CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dodolgemok

[Tempatan] HAPDET di post#321! Ummah boleh start prektis merangkak! Kes Zulfarhan: Dr kena

   Close [Copy link]
 Author| Post time 21-6-2017 10:12 PM | Show all posts
SEORANG KADET TERBUNUH, MENTERI NAK JADI HERO, DOKTOR JADI KAMBING HITAM?

Kebelakangan ini, isu buli semakin menjadi trending di dalam media arus perdana dan media sosial. Bukan kerana ini musim orang membuli kerana gejala buli memang sedang berakar umbi, tetapi ini musim berita buli menjadi mainstream. Kerana itu media jadi rajin.

Kes kematian kadet tentera laut Allayarham Zulfarhan Osman Zulkarnain masih lagi panas dibincangkan dalam pelbagai media. Walaupun amat ‘dekat’ dengan kes ini, namun kami hanya berdiam diri. Malangnya semakin hari ia kelihatan semakin rumit dan perlukan satu perkongsian yang nuteral. ANEH SEKALI bila kes mahasiswa dari UPNM ini mendapat perhatian lebih dari Kementerian Kesihatan berbanding dari Kementerian Pertahanan (MINDEF) atau dari pihak UPNM sendiri.

Sehingga hari ini tiada satu pun kenyataan rasmi yang menjelaskan duduk perkara sebenar dalam kes ini dari pihak MINDEF atau UPNM selain daripada menyerahkan perkara ini untuk siasatan lanjut. Hanya ada seorang bekas pensyarah UPNM yang menyatakan sebenarnya kes buli seperti ini adalah perkara biasa di UPNM, cuma selama ini beritanya tidak ‘terlepas keluar’.  Beberapa rakan UPNM yang kami temui juga turut ‘membenarkan’ kenyataan itu.

SATU PENGANIAYAAN SEPERTI MAHU DIGANTI DENGAN PENGANIAYAAN LAIN

Tidak semena-mena, YB Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pula seperti bangkit menjadi hero yang tidak terjangka. Beliau menyelar tindakan seorang doktor dari klinik swasta di Bangi sebagai telah melanggar ‘Standard Operation Procedure’ (SOP) dalam bidang perubatannya. Beliau mengatakan bahawa doktor itu sepatutnya melaporkan kepada pihak polis tentang kecederaan yang mempunyai unsur jenayah.

PERDIM (Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia) menyatakan kekesalan mereka terhadap menteri yang membuat kenyataan umum untuk memanggil doktor yang dikatakan telah melanggar SOP.  

Sementara itu pihak MMA (Persatuan Doktor Malaysia) pula berkata setiap doktor tertakluk kepada akta yang ditetapkan, khasnya tentang kerahsiaan pesakit. Tetapi apabila ditanya wartawan mengapa doktor terbabit kekal berdiam dan tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan? lalu dijawab menteri, "Mungkin kerana doktor itu takut akan ditangkap".

Sehingga ke hari ini, kenyataan menteri itu masih kekal tanpa tindakan. Doktor ini masih belum dipanggil lagi oleh sesiapa pun dari KKM. Kerana itu kami lihat aneh sekali kenyataan seorang menteri. Perkara belum dibincangkan, siasatan dalaman belum berjalan, tetapi Pak Menteri dah keluarkan kenyataan?

Adakah menteri yang juga seorang doktor ini tidak mengetahui ikrar dan etika seorang doktor yang tertakluk untuk merahsiakan segala informasi pesakitnya? Atau apa sebenarnya motif beliau yang memberi jawapan seolah-olah doktor ini ketakutan seperti telah melakukan satu kesalahan?

http://malaysiagazette.com/v2/bl ... eraan-orang-dewasa/

http://malaysiagazette.com/v2/bl ... l-bantuan-ambulans/

LALU APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU?

Untuk pengetahuan semua, klinik yang sama juga merupakan klinik yang telah menaja segala urusan perubatan dan kesihatan 250 orang Warga Prihatin semenjak 2 tahun yang lalu. Bukan RPWP sahaja, malah ada banyak lagi rumah kebajikan lain yang menerima khidmat percuma dari beliau. Kami kenal sangat dengan peribadi dermawan dan kesukarelawan doktor ini.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156227489422786/

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156099037252786/

Selama mengenali beliau, doktor ini adalah antara yang paling teliti dalam perawatannya dan amat santun dalam bicaranya. Peralatannya boleh dikatakan antara yang terkehadapan dan cukup lengkap. Tidak mustahil sehingga ke hari ini pelbagai sokongan diberikan kepada klinik terbabit terutamanya yang mengenali hati budi mereka. Justeru, tentulah agak mustahil beliau akan tergamak melindungi sebarang kes jenayah dari pesakitnya yang teraniaya jika beliau tahu itu yang sebenarnya berlaku.

Dalam perbualan tidak rasmi semasa kami bersama-sama menyerahkan BANTUAN HARI RAYA melalui PROJEK PELANGI, doktor ini nyatakan bahawa kecederaan mangsa buli itu bukan seperti yang digambarkan oleh media di mana seolah-olah di seluruh badan mangsa mempunyai ‘kesan berbentuk’ tapak seterika.

Masakan kes buli yang sungguh professional, yang melibatkan hampir satu ‘batch’ pelajar ini meninggalkan jejak buli dengan biratan pukulan dan kesan 'tapak sterika'? Pembuli ‘terpelajar’ ini tidak sebodoh itu untuk membiarkan doktor ‘tahu’ apa sebenarnya yang berlaku.

Menjadi SOP seorang doktor untuk menyelidik punca (history) kecederaan. Malangnya mangsa dan rakan-rakannya mendakwa ia berlaku disebabkan kemalangan semasa dalam latihan ketenteraan yang melibatkan bahan letupan lima hari sebelum itu.

Bukan itu sahaja, kawan-kawan mangsa memperkenalkan diri sebagai Pegawai Tentera Di Raja Malaysia dari Port Dickson. Mereka menyatakan telah ada rawatan dibuat di premis kesihatan di Port Dicskon. Menilai pada kesan, memang dakwaan itu boleh dipercayai kerana ia kelihatan seperti kesan terkena wap panas dan ada kesan dirawat menggunakan antiseptik. Rupanya itu dikatakan sengaja dilakukan oleh ‘pembuli’ bagi menutupi kesan lebam akibat pukulan ke atas tubuh mangsa sebelumnya.

Semasa doktor arahkan agar kes ini DIRUJUK SEGERA ke hospital menggunakan ambulan, mangsa dan rakannya enggan kerana khuatir akan ada laporan kecuaian yang berlaku di dalam praktis Angkatan Tentera. Katanya ini boleh menyebabkan reputasi ATM tercalar. Sebagai seorang yang menghormati ATM lalu apalagi yang boleh beliau lakukan jika itu kehendak pesakit?

Dengan persetujuan mangsa, mereka meminta doktor untuk membuat rawatan awal berupa ‘dressing’ dan ‘bandage’ sebelum dirujuk ke hospital dengan alasan untuk memudahkan pergerakan ke hospital. Tiada isu untuk rawatan susulan kerana mangsa sudah dirujuk ke hospital!.

MALANGNYA, pembuli ini bukan membawa mangsa ke hospital seperti yang diarahkan, tetapi  ‘menyimpan’ mangsa di rumah sebelum datang kali kedua dengan lakonan yang sama untuk mendapatkan rawatan.

Tahukah anda betapa kesalnya doktor ini setelah tahu cerita sebenar? Beliau kesal kerana kecederaan itu sebenarnya mudah dirawat. Tanpa mengira kos yang ditanggung, beliau gunakan kaedah dan bahan rawatan terbaik untuk mangsa. Seorang murobbi RPWP pernah terbakar apabila hose gas pecah dan menerima rawatan yang serupa. Daripada jangkaan tempoh sembuh sekitar 7 hari, beliau sudah boleh bekerja semula selepas 3 hari. Begitu berkesannya kaedah rawatan beliau untuk kes sebegini.

Lebih menarik lagi, atas dasar simpati, doktor ini terima sahaja bayaran seadanya dengan diskaun lebih dari 75% apabila kesemua mereka mengatakan tidak cukup wang. Ini benar-benar "seperti menolong anjing tersepit" jadinya.

Ternyata doktor ini telah ditipu oleh para pembuli. Tidak dinafikan juga kemungkinan adanya elemen paksaan terhadap mangsa oleh para pembulinya. Justeru apa untungnya untuk doktor ini melindungi kes jenayah jika beliau tahu cerita sebenar? Kerana wang? pangkat?

Itulah hal sebenarnya. Semua itu ialah satu penipuan yang licik sehingga KELENTONG PEMBULI ini tidak meragukan sang doktor sama sekali. Mangsa juga boleh ‘berjalan sendiri’ ketika melangkah masuk ke klinik walaupun dalam keadaan 80% badannya mengalami ‘3rd degree burn’.

Semasa kami bertemubual, doktor terbabit baru sahaja selesai BERI keterangan kepada pihak polis. Salah satu dari sesi temubual pihak polis dilakukan di hadapan para suspek. Beliau telah memberikan segala keterangan sebagai seorang doktor secara beretika, hanya kepada pihak berkuasa sahaja. Bukan menulisnya di dalam Facebook, instagram, twitter atau kepada pihak media.

Sewaktu diberi peluang berbicara dengan suspek utama, doktor itu katakan padanya, “Kau tipu aku ya?” lalu suspek utama terus tunduk dan menangis. Secepat itu pihak polis sudah faham apa yang sebenarnya berlaku. Inilah kebijaksanaan doktor yang tidak mahu ‘cakap banyak’. Kerana itu juga beliau enggan bercakap dengan para wartawan yang bertunggu tangga di depan kliniknya kerana dikhuatiri akan lebih menyulitkan lagi kerja pihak polis.

KESIMPULAN

Ada banyak persoalan yang timbul dalam pemikiran umum seperti kami. Kami yakin, khalayak pembaca semuapun mempunyai persoalan yang sama.

1. Mengapa UPNM kekal senyap tanpa sebarang UPDATE?

2. Mengapa KKM pula yang bangkit jadi hero?

3. Kenapa media menumpu kepada para doktor untuk setiap kes 'medicolegal' yang melibatkan pegawai perubatan? Bukankah mereka tahu bahawa doktor tidak dibenarkan bercakap atau membuat kenyataan atas etika dan sumpah profesional mereka sebagai doktor yang menjaga kerahsian pesakit? Tidakkah itu seolah-olah menyuruh orang bercakap dengan mulut yang ditampal plaster?

4. Bagaimana seketat kawalan ketenteraan di UPNM masih lagi boleh terlepas pandang terhadap kes melibatkan pembuli yang begitu ramai dan kecederaan sebesar itu?

5. 36 orang suspek yang ditahan, tetapi mengapa hanya 6 orang sahaja yang didakwa?

6. Benarkah dakwaan mangsa bahawa kemalangan itu dari kecuaian semasa latihan ketenteraan?

7. Mungkinkah 6 orang itu hanya kambing hitam sahaja?

8. Mungkinkah 6 orang ini akan dilepaskan juga secara perundangan dan secara senyap nantinya?

9. Apakah yang sebenarnya berlaku apabila menteri KKM berusaha mengalihkan drama dari UPNM ini kepada KKM secara bersungguh-sungguh? Adakah untuk menjadi hero? Ataupun untuk melindungi sesuatu?

10. Menurut pertuduhan yang dibacakan, penderaan yang membawa kepada maut ini berlaku 4.45 pagi hingga 5.45 pagi 22 Mei 2017. Mangsa dibawa berjumpa doktor hanya pada 27 Mei. Persoalannya, mengapa doktor yang bertemu mangsa kurang dari 1-2 jam sahaja yang dipersalahkan? Di mana lagi saksi yang terbabit selama 6 hari sebelum itu?

Oleh itu kami menyeru supaya kes ini tidak di’tunggang’ oleh mana-mana pihak yang berkepentingan politik atau peribadi, sehingga menindas orang-orang yang tidak bersalah.

Biarkanlah pihak polis sahaja yang membuat siasatan secara telus dan mahkamah membuat keputusan tentang kes penganiayaan ini. Janganlah ada campurtangan pihak lain yang boleh membawa kepada suatu ‘penganiayaan baru’ pula.

Sesungguhnya, orang yang pemurah dan suka bersedekah adalah orang yang bersih hatinya dan sentiasa berusaha membersihkan dirinya. Golongan ini tidak sekali-kali akan terpancing untuk bersubahat dengan jenayah mahupun pecah amanah. Kami menyaksikan sifat murni itu ada pada doktor ini.

Sesungguhnya “doa orang yang teraniaya dan doa anak yatim adalah antara doa yang segera diterima”. Kami berdoa agar Allah melindungi doktor ini dari fitnah liar oleh pihak-pihak yang berkepentingan diri.

Allahumma Amiin,
WARGA PRIHATIN


Kredit kpd poremer @Khairunisa di post#2326 di thread smpah sister @Modngengade di link bawah:
https://bm.cari.com.my/forum.php ... obile=2#pid65659109


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu ler achik kepams semua kena hati hati sebelum mengomen yerrr. Hati hati tak rugi. Speku punya speku sapa yang malu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
singajantan replied at 21-6-2017 09:50 AM
Malas nak ckp banyak...kita tunggu cctv footage....just he says she says ...terus nak ckp x salah... ...

Yang baik adalah doktor yg offer nak refer hospital dan panggil ambulan, hujung2 farhan tetap salah kan.

Ni ayat sarkastik ye. Takut ada yg tak paham malas nak eksplain
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:19 PM | Show all posts
bambimo replied at 21-6-2017 11:07 AM
tu la meols tanya
sbb masa lakaran artis tu mmg btk seterika
xkan Dr boleh prcaya trkena bom

lurusnya ko dikkk.... aku bersarcasm ja tadi....

lakaran artis tu ikut kepala dia ja ditambah lagi perisa..... dah semua acik kepam kata kena seterika, dia lukis lah tapak seterika sebiji2.... lepas tu acik2 kepam tu juga yang percaya their own lies..... nampak?...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dodolgemok at 21-6-2017 10:39 PM
armin replied at 21-6-2017 10:16 PM
Yang baik adalah doktor yg offer nak refer hospital dan panggil ambulan, hujung2 farhan tetap sala ...


Tiba2 acik kepam play victim pulak. Sejak dri mula dodol bukak thread ni, dodol xpernah pon nak salahkan zulfarhan mahupon doktor yg merawat tersebut. Dodol hanya kecam acik2 kepam yg terburu2 nk menghukum doktor tersebut sedangkan doktor tersebut tidak dipanggil langsung oleh kkm utk beri keterangan mahupon utk bela diri. Tiba2 xsemena2 doktor tu pulak dipersalahkan acik2 kepam. Xpayah nak drama sgat lah sister, muak dah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2017 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 21-6-2017 09:58 PM
Ni hasil bedah siasat kan. Nk kena tengok mcm mana lg semua org dah tau kecederaan dia mcm mana. ...

Seperti yg poremer Decaffeinated cakap, ini hanyalah lakaran artis berdasarkan kenyataan2 media, dan cerita dongeng acik kepam saja. Bukan bahan bukti utk dibawa ke mahkamah. Apa kata kau sabar je tggu ogos nnti dgar perbicaraan baru boleh smbung kecam lepastu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2017 10:29 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 21-6-2017 02:20 PM
saya rasa tak payah rombak laaa.  cuma baiki mana2 part yg perlu.  ni kilang utk produce tentera.  ...

setuju...

dah lama aku tunggu orang yang lebih layak to say this.... and you certainly sound like one.

kita mahu melahirkan manusia who are licensed to pull the trigger for the country, nak harapkan acik2 kepam untuk design the module kirim salam lah....



Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 21-6-2017 01:36 PM
Tentera mmg xde id card ke? Kalau dia assign kem mana2 ada tulis kem mana2..ala mcm health card yg c ...

Tentera kan ada ic sendiri.. mana pakai no ic mcm kita. Ada no ic tu tp apa2 urusan isi no tentera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
wah...mmg klinik swasta boleh bg diskaun smpai 75% ek??
kalah diskaun raya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-6-2017 10:19 PM
lurusnya ko dikkk.... aku bersarcasm ja tadi....

lakaran artis tu ikut kepala dia ja ditambah l ...

hahahaha..
ok...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 21-6-2017 10:07 PM
Kau baca je lah post #2326 dekat thread bawah ni. Pastu start prektis merangkak ye  

https:// ...


Tak sangka doktor tu bodoh mudah kena tipu kan.. kalau berdasarkan cerita tu la. Takkan la bodoh sangat doktor tengok kesan third degree burn dan bentuk seterika tu masih percaya ckp bdk2 tu. takkanla dah budak2 yg buli farhan nak cerita benda betul, ye doktor kami dera dia. Pastu takkan paan pun nak mengaku sbb apa dah pendera ada kat situ. Doktor kenala lebih firm lg, lg2 third degree burn yg lebih 80% yg blh akibatkn kematian.

Kalau menurut ni pun kenyataan family arwah kata ada bentuk seterika tu. doktor tu buta ke apa tak nampak?

Aku rasa dr lagi tahu kot, 30% tbsa dah parah, ini lg 80%?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-6-2017 10:19 PM
lurusnya ko dikkk.... aku bersarcasm ja tadi....

lakaran artis tu ikut kepala dia ja ditambah l ...

Ntahler... harap dpt tau kebenaran

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 21-6-2017 10:23 PM
Tiba2 acik kepam play victim pulak. Sejak dri mula dodol bukak thread ni, dodol xpernah pon nak  ...

Oh tak bela diri pun, tp cerita yg kau paste tu mcm memang dari doktor tu sampai suruh org pakai kneepad merangkak. Kosser sgt
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 21-6-2017 10:39 PM
Tentera kan ada ic sendiri.. mana pakai no ic mcm kita. Ada no ic tu tp apa2 urusan isi no tentera

So kiranya klinik sepatut blh tau tu student ke tentera gituh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 seolah2 tengok sendiri kesan terbakar tu bentuk seterika...bimbo much...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor jadi kambing hitam sebab nak jaga populariti H2O...well next PM katanya khennnn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2017 11:47 PM | Show all posts
ai baca victim kata kena wap panas. akibat letupan . time jalani latihan. ada logiknya juga doktor caya

Lebam2 pd badan victim dh x nampak . Disembunyi kesan lecur.

OKLAH , rawatan 1st tu vley la kena tipu.

Tapi ~ Victim dtg kali ke 2 .

1st time dtg , victim cakap Pas ni nak gi Sepital . Motip dtg balik utk 2nd treatment? Dr patut vley syak lor kan?

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2017 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai sokong munteri BN nak kambing hitamkan doktor rupanyer...


Selayaknyalah korang dapat para pemimpin kaki songlap dana Kerajaan pastu sama2 bayarkan hutang Kerajaan melalui GST...

Cash.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 21-6-2017 10:12 PM
SEORANG KADET TERBUNUH, MENTERI NAK JADI HERO, DOKTOR JADI KAMBING HITAM?

Kebelakangan ini, isu b ...

iols dr umah 1 lg reserve komen utk doc ni sbb mmg utk apa doc tu nk menipu bkn geng2 pembuli tu anak vvip pn n lgpn polis pn lepas kan doc ni seruju ngn sume statement doc ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2017 12:21 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 21-6-2017 07:55 PM
Ulu kapit ka?   appuuuu rajin naa ktk tek molah kuih kek semua. Kirim mek sigek di kuching tok : ...
sebulan d Kuching riya Gawai. now back to U.K coz kawan2 bala cdak adik2 n abang2 mek rami d U.K
sikda cuti raya kah?

baca kes UPNM ni .. banyak nya putar belit kalau sekadar nak buat spekuan
- bomoh nya ntah kemana
- lappy yang d katakan d curi ntah kemana
- ada kata mangsa guna wheel chair masa ke klinik. ada kata masih boleh berjalan
- doktor pun ...memula baca kes ni dedulu kata nya sekadar buat sekali rawatan dan selepas tu kena datang lagi untuk rawatan susulan tapi tak datang-datang. Tapi terbaru baca 2x rawatan pula.

sekadar pendapat sendiri .. macam ada sesuatu yang blom kita tahu.. mengapa mangsa boleh berdiam diri dan sanggup juga menipu doktor mengenai kesakitan yang d alami. apa lah yang dier rang ugut mangsa ....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 1.669974 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list