CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19038|Reply: 122

[Tempatan] pengguna keliru! sos itu bukan keluaran adabi!

[Copy link]
Post time 11-3-2017 09:46 AM | Show all posts |Read mode
ADABI Consumer Industries Sdn Bhd Malaysia (Adabi) sekali lagi menafikan Sos Tiram Adabi adalah keluaran syarikat itu.

Presidennya, Adrian Roslan berkata, sebelum ini lagi perkara ini timbul apabila ramai pengguna keliru dengan produk sos tiram Adabi.

Ini kerana, ‘Sos Tiram Adabi’ dengan label berwarna hijau, lengkap dengan logo dan tulisan yang sama dengan Adabi.

“Perkara ini sudah lama berlaku, sejak tahun 2000 lagi. Sejak itu, kami sering membuat penjelasan kepada pengguna, ia bukan keluaran Adabi.

“Pada masa sama, kami juga ada bertemu syarikat berkenaan supaya mereka menghentikan daripada terus menggunakan nama dan logo Adabi untuk produk sos tiram tersebut.

“Tetapi ia tidak diendahkan. Kes ini sudah pun jadi kes mahkamah. Tahun lalu, kami sudah kemukakan kepada pihak mahkamah supaya syarikat berkenaan menarik semula nama dan logo, namun kes ini masih lagi berjalan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Baru-baru ini tersebar tular mengenai Sos Tiram Adabi dengan label berwarna hijau menjadi kekeliruan pengguna apabila di belakang labelnya tertera nama syarikat lain. Tidak hanya nama malah, label ini turut disertakan dengan logo Adabi.

Ia terus menjadi tanda tanya apabila Adabi pada masa sama turut mengeluarkan jenama lain iaitu Sos Makanan Laut yang fungsinya juga sama dengan sos tiram.

Adrian ketika diminta mengulas perkara ini berkata, kerana prosiding mahkamah yang terus berjalan, Adabi mengambil keputusan untuk mengeluarkan satu lagi jenama makanan iaitu Sos Makanan Laut (Seafood Sauce) pada tahun lalu.

“Ya, memang kami keluarkan sos makanan laut itu. Kita tidak mahu pengguna semakin keliru dengan produk-produk kami, kerana itu pendekatan ini kami ambil.

“Penjualan juga semakin memberangsangkan. Pengguna sudah tahu membezakan yang mana produk asli keluaran Adabi. Mereka juga boleh melihat di belakang label botol di mana tertera nama syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk,” katanya.

Jelasnya, biarpun masih menunggu proses mahkamah berlangsung, Adabi turut menjalankan kempen-kempen untuk terus memberitahu pengguna mengenai produk-produk keluaran Adabi.

“Produk Adabi yang tulen akan disertakan dengan tagline kami iaitu ‘Bersih dan Asli’. Jadi kepada pengguna yang biasa dengan produk-produk kami, mereka sudah tahu.

“Inilah kelainan kami. Kami sedar, jenama Adabi sememangnya dipercayai ramai sejak dahulu lagi. Jadi kami akan terus memastikan kesemua produk kami bermutu tinggi dan asli,” katanya.

Tambahnya, Adabi akan terus memberi penjelasan kepada pengguna mengenai perkara ini.

“Kami tidak mahu pengguna keliru. Kami mahukan yang terbaik buat pengguna kami dan berharap perkara ini akan dapat diselesaikan dengan cepat.

“Selain media, kami juga sentiasa berkomunikasi bersama pengguna di laman-laman sosial supaya setiap pertanyaan akan dapat maklum balas segera,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/se ... n-adabi-1.641222#FB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2017 09:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
motif guna logo sama.... mcm yindon guna nama ikea
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ceh brp lama dah aku dok beli yg ijau tu.. Bukan adabi rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 10:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Lerrr...mati2 ingat adabi punya, so yg tiruan ni sapa punya....sesuka hati je ciplak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal dlu adabi bole kalah kes ni? Padahal dia guna nama dan logo adabi? Klu peniru daftar nama tu dlu pun mcm mana bole lepas walaupun guna nama dan logo syarikat yg sama?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama betul pakai nama & logo org, dah berbelas tahun
Dah kaya raya tauke sampai jd kebal xlut tindakan undang2 kot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2017 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam tak bertanggungjawab lak adabi bodo ni.. Sempat lagi cakap kalo produk tulen ada tulis bersih n asli, pengguna yg dah biasa akan tau.. Dah terang2 tulis adabi kat situ dgn logo sama jadahnya pengguna nak kena cari tagline lak nak tau tulen ke tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 11-3-2017 10:19 AM
Lerrr...mati2 ingat adabi punya, so yg tiruan ni sapa punya....sesuka hati je ciplak

Sedap jer kan sos ni yg tulis utk masakan ayam tu.. Aku slalu wat chicken wings campur dia ngan ngan madu jer...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2017 10:37 AM | Show all posts
jenama adabi time tu x dipaten kan ke? yg aku baca kt fb adabi sub kilang ke company tu.kuakan sos tu nama adabi,. dan kilang tu plak guna trus nama adabi, dan adabi dh lawan kes tu kt mahkamah. masih berjalan. tpi kalao bab2 paten ni makan tahun ooo nk setel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2017 10:39 AM | Show all posts
Dovahkiin replied at 11-3-2017 10:26 AM
Apsal dlu adabi bole kalah kes ni? Padahal dia guna nama dan logo adabi? Klu peniru daftar nama tu d ...



aku igt perjanjian la..kontrak kilang tu keluarkan produk dn leh pakai nama . kontrak x abis lgik.,kemungkinan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 11-3-2017 10:26 AM
Apsal dlu adabi bole kalah kes ni? Padahal dia guna nama dan logo adabi? Klu peniru daftar nama tu d ...

kes mahkamah maseh berjalan .belum selesai lagi. lama betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 11:58 AM | Show all posts
perlu ke adabi yg hijau tu nak tiru nama yang sama? letak la nama lain adaba ke, ababi ke tau nak kaut untung cepat sajork
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 11-3-2017 12:04 PM
tumpanglalu74 replied at 11-3-2017 10:16 AM


Lorrr.. bukan adabi ke.. tertipu akak siap ada gambar istana tu,.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal adabi nak tiru adabi? Cuba contohi beras Faiz yang nak bersaing dengan beras Faiza. Lenkali cuba tukar adabi ke abadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2017 12:07 PM | Show all posts
pelik betul
dari tahun 200 tak setel setel

dah nak dekat 20 tahun tu tak setel lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal kes lambat settle? Dh la selalu beli sos tiram tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik kenapa sebelum ni Adabi tak penah kuarkan statement yg mengatakan itu bukan brg dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 12:39 PM | Show all posts
Dovahkiin replied at 11-3-2017 10:26 AM
Apsal dlu adabi bole kalah kes ni? Padahal dia guna nama dan logo adabi? Klu peniru daftar nama tu d ...

mungkin sbb dia guna logo rumah tu yg membezakan dia dgn adabi walau guna font sama

pastu maybe time tu adabi tak produce sos tiram jd diorang ada point nak kalahkan adabi original

dah mcm perang ibumie & indomie plak, pakejing sama tp brand lain2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.081714 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list