View: 15090|Reply: 133
|
Bandingkan Lawatan Dato Vida Dengan TMJ Ke Sepanyol, Azrul Cham dihencap nitizen
[Copy link]
|
|
Edited by maxim at 21-3-2016 02:26 PM
Bandingkan Lawatan Dato Vida Dengan TMJ Ke Sepanyol, Kaki Bola 'Serang' Facebook Peserta Maharaja Lawak Mega 2016
Seperti kita ketahui dunia sukan bola sepak negara kita sekarang sudah mula menunjukkan perkembangan baik selepas kerabat diraja Johor dan beberapa jutawan kosmetik telah menaja pasukan pilihan masing-masing.
Dengan perkembangan ini membuatkan liga bola sepak Malaysia semakin meriah dan sedikit cuit mencuit antara mereka ini adalah perkara biasa.
Nama Tunku Ismail atau lebih dikenali sebagai TMJ dan Datuk Seri Vida sudah tidak perlu diperkenalkan lagi di mana kelibat kedua-dua individu ini telah menjadi sebuatan peminat bola sepak Malaysia.
Masing-masing dengan gaya masing-masing yang tersendiri yang membuatkan nama mereka beruda tidak pernah lekang dek sebutan peminat bola sepak seluruh Malaysia.
Terbaru, kedua-dua individu hebat ini dilaporkan telah melawat negara kuasa besar bola sepak dunia iaitu Sepanyol di mana dalam lawatan yang berbeza mereka telah berkunjung ke beberapa kelab bola sepak terkenal Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcalona.
Bagaimanapun semalam telah menjadi topik perbincangan hangat apabila secara tidak disangka-sangka seorang peserta Maharaja Lawak Mega 2016, Azrul dari kumpulan Cham yang baru tersingkir pada minggu ke-7 telah memuat satu status yang dilihat seperti memerli Datuk Sri Vida ke laman Facebooknya dimana dia telah membandingkan lawatan DSV dengan TMJ ke Sepanyol menyebabkan penyokong bola sepak terutamanya dari pasukan PQPTRW 'naik angin'.
Berikut adalah status yang dimuatnaik oleh beliau.
Dan berikut adalah reaksi daripada peminat bola sepak
Bagaimanapun status berkenaan telah pun dipadam oleh Azrul, tetapi sehingga kini dilihat peminat bola sepak terutamanya peminat pasukan PQPTRW masih menyerang timelime facebook beliau mungkin masih tidak berpuas hati dan ada juga antara mereka meminta Azrul memohon maaf.
Sebagai artis perlu diketahui apa tindak tanduk kita lakukan pasti diperhati, sepatutnya kenyataan berkenaan tidak keluar daripadanya kerana kedua-dua insan ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam memajukan industri bola sepak tanah air.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu lah membuat komen dan statement tak memkir panjang, kan dah kena batang hidung sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha apa ke bengong.. compare kan tmj dengan dato vida
walaupun iols simpati la jugak yang appointment dia dengan ronaldo tu kena cancel last minit.. kesian dato vida |
|
|
|
|
|
|
|
ni la org kata...sbb mulut badan binasa......terlajak kata, terima la padahnyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Azrul ni mmg akal pendek. Sependek dirinya |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat perbandingan kena adil...apple to apple...ni apple to nangka..walau pun aku nyampah dengan iklan che puth ni...tapi aku respek dia sebagai seorang individu dan usahawan yang berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu aku tak ada la nyampah kt dato vida ni..tapi lately baru nampak dia ni manjang nak promote produk je wpun membantu orang. Aritu dia kata nak bantu budak pompuan yg muka dia kena simbah asid tp dalam dok posing utk paper gigih suruh budak tu pegang produk dia..budak tu muka kena asid & nak wat plastik surgeri. Tp dato vida bagi budak tu produk qu puteh utk kulit. Memandai je suruh budak tu sapu krim company dia. Buatnya maki sopak sapa nak jamin |
|
|
|
|
|
|
|
DSV shop LV kat Paris sampai kedai LV tutup bro.. Ko hado? |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sgt degkinya... hmmm ok la tu at least dia boleh bawak rombongan pegi spain.. yg kau tu, bwak bini pun belum tntu mampu.. puiiii |
|
|
|
|
|
|
|
dia beli kat go shop sajorkkk ....
|
|
|
|
|
|
|
|
dato vida tak taja dia kot tu yg perli2...
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 kt lazada je sis
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu anak raja very vvvvvip yg dto vida ni vip jer.. Apala buat banding2 gitu.. Ngok |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain jilat ank raja tu, kot2 la bleh secalit dua pangkat nnt
Hahaha...padan muka
Mengata DSV pun ada org tu kisah....lg melimpah2 rezeki dia |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik ko diam azrul oii drpd berkata-kata.
|
|
|
|
|
|
|
|
elok la ko mereput dik
duk dlm media pun idop tak idop je ko ni
sudah2 la ..balik kg tanam jagung ada gak pekdahnya ...
#azrulfake |
|
|
|
|
|
|
|
tipu la tok vida hdup ssh zaman kanak2. sbb aku penah tgk dia cite famili dia berada. cuma dia dri sekolah suka cri duit poket sndiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|