CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4377|Reply: 45

Terlibat Skandal Rasuah Hartanah, Exco Kanan Johor Ditahan SPRM

[Copy link]
Post time 9-3-2017 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi menahan Exco kanan kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi  yang disyaki terbabit dengan skandal rasuah hartanah.


Tindakan itu bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah membabitkan penyelewengan hartanah di negeri ini.


Memetik laporan Bernama, exco berkenaan sebelum ini dilaporkan mengemukakan cuti bagi jawatan disandangnya untuk membersihkan namanya ekoran siasatan yang turut menahan anak dan pegawainya yang disiasat dalam isu itu.


Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki selepas Exco itu ditahan di pejabat SPRM Johor pada 10.56 pagi tadi.


Terdahulu, pada hari yang sama, empat suspek yang ditahan reman termasuk anak dan pegawai khas kepada Exco itu telah dibebaskan.


Penolong Pendaftar, Saba’aton Daud membenarkan kesemua tahanan dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di pejabatnya setelah selesai tempoh tahanan reman.- CARI


sumber foto: mstar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
bandi amuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pahang berlambak oiii
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
rare. tangkap politician
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 02:14 PM | Show all posts
wow....ni parti dapig ke ????

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sprm dah ckp bg 3tahun utk hapuskan rasuah dlm penjawat awam. patutnya negara maju 2020 dah xda rasuah.. tp terkilan biasanya alih2 selamat je.. mcm kes sabah tu.. ntahlah.

SJ dh berbunyi belum pasal isu ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasuah again..:
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 03:04 PM | Show all posts
cash la tok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Super-M replied at 9-3-2017 02:17 PM
sprm dah ckp bg 3tahun utk hapuskan rasuah dlm penjawat awam. patutnya negara maju 2020 dah xda rasu ...

kes Sabah MN ada senyap. dokumen, resit2 ada 2 kontena Kena sort out. Ambik masa berbulan nak abih
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 03:08 PM | Show all posts
elok merge dengan thread lagi satu tu... baru nampak kronologi kes ni.

mendapatlah siapa yang fikir nak kaya sendiri pastu amik hak orang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 05:55 PM | Show all posts
mamat ni team muhyidin ke? tiba2 nak PRU ni kantoi pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk Lg tu yg blom kena angkut skali setiausaha exco2 lain. Bdk2 peon Pon sama je tukang jual geran2 rmmj. Cari duit kopi. Bdk peon Pon pkai vellfire . Simpan duit atas loteng kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
BeskotCekelat replied at 9-3-2017 05:55 PM
mamat ni team muhyidin ke? tiba2 nak PRU ni kantoi pulak..

Ish...dia ni baik dgn Sultan Johor...paling favoured katanya utk ganti khalid
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 09:00 PM | Show all posts
Syabas SPRM. Mana2 ahli politik ker atau rakyat marhen ker yang rasuah tu dakwa mereka. Jangan buat masa zaman tun m...rasuah politik jer sapu bawah tikar...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh x bgtau die dr parti mana ape jwtn..etc
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:09 PM | Show all posts
JOHOR BARU: Hanya beberapa jam selepas Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi ditahan, 150 beg tangan jenama mewah, wang tunai dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dirampas di kediamannya di sini.
Rampasan dibuat dalam satu serbuan dilakukan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas penahanannya pada pukul 10.50 pagi Khamis.
Antara jenama mewah beg tangan yang dirampas seperti Chanel, Prada, Gucci, Salvatore Ferragamo dan Louis Vuitton.
Turut dirampas adalah sebuah kereta Toyota Vellfire dan wang tunai berjumlah RM41,000.
Abd Latif dijangka dibawa ke mahkamah pada Jumaat untuk direman.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah mula bercuti pada 1 Mac lalu untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.
SPRM dalam satu kenyataan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu dan memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/b ... DHeSyDwbWkHAsBWm.99
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 hanat ni kalau xmerasuah songlap sana sini memang xsah. Ada ke ugama islam suruh umatnya merasuah sebegini? @lkick2113 @whitemagic @wajevo @mimiqquee
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 12:58 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 9-3-2017 11:09 PM
JOHOR BARU: Hanya beberapa jam selepas Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi ditahan, 15 ...


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 01:17 AM | Show all posts
Semenjak 2 menjak ni

sprm kalo wat rampasan mesti

dpt stok2 beg2 tgn berjenama

Motif simpan beg tgn byk2

ke apart of hasil rasuah tu

byk digunakan utk stok puaskan kehendak2 bini

yg suka meroyan meragam nak beg tgn berjenama


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 01:20 AM | Show all posts
tagas replied at 9-3-2017 05:17 PM
Semenjak 2 menjak ni

sprm kalo wat rampasan mesti

hai lava fail maths  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.097082 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list