CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: d_dalia

Produksi A.Aida dan TV3 berpisah tiada..update:bln dpn 1 telefilem utk TV3

[Copy link]
Post time 18-11-2015 09:51 AM | Show all posts
si aida ni pernah buat drama halimah jongang.dari drama n tajuk yg dia buat nampak sangat target market group dia orang macamana.cukup meluat drama lawak yg pelik ciptaan a.aida ni.kiranya tv 3 ni dah jatuh standard boleh ambik drama drama tak bermutu asalkan boleh buat duit.tak boleh digest camne filem n drama cam tulisan a. aida ni boleh diterima masyarakat awam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 09:52 AM | Show all posts
cukup -cukuplah tv 3 jatuhkan pemikiran rakyat malaysai dgn cerita tak de isi dgn cintan cintun budak bbnu..walau rating tinggi tapi tak membantu masyarakat lah dgn cerita cerita khayalan n tak jana minda ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 09:56 AM | Show all posts
rasa rtm drama dia lagi bermutu la ni ..ada ciri -ciri membina otak masyarakat..kalau tv 3 dah jatuh standard.dulu drama tv 3 memamng best-best n membuka minda.bos yg tukang selek drama masuk tv 3 ni otak set set a.aida kot..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu drama2 dari kuasatek.. uncle md noor kadir, mana menghilang?? Dah takmo buat drama ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 10:04 AM | Show all posts
de_ikea replied at 18-11-2015 12:53 AM
Haah la. Mmg hantu tv sgt. Iols kagum dgn kebijaksanaan uols menghafal slot2 drama. Iols cuma tau  ...

haha..iols suka je slot zehra setiap jumaat..tp skang berturut-turut produksi heykal & faezah elai..sblm ni wadi skang tgh tayang kifarah mistik
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
d_dalia replied at 18-11-2015 10:04 AM
haha..iols suka je slot zehra setiap jumaat..tp skang berturut-turut produksi heykal & faezah elai ...

Kifarah mistik tu ntah apa2 je ceritanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-11-2015 10:06 AM | Show all posts
Lorra2411 replied at 18-11-2015 12:25 AM
oh, yang Lindsay Lohan tu erk. Herbie: Full Loaded. iolss suka drama tu, oh Justin Long  ...

yes betul..cite herbie tu..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 10:16 AM | Show all posts
kakasotong replied at 17-11-2015 04:01 PM
Yg meols perasan production house yg letak anak beranak as executive producers mcm global statio ...

haha..lupa lak, pena creative pun guna anak2..eh sama lah kita kaki tgk tv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2015 10:18 AM | Show all posts
barfi replied at 18-11-2015 02:05 AM
Kifarah mistik tu ntah apa2 je ceritanya

lain2 episode lain ceritanya..nak tunjukkan masyarakat kita percaya pada mistik tp semuanya ada kesan dan punca sebaliknya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:23 AM | Show all posts
gua rasa boss tv3 yg terima drama2 sampah a aida ni sama tahap iq rendah dgn a aida
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 10:25 AM | Show all posts
c===8 replied at 18-11-2015 02:23 AM
gua rasa boss tv3 yg terima drama2 sampah a aida ni sama tahap iq rendah dgn a aida

gua rasa lak..boss tv3 tu patut pencen dah sbb tak bleh nak beza antara sampah dgn bkn sampah..ala2 amnesia..haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:26 AM | Show all posts
RKIB : 30/11/2003
Mohd. Noor Kadir nafi kacau pengarah
Bersama Dean
Mohd. Noor Kadir yang mengetuai syarikat produksi Kuasatek Pictures (M) Sdn. Bhd., dilihat antara personaliti yang aktif menerbitkan drama televisyen dan filem tempatan.

Lulusan kejuruteraan elektrik ini membina pengaruh dan popularitinya sebagai penerbit drama televisyen disegani dalam tempoh sembilan tahun.

Beliau juga pernah menerbitkan filem Mr. Cinderella secara usaha sama dengan Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam. Kemudian diteruskan pula dengan filem Mr. Cinderella 2 yang sedang ditayangkan di musim Aidilfitri ini.

Mohd. Noor dikenali sebagai orang seni yang berjiwa besar. Beliau juga lantang ketika memberikan sesuatu kenyataan.

Ahli perniagaan berusia 50 tahun itu juga pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi dengan pengarah-pengarah yang pernah bekerja dengannya.

Selain menerbitkan drama dan filem, Mohd. Noor juga merupakan seorang penulis skrip. Hampir semua filem dan drama terbitannya menggunakan skripnya.

Saya bertemu dengan beliau lima hari sebelum Hari Raya. Pada pertemuan itu, Mohd. Noor berkongsi banyak perkara dengan saya dan memberi peluang kepada saya untuk menyiarkannya minggu ini.

DEAN: Saudara pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi dan orang menganggap susah untuk bekerja dengan saudara.

MOHD. NOOR: Terima kasih kerana bertanya saya soalan sebegini. Sebetulnya, susah untuk saya menjelaskan atau menceritakan hal yang sebenar kepada orang lain. Lantaran anda bertanya saya soalan ini apa yang mampu saya jelaskan ialah hanya orang yang memahami saya sahaja yang boleh bekerja dengan saya.

Tapi saudara sudah mencetuskan masalah dengan beberapa pengarah dan sudah pasti orang yang tidak kenal saudara berpendapat, semua ini berlaku kerana silap saudara?

Saya harus berterima kasih sekali lagi kepada anda kerana bertanyakan hal ini. Soalan ini amat penting bagi diri saya kerana sudah sekian lama subjek ini didebatkan. Dalam konteks kontroversi ini saya sebagai penerbit drama atau filem yang bertindak sebagai penulis skrip dan lakon layar perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan khususnya dalam bidang penerbitan yang saya ceburi. Oleh yang demikian, saya belajar dari bawah seingat saya sejak sembilan tahun lalu dan sehingga kini saya masih belajar.

Saya tidak membiarkan pengarah membuat kerja pengarahan dan hanya menunggu keputusan. Saya merupakan seorang penerbit yang bercakap dalam laras bahasa filem yang sama dengan seorang pengarah.

Anda semua harus faham masalah yang berlaku di kalangan pengarah-pengarah kita. Sebelum memikul sesuatu tanggungjawab macam-macam yang dijanjikan mereka dan mendakwa mereka faham segala-galanya.

Adakah ini bermaksud saudara turut turun ke lokasi penggambaran dan `campur tangan' secara langsung terhadap kerja-kerja pengarahan?

Tidak. Dalam hal ini saya harus jelaskan, setiap kali ke lokasi penggambaran, saya tidak pernah sama sekali campur tangan dalam kerja-kerja pengarahan. Sebaliknya, selepas selesai proses penggambaran, saya mengambil alih kerja-kerja produksi yang seterusnya terutamanya suntingan serta kerja-kerja menata muzik latar.

Ketika dalam studio banyak ilmu pengetahuan yang dapat dan kerana itu saya suka dan minat untuk meneruskan kerja-kerja post produksi di dalam studio selepas penggambaran.

Dalam hal ini juga, suka untuk saya menyebut seperkara lagi iaitu sebagai `arkitek dan tuan punya' produksi. Saya menyerahkan tugas-tugas untuk membina bangunan itu kepada kontraktor utama saya iaitu pengarah. Saya begitu menghormati pengarah dan saya cuba untuk tidak mengongkong kerja-kerja mereka.

Tetapi kenapa sehingga boleh berlaku pertikaman lidah sehingga terbawa-bawa ke pihak media?

Apabila pengarah tidak mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan, sudah tentu saya akan marah dan saya tegur mereka dengan harapan mereka akan memperbaiki kesilapan. Saya tegur pengarah-pengarah yang tersilap buat kerja sebagai anak atau adik. Apabila saya marah, sudah tentu mereka akan berkecil hati.

Suka untuk saya jelaskan di sini bahawa pengarah yang bertanggungjawab tidak akan tinggalkan kerja-kerja dia, sebaliknya, mereka akan terus berurusan dengan saya. Saya juga harap setiap pengarah akan lebih terbuka dalam pemikiran mereka selepas ini.

Saudara juga pernah beberapa kali `bertikam lidah' dengan pengarah yang pernah bekerja dengan saudara. Tidak lama kemudian, saudara mengambil kembali mereka bekerja, apakah situasinya masih sama?

Seperti yang saya sebutkan di atas saya menghormati pengarah yang bekerja dengan saya. Saya mengambil contoh Ahmad Idham. Dia merupakan produk `kelahiran' Kuasatek dan kami sama-sama mempunyai keserasian semasa bekerja. Pengarah seperti Idham mempunyai potensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Ketika tercetus kontroversi antara kami berdua, kami sama-sama berada dalam keadaan serba salah dan salah faham sehingga sukar untuk memahami konflik pada ketika itu.

Lantaran itu, hubungan kami terjejas dan berpanjangan sehinggalah kami bertembung secara tidak sengaja dan menyelesaikan masalah. Ketika pertembungan itu, masing-masing memulihkan hubungan yang terjejas secara profesional.

Alhamdulillah, saya boleh menerima apa sahaja keadaan dengan terbuka kerana saya sentiasa mengamalkan pemikiran terbuka dalam bekerja.

Tidakkah penglibatan saudara sebagai penerbit, penulis skrip, lakon layar, penata muzik dan penyunting menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan orang-orang di sekeliling termasuk krew kerana seorang bos melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh anak buah?

Alhamdulillah setakat hari ini tidak ada yang mengatakan bukan-bukan mengenai diri saya atau tidak ada yang mengatakan mereka tidak selesa dengan penglibatan saya. Sebaliknya, saya dapat melihat bahawa setiap kali kehadiran saya ke lokasi penggambaran khususnya akan menceriakan keadaan.

Saya sentiasa mengingatkan diri saya agar jangan sesekali terjerumus ke kerlipan glamor. Ketika di lokasi juga saya mendapat peluang sepenuhnya untuk meringankan fikiran melihat orang-orang lain bekerja.

Saya memberi kepercayaan dan kebebasan sepenuhnya kepada team penerbitan saya.

Kenapa saudara sendiri tidak mengarah drama mahupun filem sedangkan saudara melakukan kerja-kerja penerbitan yang lain?

Itu tidak mungkin berlaku. Saya mempunyai komitmen yang besar terhadap syarikat saya iaitu Kuasatek (M) Sdn. Bhd.

Di bawah syarikat induk itu, saya harus memberi tumpuan kepada empat anak syarikat lain yang benar-benar mengikat saya dengan masa. Rangkuman aktiviti-aktiviti dalam keempat-empat syarikat ini membuatkan saya tidak mungkin mengarah drama dan filem.

Lagipun, kerja-kerja pengarahan bukan mudah untuk dilakukan, ia memerlukan tumpuan yang sepenuhnya. Seorang pengarah tidak boleh mengarah drama atau filem dengan sesuka hati. Memadailah untuk saya menulis skrip dan lakon layar sahaja.

Banyak pihak yang meminta saya bertanya, saudara punya wang dan pengaruh, kenapa saudara tidak seghairah orang lain menerbitkan filem dengan lebih kerap atau bergerak sendirian tanpa perlu bergantung kepada orang lain khususnya sahabat saudara, Yusof Haslam?

Saya mengorak langkah berani dalam penerbitan filem dengan bantuan dan kerjasama Datuk Yusof Haslam dari Skop Productions. Masalah dengan saya ialah apabila saya sudah menjalin hubungan persahabatan, adalah sukar untuk saya mengkhianati persahabatan yang terjalin. Contoh paling utama apabila syarikat saya menerbitkan drama telefilem saya lebih selesa ke TV3 kerana kami saling memahami antara satu sama lain.

Datuk Yusof mempunyai kemahiran dan beliau sudah ada pengalaman yang luas dalam perniagaan filem. Banyak yang saya pelajari daripada beliau dan sehingga kini saya amat selesa dengan kerjasama pintar yang sudah sekian lama terjalin.

Kerjasama pintar yang amat jujur ini harus saya teruskan dalam waktu terdekat ini. Saya sedar yang suatu hari nanti saya harus bergerak secara sendiri tanpa perlu melibatkan Datuk Yusof lagi dan beliau sendiri sudah menyuarakan hal yang serupa.

Insya-Allah suatu hari nanti saya sudah pasti akan bergerak sendiri dan teringin juga mahu menerbitkan filem artistik.

Saya tahu orang juga banyak tanya sampai bila mahu terbit filem komersial semata-mata.

Dalam konteks ini saya percaya pada formula Datuk Yusof bahawa penerbitan filem komersial akan membantu penerbit seperti saya untuk berpeluang berkarya dengan lebih banyak pada masa hadapan.

Maaf andai soalan saya agak sensitif. Bagaimana dengan hubungan dingin saudara dengan Yusry Abdul Halim yang tercetus baru-baru ini?

Kalau ditanya saya soalan ini apa yang dapat saya jelaskan ialah hubungan kami masih di awang-awangan. Sehingga hari ini (lima hari sebelum raya) dia belum menghubungi saya. Saya faham keadaan dia dan saya juga faham bahawa Yusry tahu segala-gala yang berlaku mengenai kontroversi itu.

Masakan pula saya orang tua harus menghubungi dia. Pada saya biarlah dia dengan cara dia dan saya dengan cara saya. Mungkin juga di hari baik bulan baik ini, Yusry akan hubungi say



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 3.htm#ixzz3ro2c0QWS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:28 AM | Show all posts
Orix replied at 17-11-2015 10:42 PM
drama melayu sekarang berada di fasa kehancuran dek drama2 BBNU mcm filem2 indon yg hancusss zaman 9 ...

dalam hati ada cinta tu legend, memang lain dari yang lain masa tu tapi ada iras cerita hindustan sikit

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:30 AM | Show all posts
zaman kuasatek ni memang drama mohd noor kadir ada isi.memang patut pun .dia berpelajaran back ground elctrical engineer.so buat drama tak bodohkan masyarakat dgn drama kulit n picisan..tv 3 dulu banyak upkan drama dia slot cerekarama.lama tak dengar berita uncle ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:32 AM | Show all posts
dah lama bertahun tak layan drama2 mcm tu....cuma kali ni terlayan pulak anas mikael tu...tu pun sebab suka tengok lakonan zara zya tu...kelakar...puncanya tertengok marathon cerita tu lah...tapi mcm peliknya...rumah besar giler....opis pun bukan main mcm istana gitu....yg menyampah tengok lakonan sharmila tu....dgn makeupnya tebal gila...tak natural langsung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 10:35 AM | Show all posts
abbyhoney replied at 18-11-2015 02:32 AM
dah lama bertahun tak layan drama2 mcm tu....cuma kali ni terlayan pulak anas mikael tu...tu pun seb ...

rumah ziela jalil kan rasanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 10:45 AM | Show all posts
Edited by amansihat at 18-11-2015 11:12 AM

zaman arwah azean irdawaty slot cerekarama tv 3 zaman dulu best.set aida rahim,abang jalal.cerita menusuk kalbu.tertunggu je drama tv 3.la ni akak memang tak bukak sangat tv 3.tv 9 ok sikit kot.rtm better dari tv3 .akak perasan   media prima hanya tv 7, tv 8 ,tv 9 rancangan n slot show nampak ok.tv 7 pun ok.contoh akak tengok drama tv 8 ,drama china buatan malaysia.nampak ada class n menjana minda semua drama buatan malaysia.

tv 9 pun drama n slot rancangan dia ok.tv 3 dari nona,dari berita,slot drama,majalah 3.memang hauk amat sangat.harap boss media prima tukar lah bos kat tv 3.tv 3 tak sehebat dulu zaman 90 an.akak sentiasa tertunggu berita tv 8,majalh 3,nona,cerekarama,drama drama slot tv 3.tahun 2000 ke atas lepas farid redzuan jadi boss hancur.tv 3 ibarat tengok utusan malaysia.tak menjana minda n out dated.akak meluat dgn rancangan jom heboh tah apa-apa masuk live tiap sebentar.bagi akak tv 3 ni sampah.satu pun tak menarik.sekarang akak beralih ke ntv 7 ke tv 8 akak 8 tv.ikut peredaran masa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:48 AM | Show all posts
tapi 8 tv memang best.walau rancangan bahsa china tapi menjana minda.semua slot 8 tv bahasa china ,berita,drama,rencana,hiburan.memang setaraf dgn luar negeri.walau tak faham kadang tu tapi akak boleh tunggu bertangga kalau ada drama china buatan malaysia.rencana   china tv 8 pun ok.hiburan ok.tv 3 semua hauk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik layan slot Ratu TV9
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:53 AM | Show all posts
ooo drama pprt ni pompuan hidung selambak ni punya ekk? baru tau...tp den tak tgk pun drama ni...just tahu kepopularan drama ni je...bagi den,dari tajuk drama,den boleh kategorikan drama cheapsale gred E
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040807 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list