CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4378|Reply: 22

Bantu Mangsa Tepi Jalan, Jururawat Ini Dianggap Sebagai Hero

[Copy link]
Post time 31-3-2016 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za





Memang tugas seorang jururawat adalah untuk membantu merawat dan memberi pertolongan kepada para pesakit. Yang penting, tanpa diskriminasi mana-mana kaum atau individu tertentu.


Namun, itu di hospital. Bagaimana pula jika mereka sedang berada di luar? Di tengah jalan atau di khalayak ramai?


Semalam, dua keping gambar yang dimuat naik di laman sosial nyata menjadi viral kerana seorang jururawat dilihat membantu seorang mangsa kemalangan jalan raya.


Kejadian dikatakan berlaku di Sungai Petani itu menyaksikan seorang pelajar kejururawatan yang bukan seorang jururawat profesional pun, namun sanggup turun ke tepi jalan dan membantu mangsa.


Ini menyebabkan ramai yang berasa terharu dan tersentuh dengan sikap gadis itu. Malah, netizen dengan bangganya berkongsi gambar itu dan menyatakan sokongan kepadanya.









"Semoga tuhan merahmati kamu..terima kasih atas bantuan.. harap mangsa tersebut selamat...admin mohon berikan maklumat terkini mangsa ya.."

"Ini bukan berkenaan perkauman, tapi kemanusiaan."

"Semua kita, Melayu, India dan Cina, kami cintakan antara satu sama lain."



Tak kurang juga ada yang mengaitkan dengan kes wang hantaran tempoh hari dan berkata gadis seperti inilah yang patut dicari-cari (untuk jodoh).


Apa pun, terima kasih buat gadis tersebut kerana menunjukkan negara Malaysia masih kuat berpegang kepada kemanusiaan dan juga hubungan antara kaum yang sangat erat sebenarnya, jauh menyimpang daripada yang dipaparkan dia media.  - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2016 01:39 PM | Show all posts
kenapa ya..

kalau wat baik, jd viral, dpt pujian melambung2..

seolah2 buat pkra baik tu, satu pkra yg perlu dperbesar2kan seolah2 buat baik tu satu pkra pelik hinggakan perlu sebar bagai??
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow ini macam abam sanggup bg usahkan rm 15K malahan brapa bnyk K KKpun x kisahla janji Kon** Kena Keras
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2016 02:11 PM | Show all posts
chinta89 replied at 31-3-2016 01:39 PM
kenapa ya..

kalau wat baik, jd viral, dpt pujian melambung2..

bukan begitu, tujuan kita sebarkan agar beri inspirasi pada org lain...ia bukan perkara pelik sgt..

tp nak sebarkan perkara positif...terlalu bnyk yg negatif di media sosial...semoga cara ini dpt seimbangkan negativity di media sosial masa ini..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 02:13 PM | Show all posts
CARI-MAMS replied at 31-3-2016 02:11 PM
bukan begitu, tujuan kita sebarkan agar beri inspirasi pada org lain...ia bukan perkara pelik sgt. ...

yup. kte paham mksud awak.

bagus jgk tu, balance kan mne yg patut. sb pkra x baik byk dsebarkan, kalau pkra baik dbuat sedemikian rupa ape salahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus tu viralkan..just x perlu mention bangsa..kita kan 1 malaysia..

Bila disebut bangsa, terasa masih tinggi perkauman di malaysia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2016 03:42 PM | Show all posts
Baguslah walaupun masih belajar jadi jururawat tapi usaha dia nak membantu orang dalam kecemasan harus dipuji
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 05:01 PM | Show all posts
bagus awek ni. cian tgk uncle tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2016 05:07 PM | Show all posts
My mum bekas jururawat. Dulu ingat lagi my mum penah juga cakap. Kalau jururawat ni masa pakai baju uniform dia on the road cthnya nak balik keje ke atau nak gi keje kalau ternampak ada eksiden. Dia kene berhenti berikan bantuan mana yang boleh sementara ambulans sampai.
Jadi rasanya atas rasa tanggungjawab jururawat ni patutlah diberi pujian Nampak jururawat tu sorang yang perihatin . Kelihatan jururawat tersebut menenangkan mangsa eksiden sementara bantuan sampai. Semoga dia maju jaya dalam kerjaya sebagai jururawat kelak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 31-3-2016 01:39 PM
kenapa ya..

kalau wat baik, jd viral, dpt pujian melambung2..

Itu tandanya depa jarang buat kebaikkan atau jarang jumpa orng buat kebaikkan....biasernya orng bandar; 'urban' katernya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita paham nilai ilmu itu wajar diaplikasikan sebaik mungkin setelah mempelajarinya, maka jadilah nilai yg terpuji mcm nurse ni.. Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 31-3-2016 01:39 PM
kenapa ya..

kalau wat baik, jd viral, dpt pujian melambung2..

Anggap positive

Di viralkn utk jadi contoh...biar ramai yg ikut
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 12:40 AM | Show all posts
chinta89 replied at 31-3-2016 01:39 PM
kenapa ya..

kalau wat baik, jd viral, dpt pujian melambung2..

biarla..mana tau lepas ni ramai buat baik dan kurang berfikir negatif..atau racist
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 08:18 AM | Show all posts
hm..no issue about racist kot...
kemanusiaan..nurse berhati mulia
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 08:32 AM | Show all posts
bagusnya budak ni...kalau aku pun blm tentu blh jd mcm budak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah adik...kipidap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 01:19 PM | Show all posts
Edited by ChildrenOfBodom at 1-4-2016 01:21 PM

bless her
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
serikandi_gurl replied at 31-3-2016 05:07 PM
My mum bekas jururawat. Dulu ingat lagi my mum penah juga cakap. Kalau jururawat ni masa pakai baju  ...

Sbb tu ade hospital(swasta) tak benarkn misi dorang pkai uniform misi tu diluar waktu keje..

Smpai hospital baru tukar pkai uniform.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 09:11 AM | Show all posts
送给留学挂科拿不到毕业证的童鞋们,大洋教育QQ/微信2913575572留学服务中心专业办理英国、加拿大、澳洲等国家各大学【毕业证、成绩单、真实回国证明◆真实教育部认证】100%可查、永久存档。
专业为留学生解决毕业难等问题,欢迎加Q咨询!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 08:25 AM | Show all posts
Skuau replied at 31-3-2016 05:09 PM
Itu tandanya depa jarang buat kebaikkan atau jarang jumpa orng buat kebaikkan....biasernya orng ba ...

gtu la kot.. iols pun pk pkra yg sama. sb pkra2 murni ni mcm dh jrg wujud, bila disebarkan kebaikan yg dbuat, seolah2 mcm malaikat plk maksum dipuji bagai.. dan bila dsebar pkra x baik plk, dkeji dcaci kaw2 mcm la sorg2 tu x pernah wat salah?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Binaan rumah memasuki sempadan rumah jiran.Pemilik dalam dilemma
YgBenarBinaan rumah memasuki sempadan rumah jir
Views : 8832 Replies : 23
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 11619 Replies : 198
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 209929 Replies : 5053
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14610 Replies : 56
Fakta ke Auta ni?
SurfnsunFakta ke Auta ni?
Views : 7217 Replies : 44
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 96016 Replies : 324
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 47407 Replies : 201
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41904 Replies : 260
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7809 Replies : 64
Soalan KBAT agaknya
PerawankotaSoalan KBAT agaknya
Views : 4798 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.074890 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list