CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK

 Close [Copy link]
Post time 13-1-2016 09:01 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 14-1-2016 10:27 PM

Song Jihyo

-Research Project-
LINK PDF: >>KLIK SINI<<







































Presentation By : MellyNad

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 09:21 AM | Show all posts
Blueberri replied at 12-1-2016 11:16 PM
Perkembangan Terbaru
Kini namaYoona kian menyinar sebagai seorang pelakon yang versatile. Lakona ...

wah!!!! hebat hebat hebat!!! makin kerdil diri ini biler baca ko nyer research projek!!! tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:16 AM | Show all posts
ismaha replied at 13-1-2016 01:45 AM
Fuuyoooo beri
Tahniah kerana siapkan dgn berjela2 nya

hahahha makasih prof ismaha


ehhh cuba cek adakah berri nih adik is tak?



Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:20 AM | Show all posts
rukiaichigo replied at 13-1-2016 09:21 AM
wah!!!! hebat hebat hebat!!! makin kerdil diri ini biler baca ko nyer research projek!!! tahniah { ...

Thanks Kia

Iols banyak mengoreng nih, terpaksa korbankan masa tido tau nak buat research Yoona nih,fuhhhh lega dah habis research
nak buat kuiz pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:34 AM | Show all posts
Edited by nohas at 13-1-2016 12:14 PM

my simple research project...@dauswq @ismaha

Seo In Guk
Bintang Program Realiti Yang Bersinar Terang

SEO IN GUK…In Gukkie Oppa

“Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu ku ditendang sekarang ku disayang”. Begitulah perjalanan insan seni bernama Seo In Guk. Aktor berusia 28 tahun ini dilahirkan pada 23 October 1987 di Ulsan, sebuah bandar pelabuhan di pantai timur Semenanjung Korea.

Mendapat pendidikan formal kursus Applied Music di Daebul University di Jeolla, Korea Selatan, Seo In Guk memulakan karier seni sebagai penyanyi sebelum beralih ke bidang lakonan.  Beliau sekarang di bawah pengurusan Jellyfish Entertainment di Korea Selatan, manakala di Jepun, dibawah pengurusan Irving Entertainment.


Perjalanan Seni  

Perjalanan seni beliau menuju puncak bukanlah mudah. Segala kritikan pedas terpaksa ditelan sehingga meninggalkan kesan negatif kepada diri beliau.  In Guk beberapa kali mencuba nasib dengan menghadiri ‘audition’ anjuran JYP Production, diantara produksi terbesar dan terkenal di Korea Selatan. Disebabkan keadaan fizikal beliau yang sedikit besar dan gempal, penyertaan beliau telah ditolak mentah-mentah dan sebaliknya disuruh mengurangkan berat badan. Beliau mengambil komen ni secara serius dan telah mengalami sindrom *bulimia di dalam proses untuk menurunkan berat badan.


semasa ujibakat

Nama beliau melonjak naik dengan sekelip mata di persada seni Korea Selatan apabila menjadi juara di dalam pertandingan nyanyian program realiti Superstar K musim pertama anjuran Mnets pada tahun 2009 and the rest is history.

Pasca Kemenangan

‘When it rains, it pours’.

Selepas menjadi juara Mnets Superstar K musim pertama, In Guk berdepan dengan jadual kerja yang padat – recording album, photo shoots, rancangan TV, interviews dan road shows serta promosi single & album yang meledak di pasaran serta mendaki tangga carta muzik K-pop.

Pada tahun 2012, beliau mencuba bidang lakonan pula dengan muncul kali pertama di dalam drama KBS’s Love Rain dengan memegang dua watak iaitu sebagai Kim Chang Mo (untuk flashback tahun 1970an) dan sebagai Kim Jeon Seol, anak saudara kepada Kim Chang Mo untuk cerita tahun 2012.

Chang Mo (kiri) & Jeon Seol (kanan)

Lakonan beliau sebagai pelajar tahun 70an adalah sangat ‘fun’ tapi ‘annoying’. Watak kedua beliau sebagai ‘country bumpkin’ yang datang ke kotaraya Seoul untuk mencari kerja dan terjatuh cinta dengan second-lead heroin (yang terkejar-kejar si hero) adalah sangat ‘cool’ dengan gaya ‘rocker’ dan bersahaja. Bagi kesesuaian watak, beliau telah mengekalkan ‘country accent’ dalam lakonan beliau tetapi sebenarnya beliau menghadapi kesukaran untuk bertutur ‘Seoul accent’ seperti dikehendaki di dalam skrip. Idea beliau telah diterima baik oleh pengarah. Bijak, bijak.Hasil lakonan mantap beliau dalam drama ni, Seo In Guk telah berjaya menggondol award untuk kategori ‘Best New Actor’ dalam 5th Korea Drama Awards 2012.

Tahun 2012 juga menyaksikan Seo In Guk berjaya membawa pelbagai watak dalam drama; daripada watak pelajar tahun 70an dan ‘country bumpkin’ dalam Love Rain, kepada watak budak sekolah di dalam tvN’s Reply 1997 (Answer Me 1997) dan watak ‘a problem, playboy, divorced son’ dalam MBC’s weekend drama, the Sons (Rascal Sons).


Kedua-dua drama ni menjadi ‘hits’ serta mendapat ratings yang tinggi dan Seo In Guk terus mengukuh kedudukan di dalam bidang lakonan. Jika lakonan beliau di dalam Love Rain bolehlah dianggap sebagai ‘straight-forward’, tidak perlu bermain emosi yang hebat, namun di dalam drama ‘Reply 1997’ dan ‘Rascal Sons’, beliau telah berjaya mempamerkan permainan emosi yang hebat bersesuaian dengan watak yang dilakonkan.

Diberi kepercayaan memegang watak utama di dalam ‘Reply 1997’, Seo In Guk membawa watak pelajar genius yang memendam perasaan cinta pada teman sepermainan dan setia dengan cinta pertama hingga ke akhir.


Dalam drama Rascal Sons, watak anak bongsu, Yoo Seung Gi berjaya dilakonkan dengan baik sekali. Watak Seung Gi, seorang duda muda beranak satu yang ‘playboy’, yang berlagak bujang trang tang tang memang menjadi. Bila scene beliau bersama anak dan bekas isteri, rasa dia ni penyayang sangat, tapi bila scene bersama girl friend, alahai rasa nak tumbuk-tumbuk je, terutama bila bab menipu isteri


bapa yang penyayang


gaduh dengan isteri sebab main kayu tiga

Mengutip pengalaman di K-dramaland


Berikutan ‘debut’ beliau dalam bidang lakonan pada tahun 2012,beliau terus ditawarkan untuk berlakon drama Master’s Sun (2013), High School King of Savvy (2014), The King’s Face (2014) dan yang terbaru Hello Monster (I Remember You) (2015).


Dalam drama Master’s Sun, In Guk memegang watak Kang Woo, bekas askar menjawat jawatan Ketua Bahagian Keselamatan di pusat perniagaan milik hero (Joong-won). Kang Woo ni seorang yang expressionless and mysterious tapi dalam hati ada taman. Pada masa yang sama beliau ialah penyiasat upahan bapa Joong-won untuk menyiasat latarbelakang Joong-won. Jatuh hati dengan heroin, Gong-shil, jiran satu bangunan. Lakonan In Guk semakin baik dan menyerlah dalam drama ni.


Dalam drama High School King of Savvy, In Guk membawa dua watak utama iaitu sebagai pemain hoki ais (Lee Min-Seok) dan IT eksekutif (Lee Hyung-Seok). Lakonan beliau untuk dua-dua watak ni memang ‘badass’..menyengat dan berperisa..smooth transition dari budak sekolah ke ketua jabatan..




Dalam drama the King’s Face, In Guk berjaya membawa watak Prince Gwanghae dengan baik sekali walaupun ini drama sageuk pertama beliau.


Lakonan ‘daebak’ beliau mendapat pujian daripada pengarah dan juga peminat.

“And it seems that Seo In Guk is making a good impression on the series’ production team as he gears up to make his first appearance in a historical drama. A representative for the production crew announced, “It is hard to believe that this is Seo In Guk’s first period drama. You can really see how involved he gets when he is acting. You can see it in his eyes. His voice, the way he breathes and speaks are all spot on – he has really succeeded in making a new Gwanghae.” Source: soompi

In Guk berjaya mempamerkan kepelbagaian emosi melalui watak ini;

  • seorang putera raja yang playful, carefree & charming;
  • mengalami kesedihan yang mendalam apabila kekasih disangka mati akibat perbuatan bapa sendiri
  • ‘loving’ bila kekasih take care masa dia sakit  
  • kecewa yang teramat apabila abang kandung berniat membunuhnya
  • kecewa yang teramat apabila kekasih menjadi gundik kepada bapa sendiri.
  • Panglima perang yang berwibawa


Kepelbagaian emosi disertai dengan ‘body language’ dan expressi wajah dan mata yang sangat memberi kesan pada penonton. Membuat penonton sama-sama merasai kepedihan, kekecewaan, kesakitan yang dialami. Totally heart-breaking moments.


Hasil lakonan mantap beliau, anugerah ‘the Best New Actor 2014’ KBS Drama Awards berjaya berada didalam genggaman In Guk.

Hello Monster

Drama terbaru In Guk, Hello Monster (I Remember You) berkisar watak Lee Hyun, seorang penyiasat yang genius yang mempunyai kisah zaman kanak-kanak yang penuh misteri. Disamping menyelesaikan kes-kes pembunuhan, beliau juga mencari adik yang hilang.


Lakonan beliau sangat menyakinkan dalam drama ni disamping permainan emosi dalaman dan ‘bromance’ dengan second lead, Park Bo Gum, yang sangat mengujakan.

Dalam tahun 2013, beliau mengorak langkah ke bidang perfileman dengan membawa watak utama bergandingan dengan Lee Jong Suk dalam filem No Breathing.





Di dalam filem ini, Seo In Guk membawa watak, Won-il, perenang berwibawa yang mempunyai masalah dalaman berikutan kematian ibubapa. Diatas bimbingan sahabat ayah beliau, Won-il bangkit semula dan meneruskan minat beliau dalam arena renang. Beliau terpaksa bersaing dengan Woo-Sang (Lee Jong Suk) untuk merebut gelaran perenang negara dan juga merebut hati seorang gadis

Dari Sisi Lain


Sebagai juara pertandingan nyanyian, kebolehan beliau sebagai penyanyi memang tidak dinafikan. In Guk juga menyumbang suara untuk lagu tema dalam drama-drama lakonan beliau seperti drama Love Rain, Reply 1997, Master’s Sun dan High School King of Savvy. Beliau mempunyai suara yang soulful dan sangat sedap didengar sebagai halwa telinga. Dengarlah lagu OST Master’s Sun ‘No Matter What’.



Lagu duet beliau bersama Eun Ji dalam drama Reply 1997 “All for You” berjaya memenangi kategori ‘Best OST 2012’ dalam 14th Mnet Asian Music Awards dan ‘Song of the Year (September)’ dalam 2nd Gaon Chart K-pop Awards.

In Guk juga melebarkan sayap ke Jepun sebagai penyanyi dan telah menghasilkan single & album dalam bahasa Jepun. Beliau juga berlakon alam klip video “Please don’t” oleh penyanyi K.will.



Setelah empat tahun bergelumang di dalam bidang lakonan, bintang program realiti ini semakin bersinar. Walaupun tidak tercalon untuk top 5 aktor popular dalam CARI Kdrama 2015, nama beliau ada dicalonkan untuk kategori ini melalui drama Hello Monster.



Semoga tahun-tahun yang mendatang memberi kejayaan yang besar kepada In Gukkie Oppa. Hwaiting!.

Nota:
*Bulimia adalah gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan yang baru dimakan. Ia berasal daripada perkataan Latin (Bous Limos Nervosa) iaitu lapar dan juga gangguan emosi makan dengan cara memuntahkan kembali makanan
.


Kamsahamnida..

sumber: internet

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 10:49 AM | Show all posts
Blueberri replied at 12-1-2016 11:16 PM
Perkembangan Terbaru
Kini namaYoona kian menyinar sebagai seorang pelakon yang versatile. Lakona ...

wahhhhhhh! nice work partnerrrr !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2016 10:59 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 13-1-2016 10:49 AM
wahhhhhhh! nice work partnerrrr !

hihihiihi, thanks

Panjang tuh sebab iols banyak mengoreng sebab drama Yoona bukan nyer banyak pun
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Blueberri replied at 13-1-2016 10:16 AM
hahahha makasih prof ismaha



agak2 la beri oiii...adik is tu hingus pun dok melelh lagi dan ko dh kawen kottt

Pastu adik is dok stalker ig yoona melalui ig is, parah beno dah adik is tu....
Sama dak yg tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
MellyNad replied at 13-1-2016 09:01 AM
Song Jihyo
-Research Project-


Tahniah melly sbb siap kn dgn superb...
Baru tau jugk bnyk movie yg jihyo berlakon....tau dia *lucky* sgt dlm rm je...tak pernh tgk movie2 dan drama dia....

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:38 AM | Show all posts
Blueberri replied at 12-1-2016 11:16 PM
Taraaaa….buat pertama kalinya saya mempersembahkan sebuah video khas untuk Research Project G ...

wah...daebak... yonna ada berlakon filem ye,,,gooob ye ani tue best tak...klau best kena tgk nie..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:41 AM | Show all posts
MellyNad replied at 13-1-2016 09:01 AM
Song Jihyo
-Research Project-

melly pun x kurang hebatnya... hebat dan kreatif... good work song ji yo nie minat dia kt running man.. yg paling minat monday couple.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:46 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 13-1-2016 11:41 AM
melly pun x kurang hebatnya... hebat dan kreatif... good work song ji yo nie minat dia kt ...

ingat nak buat pasal monday couple tapi mcm xsempat je..iolls pemalas nak cari info..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:48 AM | Show all posts
ismaha replied at 13-1-2016 11:37 AM
Tahniah melly sbb siap kn dgn superb...
Baru tau jugk bnyk movie yg jihyo berlakon....tau dia * ...

thanks prof @ismaha ... SJH mmg bnyk berlakon, tp kurang dpt sambutan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:50 AM | Show all posts
MellyNad replied at 13-1-2016 11:46 AM
ingat nak buat pasal monday couple tapi mcm xsempat je..iolls pemalas nak cari info..hahaha..

monday couple...hahaha... iols suka klau tgk running man nie..monday couple nie dapat satu team..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:53 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 13-1-2016 11:50 AM
monday couple...hahaha... iols suka klau tgk running man nie..monday couple nie dapat satu team..
...

samalah, tapi kalau gary lyn pompuan lain..iolls plk yg sedih..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nohas replied at 13-1-2016 10:34 AM
my simple research project...@dauswq @ismaha

Seo In Guk

Tahniah nohas.....deabakk!!!
Baru tau drama love rain 1st drama in guk...tp tak tgk pun drama tu






Hebat betoi la research project korang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2016 11:54 AM | Show all posts
MellyNad replied at 13-1-2016 11:48 AM
thanks prof @ismaha ... SJH mmg bnyk berlakon, tp kurang dpt sambutan..

sapa kata filem dia ada box office  filem segeuk a frozen flower dia ada berlakon dgn jo in sung..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
MellyNad replied at 13-1-2016 11:53 AM
samalah, tapi kalau gary lyn pompuan lain..iolls plk yg sedih..hahaha..

Kan...is pun sakit hati kalu tgk gary gedik dgn pompuan
Nak je gary dgn ji hyo, bela2 jihyo....cuba kekalkn kesetiaan ckit gary oii
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 11:59 AM | Show all posts
ismaha replied at 13-1-2016 11:57 AM
Kan...is pun sakit hati kalu tgk gary gedik dgn pompuan
Nak je gary dgn ji hyo, bela2 jihy ...

gary tue gedikkkk klau jumpa guest perempuan nak2 klau idol2 yg muncul..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2016 12:12 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 13-1-2016 11:59 AM
gary tue gedikkkk klau jumpa guest perempuan nak2 klau idol2 yg muncul..

kan..dgn muka tersipu2 die..xfikir langsung pasal jihyo..kalau jihyo yg excited klu ade guest lelaki pandai plk bengang..hihihi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.223370 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list