CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3144|Reply: 15

[Jenayah] Polis Siar Gambar Suspek Kes Tembak Bekas ADUN

[Copy link]
Post time 5-11-2015 08:02 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Imej lelaki pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disyaki penunggang motorsikal yang terbabit dengan kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah. Susulan penemuan CCTV ini pihak polis meminta orang ramai yang melihat dan mengenali suspek tampil membantu siasatan bagi mengenalpasti individu yang terlibat dalam kes tersebut. - BERNAMA

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu pada Khamis mendedahkan imej dua suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Alias Abdullah pada 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata imej dua lelaki yang sedang menunggang motosikal itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah kedai, berhampiran lokasi kejadian.



"Menerusi rakaman tersebut kami dapati kedua-dua suspek ini menaiki sebuah motosikal jenis EX5 berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran.

"Penunggang menggunakan topi keledar berwarna merah dan bervisor manakala pembonceng (penembak) juga mengenakan topi keledar warna yang sama berbaju warna putih dan memakai beg silang.

"Berdasarkan imej ini, pihak polis meminta orang ramai yang melihat dan mengenali suspek tampil membantu siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes tersebut," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini pada Khamis.



Menurutnya setakat ini 41 individu terdiri daripada anggota keluarga, rakan perniagaan, pemandu dan saksi bebas dipanggil memberi keterangan.

Pada 9 Oktober lalu Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya diKampung Alor Limbat Bukit Payong Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Dalam kejadian 2 petang itu mangsa yang berada di bahagian dapur rumahnya didatangi seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal lalu melepaskan satu das tembakan yang mengenai pipi kiri mangsa.



Jelasnya polis yakin kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat dan gerakan memburu kedua-dua suspek yang berusia sekitar 23 hingga 25 tahun ini sedang giat dilakukan.

"Kami percaya dengan rakaman ini dapat membantu kami mengesan suspek,"katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2015 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat tu lain Kali Sebelum nk bunuh mana2 orang jangan singgah mana2 kedai ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo based on tred lama psl.kes ni....ada yg kata mmg selayaknyalah arwah kene tembak
Sbb kes psl sekolah..kontraktor issue yg menipu sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 09:21 PM | Show all posts
harap dpt tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 11:13 PM | Show all posts
tengok mula mcm melayu~.....apa punya kejam..bunuh org pada hari jumaat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Xjelas sangat muka dia kena ttp dgn helmet.da mcm muka kawan aku plak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2015 08:16 AM | Show all posts
kalo aku nk bunuh org aku akan solek muka dgn beberapa parut yg nampak jelas dan real
lepas bunuh dah boleh cuci parut tu

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 08:17 AM | Show all posts
dah satu keje public pulak nak mencari org nih ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2015 10:01 AM | Show all posts
dah lari ntah ke mana ntah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 10:01 AM | Show all posts
ocho: dah satu keje public pulak nak mencari org nih ..


itu nama nya membantu..xrugi pun membantu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 02:28 PM | Show all posts
skrg tembak org simple je ya... helmet tak fullface pun dah boleh,baju tshirt je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 02:36 PM | Show all posts
mdhelmi replied at 6-11-2015 08:16 AM
kalo aku nk bunuh org aku akan solek muka dgn beberapa parut yg nampak jelas dan real
lepas bunuh d ...

mungkin bayaran dia dapat tak cukup nak beli make up?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 02:58 PM | Show all posts
semoga arang ramai beri maklumat jika ternampak
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 05:03 PM | Show all posts
Muda lagi aku rasa pembunuh ni ... mungkin lewat 20an atau awal 30an.
1.Rambut pendek .. mungkin ada kerja tetap
2.Misai nipis
3.Janggut nipis
4.No beard
5.Pakai helmet cekai/murah, mungkin pinjam
6.Berat dalam 65-70kg
7.Tak suka pakai jam - selalu org pakai jam tangan kiri
8.Hidung pesek
9.Hati kering.
10.Perut hijau.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih pembunuh ni lupuskn tshirt n helmetny lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 01:50 AM | Show all posts
Loxlaxman replied at 6-11-2015 05:03 PM
Muda lagi aku rasa pembunuh ni ... mungkin lewat 20an atau awal 30an.
1.Rambut pendek .. mungkin ad ...

itu kan suspek

tak confim lagi dia yang membunuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195664 Replies : 4529
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56191 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066143 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list