tumbang di Masjidil Haram. Foto: AFP


MAKKAH - ARAB SAUDI. Kren yang digunakan bagi projek pembesaran dan menaik taraf Masjidil Haram adalah milik syarikat pembinaan keluarga Osama Bin Laden, iaitu BinLadin Group.

Difahamkan, syarikat itu sering mendapat projek mega di Arab Saudi dan disenaraikan sebagai syarikat pembinaan gergasi dunia.

Projek perluasan Masjidil Haram diumumkan Raja Abdullah bin Abdulaziz pada 2011 dan menelan kos lebih AS$60 bilion (RM260 bilion).

"Ada beberapa syarikat yang terlibat dalam projek mega ini namun sebahagian besarnya dimonopoli BinLadin Group," menurut laporan The Guardian.

Projek terbesar dalam sejarah pembinaan Masjidil Haram itu ialah untuk memperluas ruang solat kepada lebih 300,000 meter persegi dan mampu menampung sekurang-kurangnya 700,000 jemaah pada satu-satu masa.

Projek meluaskan ruang sembahyang yang bukan sahaja dilakukan di Masjidil Haram tetapi turut melibatkan Masjid Nabawi di Madinah menelan belanja lebih RM63 bilion, lapor The Guardian
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 06:34 PM | Show all posts
Raja Arab Saudi jamin siasat punca kren jatuh

13 September 2015
http://www.sinarharian.com.my/gl ... kren-jatuh-1.430371


Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud


RIYADH - ARAB SAUDI. Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz memberi jaminan akan menyiasat punca kren jatuh yang mengorbankan sehingga 107 nyawa di Masjidil Haram di Makkah pada Jumaat lepas.

Bercakap kepada wartawan selepas lawatan ke tapak itu, Raja Salman berkata pihak berkuasa akan mendedahkan hasil siasatan kepada orang awam sebaik sahaja punca kejadian dikenalpasti, lapor AFP.

Dalam pada itu, jurutera pihak pembangunan Masjidil Haram berkata pada Sabtu bahawa insiden tersebut adalah kehendak ALLAH dan bukannya disebabkan kesilapan teknikal.

Kren tersebut yang dilaporkan jatuh akibat hujan dan angin kencang pada jam 4.30 petang (waktu tempatan) juga mendatangkan kecederaan kepada lebih 200 jemaah yang lain.

Dalam perkembangan lain, beribu jemaah dilaporkan sudah tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah haji yang dijangka bermula pada 21 September.

Menurut pihak berkuasa Saudi, ibadah haji pada tahun ini akan tetap diteruskan seperti biasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-8-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.162774 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list