CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK

 Close [Copy link]
Post time 11-1-2016 12:18 AM | Show all posts
Edited by masdiana-ana at 11-1-2016 12:21 AM
rukiaichigo replied at 10-1-2016 11:54 PM
hehehehe... aku pun xtau lgsg yg dia jd MC kat sbs drama awards tu sehingga lah aku tertgk td kat  ...

aku pun ada tgk sbs awards  kt one hd.. nk tgk pak we aku jer.. joo won..aku pun baru tahu pokcik nie yg jadi mc..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
masdiana-ana replied at 11-1-2016 12:18 AM
aku pun ada tgk sbs awards  kt one hd.. nk tgk pak we aku jer.. joo won..aku pun baru tahu pokcik  ...

Is pun tggu tgk ....sbb pakwe is ada td

Pakwe mu menang bnyk sgt mas
Pakwe pun ada apa2 ke dgn ketua hopitl tu, gigih sbs edit kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
rukiaichigo replied at 10-1-2016 11:54 PM
hehehehe... aku pun xtau lgsg yg dia jd MC kat sbs drama awards tu sehingga lah aku tertgk td kat  ...

ko ni kia...kurng dah 1 point ko nak moyan tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2016 12:43 AM | Show all posts
nohas replied at 10-1-2016 05:45 PM
Quiz Kuliah No. 4

1. Kategori : Best Actor

wow lengkap & jelas
bakal masuk soklan final exam ni

rasenye mmg betul drama saeguk sukar nk tercalon memorable scene sbb mungkin dirasakan serius
dulu drama gu family book jah pernah tercalon best kissing scene tp tumpas pada drama Heirs yg ternyata lg popular

cc. assoc prof @ismaha  : quiz utk esemen

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 08:04 AM | Show all posts
Edited by runaway_dida at 11-1-2016 10:01 AM

My research project..
ok bye


YOON DOO JOON  BINTANG ACTOR-DOL YANG MENINGKAT NAIK






Sebut sahaja kumpulan Beast, pasti ramai yang terbayangkan enam jejaka terhangat yang berasal dari  Korea Selatan ini. Beast yang bermaksud Boys of East Asia Standing Tall dianggotai oleh Yoon Doo Joon, Jang Hyung Seung, Yong Jung Hyung, Yang YoSeob, Lee GikKwangdan Son Dong Woon  telah ditubuhkan pada 2009 di bawah  naungan Cube Entertainment. Pasti saat ini, lagu-lagu seperti Shock, Bad Girl, On Rainy Days, Fiction, Shadow, Good Luck dan yang terbaru Yey terngiang-ngiang di cuping telinga anda.  Namun begitu, kumpulan Beast bukanlah topic utama dalam penceritaan ini.Penceritaan ini akan lebih focus kepada ketua kumpulan tersebut iaitu Yoon Doo Joon atau nama manje Dujun/Dujunie.


Yoon Doo Joon dilahirkan pada 4 Julai1989 .Pernah dinobatkan sebagai national boyfriend-dol dan kini dikenali sebagai actor-dol. Cita-cita asal beliau adalah untuk menjadi physical trainer, tetapi selepas menonton program  Big Bang di MTV sambil memakan tonkatsu (as said dalam strong heart thn 2010) telah membuat beliau ingin menjadi seorang penyanyi. Bertitik tolak saat itu, Dujun telah menyertai pertandingan mencari bintang baru anjuran JYP dan telah memenangi tempat ke-3.


  

Dujun juga telah berpeluang menyertai program reality Hot Blooded Men yang mana hasil daripada program tersebut akan membentuk kumpulan 2AM dan 2PM. Nasib tidak menyebelahi Dujun yang mana dia telah disingkirkan dan akhirnya dia telah menyertai Cube Entertainment sebagai rapper dan penari latar Lee Gik Wang menerusi lagu Wipe The Tears bersama Jun Hyung.



Pada tahun 2009, Beast ditubuhkan dan Dujun sebagai ketua kumpulan tersebut. Selain menyanyi, Dujun juga pernah menjadi dj radio untuk 2 minggu, pengacara, model video clip G.Na untuk lagu I’ll Back Off So You Can Live Better, bintang bola sepak idol dan juga seorang pelakon yang berbakat besar.




  Kerjaya lakonan Dujun bermula selepas casting untuk program sitcom di MBC iaitu ‘More Charming By The Day’ sebagai ‘guest role’sebagai captain base ball bs]ersama krystal Jung padatahun 2010.




Seterusnya Dujun diberi tawaran menyertai sitcom bersiri All My Love sebanyak 210 episode disamping antaranya Jo Kwon (2AM), Yoon Seun Ah, Park Mi Sun, Jun Ho Bin dan lain-lain. Menceritakan relationship between dua keluarga yang ala-ala Cinderella story. Miskin tapi baik hati dan kaya tapi sombong. Anggota kumpulan Beast iaitu Lee Gikwang dan juga Uee juga membuat cameo dalam siri ini. Drama ini juga menampilkan Beast sebagai penyanyi lagu soundtrack.








Menerusi sitcom ni, Dujun telah memenangi Rookie Comedy Award di MBC Entertainment Award pada tahun 2010.




Tahun berikutnya Dujun kembali berlakon sebagai guest role (Ep.6) untuk drama A Thousand Kisses dan juga drama I Live in Cheongdam-dong. Kesemua drama yg dibintangi Dujun untuk tahun 2010-2011 menggunakan nama beliau sendiri iaitu Yoon Doo Joon.

(A Thousand Kisses - sebagai pemain bola sepak)






( I live in Cheongdam-dong)




Pada tahun 2012 Dujun telah membintangi filem sequel Marrying the Mafia 5 – Return Of The Family disamping Sung Dong Il, Jung Jun Hoo, Kwanghee, Yoo Dong Geun, Son Na Eundan lain-lain. This film banyak menampilkan idol mcm Dujun beast, kwanghee Ze:A dan Son Na Eun (A-Pink) as park of marketing strategy. Dujun memegang watak sebagai  Jang Young Min anak kepada bekas gangster yang telah berubah menjadi baik tapi kejahatan lama menghantui keluarga mereka sehingga effect kepada keluarga mereka.



Watak Young Min yang dilakonkan oleh Dujun juga menggambarkan beliau dari keluarga gangster apabila seringkali terlibat dalam pergaduhan (bergaduh dengan geng kwanghee) demi untuk melindungi Son Na Eun. Tapi filem ni makan masa untuk dapat yg ada subs and one more thing even this film got the good review from some, but it’s not too exposed like the previous 4 film. One of the review can be read here Marrying The Mafia 5.




Dujun akhirnya mendapat tawaran berlakon dalam sequel drama korea IRIS 2 –Love and War disamping pelakon-pelakon hebat seperti Jang Hyuk, Lee Dae Hee, Lee Bum Soo, Lee Joon dan lain-lain. Slot drama ini bersiaran di KBS. Membawakan watak sebagai Seo Hyun Woo - A confident, bright agent who is adept at everything including shooting, martial arts, code breaking, and foreign languages. He has been in love with Soo-yeon from the beginning.




Lakonan Dujun dalam drama IRIS 2 – Love and War mendapat perhatian ramai kerana dibarisi oleh pelakon yang hebat. Walaupun masih tidak mendapat kepuasan netizen tetapi Dujun mendapat pujian. During the press conference for KBS 2TV idol special of ‘Love and War’, Executive Producer Yoon ChanBun praised Doojoon for his superb acting skills by saying "He is very good at acting, he delivers his lines perfectly and viewers are able to receive the meaning of it. Rookie actors usually get advises from the director about delivering tone but Doojoon didn't receive any, proving that he is a good actor" .



Sikap humble dan sangat menghormati orang lain membuatkan orang disekeliling seronok bekerja dengan beliau. Kumpulan Beast yang dianggotai oleh Dujun juga telah diberikan peluang untuk merakam lagu tema drama tersebut yang bertajuk “Black Paradise”.

MTV Black Paradise


Tahun 2013 juga telah membuka peluang Dujun untuk lead the drama. Beliau ditawarkan berlakon sebagai pelakon utama drama Let’s Eat/ Shiksyareul Habshida sebanyak 16 episode yang bersiaran di Tv cable TVN. Dujun digandingkan bersama Lee Soo Kyung, Shim HyungTak, Yoon Soo Heed an yang lain.

Dalam drama ini Dujun membawa watak sebagai Goo Dae Young seorang blogger makanan (Mr. Shiksya) yg terkenal. Let's Eat depicts the daily life and romance of a single woman and a murder case occurs in her neighborhood. Lee Soo-Kyung is a 33-year-old single woman. She divorced when she was in her 20's and now lives alone. She always wants to carry herself with dignity, but she loses self-control when she is near gourmet foods. Koo Dae-Young is a gourmet, especially talented with describing the taste of foods. He often lies when he opens his mouth, but he is usually considerate to others.  


First thing first, tgk drama ni memang akan lapar, confirm. Lakonan Dujun dalam Let’s Eat memang sangat natural and how he describe the food was so amazing. He did successfully make you feel the actual taste of the food together with him.


Drama ini mendapat pujian netizen.

#1: [+919, +6] The character and Yoon Doojoon is a perfect fit
#2: [+801, -9] Yesterday at the scene ‘If you just said sorry, it would have been okay”, I really felt the hurt he was going through.. I hope you’ll show these kind of good acting in the future too!
#3: [+728, -17] Lee Sookyung’s personality in Let’s Eat, why is she like this ㅡㅡke ah so frustrating.
#4: [+638, -7] It’ll be good if Yoon Doojoon can receive recognition as an acting-dol!
#5: [+630, -13] His acting is really daebak, he’s doing so good..
#6: [+224, -3] ‘Noona, you’re the worst. It would have been okay if you just said sorry’. I was totally surprised at this part
#7: [+212, -4] Yoon Doojoon-nim’s acting is really natural, he grasps the part of a neighbor really well… Let’s Eat… Really fun*^^*
#8: [+213, -5] When idols act, their pronounciation, vocalization? feels a little weird but Yoon Doojoon does it naturally, he’s good.



Meskipun tidak dicalonkan untuk apa-apa award, tp lakonan beliau semakin mendapat perhatian ramai. Rating drama let’s eat yang memberangsangkan dan sambutan dari peminat membuatkan director Park berhasrat untuk membuat sequel let’s eat, iaitu Let’s Eat 2. Dengan mengekalkan Dujun sebagai watak utama yang satu-satunya masih kekal, beliaudigandingkan pula bersama Soo Hyun Jin, Kwon Yul dan lain-lain.

Istimewanya drama ini menampilkan salah seorang anggota Beast, Yang YoSeob membuat cameo di episode 16 yg melakonkan watak kawan kepada Goo Dae Yong. Gayoon dari 4minute juga membuat cameo sebagai kawan kepada Kwon Yul. Masih mengekalkan tema makanan, namun skop cerita ini diperluaskan lagi.dengan tema cinta 3 segi, kekeluargaan dan kejiranan.



“The second season follows Yoon Doo-joon’s character as he moves to a new building and reunites with his grade school classmate Seo Hyun-jin (Three Musketeers). She’s been living alone for ten years, which means she’ll have plenty of her own single-living tips and opinions about food, setting her up to have a contentious relationship with Yoon Doo-joon.
She’s a freelance writer with a crush on her other neighbor, played by Kwon Yul (Roaring Currents, What’s Up). He’s a civil servant who lives simply and eats simply.”



Untuk drama sequel ini, Beast telah mendapat peluang untuk merakamkan lagu OST.Lagu yang bertajuk  You Don’t Know ditulis oleh Yong Jun Hyung dan dinyanyikan oleh Yang YoSeob.

OST


Menerusi drama ini juga Dujun mendapat pujuan dari PD. Producer Park JoonHwa complimented Doojoon, saying, "Doojoon, who's returned as Goo Dae Young after a year, is truly Goo Dae Young as is.  Doojoon has really led the filming perfectly with his more matured acting skills and perfect character to the point he worked in harmony with the production crew so that there were no need for suggestions or requests."


Komen-komen netizen boleh baca kat link ni porem let's eat 2 yang agak suram perjalanannya. Dan dengar rumor juga akan ada sequel yg ke-3 yg kebenarannya masih lagi diragui. kalau ada, it will be quite challenging sbb viewers kadang2 xberapa favor dengan drama sequel. tp bg aku, ok je.. asal tgk je mesti lapo.. pernah sekali nak makan, nak rasa sedap sambil tgk citer ni...

Ekoran Let’s Eat 2 ada special siri yang bertajuk Let’s Eat With My Friend. Pengambaran dilakukan di Spain.Konsep adalah santai but more to friendship, travel and of course food. Setakat ni xjumpa lagi yg ada sub. Jadi nak tgk jugak.. tgk yg raw dan buat-buat paham je..



“Let’s Eat With My Friend” is a variety show spin-off from the drama “Let’s Eat 2″ which starred Doojoon and Seo Hyun Jin. They bring their friends Yoseob and Park Hee Bon to travel with them to Spain to try different types of food. Kim JiHoon and Kim Hee Jung also join them in their travel.
   


Sebelum menutup tahun baru 2015, Dujun telah membintangi web drama yang dibawakan oleh MBC network. Ini merupakan pioneer projek bagi MBC dalam menerbitkan web drama. Web drama untuk dua episode ini telah diterajui oleh Dujun dan Kim Sul Gi. Ini Merupakan drama pertama Dujun yang telah ditransform kan kepada king of Joseon.






“Splash Splash LOVE” atau Pondang Pondang Love is centered around the concept of time slips, where a high school student Dan Bi (Kim Seul Gi) has the ability to teleport wherever she wants when it rains. The drama unfolds as she meets the Joseon king Lee Do (Yoon Doo Joon). Dan Bi bagaimanapun berputus asa untuk mempelajari subjek Math untuk mengambil CSAT (Collage Scholastic Ability Test). Dan-Bi can't deal with the pressure and runs off to a playground. Without knowing why, she goes into a puddle and finds herself transported to the Joseon period. She then falls in love with Lee Do, the young king who is in a difficult situation due to droughts and the spread of an epidemic.
   
Web drama ini bagaimanapun telah mendapat tontonan sebanyak 6 juta viewers. Boleh layari Soompi untuk bacaan lanjut.



Demikian sambutan yang amat menggalakkan dari viewer untuk drama Splash Splash love ini, rata-rata viewers mahukan sambungan drama ini. Perkara ini masih lagi dalam pertimbangan pihak MBC network. Rata-rata enjin carian/media social banyak memberi liputan mengenai drama ini. Pujian harus diberikan kepada Dujun dan Kim Seul Gi di atas kejayaan mereka dalam menjayakan drama ni yg rata-rata viewers memuji skill drama serta chemistry yang ditonjolkan mereka. Kepada para penonton yang masih belum menonton drama ini boleh membaca 5 alasan kenapa anda perlu menonton drama Splash Splash Love.




Teaser Splash Splash Love


  Meskipun masih belum memenangi sebarang award yang berprestige dan juga belum pernah tercalon dalam apa-apa kategori dalam K-Drama Cari, lakonan Dujun semakin diterima oleh peminat. Hasil yang ditunjukkan pula semakin menyerlahkan kehebatan lakonan beliau. Cuma untuk lakonan yg berunsurkan romance such as kiss/hug Dujun akan mengambil beberapa take untuk scene itu sempurna sepenuhnya kerana Dujun adalah sangat pemalu.



Semoga viewers Kdrama dapat memberikan perhatian kepada Dujun dilain drama yang mendatang. Berikanlah sokongan anda. Beliau juga telah membuktikan beliau seorang pelakon yang versatile keran telah membawakan pelbagai watak. Buat Dujun, semoga sukses dalam apa-apa jua bidang yang diceburi (mcm dia baca plak kan). Semoga tahun 2016 akan menyinari hidup Dujun khasnya dan kumpulan Beast amnya.



all sources came from google. credits to all.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:42 AM | Show all posts
ismaha replied at 11-1-2016 12:32 AM
Is pun tggu tgk ....sbb pakwe is ada td

Pakwe mu menang bnyk sgt mas

hahaha...kelakor video paraody yonng pal tue... sapalah keatif sangat tue..pakwe pun ketawa x cover2 ,,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2016 10:44 AM | Show all posts
runaway_dida replied at 11-1-2016 08:04 AM
My research project..ok bye

YOON DOO JOON  BINTANG ACTOR-DOL YANG MENINGKAT NAIK

wah... satu altikel yg bagus...tahu dia salah seorg anggota Beast jer..drama2 dia x pernah tgk

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:48 AM | Show all posts
runaway_dida replied at 11-1-2016 08:04 AM
My research project..ok bye

YOON DOO JOON  BINTANG ACTOR-DOL YANG MENINGKAT NAIK

finally... tahniah did sbb berjaya jugak submit research projek ni!!! mmg ko nak buat doojoon atau lepas aku bg idea kat ko suh buat doojoon ni?? heehee... anyway, good work!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
rukiaichigo replied at 11-1-2016 10:48 AM
finally... tahniah did sbb berjaya jugak submit research projek ni!!! mmg ko nak buat doojoon atau ...

Mmg aku dah buat pun kia...
Awal2 nk buat dia... sng sikit..
Xph nk research byk sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
masdiana-ana replied at 11-1-2016 10:44 AM
wah... satu altikel yg bagus...tahu dia salah seorg anggota Beast jer..drama2 dia x perna ...

Haha tq2...
Pkai buat ape yg tau jaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 11:19 AM | Show all posts
runaway_dida replied at 11-1-2016 08:04 AM
My research project..ok bye

YOON DOO JOON  BINTANG ACTOR-DOL YANG MENINGKAT NAIK

wah, hebat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 01:03 PM | Show all posts
dauswq replied at 11-1-2016 12:43 AM
wow lengkap & jelas
bakal masuk soklan final exam ni

thanks, prof...
drama saeguk ni tak ramai yg minat...
kecuali kalau hero dia memang famous..eg LJK, YAI..


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 01:05 PM | Show all posts
runaway_dida replied at 11-1-2016 08:04 AM
My research project..ok bye

YOON DOO JOON  BINTANG ACTOR-DOL YANG MENINGKAT NAIK

wow...kena tengok ni..Splash Splash Love...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 04:07 PM | Show all posts
Edited by spankee_fili at 11-1-2016 04:12 PM

Selasa, 5/1/2016


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

KUIZ : LECTURE 4



Kategori – Best Actress



Kategori yang sengit bersaing dan pastinya dinanti-nantikan oleh setiap peminat k-drama.

Berikut penjelasan lanjut kenapa saya rasa pelakon-pelakon hebat ini dipilih berentap merebut trofi pelakon wanita terbaik



Kim Hee Sun - [MBC] Angry Mom

Watak yang dibawakan Kim Hee Sun sebagai seorang ibu muda yang memiliki seorang anak gadis mangsa buli. Watak beliau kelihatan menarikdan tidak mengecewakan. Kim Hee Sun dipuji kerana berjaya menyampaikan watak seorang ibu yang berusaha apa sahaja melindungi anaknya dengan baik.



Choi Ji Woo - [tvN] Twenty Again

Menariknya watak yang dibawakan oleh Choi Ji Woo dalam dramaini sebagai pelajar kolej. Permulaan drama agak perlahan namun konflik rumahtangga dan kehidupan sebagai pelajar yang dibawakan oleh Choi Ji Woo disampaikan dengan baik sehingga membuatkan peminat terus jatuh hati.



Hwang jum eum - [MBC] She Was Pretty

Hwang Jum Eum menunjukkan lakonan yang wajar dipuji kerana membawakan watak gadis hodoh dengan berjaya. Ramai yang menggemari karakter KimHye Jin yang menyenangkan dek hatinya yang baik dan lurus.



Park Bo Young - [tvN] Oh My Ghost

Park Bo Yong turut menyampaikan watak Na Bong-sun dengan baik walaupun watak ini mempunyai karakter yang berlawanan (pasif dan agresif).Ketika agresif dan miang, Park Bo Yong yang spontan melakonkan watak NaBong-sun disukai ramai dan mendapat tempat di hati peminat.



Park Shin Hye - [SBS] Pinocchio

Watak yang dibawa oleh Park Shin Hye dalam drama ini mendapat pujian ramai kerana tidak kaku seperti lakonan sebelumnya. Ramai yangmemuji tampak seperti Park Shin Hye benar-benar tersedu. Tidak dinafikan ParkShin Hye yang berlakon sejak usia kanak-kanak ini mempunyai aura yang mampu menarik minat penonton.


Siapa yang akan memenangi best actress? Sukar untuk membuat pilihan namun saya menjangkakan Hwang Jum Eum akan membawa pulang trofi ini kerana lakonannya dalam She Was Pretty mendapat perhatian ramai.



Bias? Saya bias kepada Park Bo Young kerana sangat menggemari wataknya yang comel dan menceriakan dalam Oh My Ghost. Transformasidaripada gadis pasif (masa tidak dirasuk virgin ghost) kepada gadis comel dan nakal (apabila dirasuk virgin ghost) membuktikan beliau seorang pelakon yangberbakat.


Trivia

Choi Ji Woo [Twenty Again] and Park Bo Yong [Oh My Ghost] were the only Best Actress finalists ever from channel tvN (the rest were from SBS and MBC channel)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 04:37 PM | Show all posts
QUIZ LECTURE 5
1. Sila rujuk soalan number 13 dan 14, Berikan sebab mengapa jawapan soalan tersebut diberikan sebegitu oleh prof.Erti kata lain....mintak bagi anything spt video kah atau statement dr blog /media yg boleh menyokong jwpn tersebut

soalan 13 -- Jung Hwan terkejut dan kecewa kerana selama ini dia menyimpan perasaan terhadap Deok Sun.
Ryu Jun-yeol as Kim Jung-hwan
Stoic and sarcastic, grumbles a lot, loves soccer and also one of the top students in school. He along with Choi Taek harbours a crush for Sung Deok-Sun.
sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Reply_1988



soalan 14 -- Option ii - merangkul daesang pertama kali menerusi watak sebagai intern produser untuk rancangan realiti tv.

Option ii salah kerana Kim Soo Hyun merangkul daesang buat pertama kali menerusi drama Moon Embracing The Sun.

2. Setamat nya kalian belajar di Gangnam university collage, berikan pengalaman sepanjang mengikuti kursus ini?

Sememangnya menjadi pelajar Gangnam university college sangat mencabar terutamanya dari segi pengurusan masa untuk menyiapkan kuiz dan  projek.
Namun tidak dinafikan pengalaman ini amat berharga kerana ini caranya untuk peminat k-drama menyampai rasa obsesi terhadap drama korea.
Selepas tamatnya pembelajaran di kolej ini, saya akan terus mengaktifkan diri dalam bod ini kerana tertarik dengan bod ini.

cc tenaga pengajar @ismaha @dauswq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 07:03 PM | Show all posts
Edited by naqibnasuha at 12-1-2016 09:20 AM

QUIZ lecturer 5
1. Sila rujuk soalan number 13 dan 14, Berikan sebab mengapa jawapan soalan tersebut diberikan sebegitu oleh prof.
Erti kata lain....mintak bagi anything spt video kah atau statement dr blog /media yg boleh menyokong jwpn tersebut


soalan number 13
jung hwan mendapati bahawa kawanya iaitu si taek juga menyukai deoksun..si junghwan sudah lama menyukai deoksun
tapi hanya memendam dlm hati atau kta lain kerana egonya yg tinggi


[size=13.3333px]They argue that he’s been weird ever since (lol), and that he could’ve gone pro even younger if it weren’t for her.

[size=13.3333px]They tell her to take responsibility for the rest of her life (as in, marry him),

[size=13.3333px]so she declares, “Fine, I’ll take responsibility!” Taek looks over at her with a little smile as she says that she lucked out in the deal.

[size=13.3333px]

[size=13.3333px]Jung-hwan snarks that Taek did nothing wrong to deserve that, while the others notice Taek smiling and accuse him of liking Deok-sun.

[size=13.3333px]He denies it with a laugh, and Dong-ryong tells them to date because Taek ought to learn the bitterness of life at some point.

[size=13.3333px]They all laugh it off, but what they don’t notice is the way Taek keeps smiling and stealing little glances at Deok-sun.

[size=13.3333px]When she gets up to go to the bathroom, Dong-ryong asks what he really thinks of Deok-sun, and Sun-woo encourages the match.

[size=13.3333px]Jung-hwan laughs nervously and says Taek would have to be crazy when there are so many girls out there.

[size=13.3333px]But Taek shocks them all with a simple and direct answer: “I like her.”

[size=13.3333px]

[size=13.3333px]Oh noooooooooo. Jung-hwaaaaaan!

[size=13.3333px]Dong-ryong asks again, and Taek doesn’t beat about the bush: “I like Deok-sun. Not as a friend, but as a woman.” Omo. Omo.

[size=13.3333px]Ack, I can’t take the look in Jung-hwan’s eyes. Taek smiles as he says it out loud, and

[size=13.3333px] Dong-ryong and Sun-woo express their utter shock, joking that he may have sustained a head injury at the beach.

[size=13.3333px]But Jung-hwan is quiet the whole time, trying not to betray his reaction as his friends prod him to join in the teasing.

[size=13.3333px]He gives this little laugh, but it feels like he’s crying on the inside.

[size=13.3333px]sumber:dramabean recaps episode 10


[size=13.3333px]soalan no 14

14. Sila tick kan kenyataan benar mengenai pelakon di atas.
iii. Pernah bergandingan dengan Song Joong Ki dalam sesuatu drama.
kim soo hyun pernah bergandingan dgn song joo ki dalam cerita will its snow for Christmas sebagai wtk hero masa kecil..

Setamat nya kalian belajar di Gangnam university collage, berikan pengalaman sepanjang mengikuti kursus ini?
pertama kali terlibat dgn program sebegini biasanya awal tahun mmg nas selalu sibuk..satu pengalaman yg hebat dapat ilmu baru tentang kdrama terutama kcari drama award yang rasa pertama kali nas sertai....diharap nas dpt sertai pada masa akan datang.

prof@dauswq @ismaha





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 11:11 PM | Show all posts
Dah nak hantar, panjang sangat pulak kena buat 2 post huhuhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 11:16 PM | Show all posts
Edited by Blueberri at 13-1-2016 10:14 AM




Taraaaa….buat pertama kalinya saya mempersembahkan sebuah video khas untuk Research Project Gangnam University College untuk tatapan semua. Video ini adalah hak cipta terpelihara Blueberri heheheh. Di harap dengan video ini anda semua akan ada mood untuk terus membaca artikel saya sampai habis dan mula meminati dan mengenali Yoona dengan lebih lanjut :-




Mukadimah

South Korea” tidak pernah kehabisan menghasilkan bakat-bakat di dalam lakonan dan nyanyian hingga tersebarnya “Hallyu” secara global di berbagai negara di dunia. Ramai artis-artis Korea Selatan yang cukup berbakat bukan sahaja di dalam bidang lakonan tetapi nyanyian seperti Rain, IU, Jung Young Hwa, Lee Hong Ki, Yoon Eun Hye, Suzy termasuklah My Super Cute Idol.


Anda nak tahu siapa My Super CuteIdol tersebut???? Tengok quote dangambar di bawah :-


Love always has two different sides – Sadness and Happiness






Kalau anda seorang yang alert dan pandai siapakah yang melemparkan kata-kata tersebut di atas di dalam sebuah drama yang bertajuk Love Rain? Yessss tepat sekali, yang mengeluarkan kata-kata tersebut adalah merupakan watak Kim Yoon Hee yang dilakonkan oleh My Super Cute Idol  Yoona.
Mari kita ikuti perjalanan kisah hidup dan karier Yoona sebagai seorang pelakon drama, ahli kumpulan Girls’Generation dan juga personaliti TV dengan selanjutnya………

Dikatakan cantik, comel, muda dan berbakat itulah Yoona seorang pelakon dan salah seorang ahli kumpulan Girls’ Generation sebuah kumpulan yang popular di Korea. Yoona bukan sahaja mempunyai bakat dalam lakonan tetapi juga berbakat di dalam bidang nyanyian dan tarian.

Latar Belakang

Nama sebenar Yoona adalah Im Yoona yang bermaksud “anak kecil yang tidak berdosa”. Dikenali sebagai Yoona dalam industri hiburan. Yoona dilahirkan pada 30 Mei 1990 di Seoul ,Korea. Pada tahun ini Yoona telah berumur 26 tahun. Yoona mempunyai dua orang adik beradik dan Yoona merupakan anak bongsu. Ibu bapa Yoona telah bercerai ketika Yoona masih kecil. Kini Yoona tinggal bersama bapa dan kakaknya yang sulung.

Menurut sumber yang diperolehi  Yoona memulakan alam persekolahahnya di Shin Young Elemantary School,  Seoul, kemudian menyambung pelajaranya di Yeongnam  Middle School, Seoul sehinggalah melanjutkan persekolahan tertingginya di  Daeyoung High School.


Pada tahun 2009, Yoona menyambungkan pelajaran dalam bidang teater di Dongguk University. Pada 24 Februari 2015, Yoona telah menghadiri majlis graduasinya dan dia telah menerima “Lifetime Achievement Award” atas sumbangannya kepada universiti.

2002-2007 Permulaan Kerjaya

Yoona memulakan kariernya di dalam bidang hiburan dengan menghadiri SM Saturday Open Casting, Audition (“SM”) pada tahun 2002. Yoona berjaya di dalam ujibakat tersebut dan mula menjalani latihan di SM dalam bidang nyanyian, lakonan dan tarian selama lima tahun.

Semasa menjalani  lathan di SM, Yoona mendapat banyak tawaran-tawaran kerja dan telah diperkenalkan kepada public melalui pelbagai penampilan di dalam muzik video dan iklan. Yoona pertama kali muncul dalam muzik video TVXQ “Magic Castle” pada tahun 2005 semasa umurnya 14 tahun. Selepas itu Yoona juga pernah muncul di dalam muzik video “U” bersama Super Junior pada tahun 2006, “Passion (My Everything)” bersama The Grace pada tahun 2006 dan “Marry U” bersama Super Junior pada tahun 2007.


Selanjutnya Yoona juga mendapat tawaran untuk menjadi duta-duta iklan untuk pelbagai produk.


Yoona secara rasminya menjadi ahli Girls’ Generation pada 5 Ogos 2007 sebagai visual, central of group dan lead singer dancer.

2007-Hingga Sekarang (Sebagai ahli Girls’ Generation)





Yoona yang telah menanggotai ahli kumpulan Girls’ Generation bersama-sama  dengan tujuh anggota ahli yang lain telah muncul buat pertama kalinya dalam muzik video lagu single terbaru mereka “Into the new world” pada tahun 2007. Pada tahun 2009 Girl’s Generation menjadi terkenal dengan munculnya single “Gee” yang mendapat tempat teratas di KBS Music Bank dan memecah rekod sebagai lagu yang paling popular pada dekad 2000an oleh Music In Every Moment (Melon).

Girls 'Generation meneruskan kejayaan mereka di Jepun dengan single "Mr Taxi / Run Devil Run", yang dikeluarkan pada April 2011. Single ini mendapat tempat kedua  di Oricon Singles Chart di Jepun.


Kumpulan Girls’ Generation terus menerus popular sehingga hari ini walaupun ada anggota kumpulan yang telah keluar daripada kumpulan tersebut.

2007-Hingga Sekarang (Kerjaya sebagai Pelakon/Personaliti TV)
Yoona memulakan karier lakonannya dengan memegang peranan kecil dalam drama 9 end 2 outs sebagai  Shin Joo-Young pada tahun 2007. Drama genre komedi romantis ini mengisahkan seorang perempuan berumur 30 an yang bercinta dengan seorang lelaki pemain baseball berusia 22 tahun.





Yoona meneruskan bakat lakonannya pada tahun 2008 di dalam drama-drama berikut :

~Unstoppable Marriage




Sebagai cameo  Bulgwang-dong’s Seven Princesses Gang

~ Woman of Matchless Beauty, Park Jung Kum




Sebagai Cameo Mi-ae yang mengisahkan kehidupan seorang detektif separuh baya atau ahjumma

~You Are My Destiny





Yoona mula megorak langkah dengan memainkan watak utama di dalam drama ini sebagai  Jang Sae Byuk. Usahanya tidak sia-sia kerana drama ini telah mendapat rating yang tertinggi iaitu lebih daripada 41.5%.

Drama yang mempunyai 178 episod ini menceritakan seorang gadis yang ceria, Jang Sae Byuk yang dapat melihat kembali setelah mendapat penderma mata yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih Sae Byuk telah pergi untuk melawat keluarga penderma tersebut. Pada mulanya keluarga perderma tidak dapat menerima kematian anak mereka tetapi apabila melihat Sae Byuk seorang yatim piatu, keluarga penderma itu telah mengambil Sae Byuk sebagai anak angkat mereka.


Dengan kejayaan drama ini Yoona telah meraih banyak penghargaannya yang pertama dalam dunia lakonan iaitu seperti berikut :-


1) Netizen Popularity Award (2nd Korea Drama Award 2008)
2) Best New Actress (KBS Drama Award 2008)
3) Netizen Award (KBS Drama Award 2008)
4) Best New Actress (TV) (45th Baeksang Arts Awards 2009)
5) Most Popular Actress  (45th Baeksang Arts Awards 2009)

Cinderella Man (2009)





Pada tahun 2009, Yoona meneruskan lakonannya di dalam drama Cinderella Man bersama pelakon Kwon Sang Woo (“KSW”). Di dalam drama ini Yoona memegang watak sebagai Seo Yoon Jin. Drama bergenre romantis ini mengisahkan penukaran identiti lelaki yang dilakonkan oleh KSW iaitu sebagai Lee Joon Hee dan Oh Dae San yang memiliki watak yang berbeza walaupun mereka saudara kembar kerana mereka telah berpisah sejak kecil dan dibesarkan oleh persekitaran yang berbeza. Seo Yeo Jin adalah seorang fashion designer yang masih baru dan berbakat dan harus memilih antara cintanya kepada Joon Hee atau Dae San.

Yoona telah meraih Best New Actress (TV) (46th Baeksang Arts Awards 2010) untuk drama ini.

Love Rain (2012)






Selepas tiga tahun Yoona menyepikan diri dalam bidang lakonan, kali ini Yoona telah tampil dengan membawa dua watak yang berbeza. Di dalam drama ini Yoona memegang dua watak iaitu sebagai Kim Yoon Hee  dan Jung Ha Na.

Drama ini mengisahkan dimana Seo In Ha (Jang Geun Suk) dan Kim Yoon Hee bertemu buat pertama kali di sebuah universiti pada tahun 1970 an dan saling jatuh cinta. Malangnya di atas sebab-sebab tertentu percintaan In Ha dan Yoon Hee tidak dapat diteruskan dan akhirnya mereka telah berpisah.


Pada tahun 2012 anak kepada In Ha dan Yoon Hee iaitu Seon Joon (Jang Geun Suk) dan Jung Ha Na telah bertemu secara kebetulan dan telah melahirkan bibit-bibit cinta diantara mereka berdua. Konflik terjadi apabila In Ha dan Yoon Hee bertemu kembali setelah bertahun-tahun berpisah dan mengambil keputusan untuk berkahwin.


Yoona telah memenangi Netizan Award (KBS Drama Award 2012) untuk drama ini.

Prime Minister and I (2013)





Yoona kembali beraksi selepas itu di dalam drama Prime Minister and I. Kali ini watak Yoona adalah sebagai Nam Da Jung seorang wartawan yang pintar tetapi agak gelabah, sentiasa membuat kesilapan dan memalukan dirinya.

Cerita ini mengisahkan di mana Nam Da Jung ditugaskan untuk menemuramah seorang bakal Prime Minister, Kwon Yul (Lee Beom-soo) tentang skandal cinta Kwon Yul dengan setiausahanya. Selepas itu banyak perkara yang tidak diduga berlaku di antara Kwon Yul dan Da Jung sehingga mereka terpaksa berkahwin secara kontrak.

Melalui drama ini Yoona telah berjaya meraih dua anugerah iaitu Excellence Award, Actress in a Miniseries dan Best Couple Award masing masing di dalam KBS Drama Award 2013.

Goodbye Ani (Filem) (2014)





Goodbye Ani  merupakan filem pertama yang dilakonkan oleh Yoona bersama dengan aktor Taiwan Eddie Pang. Filem ini adalah filem kolaborasi di antara China dan Korea. Dikhabarkan gara-gara filem ini Yoona terpaksa menolak tawaran berlakon sebagai peranan utama dalam drama Nodame Contabile.

Filem ini berdasarkan flem Korea  “Two Faces of My Girlfriend” yang dulunya dibintangi Jung Ryeo-Won sebagai watak utama. Yoona memegang watak sebagai Ani iaitu seorang perempuan yang cantik dan bersopan santun dan disebalik kelembutan dan kecantikannya itu terserlah satu sifat yang aggresif dan kasar. Watak ini agak mencabar buat Yoona kerana dia terpaksa menunjukkan dua watak yang berbeza pada dirinya.

Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang naif yang tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan sehinggalah dia bertemu dengan Ani seorang perempuan yang mempunyai keperibadian lembut dan sangat cantik secara tidak sengaja. Pertemuan tersebut membuahkan percintaan di antara mereka. Segalanya berjalan dengan sempurna sehinggalah dia mendapati  Ani berubah sikap menjadi agresif, liar dan ganas . Kemudian barulah dia tahu bahawa Ani mempunyai Split personality disebalik kelembutan dirinya.

Goodbye Ani telah memenangi the Most Promising Project to Invest Award of the CO-FPC (Co-production Film Pitch and Catch) at the 2009 Shanghai International Film Festival.


Because It’s the First Time (2015)





Yoona memegang watak Cameo sebagai dirinya sendiri.

Summer Love (Mini Drama) (2015)





Summer Love adalah sebuah mini drama sebagai kempen kepada produk kosmetik Innisfree. Innisfree adalah South Korean Cosmetics brand yang dimiliki oleh Amore Pacific. Yoona dan Lee Min Ho adalah model dan jurucakap kepada produk Innisfree.

Pada 8 Mei 2015 Innisfree telah mengeluarkan episod pertama sebuah web drama bertajuk Summer Love yang dibintangi oleh Lee Min Ho dan Yoona sebagai teraju utama. Drama yang hanya mempunyai dua episod ini berdurasi  lebih kurang 10 minit sahaja di setiap episod dan boleh ditonton di youtube.

Drama bergenre romantis ini mengisahkan Min Ho dan Yoona adalah dua orang sahabat yang kenal sejak di bangku sekolah lagi tetapi masing-masing masih menafikan perasaan cinta mereka antara satu sama lain. Drama ini mengambarkan kisah percintaan yang sedikit sebanyak berhubung dengan produk Innisfree.

Sebenarnya tidak puas menonton lakonan dan aksi romantis antara Lee Min Ho dan Yoona yang hanya mengambil masa yang amat singkat. Saya berharap suatu hari nanti ada pihak yang dapat mengeluarkan drama yang akan mengabungkan antara Yoona dan Lee Min Ho sebagai pasangan kekasih.

Rancangan Realiti TV

Yoona juga banyak menampilkan dirinya di dalam Realiti TV seperti Family Outing, Running Man, Strong Heart dan 1 Night 2 Days.





Yoona dalam Family Outing






Yoona dalam Running Man









Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 11:16 PM | Show all posts
Edited by Blueberri at 14-1-2016 10:18 PM


Perkembangan Terbaru

Kini namaYoona kian menyinar sebagai seorang pelakon yang versatile. Lakonan Yoona jugakian mantap dari tahun ke tahun jadi tidak hairanlah apabila Yoona disunting untuk memegang watak utama di dalam Drama China bertajuk Chinese Hero Zhao Zi Long di samping aktor dari Negara China iaitu Lin Geng Xin.







Yoona memegang watak sebagai Xia Hou Qing Yi . Drama yang akan ditayang pada tahun 2016 ini adalah sebuah drama epik sejarah Lagenda General Zhao Zi Long yang mengetengahkan di antara perang dan cinta.


Melalui sumber KpopStarz’s news, Yoona akan berlakon bersama-sama dengan Hyun Bin dalam filem aksi bertajuk Cooperation. Cooperation mengisahkan tentang plot di antara Korea Utara dan Korea Selatan akan mula bekerjasama di dalam satu siasatan rahsia, dipetik daripada laporan The Korea Times.


Hyun Bin akan memegang peranan sebagai penyiasat Korea Utara dan Yoo Hae Jin akan memain peranan sebagai penyiasat Korea Selatan. Yoona akan mengambil peranan sebagai kakak ipar kepada Yoo. Hyun Bin dan Yoona masing-masing merupakan watak utama dalam drama ini.


Budget cerita ini dilaporkan menelan belanja kira-kira US5.5 juta. Saya berharap drama ini akan mendapat rating yang tinggi. Diharap juga watak Yoona di dalam drama aksi ini akan dapat menunjukkan sisi yang berbeza berbanding watak-watak yang dilakonkan oleh Yoona sebelum ini untuk membuktikan Yoona mempunyai bakat yang versatile dan mampu untuk memperbaiki mutu lakonannya setanding dengan pelakon-pelakon hebat yang lain.

Senarai Kejayaan yang dirangkul oleh Yoonasebagai seorang pelakon :-

                                                  
   
Year
   
Organization
   
Category
   
Nominated work
   
Result
   
2008
      
Netizen  Popularity Award
      
Won
      
Best New  Actress
   
Won
   
Netizen  Award
   
Won
   
2009
      
Best New  Actress (TV)
   
Won
   
Most  Popular Actress (TV)
   
Won
   
2010
         
Won
   
2012
      
20's  Female Drama Star
      
Nominated
      
Excellence  Award, Actress in a Miniseries
   
Nominated
   
Netizen  Award
   
Won
   
2013
      
Most  Popular Actress (TV)
   
Nominated
      
Excellence  Award, Actress in a Miniseries
      
Won
   
Best  Couple Award with Lee Beom-soo
   
Won
   
Netizen  Award
   
Nominated
   
2014
      
Most  Popular Actress (TV)
   
Nominated
      
Best Young  Actress
   
Nominated

Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Im_Yoona

Ulasan Penulis terhadap mutu lakonan

Saya meminati Yoona bukan sekadar dirinya sebagai pelakon tetapi juga sebagai penyanyi (ahli kumpulan Girls' Generation) dan juga personaliti TV.
Jujur saya katakan disini saya belum lagi berkesempatan untuk menonton drama You Are My Destiny kerana ceritanya yang sangat panjang, jadi disini saya hanya mampu memberikan ulasan terhadap drama yang saya tontoni sahaja.

1) Cinderella Man

Ini adalah kali pertama saya menonton drama yang dilakonkan oleh Yoona. Rating cerita ini tidaklah begitu baik seperti drama You Are My Destiny. Watak Yoona sebagai Seo Yoon Jin adalah watak pada pandangan saya biasa-biasa sahaja tidaklah terlalu mencabar untuk Yoona menjiwainya.

Pertama  kali saya melihat Yoona berambut pendek di dalam drama ini,Saya akui watak Yoona disini agak membosankan dan kaku.. Wajahnya kurang ekspresi dan emosi sewaktu melakonkan wabak-wabak sedih di dalam drama ini, tetapi saya rasa tidak mengapalah kerana kekurangan dirinya itu ditutupi oleh wajahnya yang comel.

2) Love Rain

Munculnya drama Love Rain telah mengubah persepsi saya terhadap lakonan Yoona. Pada pendapat saya dalam drama ini Yoona telah berjaya membawa dua watak yang berbeza. Yoon Hee seorang wanita yang pemalu dan lembut dan penuh kesopanan berlainan dengan watak anaknya Hana seorang yang agresif, ceria dan suka melawan cakap tetapi dalam masa yang sama sanggup berkorban terhadap cintanya kepada sang kekasihnya semata-mata untuk kebahagiaan ibunya.

Saya berpuas hati dengan mutu lakonan Yoona dalam drama ini, ekspresi wajah dan kisah percintaan yang manis yang dilakonkan Yoona bersama-sama aktor kacak Jang Geuk Suk memberi kesan yang mendalam terhadap drama ini.


Walapun drama ini mempunyai rating yang agak rendah di Korea tetapi drama ini mempunyai peminatnya tersendiri bukan sahaja di Korea tetapi juga di Jepun, Malaysia, Indonesia dan sebagainya.

3) Prime Minister and I

Saya berpendapat lakonan Yoona di dalam drama ini lebih matang dan banyak peningkatan daripada segi lakonan. Watak Nam Da Jung seorang wartawan gossip ini dapat dilakonkan Yoona dengan amat baik. Beberapa wabak sedih yang dilakonkan oleh Yoona dapat menyentuh perasaan ketika memainkan peranan sebagai seorang anak kepada penderita Alzeimer dan ketulusan hati Da Jung sebagai seorang ibu tiri yang penyayang kepada anak-anak Perdana Menteri.

Apa yang menariknya dalam drama ini Yoona dapat bertukar daripada seorang perempuan yang biasa kepada isteri seorang Perdana Menteri yang sangat anggun.

10 Fakta menarik tentang Yoona


1) Yoona dilantik sebagai salah seorang duta The United Nations Children's Fund (UNICEF) Korea
2) Digelar sebagai ratu CF kerana banyak menjadi model dan jurucakap terhadap produk-produk seperti Clean and Clear, Innistfree, Eder, S-Oil  dan
sebagainya
3) Yonna adalah salah seorang di antara 100 Most Beautiful Faces 2014 yang diumumkan oleh tcchandler.com
4) Yoona pernah menjadi MC dalam KBS Gayo Daechukje 2014
5) Yoona adalah ahli Kumpulan Girls' Generation yang terkuat. Digelar sebagai him Yoona (Stronger Yoona)
6) Dahulu Yoona dikatakan bersifat boyish dan pernah ditegur supaya bersikap lebih feminin. Pernah digelar sebagai Im-Choding (elementary - school
boy)
7) Yoona sangat gemar makan dan dikenali sebagai The 2nd Shikshin (God Of Food) selepas Soo Young
8) Yoona pernah digosipkan dengan Taecyeon (2PM), Yesung (Suju) dan Lee Seung Gi. Yoona pernah bercinta dengan Lee Seung Gi
9) Yoona dan Jessica pernah membuat kimbab dan sandwich beracun untuk kenakan Soo Young dan Tiffany
10) Jang Geun Suk pernah ciptakan lagu untuk Yoona bertajuk In My Dream


Penutup

Tiada apa yang dapat diungkapkan, cuma saya berharap kerjaya Yoona di dalam bidang lakonan akan terus bersinar dari tahun ke tahun dan lakonannya dapat menyaingi  pelakon-pelakon wanita hebat yang lain di Korea.  Dengan berbekal kan wajah yang cantik dan menawan dan juga bakat lakonan yang ada, mana tahu suatu hari nanti Yoona akan dibawa ke Hollywood untuk bergandingan dengan aktor-aktor di sana pula.
Terima kasih saya ucapkan kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca artikel saya sampai habis.

Anyeong, Sarangae from Yoona’s Fans- Blueberri





PDF version boleh rujuk di sini : Klik sini untuk PDF











@dauswq @ismaha














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Blueberri replied at 12-1-2016 11:16 PM
Perkembangan Terbaru
Kini namaYoona kian menyinar sebagai seorang pelakon yang versatile. Lakona ...

Fuuyoooo beri
Tahniah kerana siapkan dgn berjela2 nya






Sebijik cm adik is...semua psl yoon dia tau....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.491600 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list