CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

    [Copy link]
Post time 6-8-2017 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuh..aku baca dari pukul 11.30 malam sampailah ke pukul 6.30 pagi semata-mata nak baca semua cerita..serius best gila, thanks sis dani-rox..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2017 02:48 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 8-8-2017 07:03 AM

KES PEMBUNUHAN DI NOIDA, INDIA YANG DITUTUP TAPI MASIH 'TERGANTUNG'


Kiri: Aarushi Talwar, kanan: Hemraj Banjade


Kes ini menggemparkan seluruh negara India bukan saja kerana pembunuhan berkembar yg melibatkan nyawa seorg anak gadis belasan tahun tetapi juga cara siasatan pihak berkuasa yg mencetuskan kontroversi. Bahkan mangsa pembunuhan tanpa belas kasihan menjadi subjek wartawan2 tabloid. Hasil siasatan yg mengambil masa 5thn, kisah ini sepatutnya berakhir dgn pendakwaan dan menjatuhkan hukuman ke atas org2 yg dipercayai bertanggungjawab. Namun, yg menjadi persoalan; adakah sistem undang2 India benar2 berlaku adil?



Malam Kejadian

Pada malam 15 Mei 2008 selepas menikmati makan malam, Aarushi Talwar, pelajar sekolah awam Noida berusia 14thn menerima hadiah hari jadi lebih awal - sebuah kamera digital Sony drpd ibu bapanya. Gadis itu merupakan anak tunggal kpd Rajesh dan Nupur Talwar, kedua2nya doktor gigi yg menjalankan perkhidmatan dua buah klinik, bersama rakan kongsi yg juga sepasang suami isteri; Dr Praful dan Dr Anita Durrani. Keluarga Talwar mendiami sebuah apartmen di tingkat 2, Sector 25, Jalvayu Vihar di Noida, Uttar Pradesh bersama seorg pembantu rumah lelaki berbangsa Nepal bernama Hemraj Banjade, 45 thn.


Aarushi bersama ibu bapanya, Dr Rajesh dan Dr Nupur Talwar



Apartment keluarga Talwar



Pada malam itu Aarushi mencuba kamera barunya itu dgn mengambil beberapa gambar bersama kedua ibu bapanya. Lebih kurang dlm pkl 10.00-10.30, anak beranak itu masuk ke bilik masing2. Hemraj pula menyediakan makan malam utk dirinya.

Pintu bilik Aarushi berkunci secara automatik apabila ditutup – Ia cuma dpt dibuka dr dalam atau dgn anak kunci dr luar. Set kunci bilik gadis itu disimpan di dlm laci bersebelahan katil Nupur.

Rajesh menyuruh Nupur menghidupkan internet router yg berada di bilik anak mereka. Setibanya di bilik Aarushi, Nupur mendapati anak gadisnya itu sedang membaca buku karya Chetan  Bhagat yg bertajuk ‘The 3 Mistakes of My Life’. Wanita itu kembali ke biliknya setelah menghidupkan router. Pada masa yg sama, Rajesh menerima panggilan dr Amerika melalui telefon rumah, yg diletak di dlm bilik mereka – yakni deringan telefon yg aktif. Penggunaan internet pula didapati berakhir pd pkl 12.08 pagi.

Sekitar pkl 12.30 pagi, salah seorg rakan Aarushi cuba menghubungi telefon bimbit dan talian rumahnya – kedua2nya tidak berjawab. Dia kemudiannya menghantar sms, namun ia gagal diterima oleh telefon Aarushi.

Untuk masuk ke apartmen keluarga Talwar, seseorg perlu melalui tiga pintu. Pintu paling luar iaitu pagar grill yg perlu ditolak dgn kuat, pintu kedua yg juga jenis grill – mempunyai selak (latch) dari luar. Pintu paling dalam pula adalah diperbuat drpd kayu, spt pintu bilik Aaarushi; ia akan berkunci secara automatik apb ditutup. Bilik pembantu rumah, Hemraj mempunyai dua pintu iaitu salah satunya laluan masuk rumah keluarga Talwar dan satu lagi terletak di antara ruang kedua2 pintu grill.
Klik utk melihat pelan rumah Talwar


Tragedi di Apartment

Pada pukul 6 pagi, 16hb Mei 2008, Bharati Mandal pembantu rumah wanita keluarga Talwar tiba di hadapan apartment keluarga itu. Setiap pagi, Hemrajlah yg membuka pintu utknya memandangkan Rajesh dan Nupur biasa bangun lewat. Kali ini tiada siapa yg datang membuka pintu, dan menurut Bharati – Dia cuba menolak pintu pagar paling hadapan itu, namun gagal.

Setelah membunyikan loceng kali ke-3, Nupur pun muncul dan melalui celah2 gerigi pintu kedua menyatakan ia telah dikunci selak dr luar. Dia juga bertanyakan seandainya Bharati mengetahui di mana Hemraj berada, tetapi wanita itu mengatakan yg dia tidak tahu. Dr Nupur lantas berkata; barangkali Hemraj keluar sekejap utk mengambil susu dan mengunci pintu kedua itu dr luar. Wanita tersebut kemudiannya meminta Bharati utk menunggu di luar seketika hingga Hemraj kembali. Walau bagaimanapun, Bharati enggan dan meminta Nupur utk membaling saja kunci kpdnya. Oleh itu, Nupur menyuruh pembantu rumahnya itu turun ke tingkat bawah supaya dia dpt membaling kunci itu dari balkoni.

Dikatakan dlm masa yg sama Nupur cuba menghubungi telefon bimbit Hemraj, menurutnya panggilan pertama telah diputuskan secara tiba2. Apabila dia cuba sekali lg, telefon lelaki itu telah ditutup.

Sebaik saja Bharati tiba di tingkat bawah, Nupur mengarahkan wanita itu berpatah balik semula ke pintu depan apartmentnya – Mungkin pintu kedua itu cuma ditutup selaknya bukan berkunci. Bharati berkeras agar Nupur melemparkan saja kuncinya, dia tak sanggup turun naik sekali lg seandainya pintu itu benar2 berkunci. Nupur mengalah, dan memberikan set kuncinya.

Tidak lama kemudian, Rajesh pun bangun dan menuju ke arah ruang tamu. Dia terkejut apabila menemui sebotol wiski yg hampir kosong di atas meja makan, lantas bertanyakan Nupur siapa yg meletakkan botol itu di situ. Pelik dgn penemuan tersebut, tiba2 Rajesh teringatkan Aarushi dan menyuruh isterinya memeriksa bilik tidur anak mereka. Pagi itu, pintu bilik Aarushi yg sepatutnya berkunci dari dalam, dpt dibuka begitu saja. Apabila mereka masuk ke bilik tersebut, pasangan Talwar menemui mayat Aarushi terbaring di katilnya. Rajesh mula menangis dgn kuat manakala Nupur pula hanya mampu berdiam diri (menurutnya, dia dlm keadaan yg sgt terkejut).




Sementara itu, Bharati tiba di pintu paling depan, dgn sekali tolak saja pintu itu terbuka tanpa kunci. Pintu kedua pula ditutup selaknya, tp tidak dikunci. Apabila dia masuk ke apartment Talwar, wanita itu melihat Rajesh dan Nupur sedang menangis. Nupur meminta Bharati masuk ke bilik Aarushi, pembantu rumah itu mendapati mayat Aarushi telah ditutup dgn selimut. Setelah Nupur menarik selimut tersebut, Bharati nampak kelaran pd leher anak gadis itu. Kedua2 ibu bapanya syak Hemraj yg melakukan pembunuhan itu. Bharati keluar sekejap meninggalkan apartment itu utk memberitahu jiran akan apa yg telah terjadi. Oleh kerana pasangan Talwar menolak perkhidmatannya utk menguruskan kerja rumah pd hari itu, Bharati pun meminta diri dan meneruskan pekerjaannya di rumah2 lain.

Pasangan Talwar menghubungi keluarga dan rakan mereka. Puneesh Rai Tandon, salah seorg jiran di tingkat bawah menyuruh pengawal keselamatan Jalvayu Vihar utk menelefon pihak polis. Setibanya polis di apartment itu, terdapat 15 org awam sudah berada di ruang tamu manakala 5-6 org lagi berada di dlm bilik Rajesh dan Nupur. Tempat kejadian telah habis ‘tercemar’ dan dipijak2. Kisah pembunuhan di kawasan perumahan elit turut mendapat perhatian pihak media. Mereka mula berkumpul di situ pd pkl 8 pagi.


Suspek: Pembantu Rumah Berbangsa Nepal


Hari semakin lewat dan Hemraj tidak kunjung tiba, membuatkan Rajesh dan Nupur amat yakin bahawa pembantu rumah mereka itulah yg membunuh anak mereka. Rajesh mendesak agar pihak polis  memburu Hemraj, drpd menghabiskan masa di apartment mereka. Lelaki itu juga menawarkan wang sebanyak RP25ribu kpd polis utk bergegas ke kampung halaman Hemraj di Nepal.

Teori pihak polis ketika itu; Hemraj memasuki bilik Aarushi dlm keadaan mabuk – setelah meminum wiski Scotch dan cuba mencabul kehormatan gadis tersebut. Apabila Aarushi melawan, dia pun membunuhnya dgn menggunakan ‘kukri’ (sejenis pisau Nepal). Lelaki itu dinamakan sbg org yg dikehendaki oleh polis dgn RP20ribu sbg ganjaran utk maklumat hingga dia tertangkap.



Contoh pisau 'kukri'

Hasil laporan bedah siasat Aarushi menyatakan kepala gadis itu telah dipukul dgn benda tumpul – terutamanya di bahagian kening atas mata kiri. Pukulan itu menyebabkan darah beku pd otak. Dia juga telah dikelar pd leher, kemungkinan besar dilakukan setelah dipukul di kepalanya. Dikatakan salah seorg kenalan kpd Dinesh Talwar (abang Rajesh) yg juga berpengaruh dlm bidang perubatan India, telah meminta doktor yg ditugaskan memeriksa mayat Aarushi utk tidak memasukkan hasil ujian kit rogol ke dlm laporan post mortem. Pakar itu menolak, lagipun ujian rogol mendapati tiada sebarang tanda serangan seksual berlaku ke atas gadis malang itu.

Sekitar pkl 1 tgh hari, mayat Aarushi dibawa balik ke rumahnya dan diletakkan di atas hamparan bongkah ais di ruang tamu. Pd pkl 4 petang, mayatnya dihantar ke pusat pembakaran. Menurut pasangan Talwar, setelah dituduh cuba membakar mayat anak mereka dgn tergesa2, mayat itu telah mula mereput dgn cepat dan org2 tua dlm keluarga mereka mengarahkan supaya pembakaran dilakukan dgn segera. Malah pihak polis sendiri yg mengesahkan bahawa mayat itu tidak perlu melalui pemeriksaan lebih lanjut.

Selain itu, polis juga syak dgn tindakan salah seorg pekerja domestik pasangan itu yg terburu2 membersihkan bilik Aarushi –  Namun, ini juga telah dijelaskan oleh pekerja itu, Vikas Sethi ketika dlm perbicaraan; bahawa polis sendiri yg memberi kebenaran kpdnya, disaksikan seorg konstabel wanita.



Tingkat teres di atas apartment Talwar



Sebahagian drpd tilam Aarushi telah dipotong dan dihantar ke makmal forensik bersama bantal, cadar dan pakaian. Vikas Sethi dlm keterangan mahkamahnya memberitahu bahawa dia bersama tiga org lg rakan sekerja cuba membuang tinggalan tilam itu ke tingkat teres di atas apartment keluarga Talwar, tetapi pintu ke tingkat itu berkunci. Lantas seorg wanita di kejiranan itu menyuruh mereka membuang saja tilam tersebut ke tingkat teres bersebelahan yakni atas apartment jiran Talwar iaitu Puneesh Tandon. Tambahan pula mereka pernah ke situ pd tgh hari tersebut, ketika membuang bongkah ais yg digunakan utk menyejukkan mayat Aarushi. Maka mereka mengheret tilam itu ke teres bersebelahan, setelah selesai ia dikunci semula oleh Puneesh.

Tiada seorg pun yg sedar akan mayat Hemraj yg terbaring di teres sebelah -- di atas apartment Talwar, yg hanya dipisahkan dgn pagar grill.


Penemuan Yang Mengubah Haluan Siasatan





Pada pagi keesokannya 17hb Mei, ketika Rajesh dan Nupur pergi ke Haridwar utk menaburkan abu mayat Aarushi ke Sungai Ganga berdasarkan adat Hindu, beberapa pelawat tiba ke apartment mereka yg disambut oleh Dinesh Talwar. Ada di antara mereka mula membincangkan teres Talwar dan perbincangan semakin menarik apabila salah seorg pelawat yg tersilap naik hingga ke teres tersebut, ternampak kesan darah pd pemegang pintu teres . Apa yg pelik hingga sekarang mereka tidak menemui anak kuncinya. Atas kebenaran Dinesh, pihak polis pun memecah kunci pintu itu. Mereka melihat beberapa kesan seretan berdarah, dan beberapa langkah kemudian terdapat sekujur tubuh mayat sedang mereput.







Cap tangan dgn kesan darah yg dijumpai di teres Talwar




Kedudukan mayat Hemraj dan Aarushi


Dinesh gagal mengenali mayat itu dan menelefon Rajesh dan Nupur (ketika itu masih dlm perjalanan ke Haridwar) utk pulang ke rumah. Setibanya pasangan Talwar ke apartment itu, Rajesh saja yg naik ke atas manakala Nupur menunggu di dlm kereta bersama abu anaknya kerana adat mereka melarang membawa masuk abu mayat ke rumah.

Setelah beberapa ketika, Rajesh memberitahu pihak polis yg dia tidak dpt mengesahkan mayat itu adalah Hemraj kerana kecederaannya yg teruk dan juga kerana proses pereputan. Dia dan Nupur menyambung semula perjalanan ke Haridwar dan pulang ke rumah pd hari yg sama. Apa pun, mayat Hemraj telah dikenalpasti oleh salah seorg rakan rapatnya.

Autopsi mayat Hemraj mendapati lelaki itu juga mengalami kecederaan yg sama spt Aarushi -- pukulan dgn objek tumpul pd belakang kepalanya dan kelaran leher pd posisi yg sama. Kandungan isi perutnya menunjukkan Hemraj tidak langsung menjamah makanan, ini disahkan dgn hidangan malamnya yg tidak terusik pd pagi 16hb Mei itu. Fakta kontroversi berkenaan kemaluan mayat yg dikatakan membengkak – doktor bedah yg bertugas berpendapat sama ada Hemraj berada dlm keadaan terangsang secara seksual atau sedang melakukan seks ketika dia menemui ajalnya. Namun pandangannya ditolak oleh mahkamah apabila pihak pembelaan menyatakan adalah sesuatu yg normal sekiranya kemaluan mayat dlm keadaan kembang dan mengeras, dan doktor itu akhirnya mengakui penilaian tersebut dibuat bukan berdasarkan pengetahuan perubatan tetapi pengalaman peribadinya sendiri.

Beberapa thn kemudian, Agensi Biro Siasatan India (CBI) berpendapat senjata yg digunakan utk memukul kepala kedua2 Aarushi dan Hemraj adalah kayu golf kepunyaan Rajesh Talwar. Senjata yg digunakan utk mengelar leher mangsa2 tersebut masih hilang – pd mulanya penyiasat syak ia adalah pisau Nepal, kukri. Kemudian apb. mengetahui kelaran itu spt dilakukan oleh pelajar2 perubatan (spt Rajesh dan Nupur Talwar) mereka meletakkan scalpel (pisau pembedahan) pergigian sbg salah satu senjata pembedahan. Namun saksi pembelaan iaitu pakar forensik memberitahu scalpel yg selalu digunakan oleh doktor gigi tidak mampu melakukan kelaran hingga memutuskan pembuluh darah utama. Scalpel saiz 10 (tidak pernah digunakan oleh doktor gigi) adalah paling hampir.

Hasil siasatan polis pd bilik Hemraj; mereka menemui 3 gelas; dua drpdnya mempunyai sedikit kuantiti alkohol, manakala satu lg kosong. Penyiasat juga menemui satu botol bir, sebotol Sprite dan sebotol wiski. DNA Hemraj ditemui pd botol bir tersebut walaupun menurut rakan2 yg mengenalinya memberitahu Hemraj bukan seorg peminum arak. Di dalam bilik air pembantu rumah, dia juga menjumpai ‘air kencing yg datang drpd 3 org’.
Laporan siasatan pd bilik Aarushi pula menyatakan; gadis itu ditemui di atas katil, ditutup dgn selimut putih. Wajahnya pula ditutup dgn beg sekolahnya. Terdapat darah pd bantal, katil, dinding dan pintu. Namun alat permainan, beg dan bantal merah jambu dlm keadaan normal.

Berdasarkan kedudukan ketiga2nya yg tidak jauh drpd mayat, para penyiasat percaya kesemuanya diletak semula spt biasa selepas pembunuhan itu berlaku. Buku ‘The 3 Mistakes of My Life’ bacaan Aarushi pd mlm itu juga tiada sebarang kesan darah.

Selain itu polis mengesahkan tiada tanda pecah masuk ke apartmen keluarga Talwar dan para pengawal keselamatan Jalvayu Vihar memberitahu bahawa, tiada individu yg mencurigakan keluar masuk di kawasan perumahan itu pd malam kejadian.

Kedua2 telefon bimbit kepunyaan Hemraj dan Aarushi tidak ditemui. CBI memeriksa rekod nombor telefon Hemraj, yg membuktikan Nupur memang ada menelefon pembantu rumahnya itu pd pagi 16 Mei – Rekod itu turut menunjukkan sesiapa saja yg menyimpan telefon tersebut masih berada di kawasan apartment berkenaan pd waktu yg sama. Selepas pembunuhan, nombor itu pernah aktif buat sementara waktu di negeri Punjab.

Bbrp hari selepas kematiannya, telefon bimbit Aarushi pula ditemui di sebuah jalan yg tidak berturap oleh seorg pembantu rumah bernama Kusum, berdekatan kawasan Sadarpur di Noida. Telefon itu kemudiannya diambil oleh abangnya Ram Bhool, yg menggunakannya dgn kad SIM yg baru. Setelah dikesan pd 2009, Ram memberitahu telefon itu telah dijual kpd org lain. Setelah menjalani sesi soal siasat, pihak polis yakin yg Kusum dan abgnya tidak mempunyai sebarang kaitan dgn pembunuhan2 itu dan tidak tahu menahu langsung mengenai perkara sebenar di sebalik telefon bimbit tersebut. Namun penyiasat gagal memperolehi kad data, gambar mahupun sms selepas berjaya mendapatkan telefon Aarushi itu.

Pihak polis juga menerima maklumat mengenai Hemraj, yg kononnya dia pernah memberitahu kpd rakan2nya; dia bimbang tentang keselamatan dirinya. W/pun menantu Hemraj yg juga rapat dgn lelaki itu menafikan pernah mendengar hal tersebut, tetapi salah seorg pekerja sosial yg mengenali Hemraj mendedahkan, 5 hari sebelum kematiannya Hemraj kelihatan dlm keadaan susah hati sambil berkata sesuatu yg buruk akan berlaku pd dirinya, org2 yg rapat dan org2 yg disayangi.

Penemuan mayat Hemraj telah memalukan jabatan polis, kerana pd awal siasatan mereka begitu fokus utk meletakkan tuduhan membunuh ke atasnya. Cara penyiasatan pihak polis juga dikritik terutamanya drpd pihak CBI; sudahlah cap2 jari pd botol arak di bilik Hemraj tidak diambil, polis juga tidak memperketatkan jagaan pd tempat kejadian dan membiarkan pihak media keluar masuk sesuka hati. Satu lg, pihak polis turut membenarkan para doktor yg tidak bertauliah dlm bidang forensic pathology, melakukan autopsi pd mayat Aarushi dan Hemraj. Salah satu proses autopsi adalah mengambil kulit cap jari drpd mayat, namun doktor2 yg bertugas ketika itu tidak menghubungi saintis forensik utk melakukannya. Akibatnya pegawai penyiasat ditukar bertugas utk kes lain, dan superintendannya pula dipindah ke kawasan baru.  

Pd Ogos 2008, pihak CBI menemui bukti fizikal yg menunjukkan kehadiran org ke-5 di rumah itu pd mlm kejadian – bbrp cap jari pd botol wiski tidak padan dgn mana2 suspek atupun org yg tinggal di rumah tersebut.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 03:23 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 8-8-2017 03:40 AM

BERSAMBUNG~


Suspek: Bekas Pekerja Keluarga Talwar

Pd 19 Mei, polis menamakan Vishu Sharma, seorg bekas pembantu domestik Talwar berbangsa Nepal sbg suspek. Dia pernah bekerja sbg pembantu rumah dan juga di klinik pasangan itu selama 10thn. Setiap kali Vishnu bercuti panjang, dia akan menyuruh salah seorg saudaranya bekerja di tempatnya sbg ganti buat sementara waktu. Apabila dia mengambil cuti selama 8 bulan sebelum pembunuhan2 itu, dia memperkenalkan Hemraj kpd pasangan Talwar utk menggantikan dirinya. Namun, sekembalinya drpd bercuti Vishnu telah dipecat kerana pasangan itu telah memilih Hemraj sbg pekerja tetap mereka. Pihak polis syak bahawa Vishnu sgt marah dgn perkembangan baru itu, lantas membunuh Hemraj sbg balasan kerana ‘mencuri’ pekerjaannya. Aarushi pula dikorbankan kerana dia mungkin saksi kpd kejadian itu. Maka Vishnu bersama beberapa bekas pekerja Talwar yg lain dibawa ke balai utk disoalsiasat. Walau bagaimanapun, polis gagal mendapatkan bukti utk mengaitkan lelaki itu dgn pembunuhan2 tersebut. Malah Vishnu disahkan sedang berada di Nepal ketika kejadian.


Suspek: Ibu Bapa Aarushi



Pd 21 Mei, polis Delhi mula membantu polis Uttar Pradesh dlm siasatan kes ini. Dlm masa yg sama, pihak polis dan media mengesyaki Rajesh dan Nupur Talwar berdasarkan bbrp perkara;


-      Kedudukan bilik tidur pasangan Talwar dan bilik Aarushi yg bersebelahan, tetapi kedua2nya menyatakan mereka tidak terdengar apa2 yg pelik drpd bilik tidur anak mereka.

-      Tiada tanda pecah masuk ke bilik Aarushi. Kunci yg sepatutnyadisimpan oleh Nupur ditemui di ruang tamu. Pasangan tersebut tiada penjelasan bagaimana ia boleh berada di situ.

-      Kelakuan Rajesh yg memaksa2 polis utk memburu Hemraj hingga kekpg halamannya di Nepal. Penyiasat beranggapan ini mungkin muslihat Rajesh utk mempengaruhi siasatan polis supaya tertumpu kpd Hemraj saja.

-      Pembakaran mayat yg tergesa2

-      Pasangan Talwar dikatakan tidak menunjukkan sebarang emosi dan kelihatan ‘gementar’ semasa disoalsiasat oleh polis pd 16 Mei.

-      Hemraj pernah memberitahu mengenai nyawanya yg terancam. Polis merasakan lelaki itu tahu mengenai ‘hubungan sulit’ Rajesh dan majikannya itu telah mengugut Hemraj utk merahsiakannya.



Teori Pertama:
-      Hemraj tahu psl hubungan sulit Rajesh, lantas mengugut majikannya itu
-      Rajesh mengajak Hemraj ke tingkat teres, konon2nya utk berbincang mengenai hal tersebut.
-      Dia pun membunuh Hemraj
-      Aarushi pula dibunuh kerana menyaksikan pembunuhan pekerja Nepal mereka itu, dan juga kerana menghalang hubungan sulit ayahnya.



Teori Kedua:
-      Rajesh mempunyai hubungan sulit dgn rakan kongsi klinik mereka Anita Durrani. Aarushi mendpt tahu dan membantah perbuatan ayahnya. Kecewa dgn kecurangan ayahnya, Aarushi meluahkan perasaan sedihnya (atau memulakan hubungan asmara) dgn Hemraj.
-      Pada mlm kejadian Rajesh ternampak anaknya dlm keadaan yg tidak senonoh bersama Hemraj.
-      Rajesh menarik Hemraj hingga ke tingkat teres, memukulnya dgn objek berat, dan kemudian mengelar lehernya.
-      Dia mengunci pintu teres, dan minum wiski Scotch.
-      Akhirnya dia membunuh anaknya sendiri



Dlm kedua2 teori, Nupur Talwar pula dituduh sbg rakan subahat,membersihkan tempat kejadian.


Rentetan drpd pembentangan hasil siasatan polis ini ramai,sokongan org awam terhadap pasangan itu mula berkurangan. Rakan2 rapat punmenjauhkan diri.


Akhbar2 tabloid pula bukan saja menyebarkan khabar angin (berdasarkansekadar teori2 polis) memburuk2kan kehormatan Aarushi, mereka juga mendakwa Rajesh dan Nupur Talwar adalah ahli kelab bertukar2 pasangan – mereka dikatakan pernah mengunci Aarushi di dlm biliknya semasa ‘perjumpaan’ diadakan di rumah mereka. Ada juga akhbar yg menyatakan bahawa pd mlm kejadian, pasangan suami isteri itu sedang bersuka ria di majlis kelas atasan di sebuah hotel mewah di Delhi selatan.


Berang dgn kenyataan2 media itu terutamanya gosip mengenai hubungan seksual antara Aarushi dan Hemraj, rakan2 sekolah dan ahli2 keluarga gadis itu menuduh pihak polis bersekongkol dgn pihak akhbar utk mencemarkan nama baiknya. Bagi mereka polis cuma mengada2kan cerita bg memadankan teori ygtidak masuk akal itu.





PasanganTalwar Membela Diri



Rajesh merasakan dirinya adalah mangsa siasatan polis yg goyah dan lemah. Atas permintaan pasangan Talwar, kes itu berpindah tangan dan diuruskan oleh Agensi Biro Siasatan (CBI) pd 31 Mei.


Suami isteri itu menjelaskan kenapa mereka tidak terdengar apa2drpd bilik Aarushi; pd mlm kejadian cuaca sgt panas, maka kedua2 bilikmenghidupkan penghawa dingin. Bunyi itu mungkin menghalang mereka terdengar jeritan Aarushi atau apa saja bunyi di luar bilik mereka. Lagi pula Aarushi pd mlm itu mengalami sakit tekak – mungkin dia tidak mampu menjerit dgn kuat. Setelah melakukan eksperimen di rumah Talwar, pakar bunyi CBI mengesahkan cerita mereka.


Pemandu Rajesh yg masuk sebentar ke dlm apartment pd mlm itu mengatakan pakaian yg dipakai pasangan tersebut adalah sama spt yg mereka pakai pd pagi berikutnya, selepas menemui mayat Aarushi. Tiada kesan darah langsung. Jadi pembunuhan berlaku yg dikatakan berpunca drpd kemarahan yg tiba2 adalah tidak berasas. Tuduhan ‘pembunuhan maruah’ (honor killing) juga tidak betul, kerana Rajesh dan Nupur datang drpd keluarga yg mendpt didikan liberal – Kedua2nyajuga berkahwin dgn restu w/pun mereka dr kasta berbeza.


Menjelaskan bagaimana pembunuh dpt masuk ke bilik Aarushi, Nupurmerasakan dia mungkin tertinggal anak kunci pd tombol pintu semasa dia masuk utk menghidupkan router internet. Dia terus terlupakannya apabila kembali ke biliknya.


Pasangan Talwar dan pasangan Durrani menafikan sekeras2nyahubungan sulit antara Rajesh dan Anita. Keempat2 mereka berkawan baik, bukan saja kerana berkongsi menjalankan bisnes dua buah klinik, mereka juga sama2membesarkan anak perempuan yg meningkat remaja.

Prafull dan Anita Durrani



Selain itu, tiada cap jari pasangan itu ditemui pd botol arak atau pd pakaian mangsa.

Rajesh juga mendesak polis mencari Hemraj kerana kehilangannya yg tiba2 itu menimbulkan syak wasangka. Dan kesan tapak kasut di teres adalahsaiz 8 atau 9, manakala saiz Rajesh pula adalah 6.




Suspek:Krishna, Rajkumar & Vijay




Menurut suami isteri itu, ura2 bahawa Aarushi dan Hemraj mempunyai hubungan dan Rajesh mempunyai hubungan sulit telah dimulakan oleh Krishna Thadarai, seorg pembantu di klinik Talwar. Rajesh menyatakan 2 hari sebelum pembunuhan, dia telah memarahi Krishna kerana membuat kesilapan dlm tugasannya. Kenyataan ini disokong oleh Anita Durrani. Pemandu Rajesh, Umesh Sharma pula menambah yg dia pernah terdengar ketika di dlm kereta, Krishna danHemraj berbual dgn kuat dlm bahasa Nepal. Apabila ditanya, Krishna mengatakanyg dia akan ‘berdepan dgn Rajesh’. Dikatakan Krishna juga tinggal di kawasan yg sama dgn keluarga Talwar.


Pada 7hb Jun, Krishna ditahan oleh pihak polis. Melalui beberapa ujian siasatan yg dilakukan  termasuk poligraf dan analisis Narco (suspek diberikan beberapa jenis dadah yg menyebabkan mereka hanya mampu berkata benar), Krishna mendedahkan pembunuh yg kedua – Rajkumar, pembantu keluarga Durrani.

Seperti Krishna, Rajkumar juga disiasat dgn ujian2 yg sama. Menurut pasangan Durrani, darah pd pakaian Rajkumar yg diambil oleh polisa dalah kemungkinan besar datang drpd luka kudis lelaki itu sendiri. Pd hujungJun 2008, Rajkumar juga ditahan oleh polis.

Tidak lama kemudian, Vijay Mandal (Shambu) seorg lg rakanKrishna turut ditangkap. Dia merupakan pemandu dan pembantu rumah jirankeluarga Talwar iaitu Puneesh Tandon. Ketiga2 suspek adalah rakyat Nepal,direkrut oleh Vishnu (bekas pekerja Talwar).


Penyiasat CBI pun membina teori hasil drpd siasatan ke atas Krishna, Rajkumar dan Shambu;

Hemraj mengajak ketiga2 lelaki ke biliknya di apartment Talwar,dan mereka tiba di situ sekitar tengah mlm. Menurut hasil siasatan ujian Narco Rajkumar, Shambhu hanyalah pekerja kpd jiran Talwar tetapi tidak mempunyai sebarang kaitan dgn pembunuhan2 itu. Mereka berempat mula meminum arak. Pd masa itu, Krishna meluahkan rasa marahnya selepas dimalukan oleh Rajesh Talwar dan bercadang utk membalas dendam. Secara kebetulan, bilik Aarushi tidak berkunci.


Apa yg berlaku selepas itu yg menjadi masalah kpd para penyiasat. Terdpt pelbagai versi yg saling bercanggah;


Versi Rajkumar:
-      Aarushi mengugut utk memberitahu ayahnya mengenai apa yg dibincangkan oleh suspek2 itu, Krishna pun mengeluarkan kukri dan terus membunuh gadis itu
-      Ketika mereka bercadang utk melarikan diri, Hemraj rasa bersalah dan takut dan memberitahu akan mendedahkan perbuatan mereka.
-      Krishna dan Rajkumar mengheret Hemraj ke teres dan membunuhnya di situ
-      Kedua2 telefon bimbit Aarushi dan Hemraj dimusnahkan



Versi Krishna 1:
-      Rajkumar dan Krishna memasuki bilik Aarushi, dan Rajkumar cuba memperkosanya.
-      Apabila Aarushi melawan, Krishna mengeluarkan kukri dan membunuh Aarushi.
-      Kemudian, kedua2 lelaki itu mengheret Hemraj dan membunuhnya kerana dia telah menyaksikan pembunuhan Aarushi.



Versi Krishna 2:
-      Rajkumar dan Shambhu memasuki bilik Aarushi dan cuba merogolnya
-      Apabila Aarushi melawan, Shambhu memukul kepalanya dan Rajkumar mengelar lehernya dgn kukri
-      Senjata pembunuhan telah dibersihkan dgn kertas tisu, yg kemudiannya di pam ke dlm tandas di bilik Aarushi.
-      Krishna, Rajkumar dan Shambhu membawa Hemraj ke teres dan membunuhnya.
-      Ketiga2 lelaki itu “melarikan diri melalui bumbung setelah mengunci pintu teres”.



Versi Krishna 3:
-      Rajkumar berjalan menuju ke bilik Aarushi, sambil diekori Krishna dan Shambhu .
-      Rajkumar cuba merogol Aarushi
-      Apabila gadis itu melawan, Krishna mengelarnya dgn kukri, potongan yg terlalu kuat itu menyebabkan leher Aarushi terbuka besar dan dia terus mati.
-      Hemraj yg ketakutan, memberi amaran akan memberitahu ibu bapa Aarushi. Jadi lelaki itu membawanya ke teres dan membunuhnya.
-      Krishna, Shambhu dan Rajkumar cuba memasuki bilik pasangan Talwar tetapi mendapati pintu terkunci.



Rajesh Talwar akhirnya dilepaskan selepas berada di dlm lokap selama 50 hari. Kedua2 suami isteri itu berpindah ke rumah ibu bapa mereka. Tiga org suspek pula masih ditahan tp pengakuan hasil ujian Narco tidak cukup utk mendakwa mereka.


Setelah diperiksa, alibi ketiga2nya sgt kuat. Pada mlm kejadianKrishna bersama ahli keluarga dan tuan rumahnya. Majikan Shambhu (Vijay Mandal)iaitu Puneesh Tandon mengesahkan bahawa pembantunya berada di garaj. Rajkumarpula dlm perjalanan kembali dari stesen keretapi bersama majikannya, PrafulDurrani setelah menjemput isterinya Anita.


Sebenarnya ujian Narco tidak boleh dipercayai, dan mahkamah menolak sebarang pengakuan yg diperolehi drpd ujian ini. Sbg cth, dlm laporan Narco Krishna dan Rajkumar; telefon bimbit Aarushi berada di Nepal. Namun ia ditemui di India oleh wanita bernama Kusum pd 2008.


Kontroversi turut melanda siasatan kedua ini apabila pihak CBI dituduh oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menyeksa ketiga2 suspek utk mendapatkan pengakuan. Mereka juga menerima video rakaman bagaimana para penyiasat mengajar suspek utk mengaku dan kemudian memukul ketiga2 lelaki itu,yg datang drpd keluarga miskin – Mungkin utk melindungi pasangan Talwar,golongan profesional dan kaya. Berdasarkan video asal ujian Narco, Krishna mengakui dia tidak pernah melakukan sebarang jenayah tetapi ketua penyiasat mengarahkannya utk mengaku yg dia melakukan pembunuhan2 tersebut.


Tiada bukti kukuh menunjukkan lelaki2 itu berada di apartment Talwar, tiada DNA dan tiada cap jari. Tiada bukti fizikal dan rekod telefon antara Hemraj dan tiga suspek itu pd hari kejadian. Tambahan pula, Rajkumar dan Vijay tidak pula cuba melarikan diri apabila mengetahui Krishna telah ditangkap oleh polis.


Pada 9 Ogos 2008, Pengarah CBI menyatakan kes itu masih belumt erungkai. Dia juga menegaskan bahawa Rajesh Talwar tidak bersalah. Pada September 2008, Rajkumar, Krishna dan Vijay juga dilepaskan.



SiasatanCBI yang Kedua

Genap setahun kemudian pd Sept 2009, kes pembunuhan berkembar ini dipindahkan kpd pasukan CBI yg baru. Kali ini mereka mula menumpukan perhatian kpd pasangan Talwar saja.

Selain drpd fakta2 yg telah dikumpul sebelumnya, CBI melihat semula laporan bedah siasat Aarushi yg telah ‘diganggu’ oleh tangan2 ghaibyakni abang Rajesh, Dinesh Talwar yg berpengaruh. Para penyiasat jua meneliti kayu golf Rajesh, yg bagi mereka menepati bentuk dan saiz darah beku kepala Aarushi.


Sekali lg tabloid menuduh pembunuhan itu sbg ‘honour killing’ –Rajesh Talwar pun mendapatkan perintah mahkamah utk menghentikan media drpd terus menyebarkan fitnah dan khabar angin.


Namun CBI mencadangkan agar kes ini ditutup atas dasar bahan bukti yg tidak mencukupi. Juga tiada motif kukuh bg kedua2 pasangan suami isteri itu membunuh anak dan pembantu rumah mereka;


-      Tiada bukti Hemraj dibunuh di bilik Aarushi
-      Tiada kesan darah Hemraj pd pakaian pasangan Talwar
-      Tiada senjata ditemui. W/pun ada kemungkinan kayu golf Rajesh digunakan dlm kejadian itu tetapi tiada DNA atau kesan darah ditemui. Begitu juga dgn kukri yg digembar gemburkan sebelum ini.
-      Pakaian penuh darah, kain digunakan utk mengelap darah dan cadar utk mengheret mayat Hemraj juga gagal ditemui
-      Cap jari pd botol wiski tidak dpt dikesan
-      Keterangan pengawal keselamatan Jalvayu Vihar bahawa mereka tidak melihat sesiapa keluar masuk adalah goyah.
-      Ujian saintifik gagal menunjukkan penglibatan Rajesh dan Nupur dlm jenayah itu.
-      Rentetan peristiwa pd tgh mlm hingga 6 pagi pd 16 Mei kurang jelas
-      Tiada bukti yg nyata yg mengaitkan Rajesh atau Nupur secara individu dlm pembunuhan2 itu.
-      Ketiadaan motif yg kukuh


Namun salah seorg penyiasat utama CBI berkeras utk mendakwa pasangan itu, w/pun pihak atasannya telah memfailkan utk menutup saja kes tersebut.

Pd Januari 2011, Rajesh dan Nupur Talwar membantah cadangan CBI utk menutup kes itu. Namun petisyen mereka telah ditolak oleh Majistret Preeti Singh di mahkamah khas CBI. Pd Feb 2011, majistret itu mengubah laporan penutu psiasatan CBI kpd kertas pendakwaan yg meletakkan pasangan Talwar sbg org yg didakwa. Pasangan itu sgt marah dan berpendapat CBI cuba menjadikan mereka sbg kambing hitam. Rajesh pula diserang oleh seorg lelaki bernama Utsav Sharma, dgn menggunakan pisau pemotong daging, ketika berada perkarangan mahkamah. Dia mengalami kecederaan pd muka dan kedua2 belah tangannya. Dikatakan Sharma ‘amat kecewa’ dgn perkembangan kes yg perlahan.

Rajesh Talwar semasa diserang







Tiga thn selepas kes pembunuhan itu berlaku, pd Mac 2011 isteri Hemraj, Khumkala seorg rakyat Nepal datang ke India. Dia memberitahu mahkamah CBI yg dia mengesyaki pasangan Talwar adalah pembunuh sebenar. Menurutnya, Hemraj melayan Aarushi spt anak sendiri, tetapi mempunyai hubungan yg tegang dgn Rajesh. Khumkala juga menceritakan ketika Hemraj melawatnya di Nepal pd 2007, suaminya menggambarkan Rajesh sbg seorg yg panas baran – yg tiba2 naik darah dan memarahinya atas hal2 kecil. Malah Rajesh pernah mengejar utk memukul Hemraj. Tambah Khumkala lg, Hemraj telah menghubunginya 15 hari sebelum pembunuhan, mengatakan Rajesh dan Nupur merasakan yg dia telah membongkar rahsia keluarga itu. Semasa abang Rajesh, Dinesh Talwar melawat apartmen tersebut, dia juga memandang Hemraj dgn penuh syak wasangka. Ketiga2nya mengugut utk membunuhnya sekiranya dia memberitahu maklumat peribadi keluarga itu kpd org luar. Khumkala turut memberitahu Hemraj tidak pernah menghantar wang ke kpg sejak Disember 2007 – Kata Hemraj, wangnya telah disimpan oleh pasangan Talwar. Namun Rajesh dan Nupur tidak langsung mengirim wang gaji dan simpanan Hemraj selepas kes itu. Apabila ditanya kenapa mengambil masa yg lama utk mendedahkannya kpd pihak berkuasa, wanita itu menyatakan yg dia percaya dgn sistem undang2 India hinggalah bbrp thn kemudian. Menurut peguamnya, Khumkala datang drpd keluarga miskin dan tiada pendidikan.


Walau bagaimanapun, bg pihak pembelaan keterangan itu belum cukup kuat utk membuktikan mereka sbg pembunuh. Sepanjang perbicaraan, ada sajakelemahan dan kekurangan siasatan termasuklah perkembangan terbaru mengenaibedah siasat Aarushi yg telah ‘tercemar’.


Berikut adalah teori terakhir dlm siasatan kes ini, yg dibina oleh penyiasat CBI;

-      Rajesh terdengar bunyi bising dan pergi ke bilik Hemraj
-      Dia tidak menemui Hemraj di dlm biliknya, tetapi mendapati bunyi itu datang drpd bilik Aarushi. Dia mencapai kayu golf dr bilik Hemraj dan menuju ke bilik Aarushi.
-      Dia ternampak Aarushi dan Hemraj dlm keadaan yg tidak senonoh di atas katil Aarushi
-      Dlm keadaan marah Rajesh pun memukul kepala Hemraj dgn kayu golf. Pd hayunan kali kedua, Hemraj mengelak dan pukulan itu terkena pada Aarushi.
-      Nupur yg terbangun dgn bunyi bising itu pun pergi ke bilik Aarushi. Waktu itu kedua2 mangsa dlm keadaan nazak.
-      Pasangan tersebut menyembunyikan mayat Hemraj utk membuangnya pd masa ygsesuai. Mayat itu dibalut dgn cadar dan diheret ke teres. Mereka mengelar lehernya dan menutup mayat dgn cooler panel.
-      Mereka kembali ke bilik Aarushi, mengemas tempat kejadian dan mengelar leher anak gadis mereka bg memastikan kecederaan kedua2nya kelihatan sama.
-      Kemudian mereka membersihkan kesan darah di lantai. Mereka jugamengumpul kesemua pakaian yg berdarah dan ‘senjata tajam’ utk dibuang.
-      Pasangan Talwar juga keluar drpd apartment, menutup selak pintu tengah dr luar dan masuk semula ke rumah melalui bilik Hemraj, bg mengelirukan para penyiasat.
-      Rajesh seterusnya meminum wiski Scotch.


Sekali lg teori itu sama spt yg telah dibentangkan ketika penyiasatan awal dahulu cuma ditokok tambah. Namun kali ini, pasangan Talwar akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pd November 2013. Para pengkritik polis dan CBI, dan penyokong Rajesh dan Nupur Talwar mengatakan penghakiman adalah berdasarkan bukti yg sgt lemah dan berat sebelah.  Pasangan itu sedang membuat rayuan ke MahkamahTinggi Allahabad.


Rajesh bersama Aarushi ketika bayi





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 03:45 AM | Show all posts
azie_fariza replied at 29-7-2017 03:04 PM
Lepas baca setiap kisah dalam ni,aku terus search kisah yang sama dalam pinterest for more stories d ...

kalau dikorek lg, bole jumpa mcm info kat forum dia org, blog atau website memorial. ai pon kekadang habis berjam2 baca komen org yg lebih arif  atau kenal sesiapa dlm kes2 tuh  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 03:48 AM | Show all posts
noorhairiahma replied at 3-8-2017 11:19 AM
lama gila nak habiskan baca.
tak berani nak baca time sorang2.
sikit2 baca sebabnya takut terbaya ...

hahaha thanks noor sbb sudi meluangkan masa baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2017 03:51 AM | Show all posts
Oslo replied at 6-8-2017 06:32 AM
Fuh..aku baca dari pukul 11.30 malam sampailah ke pukul 6.30 pagi semata-mata nak baca semua cerita. ...

you're welcome Oslo

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2017 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa tak puashati sungguh dgn siasatan dan kes akhir pmbunuhan ank talwar n si hamrej ni..

Mcm ada yg lompang..
Kena tubuhkn skuad kes tak terlerai mcm cerita Signal.
Haha..over benor..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 09:18 AM | Show all posts
sian budak perempuan and their male maid , di bunuh tanpa dapat pembelaan sewajarnya . dani , dekat blog yg u baca tu ada di reveal tak siapa pembunuh mereka nie ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 10:48 AM | Show all posts
yup..  siapa la pembunuh dia sebenarnya... bukti teruk nau
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 12:53 PM | Show all posts
Penah tengok filem /cerita pasal kes pembunuhan aarushi talwar dan hemraj ni. Penyiasat cbi yang mula-mula ( yang buat ujian narco) tu memang nampakla betul-betul dia buat kerja tapi tu la masa dah hampir-hampir nak kenakan hukuman tu dorang pertikaikan pulak kredibeliti ketua penyiasat ni ( ada masalah keluarga ).Yang rakam secara rahsia sesi soal siasat tu pembantu penyisat cbi dan pembantu tu yang berpaling tadah.
If tak silap sebenarnya ( based dari movie yang aku tgk tu) antara 3 saspek tu salah seorang ada sedara dari orang berpengaruh. Tu pasal tak jadi jatuh hukuman  dan terlepas.
Tapi aku tak ingat pula apa ending cerita ni aduhhh..

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 01:40 PM | Show all posts
raihaneem replied at 8-8-2017 07:51 AM
Rasa tak puashati sungguh dgn siasatan dan kes akhir pmbunuhan ank talwar n si hamrej ni..

Mcm ad ...

ari tu ada tengok citer ni dkat Tara 108. Very interesting

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
UMMI_MAI replied at 8-8-2017 01:40 PM
ari tu ada tengok citer ni dkat Tara 108. Very interesting

Signal ka?..
Dah abih smlm..frust, katanya ada Signal 2
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 02:04 PM | Show all posts
raihaneem replied at 8-8-2017 01:51 PM
Signal ka?..
Dah abih smlm..frust, katanya ada Signal 2

tak faham... signal apa ?

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 02:41 PM | Show all posts
bile difikir2 xkan la ayah dia sanggup bunuh anak dia kan...tp kalu dan marah mmg x ingat ape2 pon. kes ni mmg femes ar dulu siap buat filem lg...yg sebenarnye sape yg bunuh. byk sgt teori nye dr CBI tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
UMMI_MAI replied at 8-8-2017 01:40 PM
ari tu ada tengok citer ni dkat Tara 108. Very interesting

Maksud ummi yg kes talwar ka?..ssorry....salah faham
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn isteri hamrej dibayar utk dibuat pengakuan..

Bestnya smua kisah dlm thread dani-rox
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 04:09 PM | Show all posts
raihaneem replied at 8-8-2017 03:23 PM
Maksud ummi yg kes talwar ka?..ssorry....salah faham

ha ah, kes pembunuhan tu, di filemkan. Sya tengok kat Channel 108 Astro ari tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 04:10 PM | Show all posts
acuz replied at 8-8-2017 12:53 PM
Penah tengok filem /cerita pasal kes pembunuhan aarushi talwar dan hemraj ni. Penyiasat cbi yang mul ...

ending dia memang parents dijatuhkan hukuman penjara

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 05:11 PM | Show all posts
thankss tt for update..fuhh mmg misteri kes pasangan talwar ni..siap ada filem lg kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 05:13 PM | Show all posts
nayanya kat budak tu ekkk

hurmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.198726 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list