CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3518|Reply: 27

[Dunia] London paling ramai bilionair

[Copy link]
Post time 26-4-2016 10:18 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – London mempunyai lebih ramai bilionair dalam mata wang pound sterling (£) berbanding mana-mana bandar raya di dunia, menurut senarai hartawan, Rich List 2016 terbitan akhbar The Sunday Times.

Sebilangan taikun paling kaya di Britain hilang banyak kekayaan mereka disebabkan kelembapan jualan runcit, penurunan harga minyak dan krisis industri besi, lapor akhbar berkenaan.
Bagaimanapun, kekayaan keseluruhan 1,000 orang terkaya Britain adalah lebih tinggi tahun ini. Negara itu turut memiliki 120 bilionair pound sterling, angka yang hanya diatasi oleh Amerika Syarikat (378) dan China (193).

Menurut akhbar sama, terdapat lebih ramai bilionair pound sterling di London (77) berbanding bandar raya lain, mengatasi New York (61), San Francisco (57) dan Hong Kong (49).
Adik-beradik David dan Simon Ruben mengungguli senarai itu tahun ini dengan kekayaan £13.1 bilion (RM73.8 bilion), meningkat £3.4 bilion (RM19.1 bilion) pada tahun lalu.
Adik-beradik Reuben yang lahir dalam sebuah keluarga Yahudi bangsa Iraq di Mumbai, memiliki hartanah London dan pusat pengendalian data, Global Switch.

Mereka mengatasi adik-beradik taikun industri, Sri dan Gopi Hinduja yang memiliki kekayaan £13 bilion (RM32.2 bilion), angka yang tidak berubah sejak tahun lalu, sementara pelabur, Len Blavatnik dengan aset £11.6 bilion (RM65.3 bilion), merosot £1.6 bilion (RM9 bilion) menduduki tempat ketiga.

Taikun besi, Lakshmi Mittal yang mengungguli The Rich List 2008 dengan kekayaan £27.7 bilion (RM156.1 bilion) sekali gus rekod senarai tersebut pula jatuh ke tangga ke-11. Beliau kini memiliki harta berjumlah £7.1 bilion (RM40 bilion), susut £2.1 bilion (RM11.8 bilion) tahun lalu.

“Mereka yang berada di puncak senarai ini terjejas pada 2016 akibat keruntuhan pasaran saham, harga minyak rendah, krisis industri besi dang kadang- kala disebabkan oleh ketiga-tiga faktor tersebut,” kata penyusun senarai itu, Robert Watts.

1,000 orang terkaya dalam senarai itu mempunyai anggaran kekayaan mencecah £576 bilion (RM3.2 trilion), meningkat daripada £547 bilion (RM3.08 trilion) pada 2015.
Mereka yang berada dalam senarai tersebut pada tahun ini perlu mempunyai kekayaan sekurang-kurangnya £103 juta (RM580.4 juta), demikian menurut The Sunday Times . – AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bt london tiada pm terkaya dunia...puih london
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 10:31 AM | Show all posts
London juga dikatakan paling banyak orang super kaya yang tak nak disenarai dalam FORBES, sebagai pioneer dan SIFU dalam bidang sembunyi dan cuci2 harta tax free dalam sejarah dunia modern, tak hairan sangat laaaaa, City of London,London yang ada kuasa autonomi yang dibawah jagaan Lord Mayor ni antara tax haven terawal di dunia.....

Kalau tak kerana ajaran celaka mereka ni, orang kaya tamak Middle East,Africa,Asia etc masih lagi sembunyi harta dalam peti besi basement2 mereka.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Proud to be Jewish
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 26-4-2016 11:28 AM
Proud to be Jewish

Orang Yahudi ramai yang bijak dan kaya. Hihi....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 11:40 AM | Show all posts
Yahudi memang banyak yang geliga otak nya, cuma sampai hari ni tak berani lagi lancar total war keatas Germany yang membunuh bangsa mereka, Yahudi cuma berani dengan orang arab yang pakai senjata tahun 60an dan budak2 bersenjata batu2 kecil jerrr....

Bila Yahudi Yisrael  mau ganyang Germany?? ni baru lawan yang setara, sama2 bijak otak genius, teknologi senjata pun sama2 hi-tech, tak kan asyik nak pakai budak2  caucasian kristian & atheist jerrrr nak serang negara orang, tak best laaa main proxy2, caucasian christian angguk2 jerrrr kena guna2 yahudi untuk serang negara musuh yahudi, kesiaannnnnn....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2016 01:20 PM | Show all posts
Yang billionaire tu pun kebanyakanya orang luar terutamanya dari Russia cina Arab . Bukan semua lokal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-4-2016 01:20 PM
Yang billionaire tu pun kebanyakanya orang luar terutamanya dari Russia cina Arab . Bukan semua loka ...

Central. London is an economy by itself. Ummah local bole di kira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 26-4-2016 11:40 AM
Yahudi memang banyak yang geliga otak nya, cuma sampai hari ni tak berani lagi lancar total war keat ...

Yg kaya skrg counterfeit jews
Rothschild n the gang, ano 11 families tu
Khazarians
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:34 PM | Show all posts
bioessence replied at 26-4-2016 05:24 AM
Yg kaya skrg counterfeit jews
Rothschild n the gang, ano 11 families tu
Khazarians

Rumah family Rothschild ni masih ada salah satunya di Buckinghamshire lebih kurang 30miles dari london. Open kepada public nak melawat. Pernah pergi beberapa kali. ..sebab tak jauh dari rumah adik atuk saya di blackthorn.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:36 PM | Show all posts
bioessence replied at 26-4-2016 01:24 PM
Yg kaya skrg counterfeit jews
Rothschild n the gang, ano 11 families tu
Khazarians

Ukuran kaya dari mata super elite Europe ialah seberapa banyak tanah yang dimiliki mereka, tak kisah laaa yang Yahudi ke Khazars ke atau siapa pun, tak terkira tuuuu net worth kalau pakai ukuran tanah, kalau berlaku darurat atau perang, semua tanah dan bangunan automatik jadi milik Raja atau etc, lepas perang kena mohon balik tanah dan bangunan tu semua, tuuu pun kalau raja etc berkenan nak bagi balik, banyak kes berkenaan tanah ni lepas WW1-WW2, ada yang hilang terusss dan ada yang dapat balik .

Elite2 tu tau harta wang yang bersarang dalam Offshore etc tu semua boleh jerrr hilang sekelip mata jerrr, kalau raja2 etc decide nak ambil balik tanah tempat financial centre tu dibina ketika perang etc, boleh jerrr mereka ambil balik....

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 26-4-2016 01:36 PM
Ukuran kaya dari mata super elite Europe ialah seberapa banyak tanah yang dimiliki mereka, tak kis ...

Tapi mereka punya land registry bole trace zaman dulu punya tanah pun who own it

Dan lease pun 125 yrs the norm
It is the beauty of owning property in UK
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:57 PM | Show all posts
bioessence replied at 26-4-2016 01:50 PM
Tapi mereka punya land registry bole trace zaman dulu punya tanah pun who own it

Dan lease pun  ...

Ada banyak tanah2 keluarga kaya raya mereka yang masih tak dapat dikira jumlah nya yang dalam negeri atau di luar negeri, cuma mereka jerrr yang tau,sama macam yang keluarga2 kaya ancient di Italy. Banyak yang low profile jerrrr.....

dulu ada documentary indie tentang ni kat youtube, dah lupa tajuk nya, host nya macam orang Italy.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 01:59 PM | Show all posts
bioessence replied at 26-4-2016 05:50 AM
Tapi mereka punya land registry bole trace zaman dulu punya tanah pun who own it

Dan lease pun  ...

Biasa lease 999 years.  Flat saya di London leasehold 999 years. Dari tahun 2010
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:01 PM | Show all posts
malaysia dapat derma biliyon2 tarak kecoh ponnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:03 PM | Show all posts
Kalau di mesia paling lama 99 tahun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 26-4-2016 01:59 PM
Biasa lease 999 years.  Flat saya di London leasehold 999 years. Dari tahun 2010

It is almost like freehold
Skrg yg jual banyak jumpa yg 125yrs je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:06 PM | Show all posts
ada ungkapan para nobility yang berbunyi "owns, not rules or reigns over" bila bercakap tanah si A atau tanah si B......

seperti tanah yang tak disangka2 milik seseorang walaupun diperintah atau diusahakan orang lain....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Agong now from kedah ada rumah kat central London. He bought it masa kali pertama jadi Agung in the 70s
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lor ingatkan keluarga diraja london yg kaya raya.. taksub sgt org dengan depa2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.069638 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list