View: 28324|Reply: 219
|
[Edisi susulan perbalahan & konsert batal]4 anggota Search disaman #213
[Copy link]
|
|
Edited by doubleA at 15-10-2016 11:48 PM
Info : Konsert bakal diadakan 9 April depan kat Stadium Merdeka. Konsert yg dijangka terbesar pernah dianjurkan di negara ni katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Afjets Sdn Bhd., Amrul Nizar Anuar selaku penaja berkata, lebih RM 2 juta bakal dibelanjakan bagi menjayakan konsert istimewa tersebut.
Tambahnya, beberapa kejutan bakal diadakan pada malam itu yang semestinya memberikan sesuatu di luar jangkaan untuk diingati oleh peminat-peminat Search.
"Berlainan daripada konsert-konsert sebelumnya, diharapkan peminat-peminat bersabar dalam menantikan kejutan tersebut.
"Beberapa aktiviti yang berbentuk tribute flashback bersama peminat Search juga telah dirancangkan beserta hadiah-hadiah menarik bagi tujuan promosi untuk menjayakan konsert tersebut," ujarnya.
Pihaknya juga akan memastikan keselamatan berjalan lancar di bawah pengawasan ketat pihak polis sepanjang ia berlangsung.
Tiket dijual dengan harga RM135, RM288, dan RM899. Ia boleh dibeli mulai 11 Februari ini dengan melayari www.tiketpro.com.my
Full story : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/02/10/search-35-tahun/
Curlast! Good luck SEARCH! |
|
|
|
|
|
|
|
wow.... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-2-2016 02:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
DAYANG07 replied at 11-2-2016 12:36 PM
Yazit main jugak ke
Ikut berita tu ada yazid sekali |
|
|
|
|
|
|
|
bukan apa yazid dah betul betul sihat ke nak join konsert
main dram kena guna tenaga yang agak berat jugak kan |
|
|
|
|
|
|
|
StadiUm merdeka 9 april nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
yazid akan perform tapi ikut segmen
- kata amy dlm hlive |
|
|
|
|
|
|
|
Tiket RM899. Mak oiiii.....tak sanggup aku
Sapa peminat tegar boleh le support konsert ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
betul.. lebih baik yazid rehat.. aku takut kang kepenatan, lain pulak jadinya
|
|
|
|
|
|
|
|
humang aaiiih.. tu yang paling murah ke paling mahal punya rega??
|
|
|
|
|
|
|
|
harap tak jatuh stage lagi la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut artikel tu yg paling murah RM135 chuols
TAPI rasanya yg nampak kepala dgn badan orang aje
RM899 tu tiket VIP rasanya
Seat paling depan tak pun Grand Stand..puas la nengok
|
|
|
|
|
|
|
|
Konsert 35 tahun Search mungkin batal
KUALA LUMPUR 14 Mei – Penganjur konsert Search 35 Tahun memba-yangkan kemungkinan acara ber-kenaan tidak akan diteruskan, se--kiranya beberapa masalah dalaman kumpulan itu tidak berjaya diselesaikan dalam waktu terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif AF Jets, Amrul Mizar yang juga selaku penganjur konsert terbabit menjelaskan, mereka cukup terkilan dengan kontroversi pergaduhan yang berlaku antara pemain dram, Yazit dan empat anggota Search yang lain iaitu Amy, Kid, Din dan Nasir.
“Terus terang saya semakin tawar hati untuk teruskan pengan-juran yang sepatutnya berlangsung pada Ogos depan. Kami sudah menghabiskan sebanyak RM125,000 untuk membayar deposit kepada bukan sahaja anggota Search, tetapi juga krew yang lain.
“Walau bagaimanapun, ke-adaan semakin tidak bagus apabila pertelagahan pula yang menjadi perhatian orang ketika ini, berbanding cerita konsert itu sendiri. Ini membuatkan pihak kami selaku penganjur benar-benar terkilan dengan apa yang terjadi ketika ini,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Apa yang membuatkan beliau selaku penganjur lebih terkilan ialah masalah ini berlaku disebabkan kerana duit.
“Bermula dengan beberapa kali bertukar tarikh, kemudian bertukar lokasi, sekarang masalah sebegini pula. Pihak kami akan mengadakan satu mesyuarat khas bersama ahli lembaga pengarah syarikat bagi membincangkan apakah perlu terus menganjurkan konsert ini ataupun tidak,” kata-nya.
Menurut Amrul, mesyuarat khas itu akan diadakan sekitar minggu depan dan jawapan muktamad akan diumumkan dalam satu sidang akhbar selepas itu.
AF Jets adalah syarikat yang terbabit dalam industri penerbang-an dalam negara dan selepas ini mereka mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada bidang utama bisnes syarikat tersebut.
“Saya adalah kenalan kepada salah seorang kumpulan Search, iaitu Kid dan kami merancang buat konsert Search kerana kami adalah peminat kumpulan itu. Semua lagu mereka kami hafal dan kami membesar dengan lagu-lagu mereka.
“Justeru, kami percaya apa yang terjadi ketika ini menyebabkan peminat Search yang lain juga kecewa, sama seperti mana kami sendiri kecewa,” katanya.
Yazit pada 4 Mei lalu membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju kerana mengesyaki terdapat pecah amanah dalam pembahagian deposit konsert berkenaan apabila dia tidak menerima sesen pun daripada jumlah RM75,000 yang diberikan penganjur kepada Search.
Pendedahan Yazit membongkar banyak cerita lain di sebalik isu konsert tersebut semata-mata. Search pada Rabu lalu turut me-minta Yazit membuat permohonan maaf dalam jangka masa 48 jam atau pemain dram itu bakal berhadapan dengan tindakan saman.
Walau bagaimanapun sehingga kini, Yazit kekal dengan pendiriannya untuk tidak membuat permohonan maaf.
http://www.utusan.com.my/hiburan ... dibatalkan-1.326033
|
|
|
|
|
|
|
|
duit pendahuluan tuh, kena pulang balik la ek |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin, atau kerugian teruk organizer
|
|
|
|
|
|
|
|
berita ni yg akak nourish upload dlm ig beliau... |
|
|
|
|
|
|
|
akak norish cakap apa kaklehot? tepek la sini
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah iye ke idok batalnye..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|