CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK

 Close [Copy link]
Post time 10-1-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ismaha replied at 10-1-2016 01:50 PM
Kerana tarikh semakin mengdekati mereka....

Hahaha.. ko saje kn psyco....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 02:06 PM | Show all posts
ismaha replied at 10-1-2016 01:47 PM
Yela sekrng
Tak saboooo nak bacaaaa ahjushiiiiii muka kemut2 sbb tesepit tuuuuuu

choyyyyyyyyyyyyyyy la ko, PROF @ismaha !!!!!! tak nak la submit arini kalo gini!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
rukiaichigo replied at 10-1-2016 02:06 PM
choyyyyyyyyyyyyyyy la ko, PROF @ismaha !!!!!! tak nak la submit arini kalo gini!!!

Ko buat ahjussi mana kia.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 02:46 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 10-1-2016 02:37 PM
Ko buat ahjussi mana kia.......

hahahahaha.... wait & see je la aku nyer research projek saper. satgi aku submit!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 03:20 PM | Show all posts
Edited by rukiaichigo at 10-1-2016 03:21 PM

YOO JUN SANG, SI MENANTU LELAKI PILIHAN
Penulis: rukiaichigo (dan sepertimana yang telah diceritakan oleh Hong Eun Hee)



Figure 1:  Yoo Jun Sang, pelakon lelaki Korea Selatan


        Annyeong hasae yo dan selamat sejahtera, semua. Saya, Hong Eun Hee, salah seorang pelakon kelahiran Korea Selatan yang merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak lelaki. Saya baru sahaja selesai menjalani sesi latihan dalam program realiti televisyen “Real Men: Female Soldier Special - Season 1” pada tahun yang lepas. Ya, saya merupakan isteri kepada menantu lelaki pilhan di Korea Selatan, Yoo Jun Sang. Setelah dipujuk oleh Cik rukiaichigo dalam membantu dia bagi menghasilkan projek penyelidikan untuk Universiti Gangnam, dengan berbesar hati saya setuju. Di samping itu, dapat juga saya mengasah bakat penulisan saya dengan menulis tentang Yoo Jun Sang, suami saya sendiri. Seharusnya saya juga ingin setanding dengan suami saya dalam kebolehan berkarya setelah beliau berjaya menghasilkan sebuah buku berlatarbelakangkan pahit getir hidup beliau sepanjang 20 tahun bermula dari zaman beliau bergelar penuntut universiti, semasa di dalam beberapa produksi drama mahupun filem sehinggalah mengupas kisah peribadi beliau yang bertajuk “The Invention of Happiness”.


Video 1: Di majlis pelancaran buku “The Invention of Happiness”. [Showbiz Korea] [credit: Arirang K-Pop]

        Beliau merupakan seorang yang berbintang berbintang Sagittarius yang lahir pada 28 haribulan November 1969. Sekiranya mengikut kalendar Lunar beliau telah pun menginjak ke usia 47 tahun pada bulan November yang lepas tetapi mengikut kalendar Masihi, suami saya itu baru sahaja berusia 46 tahun. Walaupun jarak usia kami yang agak jauh, tetapi cinta itu buta bukan. Apa yang penting kepercayaan dan tanggungjawab masing-masing terhadap keluarga dalam mewujudkan keluarga yang harmoni. Ini terbukti setelah berumah tangga hampir 13 tahun sejak dari tahun 2003, kami telah dikurniakan dengan sepasang anak lelaki yang diberi nama Yoo Dong Woo dan Yoo Min Jae.

        Merupakan seorang graduan dari Universiti Dongguk, beliau telah berjaya memperoleh ijazah sarjana muda dalam ‘Theater & Film’ manakala ijazah sarjana dalam ‘Theater Arts’. Sehubungan dengan itu, beliau kini dilantik sebagai salah seorang ahli fakulti sepenuh masa di Korea Arts Institut sejak 2010. Saya bukan ingin mengongkah dagu memuji suami saya sendiri tetapi seantero peminat drama korea memang mengetahui betapa berbakatnya beliau. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah beliau juga cukup terkenal dalam kelompok peminat-peminat teater muzikal. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa suami saya pandai menyanyi sehinggakan telah berjaya menghasilkan beberapa album sepanjang penglibatan beliau di dalam industri. Di samping itu, beliau juga berkebolehan dalam menari jazz dan ballet serta bermain beberapa alat muzik seperti gitar, saksafon, biola dan piano.

        Walaupun beliau telah pun debut dalam bidang lakonan sejak 20 tahun dahulu melalui ‘SBS 5th TV Actor Contest’ pada tahun 1995, nama beliau semakin melonjak naik setelah membintangi drama hujung minggu “My Husband Got Family” di mana beliau berganding bersama Kim Nam Joo. Dari drama ini, beliau yang membawa watak sebagai Terry Kang mendapat jolokan menantu lelaki pilihan di Korea Selatan. Saya juga muncul di dalam drama tersebut sebagai salah seorang pelakon jemputan di dalam episod 18 sebagai seorang pelakon yang agak sombong, sebagai sokongan saya kepada suami dan drama tersebut. Sememangnya semua ini tidak dijangka kerana beliau telah berehat dari muncul di kaca televisyen selama lima tahun disebabkan beliau lebih tertumpu di layar perak serta aktif di pemantasan teater. Di antara pementasan teater yang pernah beliau lakonkan adalah The Three Musketers, Jack The Ripper, The Days dan muzikal terbaru adalah Robin Hood. Saya difahamkan bahawa semasa lawatan Cik rukiaichigo ke Seoul pada bulan Mac tahun lepas adalah didorong untuk menonton Cho Kyuhyun dari kumpulan Super Junior dalam muzikal Robin Hood, di samping untuk menonton suami saya di dalam muzikal yang sama. Walaubagaimanapun rezeki Cik rukiaichigo tidak menyebelahinya kerana jadual lakonan Kyuhyun tiada yang bertindih dengan beliau. Cik rukiaichigo hanya dapat menonton lakonan Kyuhyun di samping pelakon Uhm Ki Joon. Semoga Cik rukiaichigo dapat melihat lakonan suami saya secara langsung di dalam teater beliau yang akan datang.  


Figure 2: Yoo Jun Sang sebagai Robin Hood di dalam Robin Hood Muzikal


        Menerusi drama “My Husband Got Family” juga, beliau telah berjaya menggondol Top Excellent Awars (Actor) dan Best Couple Award (dengan Kim Namjoo) di KBS Drama Awards 2012 serta Excellent Award (Actor) dan Top Popularity Award di 1st K-Drama Star Awards 2012 (kini ditukar ke APAN Star Awards). Pada tahun ini beliau telah berjaya meraih anugerah Top Excellence Award (bagi Mid-length Drama) menerusi drama “Heard It Through the Grapevine” di SBS Drama Awards 2015. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik bagi filem “Wide Awake” di Grand Bell Awards pada tahun 2007. Menerusi watak beliau sebagai seorang pendakwa raya yang sinis di dalam filem misteri blockbusterMoss” yang diadaptasi daripada siri komik popular secara atas talian juga telah berjaya mengangkat beliau sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Buil Film Awards dan Chunsa Film Awards pada tahun 2010. Kejayaan beliau bukan sahaja telah diraih di peringkat Korea Selatan tetapi juga di peringkat antarabangsa di mana beliau bersama-sama pasukan produksi filem “Ha Ha Ha” telah berjaya menggondol anugerah “Top Price” di dalam anugerah ‘Un Certain Regard’ yang merupakan salah satu seksyen bagi Cannes Film Festival 2010 di mana anugerah tersebut mengangkat filem-filem yang dihasilkan dalam pelbagai jenis visi dan gaya yang menegaskan konsep “original & different” daripada seantero dunia. Disifatkan sebagai seorang yang baik, pengarah filem Hong sang Ho sekali lagi telah memilih beliau bagi membintangi filem arahan pertama English “In Another Country” bagi Pengarah Hong di samping pelakon dari Perancis Isabelle Huppert.


Figure 3: Bersama pengarah dan barisan pelakon-pelakon In Another Country semasa Cannes Film Festival


   
Figure 4: Semasa beliau tiba di karpet merah pada SBS Drama Awards 2015 bersama pengacara Lee Hwijae dan pelakon Im Jiyeon. [credit: dramabeans]


        Buat julung kalinya, beliau berjaya menempatkan diri sebaris dengan pelakon-pelakon hebat yang lebih junior dalam CARI K-DRAMA AWARDS 2015 bagi merebut bagi gelaran Pelakon Lelaki Terbaik bersaing sengit dengan pelakon Ji Chang Wook, Ji Sung, Joo Won dan Kim Rae Won. Nama beliau juga terselit bagi kategori Popular Ahjusshi dan bersaing dengan pelakon-pelakon hebat Choi Won Young, Jung Woong In, Kim Sang Ho dan Shin Jung Keun. Menerusi drama “Heard It Through the Grapevine” pula bakal bersaing dengan drama “Punch”, “She Was Pretty”, “Kill Me Heal Me” dan “The Producers” bagi merebut dalam kategori PD Award For The Best Ensemble Casts yang baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini. Saya berharap beliau berjaya merebut sekurang-kurangnya satu anugerah dalam CARI K-DRAMA AWARDS 2015 yang mana merupakan satu-satunya anugerah drama tersohor bagi peminat-peminat drama Korea Selatan di Malaysia yang dijalankan sepenuhnya secara atas talian.

        Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan berkenaan suami saya di dalam artikel ni. Saya sudah agak terlewat untuk mengambil anak saya pulang dari sekolah selain menyelesaikan kerja-kerja di rumah. Memang tidak sedar masa berlalu sepanjang saya menaip, mungkin situasi sama semasa beliau menghasilkan buku pertama beliau itu. Semoga hasil penulisan saya serba sedikit dapat membantu Cik rukiaichigo dalam menarik minat juri-juri untuk membuat penilaian markah yang telah ditetapkan, di samping dapat menambah peminat suami saya di Malaysia khususnya melalui artikel ini. Saya juga berdoa semoga Cik rukiaichigo dan rakan-rakan yang lain akan lulus dengan cemerlang serta berjaya menggenggam segulung ijazah dari Universiti Gangnam. Sekian sahaja daripada saya dan keluarga, semoga berjumpa lagi. Annyeong…..




klik di sini untuk artikel penuh yang telah diPDFkan: YOO JUN SANG
cc: prof @dauswq dan prof @ismaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
rukiaichigo replied at 10-1-2016 03:20 PM
YOO JUN SANG, SI MENANTU LELAKI PILIHAN
Penulis: rukiaichigo (dan sepertimana yang telah diceritaka ...

Daebak...... kia..

Well done...

Terasa kerdil.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2016 03:24 PM | Show all posts
Edited by rukiaichigo at 10-1-2016 03:25 PM
runaway_dida replied at 10-1-2016 03:23 PM
Daebak...... kia..

Well done...

aik, dh selesai baca ke??? hahahaaaaaaa... aku mmg dok goreng je aper yg aku jumpa lepas tnya pakcik google...   anyway, thank uuuuuuuu... cepat la submit Did nyer research project!!! nk tumpang sekaki baca jugak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
rukiaichigo replied at 10-1-2016 03:24 PM
aik, dh selesai baca ke??? hahahaaaaaaa... aku mmg dok goreng je aper yg aku jumpa lepas tnya pakc ...

Haha idea xda lg kia..

Tp kira hebatla ko mengarang...

Nnt pas bce korg2nye kot2 muncul la idea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 03:33 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 10-1-2016 03:30 PM
Haha idea xda lg kia..

Tp kira hebatla ko mengarang...

mengarang sambil menggoreng!!!! ko dh ada subjek yg nak di'research'kan ke belum tu?? ala, pilih je sesaper pun. aku ni pun xtau la mcmaner boleh pilih yoo junsang, padahal bukan boleh dikategorikan sebagai peminat dia pun!!! hahaha... xper, ada masa lg seminggu nak korek2 idea kan!!! fighting!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 05:45 PM | Show all posts
Quiz Kuliah No. 4

1. Kategori : Best Actor
Secara keseluruhannya, dalam kategori ‘Best Actor’ dua aktor iaitu Ji Sung dan Joo Won sahaja yang pernah tercalon untuk kategori terbaik/popular sejak CARI Kdrama Awards dianjurkan. Manakala, ini adalah pencalonan kali pertama untuk Ji Chang Wook, Kim Rae Won dan Yoo Jun Sang.

Rata-rata fans kdrama Malaysia kali ini telah memilih aktor dari drama yang bukan dari genre cinta tetapi lebih kepada drama yang fast-paced, action-packed, jalan cerita yang misteri dan mendebarkan yang menggembirakan hati dan minda.

Tapi apakah faktor aktor-aktor tersebut berjaya tercalon dalam senarai top 5?

Ji Chang Wook – Healer
Dalam drama ni, Ji Chang Wook berjaya membawa kepelbagaian watak: dari 'transporter' misteri yang badass & action-packed, menyamar jadi wartawan yang bodoh2 alang pada mulanya kemudian bertukar menjadi wartawan yg berwibawa setelah rahsia Healer terbongkar dan 'lover' yang romantik. Secara keseluruhan, watak Healer/Park Bong Soo/Jung Hoo yang fast-pace, tidak membosankan, penuh misteri menjadikan drama ini sangat menarik untuk ditonton.

Ji Sung - Kill Me Heal Me
Stellar performance. Ji Sung berjaya tackle ketujuh-tujuh personaliti Cha Do Hyun dengan begitu baik sekali. Flawless. ‘chemistry’ diantara Ji Sung dan heroin dalam drama ini memang meletop dan membuatkan drama ni  sangat mengujakan. Kehebatan lakonan Ji Sung memang telah terbukti dalam drama2 beliau seperti Secret Love, Protect the Boss, Swallow the Sun, the Great Seer. Ji Sung pernah memenangi kategori aktor terbaik untuk drama Secret Love dalam CARI Kdrama 2013.

Joo Won - Yong Pal
Lakonan penuh aksi sebagai pakar bedah yang menawarkan servis secara rahsia kepada yang memerlukan dilakonkan dengan baik sekali oleh Joo Won. Lakonan Joo Won berjaya menambat hati fans kdrama  Malaysia apabila beliau satu-satunya pelakon yang tercalon untuk kategori aktor terbaik sebanyak tiga kali sejak CARI Kdrama Awards dianjurkan pada tahun 2012.

Kim Rae Won – Punch
Daebak - lakonan yang sangat menyakinkan sebagai Prosecutor Park Jung Hwan dan sebagai pesakit barah otak.

Yoo Jun Sang - Heard It Through the Grapevine
Lakonan beliau sebagai chaebol dan ketua keluarga kaya dan ternama yang tegas dan perfectionist sangat menyakinkan. Walaupun watak tersebut dianggap 'monotonous' tetapi telah berjaya digarap dengan baik oleh Yoo Jun Sang. Sebagai calon yang tertua dalam kategori ini, pengalaman berlakon beliau memang melebihi dari calon-calon yang lain.

Aktor-aktor yang tercalon  mempunyai ‘fair share’ untuk menang berdasarkan kekuatan watak yang dilakonkan.

Pilihan saya aktor yang layak untuk menang ialah Ji Sung – Kill Me Heal Me. Ini berdasarkan lakonan beliau yang begitu mantap dalam membawa kesemua tujuh watak. Dengan permainan emosi dalaman yang menyakinkan bersesuaian dengan body language, expressi wajah dan mata.

2. Trivia

1.  Joo Won telah dicalonkan sebanyak dua kali dengan watak sebagai doktor iaitu drama Yong Pal (2015) dan Good Doctor (2013).

2.  Ji Chang Wok, Kim Rae Won dan Yoo Jun Sang pertama kali tercalon untuk kategori Aktor Terbaik sejak CARI Kdrama Awards dianjurkan.

3.  ‘The King’s Face’ merupakan drama sageuk pertama dicalonkan untuk kategori ‘Best Cinematography’

4.  Nam Da Reum dan Lee Do Hyun telah tercalon sebanyak dua kali untuk kategori ‘Popular Child Actor’ sejak CARI K-drama Awards dianjurkan pada tahun 2012.

5. ‘Scholar Who Walks the Night’ merupakan drama sageuk pertama dicalonkan untuk kategori ‘Best Memorable Scene’.

@dauswq

research paper on the way...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 06:02 PM | Show all posts
rukiaichigo replied at 10-1-2016 03:20 PM
YOO JUN SANG, SI MENANTU LELAKI PILIHAN
Penulis: rukiaichigo (dan sepertimana yang telah diceritaka ...

ini ke ajusssi yg ko kata tue... boleh thnlah..dia ada masuk calon kt kdrama awards thn nie..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 06:05 PM | Show all posts
rukiaichigo replied at 10-1-2016 03:33 PM
mengarang sambil menggoreng!!!! ko dh ada subjek yg nak di'research'kan ke belum tu?? ala, pilih j ...

ko dah tgk ke drama ajussi nie berlakon.. byk yg bagi review yg baik untuk drama dia heard it through the grapevine..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:41 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 10-1-2016 06:02 PM
ini ke ajusssi yg ko kata tue... boleh thnlah..dia ada masuk calon kt kdrama awards thn nie.. ...

yalor, ni la ahjusshi nyer. hahahaha... yup, tu yg aku letak sekali dlm artikel aku psl dia compete dlm CARI KDRAMA AWARDS 2015!! hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:44 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 10-1-2016 06:05 PM
ko dah tgk ke drama ajussi nie berlakon.. byk yg bagi review yg baik untuk drama dia heard it thro ...

drama tu aku x tgk pun. kalo ko nak tau, aku pilih dia mmg bukan based on aku minat dia atau tidak. aku cuma pilih randomly pelakon yg aku rs nama dia kurang naik dikalangan peminat kdrama di Malaysia, tapi dia nyer achievement mmg byk!!! kire salah satu cara aku nk suh org lain menarik minat nk tgk drama2 dia la. hehe... aku dh mention kan sblm ni Han Hyojoo pun termasuk dlm list utk aku buat esemen ni tapi top two listed adalah Jeon Do-yeon & Yoo Jun Sang di mana akhirnyer aku pilih ahjusshi Yoo Jun Sang! hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 08:46 PM | Show all posts
Edited by rukiaichigo at 10-1-2016 09:02 PM

hahaha. siyes,aku xtau pun ahjusshi yoo junsang tu jd mc sekali dgn lee hwijae & im jiyeon kat sbs drama award! kalo x mmg dh mention sekali dlm artikel aku. ingatkan gmbr dia dgn dorg berdua kat red carpet tu cuma tumpang sekaki join dorg masuk majlis je!!!! kekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh my...
Oh my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
daebaklh...semua yg anto asignment...x leh nk chalen dah....nk karang pun x de idea ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
rukiaichigo replied at 10-1-2016 08:46 PM
hahaha. siyes,aku xtau pun ahjusshi yoo junsang tu jd mc sekali dgn lee hwijae & im jiyeon kat sbs d ...

br tgk ajushi ni kt sbs one...baca artikel ruki ni br kenal pakcik ni....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 11:54 PM | Show all posts
naqibnasuha replied at 10-1-2016 11:41 PM
br tgk ajushi ni kt sbs one...baca artikel ruki ni br kenal pakcik ni....hehe

hehehehe... aku pun xtau lgsg yg dia jd MC kat sbs drama awards tu sehingga lah aku tertgk td kat ONEHD!!! kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 12:16 AM | Show all posts
rukiaichigo replied at 10-1-2016 08:44 PM
drama tu aku x tgk pun. kalo ko nak tau, aku pilih dia mmg bukan based on aku minat dia atau tidak ...

baguslah.. pasal peminat kdrama kurang prihatin pasal actor2 veteran.. altikel ko sedikit sebanyak dapat memberi info pasal actor2 veteran nie..satu usaha yang bagus... aku pun ada juga minat ajusssi kim myung min.. start minat dia lepas tgk filem dia berlakon jadi pelari pecut pacemaker dan drama dia jadi peguam a new leaf..best pokcik nie berlakon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.232399 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list