CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK

 Close [Copy link]
Post time 15-2-2016 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 15-2-2016 11:15 PM
alamak
kantoi


meols stadi dulu open book test pun kantoi bersepah...
mana mungkin meols mampu jawab lepas asek memonteng kelas gangnam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
esok dh start final!!!!susahnya final exam walau soalan spot dh dibagi... esei sbjektif!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
naqibnasuha replied at 16-2-2016 12:18 AM
esok dh start final!!!!susahnya final exam walau soalan spot dh dibagi... esei sbjektif!!!

Bak kata prof daus open book ...... so boley jawb punya
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 11:13 AM | Show all posts

soklan esei, subjektif pun ada....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 11:59 AM | Show all posts
nohas replied at 16-2-2016 11:13 AM
soklan esei, subjektif pun ada....

jgn sush hati
senang2 kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 12:14 PM | Show all posts
mcm susah jer soalan..nantilah klau free iols ambil..t tutup lambat lgkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2016 03:34 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 16-2-2016 12:14 PM
mcm susah jer soalan..nantilah klau free iols ambil..t tutup lambat lgkan..

28.2.16
2minggu dr sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 03:42 PM | Show all posts
ismaha replied at 16-2-2016 03:34 PM
28.2.16
2minggu dr sekarang

oh ok..dah ada sesiapa ambil ke hari nie exam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2016 03:54 PM | Show all posts
masdiana-ana replied at 16-2-2016 03:42 PM
oh ok..dah ada sesiapa ambil ke hari nie exam..

belum lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 08:50 PM | Show all posts
Edited by nohas at 20-2-2016 03:09 PM

Annyeong..final exam dah start, tapi nak jawab kuiz dulu...lepas ni baru leh study..
Hmm...segan lak nak publish..cerita syok sendiri..drama ringan 'slice-of-life'..terimalah seadanya...
@dauswq   @ismaha

Tugasan Kuiz Kuliah #6

Tajuk Drama : Goodbye, Love

Teraju Utama : Choi Siwon, Kim Ah-joong, Lee Je-hoon, Lee Da-hee, Nam Goong Min
Pelakon kanak-kanak : Nam Da-reum, Noh Jung-ui
Pengarah : Jung Dae-yoon  
Genre Drama :  Family, Comedy, Romance, Workplace Drama
Channel : KBS




Lagu Tema (OST)
1)  Although I Loved You – by Kim Kwang-seok
2)  Without You - by 2PM (lagu motivasi)
3)  Let’s Not Fall in Love – by BigBang

Watak
Lee Hon Shik (Choi Siwon): seorang anak yatim-piatu yang semasa kecil tinggal di rumah anak yatim. Beliau bekerja sebagai pegawai bawahan di sebuah syarikat. Hon Shik ialah ayah yang penyayang, kelakar dan lebih mesra dengan anak-anaknya. Baginya, anak-anak ialah kebahagiaannya.  Kehidupan beliau sangat hambar, ‘mundane’, cuma pergi kerja, balik kerja, terpaksa bekerja ‘overtime’ sepanjang minggu. Beliau telah berpisah dengan isteri dan hak penjagaan dua orang anaknya diberikan kepada bekas isterinya yang mempunyai karier professional dan bergaji lebih besar. Pelbagai rintangan dihadapinya untuk bangkit kembali dalam hidup, mencapai kejayaan dalam kerjaya dan bertemu cinta baru.

Cha Min Na (Kim Ah-joong): Bekas isterinya Lee Hon Shik. Wanita bekerjaya professional, seorang yang tegas, queen control dan sentiasa menjaga imej. Dia selalu memandang rendah pada Hon Shik. Anak-anak merasa takut dan tidak gembira bersama ibu mereka.


Min Yoon Rin (Lee Da-hee): Anak kepada chaebol, Min Je Sung. Mengalami depresi disebabkan kematian suami dan anak yang dikasihinya. Berjumpa dengan Hon Shik bagaikan terapi mengubat kesedihan dan jatuh cinta dengan Hon Shik.

Park Ji Kwan (Lee Je-hoon) : Kawan baik Lee Hon Shik. Pernah tinggal di rumah anak yatim bersama Hon Shik ketika mereka kecil. Seorang periang and baik hati. Berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Pemilik perniagaan Partylicious. Seorang yang periang dan baik hati.

Jeong Jin Min (Nam Goong Min): Bekas eksekutif di Partylicious yang dengki dengan Hon Shik. Bekerja dengan musuh ketat Partylicious, Let’s Party Management dan sentiasa mencari helah untuk menyusahkan Hon Shik. Cuba mengorat Yoon Rin.


Sinopsis
Drama ini mengisahkan, Lee Hon Shik, seorang yang workaholic untuk memastikan keluarganya mendapat yang terbaik dalam kehidupan. Dia sangat menyayangi dua orang anaknya. Selepas bercerai dengan isterinya dan kehilangan hak penjagaan anak, kehidupan Hon Shik sangat hambar, cuma pergi kerja, balik kerja, memerap di dalam rumah. Bekas isterinya telah berpindah kerja ke Busan membawa sekali anak-anaknya menyebabkan Hon Shik sukar bertemu dengan anak-anaknya.  

Kawan baik Hon Shik, Park Ji Kwan yang mempunyai syarikat Partylicious,  mengajak Hon Shik bekerja separuh masa sebagai badut di syarikatnya. Dia tahu Hon Shik sedari kecil lagi berbakat dalam expresi muka dan tricks sebagai badut, selalu membuat persembahan di rumah anak yatim, tempat tinggal mereka berdua semasa kecil.  Dia mahu Hon Shik gembira. Hon Shik setuju dan lama-kelamaan, Hon Shik gembira dengan kerjaya sambilannya itu kerana dapat menghilangkan kerinduan pada kedua-dua anaknya.

Hon Shik diberhentikan kerja selepas bossnya mengetahui dia jadi badut di majlis harijadi anaknya dengan perempuan simpanan dan isteri boss mengejar Hon Shik untuk mengorek rahsia suaminya.  Selepas berhenti kerja, keadaan Hon Shik tidak terurus ditambah dengan bekas isterinya mendapat tawaran bekerja di luar negara dan membawa bersama kedua-dua anak mereka.

Dapatkah Hon Shik bersama semula dengan anak-anaknya? Bekas isterinya hadir disaat dia mencapai kegemilangan dalam kerjaya sebagai ahli perniagaan di Partylicious dan Duke Event Management.  Siapakah yang akan dipilih oleh Hon Shik, bekas isteri atau cinta hati yang bersama dengannya di saat terluka dan kesepian?

EPISOD SATU

Di pejabat Hon Shik, Myeongdong

Bunyi riuh kenderaan berpusu-pusu di jalan utama Samil-daero di kawasan perniagaan Myeongdong. Lelaki dan wanita berpakaian pejabat dengan briefcase kerja di tangan mundar-mandir di jalanan, ada yang bergelak-ketawa di kaki lima café-café di sepanjang jalan.

Seorang lelaki berdiri di tepi jendela kaca pejabat di tingkat 10, SK Telecom Tower sambil matanya menyorot ke bawah, ke arah jalanraya. Ditangannya ada secawan kopi lalu dicicipinya perlahan-lahan.

‘arghh..mereka juga salaryman seperti aku’ fikirnya dibenak. Fikirannya menerawang ke langit yang kelam.

Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Lelaki itu tersentak. Sebahagian pejabat sudah gelap, cuma dibahagian cubicle nya saja yang masih lagi diterangi cahaya lampu dan sinar dari desktop computer. Lee Hon Shik menyumpah-nyumpah bossnya, Kim Jae Joon kerana lambat beritahu mengenai meeting esok pagi.  Dia mesti menyiapkan proposal malam ini juga.

Pukul 11.00mlm, Hon Shik sudah berada di dlm perut subway Line 3. Subway kosong. Dia tersandar lega. Ada seorang mabuk meracau-racau padanya. Bau arak menyusuk hidung. Hon Shik merapatkan kelopak mata, buat-buat tidur. Ketenangannya terganggu.

“Ahjussi, pergi tidur di bangku sana” bentaknya pada pemabuk yang landing disebelahnya. Pemabuk cuba menarik-narik kotnya. Hon Shik bingkas bangun dan lari ke gerabak lain.

Doosan Apartment, Dongdaemun

Hon Shik masuk ke dalam rumahnya yang sunyi. Sungguh sunyi. Perutnya berbunyi minta diisi, “ohh…aku tak makan lagi”..dia pergi membuka kabinet dapur, menjengok-jengok ke dalam, ada satu ramen cup..’arghh..ini pun jadilah”..

Hon Shik meletak ramen cup diatas meja di ruang tamu. Matanya tertancap pada frame gambar anak-anaknya, Lee Do Hyun dan Lee Ha Na. Air mata mula bertubir di kelopak mata.

Flashback di mahkamah (dua bulan yang lalu)

Keputusan mahkamah hakim sudah putuskan. Hon Shik melutut memeluk kedua-dua anaknya sambil menangis. Anak-anaknya pun menangis semahu-mahunya.

“Appa, appa..Do Hyun nak ikut appa..huhuhu..”
“Nana nak ikut appa, nak ikut appa..huhuhu”..ketiga-tiga beranak menangis berpelukan.

Tiba-tiba bekas isteri, Min Na bersama bekas mak mertuanya meregut tangan-tangan anak-anaknya. Terlerai pelukan mereka, lalu kedua-dua anaknya disentap dibawa pergi.

“Mari pergi..sudah, sudah, jangan menangis, mari pergi”..Min Na menarik tangan Do Hyun dan Ha Na lalu membawa mereka pergi meninggalkan Hon Shik.

Hon Shik hanya mampu memandang sambil menangis hiba.


Hon Shik tersedar. Dia terjelepok di atas lantai bersandarkan sofa yang agak kusam. Air mata mengalir deras. Perutnya mula pedih. Ramen cup sudah mula kembang, dia menyuap lemah sambil menangis tersedu-sedu..

Di luar, hujan turun dengan lebatnya…



Rumah agam di Bukchon, Gahoe-Dong

Pukul 12.00 malam. Sebuah keluarga tiga beranak sedang megelilingi sebuah katil. Seorang lelaki tua sedang terbaring diatas katil itu. Si lelaki memegang tangan lelaki tua itu sambil bercakap perlahan-lahan, meminta izin untuk beredar. Isterinya dan anak perempuannya yang masih kecil membontoti lelaki tadi setelah mengucap selamat tinggal.  Si ibu lelaki memandang sayu melihat kereta berlalu pergi.

Dongbu Expressway, Gangnam-gu.

Lelaki tadi memandu kereta dengan laju sambil bertengkar dengan isterinya di sebelah. Di kerusi belakang, anak kecil itu sedang terbaring tidur.

Lelaki tadi marah kepada isterinya yang tidak mahu tidur di rumah ibu bapa dia.   Si isteri pula menjerit-jerit pada suaminya mengatakan yang dia kena ke airport awal pagi esok kerana ada mesyuarat lembaga pengarah di Jeju. Si suami hilang pertimbangan di dalam hujan lebat yang menggila, kereta berpusing di atas highway lalu menghentam dinding tunnel di sebelah pemandu.

Ketiga-ketiga mereka tidak sedarkan diri. Ambulan datang dan doktor mengesahkan pemandu dan budak perempuan mati ditempat kejadian. Si isteri cedera parah dan terus dibawa ke wad pembedahan.  Perempuan tersebut ialah Min Joon Ri, anak kepada hartawan Min Je Sung.

Keluarga Min Je Sung dikhabarkan mengenai berita kemalangan ini. Suasana kecoh di rumah agam di Jeju. Min Je Sung memaklumkan kepada setiausaha syarikat agar mesyuarat lembaga pengarah dibatalkan.  Dia dan isteri bergegas ke pengkalan helikopter untuk ke hospital di Seoul.

Pejabat Partylicious di Itaewon

Hari Sabtu.

Park Ji Kwan mula sibuk di pejabatnya. Hari ni ada tempahan untuk majlis harijadi di Jamsil. Dia kena bersedia awal kerana parti bermula pukul 3.00 petang. Suasana bingit dengan badut-badut berlatih dan pekerja-pekerja yang lain sibuk mengangkat segala props untuk dibawa pergi ke sana.

Majlis berjalan dengan jayanya. Ji Kwan sangat berpuas hati. Melihat badut-badut sedang menanggalkan make-up, Ji Kwan teringat pada kawan baik, Hon Shik.

Flashback zaman kanak-kanak Ji Kwan dan Hon Shik di rumah anak yatim. Hon Shik menjadi badut menggembirakan kanak-kanak di rumah itu.

Sambil tersenyum, Ji Kwan mendial nombor di telefon genggam.

“Hon Shik-ya, ada dimana?”
“Di rumah” jawab Hon Shik, lemah.
“Awak OK ke?”
“hmm..OK”
“Betul ni OK? Takpe, saya ke sana. Kita jumpa. Nanti saya beli kongguksu di kedai ahjumma. Bye”

Ji Kwan terus mematikan telefon, hidupkan enjin kereta dan meluncur laju ke Dongdaemun.

Di ruang tamu rumah Hon Shik..

Ji Kwan dan Hon Shik duduk bersembang sambil minum kopi. Dua mangkuk kongguksu sudah habis dimakan. Mereka mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak mereka di rumah anak yatim.  Bergelak-ketawa.  

Flashback zaman kanak-kanak di rumah anak yatim.

Tiba-tiba Hon Shik bersuara.

“JK, kenapa buat bisnes badut? Ada banyak lagi bisnes yang lebih serius, yang boleh cepat kaya”

“Kalau aku cakap kau jangan gelak” bidas Ji Kwan pula sambil tersengih-sengih

“Aku tak gelak punya” jawab Hon Shik

“hmm..hmm..nak penuhi impian masa kecik aku. Yelahh,  masa kita kecik-kecik dulu mana ada kita sambut harijadi mcm ni, ada badut, ada belon, ada kek-kek semua. Takde sapa yang ingat harijadi kita. Dahlah warden kita tu garang nak mampus”

“hahaha..” Hon Shik ketawa terbahak-bahak.

Ji Kwan menumbuk-numbuk bahu Hon Shik lalu mereka bergusti di atas lantai…Hon Shik bangun dan terus buat aksi dan menyanyi lagu..

“Gwiyomi”

Tamat Episod 1.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 09:09 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 5-2-2016 03:49 PM
Edited by spankee_fili at 16-2-2016 09:56 AM

QUIZ 6

sib baik check balik entry ni, mula2 tu nak letak lagu Baek Ji Joung tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nohas replied at 16-2-2016 09:09 PM
sib baik check balik entry ni, mula2 tu nak letak lagu Baek Ji Joung tu...

nohas..suke citer engko...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
br nk study mlm ni...huhuhu..stress exam ni...dh drop dh quiz 6..x mampu nk buat citer mcm korang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nohas replied at 16-2-2016 09:09 PM
sib baik check balik entry ni, mula2 tu nak letak lagu Baek Ji Joung tu...

hihi...baru jek add lagu tu...
suka lagu baek ji young nih...macam boleh rasa sakit dalam hati dia tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2016 11:17 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 5-2-2016 03:49 PM
Edited by spankee_fili at 16-2-2016 09:56 AM

QUIZ 6

feveret kbs & sbs ni
ade unsur2 politik
jln citer ni start dgn hero heroin dh cinta satu sama lain erk?
klu ade pelakon yg mainkan wtk bini LBY tu okay gak @ismaha dh offer tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2016 11:49 PM | Show all posts
nohas replied at 16-2-2016 08:50 PM
Annyeong..final exam dah start, tapi nak jawab kuiz dulu...lepas ni baru leh study..
Hmm...seg ...

idea menarik... terbayang citer ala2 drama mbc - spring days of my life
semoga ade kebahagian utk choi si won
maknenye lee da hae tu akn bercinta dgn si won erkk?

wtk kim ah joong mengingatkan pd lakonannye dlm SBS - Punch
mmg dia coldest pun wlpn cuba nk jd upright
arap2 dia jgn nk goda si won balik bila tetibe si won dh established dgn kerjaya badut tu...

lee je hoon skrg ni very demanding
skrg tgh lead drama tvn signal, baru2 ni dpt offer drama cenel kbs gak , god of noodle

motif nam goong min jd jahat gak? reframe balik wtk sociopath yg ade mslh anger management gtuh


igtkn nohas wt skrip drama saeguk




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2016 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 16-2-2016 11:17 PM
feveret kbs & sbs ni
ade unsur2 politik
jln citer ni start dgn hero heroin dh cinta satu sama ...

meols plan ada colik2 jenayah bagai...nak bagi drama kaw2 punya...
deols saling cinta tapi hero tu ingat heroin nak duit je & heroin tu ingat hero sekadar nak berfoya2 jek...
masing2 nak memiliki tapi masing tak tau camna...

psst...drama sangat kan????
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
nohas replied at 16-2-2016 08:50 PM
Annyeong..final exam dah start, tapi nak jawab kuiz dulu...lepas ni baru leh study..
Hmm...seg ...

terbaik nohas...
meols suka lee da hae ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 01:21 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 17-2-2016 12:13 AM
terbaik nohas...
meols suka lee da hae ...

chuols suka lee da hae mane ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2016 01:21 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 17-2-2016 12:06 AM
meols plan ada colik2 jenayah bagai...nak bagi drama kaw2 punya...
deols saling cinta tapi hero t ...

mahunye jadi drama ala2 makjang gtuh


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 15439 Replies : 149
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 353178 Replies : 8723
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 109126 Replies : 2939
[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak kedua, Inara Raisa
doubleA[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak ke
Views : 48495 Replies : 104
Bayar deposit RM50 untuk dapatkan full catalogue baju raya LR???
aysia19Bayar deposit RM50 untuk dapatkan full c
Views : 13107 Replies : 58
Anak sulung kahwin si bongsu pasangan paling ideal.Anda setuju?
YgBenarAnak sulung kahwin si bongsu pasangan pa
Views : 10166 Replies : 42
Tandas duduk vs Tandas cangkung
YgBenarTandas duduk vs Tandas cangkung
Views : 20978 Replies : 16
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 72316 Replies : 391
HILANG kawan, sakit ke?
fahdramliHILANG kawan, sakit ke?
Views : 43216 Replies : 82
Your Bucket List
chesfaYour Bucket List
Views : 50342 Replies : 127

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 1.005041 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list