CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellejo

Bila Shift Malam

  [Copy link]
 Author| Post time 1-1-2016 02:25 AM | Show all posts
Kawasan merokok

Masih lagi kawasan merokok, belum lagi jadi kawasan vape-on bradah. Kecik je port merokok ni, pondok kecik yang boleh muat 10-15 org dalam satu masa.
Siang2 ada jadual merokok, tak boleh simply pegi merokok tapi malam wah wah wah kalo boleh tiap2 jam nak pegi.

Pengadu : Zuhairi, Anas

Asal stress je pegi merokok dua ekor ni. Yang lain merokok gak tapi dalam 12 jam tu adala  1-2 kali je pegi. Ni depa 4-5 kali pergi terutama pagi2 buta. Sejuk katanya dalam plant. Alasan semua tu, ngaku jela nak ngular. X marah pun, Iols pun selalu apa ngular, aku sangat memahami subordinate aku aku taknak dorang “dipaksa bekerja” dalam keadaan yg mereka tak selesa. Aku nak dorang happy bekerja mengikut cara dorang sendiri. Asal keje siap, aku ok je ko nak cigarette break 48 kali sekalipun.

Awal pagi, mencecah 5 pagi sebenarnya. Hari tu cuaca macam biasa je. Taklah sejuk mana pun, ok la kalo nak lepak luar. Lagi tenang dari dalam office.  Dua mamat ni gi la merokok ke pondok kecik nun. Ada tiga orang ketika itu termasuk diorang. Yang sorang lagi line technician. Kenal la juga deyols dengan mamat tu. Soon, a pakcik, a very odd , strange pakcik joined them for ciggi break. Tak bertegur namun terus duduk bersandar di tiang pondok dengan rokok daun.  Not old. Expected age around 50s, masih belum lagi warga emas.

Line tech ni (iols xkenal heshe) tanya sapa pakcik ni, tak penah nampak pun?
Zuhairi berkata ah biarlah, baru keje kot. Ah takpe aku tanya, pakcik keje bahagian mana?
Pakcik tu diam je.
Anas ni jenis pendiam dengan org tua, dia tak pandai nak start conversation sikit. Antisosial mcm aku jugak
Cubaan berborak gagal. Lagi satu jam nak balik. Dorang pun beransur masuk ke dalam kerana sejam sebelum balik, deyols kene submit report to me about the shift work status.

Anas menggenyeh rokoknya ke tanah dengan kaki, sambil dia memandang pakcik tu yang membelakangi diorang. Pakcik tu terus berkata aku lalu saja disini. Aku penat. Sana tu rumah aku sambil tangan orang tua tu menunjukkan padang luas yg jadi tapak binaan (nak buat gudang rasanya). Hanya dipisah dengan pagar palang besi.

Si Zuhairi ni bodoh alang sikit, pegi tegur tak nampak pun rumahnya. Si Anas dah menarik2 tangan Zuhairi sebab mana ada rumah, sini kawasan industri. Sedikit demi sedikit bau asap rokok semakin menyerupai bau kemenyan.

Aku balik dulu lah. Kata pakcik tu dengan nada selamba je , pakcik tu bangun, terus menuju ke padang. Dia tembus palang besi tu. Semua kecut perut terus masuk dalam. Aku tau cite ni pun lambat sebab aku dok bahan depa dah taubat tak pegi merokok memalam buta lagi. Sejak kawasan padang tu jadi kawasan construction, selalu penampakan pakcik ni. Orang bertuah je dapat jumpa heshe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2016 02:27 AM | Show all posts
Pokok Palma

Pokok palma chuols tau?  Banyak pokok palma kat sini. Daun jenis lebar2. Dari office aku boleh nampak taman ni. Aku tak duduk tepi tingkap, aku duduk cubicle tengah2. Usai solat maghrib, aku naik la ke office untuk charge laptop. Sambil tu, aku review next year performance matrix, dan mengimbas kembali what I have done wrong this year. Hmmm, ada dua perkara yang aku rasa nak meratap dibucu katil .  Aku salah purchase barang, barang tu dahla costnya hampir mencecah 250++ dollar. Tapi paling aku ralat, aku tak perasan ada glitch dalam sistem machineries tracking yang aku monitor menyebabkan sistem tu kucar kacir. Bila aku pull out report, baru aku perasan mana silapnya. Tu pun dah 3 hari.

Takpe2….next year aku akan bangkit . Konon je aku ni kikikki. Then aku terpandang meja kawan aku, sheols duduk dekat tingkap. Huiyooooo!! Sheols dapat bunga! Haishh dengkinya aku. Sheols takde,  keje siang. Aku pun apa lagik,,, pegi kat meja, then selfie dgn bunga sheols  lalu hantar kat group wassap. Saja nak bakar line sheols kasi hangin sebab caras bunga sheols
Cashlah kan tak bawak balik bouquet tersebot.

Aku perasan pokok palma kat taman bergoyang2 daunnya. Satu demi satu. Aku usha la. Angin kuat ke? Nak ujan ke? Aku risau sebab tadi aku datang naik moto. Tapi pokok2 lain tak goyang pun. Aku perati je pokok2 palma tu. Dia bergoyang tak serentak. Seolah2 ada binatang melompat dari sepokok ke sepokok. Tapi aku langsung tak nampak sebarang binatang. Cuma pergerakan daun yang bergoyang sangat kuat.

Aku taktaula binatang apa. Aku takut,yelah, aku sorang je kat opis time tu. Maghrib pulak tu. Sini mana ada binatang. Kucing pun tak dibenarkan. Kalo ada kucing, memang kene buru dengan pak guard kasi halau keluar plant
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 02:28 AM | Show all posts
Siri 5: Parking Lot and the darkness beyond.

Parking lot sini memang besar. Ada dua parking lot. Satu dalam plant, satu diluar gate. Yang dalam tak banyak story.Ada kes bercumbuan jelah . Yang best parking lot luar ni. Khas untuk golongan2 executive/engineer datang lambat (parking dalam penuh), operator/technician dan orang awam.
Besar parking yang luar ni. Kongsi dengan kilang lain. Tapi dah tutup dah kilang tu. So kami yang punya
Malam2 tak gelap sebab lampu banyak tapi berapa ketul je kete yang parking. Sunyi gila lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 02:31 AM | Show all posts
Bayang di tanah.

Pengadu: Nora

Nora ni baru je dapat baby. Dia mintak aku pindahkan dia keje siang secara fix, ataupun at least setahun dia keje shift siang. Aku taknak la tak adil pada yang lain sebab bukan dia sorang je yang mintak keje siang secara tetap. So aku mintak dia buat satu project yang ada cost saving atau at least berkaitan tool management dari segi 5 S. Dia berusaha jugala siapkan project demi nak keje siang. Hari kejadian, dia keje siang sebenarnya tapi balik lambat.

Dia balik malam. Exact time aku tak pasti. Lampu jalan neon ni kan kaler oren. So mestila ada bayang di tanah. Sapa kata takde bayang tu sila2 la kua rumah waktu malam
Dia berjalan kearah parking sambil bawak engineering sample untuk project sheols (sepatutnya dia tak boleh bawak keluar sample tu, ni buat aku mengamuk kat dia).

Disinari lampu jalan, bayang sheols di tanah, dia perasan. Satu perkara normal.
Dia perhati je. Entah kenapa dia rasa dia nak tengok bawah je pada hari tu.
Then dia perasan di sebelah bayang dia ada satu lagi bayang. Bayang tu nak memegang bayang sheols. Aku tak tau cemana nak describe, chuols imagine ada orang cuba pegang sheols tapi semua berlaku dalam bentuk shadow. Pening kan? Iols pun pening mulanya nak dengar penjelasan sheols.

Sheols pusing belakang. Mana tau penjenayah ke perompak ke. Who knows kan?

Tapi takde sesapa. Sheols tengok balik, ada lagi bayang asing tu. Masih cuba memegang bayang dia. Malah kali ni seolah ingin memegang bahagian leher shadow sheols.
Ntah apa yang dia pikir,sheols campak engineering sample tu kearah bayang asing tu sampai patah dua sample tu dan aku kene hantar ke supplier untuk buat baru, cost our unit more than 2k to replicate a new one.

Tapi regardless of her mistake, she did a very good job for a technician, you know. So I rewarded her, 6 month of keje siang. Actually I don’t buy her story mulanya, because we need a solid reason when involve money. Aku cakap dengan dia, kalo terjatuh cakap je terjatuh. Aku boleh terima. Then boss pada boss iols yang cina sendiri dah terkena few weeks after sheols kena tapi tak hardcore pun cina tu kene, just bayangan ikot heshe sampai kereta, iols pun kata dalam hati hokeh,,,,ko tak tipu aku Nora.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 02:33 AM | Show all posts
Langgar apa tadi?

Yang ni pada aku paling scary.

Pengadu : Rozaidi

Heshe bawak Preve.  Selalu dok cucuk aku beli preve sebab dia tau aku suka kereta sedan   . Tapi memandangkan Z ada Elantra, dan aku penah drive Elantra tu ke plant, aku cucuk dia balik supaya trade in Preve heshe dan beli Elantra . Heshe takkan berjaya hasut iols. Tak semudah itu hokeh anak johari akan terpengaruh dengan dakyah jualan2 dan promosi Silap haribulan chuols yang bakalan tewas.
Dia memang selalu cucuk aku beli kete proton, sebab ada ahli keluarga dia jual kete tak silap aku lah. Ramai jua beli kete melalui org2 yang heshe rekemen.

Malam kejadian, baru lepas gerimis actually. Heshe parking luar sebab ada org nak tengok Preve heshe. Aku pun tak pasti apa tujuannya. Takkan nak jual kot sebab baru juga heshe beli. Zaman2 plat WY… Dah habis tengok, dia tak masuk plant, dia terus drive keluar, dekat area parking ada bonggol terutama jalan pada side parking. Parking ni tengah2  ada more than 6  row of parking serong (I think more la, kosser nak kira), yang tepi2 semua side parking. Jalan dalam keadaan basah.

Dia drive slow la juga. Faktor usia mungkin Lalu satu bonggol. Sampai pada side parking area, heshe perasan something abnormal. Kenapa bonggol ni menyerupai orang baju hitam yang sangat tinggi dan terbaring? Heshe yakin tu bukan orang kerana apa gila tidor tengah jalan dengan tangan diqiamkan?


Heshe langgar je. Dia tengok cermin pandang belakang. Perlahan2 hilang menjadi kabus.
Pada wind screen, ada cop tapak tangan besar pada bahagian penumpang. Apa lagi. Full speed heshe. Heshe pasang wiper bagi hilangkan cop tu. Bagi aku, dia sangat berani. Kalo aku dah accident dah.

Iols cakap Preve heshe dah suwey. Elok jual jela
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 02:37 AM | Show all posts
Penyerupaan



Aku balik shift malam jam 6.00 pagi. Tapi biasanya keluar 6.15-6.30. Solat la dulu kan walaupun aku ni orangnya nan hado. Pergi balik boyfren iols amik. Kalo aku shift malam takla dia hantar balik sebab dia kerja siang. Dia amik kat plant then hantar sampai KTM yang menghala tempat keje heshe jelah then aku balik sendiri. Plant iols tak boleh masuk sesuka hati hatta nak amik orang sekalipun.Kene tunggu luar. Z sampai dalam 5.50 gitu. Aku tak sedor dia whatsapp da sampai sebab sibuk gossip dalam surau dgn operator   lagipun dalam silent mode kan.

Dah habis solat segala…aku tengok henpon..mak oiii melambak miss call dengan whatsapp dan segala mak nenek messaging application. Kelam kabut aku kluar plant pegi carik dia. Dia parking agak jauh dari exit gate. Haishh jantan gayah patah riuk ni saja je buat aku jalan jauh.
Dari kejauhan aku dah agak akan terjadi pergaduhan sebab tanda-tanda dia marah, dia mesti genggam stereng walaupun kereta tak bergerak   

Aku masuk je kereta dia terus menyergah “weh pempuan. Ko pegi mana tadi? Asal aku panggil tak menyahut?  Buang masa betul. Kalo kuar cepat, boleh balik cepat, sempat pegi makan.

Aku dengan kepala hangin aku mulala menjawab, “ko ingat aku macam ko tak sembahyang? Cash setepek kena kat dia. Aku baru keluar ni kan? .”

“Aku solat tapi lambat. Kat opis nanti. Kene depan ko ke kalo nak sembahyang? Baik ko jadi berhala je macam tu.” Ibarat sedang main badminton, Z service balik kat aku.

“Yang kau nak marah2 aku kenapa? Ko tak nampak aku baru keluar? Aku datang dari arah mana? Macam biasa la aku kluar 6suku paling awal. Kau mmg nak makan carutan ke apa dari aku ni.” Maki ku dengan cara berhemah.

Dia pandang depan kembali. Tak pandang pun aku. Aku mula rasa “alamak..did I hurt him? Dia nak kasi aku silent treatment kah?” Getus hati kecilku.
Then he just drive.

Sampai jalan utama, dia kata “aku nampak kau jalan kaki kearah kilang yang dah tutup tu.  Aku panggil, sampai aku kene kluar dari kereta semata2 nak panggil kau tapi kau buat tak tau je. Aku konpem tu kau”

Aku membalas “Gila kau aku nak jalan situ?Sana mana ada orang. Guard pun tak pergi situ.

“ Muka kau tapi baju lain. Cuma ko jalan, pandang depan je. Kalau ada pokok, aku rasa pokok tu pun kau langgar.
Aku jadi pelik tadi bila tengok baju kau lain, bila pikir balik, kau takkan pakai baju macam tu. Jubah longgar. Ah biarlah… malas nak pikir. Kau tu nobody  je pun.” ,balas Z tanpa berfikir akan akibat berkata demikian terlebih dahulu.


Oh yeke? Hmmm…memang ada selalu dengar ada yang menyerupai orang kat parking ni. Tapi orangnya yang sebenar kat tempat lain. Aku kata kat dia camtu. (tak sangka pula kali ni adalah aku, kata workers,kalo rasa lain macam dengan seseorang yang kau kenal… selagi orang tu tak tegur kau,kau takpayah tegur lah. Buat je hal sendiri.)


Aku pun usik dia.
Ellejo: “Cemana ko tau yang dalam kereta ni awek kau yang real? Uuuuuuuu”
Z: “Mana satu yang ada perangai menyakitkan hati tu la yang real.”


Kurang ajar………

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-1-2016 02:45 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 31-12-2015 05:34 PM
eh...really sis?
big congrats to both of you!!
especially you

laga knuckle dengan dean winchester ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 02:49 AM | Show all posts
hest replied at 31-12-2015 02:07 PM
hahahahaha... ouh alam sana pun ada pprt bagai eak? wak  maslan ada tak kat sana ? cer ko tanya  ...

ahakkk

aku rasa la sebab aku penah baca alam sana ada raja jin sistem monarki segala masa ada thread kat CI kot pasal kapal terbang hilang yang kononnya ada ostad datang jumpa raja jin di borneo.

Moga2 tak salah,,,nanti mendapat cash pula iols malu kalo salah teka bab sistem monarki tersebot.

Kalo salah jangan tembak iols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2016 02:51 AM | Show all posts
Edited by ellejo at 1-1-2016 02:53 AM
puccafan replied at 31-12-2015 08:54 PM
Tingginya sis ellejo. Macam model
Congrat with ur engagement

175. tinggi average asian men.so kalo amik gambar group, mesti kene amik gambar sebaris dgn laki agar gambar lawa ikot susunan.

bapak iols tinggi.6 kaki 3 inci. 188cm.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 02:56 AM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 31-12-2015 10:55 PM
Hikhik pasti rindu2an dengan chuolssss.

Btw congrats for ur engagement!

thanks sis. Moga dapatla sarong cincin sabtu ni  


iols sudah tepek. Iols cuba jadikan tak berapa seram agar chuols semua tak terbayang dan jadi takot. Cuma berkongsi cite paranormal sajork lah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 03:05 AM | Show all posts
thanks sume for baca cite iols walaupon tak seseram tered lain.
Iols kongsi saja sis
moga sis sekalian tak terbayang2 kalo sensorang atau dalam toilet sebab iols ngerti perasaan itu. Iols selalu terbayang cite2 yang dibaca di MPS kalo dalam toilet
Nak berak pun tak senang

Iols bukanlah akhiri tered ini.  
Cuma dah itu je yg iols dapat kongsikan. Ada nanti, iols tepek lagi dan lagi.
Sebab iols akan keje malam sampai end of March. Then back to office hour. Panjang lagi perjalanan iols dalam shift malam. Bertahan cume kerna duit. Mata duitan sangat iols ini


Ada cite chuols shift malam. Share la.
Mana tau kita satu company sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 05:45 AM | Show all posts
ellejo replied at 31-12-2015 05:18 PM
x.

weekend ni majlis engagement iols with him.

Congrats ye Elle

Semoga kekal dan bahagia..

Happy New Year 2016 and best wishes dearie
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 05:48 AM | Show all posts

memang padan u dengan Z ni elle.. hehehe dah la dua-dua cas terjal berani...

pastu terer attack mengattack, balas membalas hehehe... buku meets ruas gittew

opposite attracts
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Congrats sis n z..semoga berbahagia hendaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dek... ko xnak pakai tech lg ke? Tgh cari keja ni.. sob..sob..sob..

Pm tepi plz..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats elle! Nanti sambung lagi dan lagi ok,best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2016 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
grilledmushroom replied at 1-1-2016 05:45 AM
Congrats ye Elle  

Semoga kekal dan bahagia..

thanks chuols.Moga 2016 lebih mencabar dan bahgia.

less paranormal activity pls. jujur iols kata iols banyak Sgt terkejut, takot effect jantung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
grilledmushroom replied at 1-1-2016 05:48 AM
memang padan u dengan Z ni elle.. hehehe dah la dua-dua cas terjal berani...

pastu terer attack ...

dia dah terbiasa dgn perkara2 mcm ni. bekas budak SBP la katakan. bolehla dia berani sikit2. asrama dgn angker ibarat member baik.


kita sbg pempuan tak boleh tunduk pada laki selagi belum jadi isterinya. jadi apa lagi, attack dia balik

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
zeed replied at 1-1-2016 10:23 AM
Congrats sis n z..semoga berbahagia hendaknya..

makasih sis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2016 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kekkeladi replied at 1-1-2016 12:13 PM
Dek... ko xnak pakai tech lg ke? Tgh cari keja ni.. sob..sob..sob..

Pm tepi plz..

contract ada la. permanent intake tengah freeze skarang ni.

kalo chuols rela dianak tirikan, iols sedia membantu.
biasanya budak2 baru dia kasi shift malam terus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.113960 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list