CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5382|Reply: 43

[Tempatan] Bakal Tak Boleh Bonceng Motor Dengan Bukan Mahrom & Keliaran Time Gerib

[Copy link]
Post time 7-3-2016 01:18 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU – Kerajaan PAS Kelantan bakal meminda satu undang-undang bagi membolehkan tindakan diambil terhadap anak muda yang berkeliaran pada waktu Maghrib dan membonceng motosikal dengan bukan mahram.

Undang-undang yang akan dipinda itu dilakukan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Kelantan bagi mengawal gejala sosial dalam kalangan anak-anak muda negeri itu, menurut laporan beberapa portal berita.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, bagaimanapun tidak menyatakan bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang ditahan kerana berkeliaran dan membonceng motosikal dengan bukan mahram.

Kesalahan terbaharu itu termasuk terhadap penunggang dan pembonceng yang didapati masih lagi berlegar-legar tanpa arah tujuan pada waktu Maghrib sama ada di kawasan taman rekreasi atau tepi pantai.

“Walaupun gejala sosial di negeri Serambi Makkah ini belum lagi sampai kepada tahap membimbangkan, usaha perlu dibuat agar ia dapat dibendung lebih awal,” kata Ahmad seperti yang dilaporkan portal Harakah Daily.

Cadangan pindaan undang-undang kecil tersebut, kata beliau juga adalah selaras dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Islam (JPI) pada peringkat PBT di seluruh pentadbiran majlis daerah sepanjang tahun ini.

Sebelum ini, hanya di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sahaja mempunyai JPI, tetapi mulai tahun ini jabatan baharu tersebut bakal diperluaskan lagi kepada seluruh PBT di Kelantan.

Ahmad berkata, JPI diharap turut dapat membuat kajian secara terperinci berkaitan dengan undang-undang kecil tersebut bagi menangani gejala anak muda yang suka sangat melepak buang masa pada waktu Maghrib.

“Hasrat kerajaan negeri supaya dengan undang-undang itu dapat kawal anak-anak muda yang bebas berkeliaran khasnya di kawasan taman atau di tepi pantai,” kata beliau seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily.

“Membonceng motosikal bukan dengan mahram sering berlaku, ini yang kita hendak kawal. Trend sekarang mereka suka membonceng, bebas ke sana ke mari dan ini amat tidak baik khususnya di sisi Islam,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penguatkuasaan Syariah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Mokhtar Salleh, menyatakan akan meningkatkan penguatkuasaan khusus dalam kalangan golongan remaja negeri itu.

Ini terutama yang didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam dan menurut beliau, antara tumpuan penguatkuasaan termasuk ke atas mereka yang menaiki motosikal bersama individu yang bukan mahram.

Mokhtar dilaporkan berkata, ketika ini ia bagaikan satu trend baharu dengan kaum wanita tempatan sering dilihat gemar membonceng motosikal dalam keadaan tidak sopan dengan penunggang lelaki yang tiada ikatan keluarga.

Undang-undang jenayah syariah di Terengganu itu juga bakal digariskan Maidam meliputi kesalahan untuk wanita yang berpakaian mencolok mata dan lelaki berpakaian seperti wanita. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 01:45 PM | Show all posts
hujung2 bermukah bapa tiri dgn anak jua...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung hujung menala kambing jua
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 01:52 PM | Show all posts
Alhamdulillah, ada usaha untuk membanteras maksiat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:01 PM | Show all posts
Bertambahlah jumlah naik bas express turun kat Selayang untuk membina hidop baru (dan membawa masalah sosial) kat tempat orang).

Disebabkan hukom Allah mahu dilaksanankan di kampong mereka....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 02:04 PM | Show all posts
Maideen. replied at 7-3-2016 06:01 AM
Bertambahlah jumlah naik bas express turun kat Selayang untuk membina hidop baru (dan membawa masala ...

dan shah alam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2016 02:10 PM | Show all posts

Nak buat macamana ......  bila naik kapcai lelaki pompuan ajer trus nak buat maksiat.
Tu yang Allah melarang naik kapcai lelaki pompuan tuh...


Prrrrrrrrrrrpfffftght

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:12 PM | Show all posts
benda baik.....tak yah nak komen sangat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2016 02:12 PM | Show all posts
Maideen. replied at 7-3-2016 06:10 AM
Nak buat macamana ......  bila naik kapcai lelaki pompuan ajer trus nak buat maksiat.
Tu yang  ...

makin pelik2 lah sekarang ni maideen.whats next?tak boleh melepak kopitiam bersama pulak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:16 PM | Show all posts
makin penuhlahh putrajaya...shah alam...

kenkadang terpk... segelintir org mcm ni laa yang memburukkan imej satu2 tempat tu...

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sunyi sepi kelate pah ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:21 PM | Show all posts
mende baik kita sokong, tu jek
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:34 PM | Show all posts
elokla....patut diperluaskan ke seluruh Msia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:36 PM | Show all posts
so dorang nk bg sticker islam ke bg yg muhrim compliance

hrp dorang bg sticker yg ada sport uv
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 03:04 PM | Show all posts
kelantan ni mmg patot kasi autonomi

dah 2 dekad derang 'berbeza' dri yg lain

kasi kasi je lah,da nk sngat nmpak

derang bukan kesah pun klau miskin

keredhaan god lgi penting....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 03:49 PM | Show all posts
biasanya manusia mcm tu lah....benda yg baik ada je bangkangan je... perlaksanaan untuk membenteras maksiat...perlakuan ke arah maksiat.... bukanlah bermakna terus buat maksiat tapi mengelakkan dari berlakunya maksiat... mencegah itu lebih baik dari merawat..tak kan tak tau apa hukumnya kalau memboceng dgn bukan mahram...kalau darurat tu lainlah hukumnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 03:55 PM | Show all posts
Lebai PAS ni tak taulah awat bodoh sangat. Tak lama lagi jadi macam Taliban.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tidak nampak keburukan laksanakan undang2 macam ni..perkara baik puak2 panas bontot pasti bangkang..sedih kehidupan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 06:30 PM | Show all posts
Satu langkah lagi ke arah complete talibanisation!

Syukur...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 06:39 PM | Show all posts
sebab ni ke


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.243797 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list